saya bernama Norsheila Salleh, ("-")

I'm new Norsheila binti Salleh  ..

Bila masa sudah sampai, aku rasa bahagia sekali. Aku dah buat keputusan untuk bertudung. Yeppi !! Aku selalu tengok kawan-kawan ramai yang dah bertudung, especially geng setan aku tu. For me, awal tahun 2011 aku dah bernazar akan bertudung litup paling lambat lepas kawin. Paling cepat, my birthday coming this June ! heee . Ni semua selepas aku dibawa pulang bersama si dia ke Kampung Paloh, Johor bulan Mac yang lepas. But then, semua gambar takde dalam simpanan aku dah. Phone sony dah rosak, jual awal2 dah. Buat masa ni memang tak dapat update gambar kat blogger ni.

 Aku rasa janggal sebenarnya bila bertudung balik kampung si dia, yelah sebab aku tak pernah buat macam tu untuk jumpa orang tua sang kekasih ni. But then, aku berani dan aku cuba! Ternyata ia mendatangkan rasa insaf pada aku. Walaupun sudah berbulan berlalu hari tersebut, aku cuba jadikannya kenyataan. Alhamdullilah.

  Bermula di suatu hari, aku minta si dia bawa aku ke Uptown Kota Damansara , beli tudung buat pertama kali. Since i was kid, semua tudung yang aku pernah pakai semuanya hasil daripada kraftangan mak ataupun ihsan daripada kakak-kakak sendiri aje. So agak excited walaupun rambang mata nak pilih untuk sendiri kali ni. Thank you so much to HK coz tolong saya pilih memilih haritu. Tak lupa jugak Kak Nab yang mengikut kami. haha.

 Alhamdullilah syukur, keluarga aku pun support aku kali ni. Yelah, benda baikkan. Aku pun rasa lebih bahagia dan sempurna lepas aku berubah camni. Hopefully aku tak jadi macam orang lain yang kekadang tu bertudung kekadang tidak. Keputusan ni tidaklah mendadak sangat, aku rasa dah sampai waktu aku berubah ke arah yang lebih baik. Lebih matang. Lebih bahagia kan?

     Mana tak peliknya?
Adik bongsu aku pun bertudung litup, aku ni pulak degil tahap monyet. Apa punya kakak lah, takde rasa kesedaran sivik, hehe. Apa kene mengena yek.. Dah jalankan tugas aku sebagai muslimah yang diredhai-Nya. Moga lepas ni, aku dapat kurangkan keluar malam pulak. Ni banyak gak benda yang aku kena kurangkan lepas ni. hehe. Tapi aku dah bersedia untuk itu. heee.

Peubahan yang mematangkan aku dalam mengharungi liku2 kehidupan, dah macam bait2 lagu Bintang Kehidupan pulak, \/("-")\/ ..

Dan juga, aku nak jadi Umi yang solehah untuk zuriat aku nanti, insha-Allah dengan izin-Nya. Amin.
Doakan aku ya peeps! Thank you so much ..

4 comments:

  1. alhamdulillah dear......im hapy wif it tooo....:)

    ReplyDelete
  2. saya lompat2 jumpa u dah nk pakai tudung. ALHAMDULILLAH. doakan saya jugak. tapi saya mcm malu.

    ReplyDelete
  3. Allahu Rabbi.. siyes tacink. huhu sungguh hidayah milik Allah, Dia berhak muliakan siapa Dia kehendaki. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk sama2 jadi baik kan :D takpe, UAI cakap, org pakai tudung xsemestinya baik, TAPI orang baik mesti bertudung.. hee. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :) *selangkah kita rapat, beribu langkah Allah dekat ^^

    # Moga Allah redha, Moga Allah tambah sayang :)
    # sayangg sheila :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mar Haini! tak sangka awak baca post lama saya. alhamdullilah syukur, lebih bahagia selepas tutup aurat ni. kalau dulu tak fikir baik buruk, skrg dah tahu. rahmat dan hidayah yang tidak disia-siakan.

      *sayang Mar Haini juga!
      insyallah, semoga sentiasa berada dalam jalan yang diredhai-Nya.

      Delete