Ni entri pertama berkenaan kuih! First time kasi tutorial membuat kuih. Kuih paling sinonim dengan orang Melayu. Kuih apa kawan-kawan? KUIH KARIPAP! Teheee. Dah 2 kali aku buat, first sebelum tunang dulu. Second baru-baru ni buat.. Heee! Biasanya aku jadi terlebih rajin pun bersebab. Ada orang request, ada lah dibuatnya aku. *nampak kemalasan aku kan?* Okey sila abaikan... Mari masuk ke segmen Dapur Puan Sheila :)
Bahan-bahan :-
Tepung gandum - 1 peket
Kentang (6 biji) - potong dadu
Bawang besar (3 biji) - potong dadu
Bawang putih (1/2 labu) -potong dadu
Ayam / Daging - potong dadu
Serbuk kari / daging - 3 sudu besar @ lebih
Serbuk cili powder - 3 sudu besar @ lebih
Daun bawang / daun sup - dihiris
Garam/gula/ajinamoto - ikut sukahati korang
Cara-caranya :-
Step 1 (doh) :
1) Panaskan kuali, masukkan minyak masak dapat 5 sudu besar. Tutup api setelah minyak panas.
2) Masukkan tepung (1/2 peket), campurkan minyak masak yang dipanaskan tadi. Uli/ gaul sehingga campuran sebati. Masukkan juga air masak bagi memudahkan tepung menjadi doh. Campurkan lebihan tepung agar doh tidak terlalu berminyak (risau doh terlalu rapuh bila goreng nanti)
Step 2 (Isi karipap) :
1) Masukkan bawang putih, bawang besar, kentang bersama air (3 cawan) ke dalam kuali tanpa minyak.
2) Masukkan serbuk kari ayam/daging, serbuk cili powder dan bahan perasa ke dalam kuali. Gaul sebati.
3) Masukkan ayam/daging yang didadu tadi, biarkan adunan itu masak sehingga adunan menjadi kering.
4) Tabur daun sup/daun bawang untuk hiasan.
Step 3 (Karipap) :
1) Korang dah boleh uli doh dan masukkan inti untuk menjadi karipap yang delicious! hee (aku tak larat nak buat tutorial untuk step ke-3 ni, heee)
-sila tengok gambar rajah ye :)
*yang sempat buat*
*bungkus, bawak balik rumah. Hee*
*resepi 100% copy daripada mak tercinta*
p/s : aku tak mampu nak buat banyak sebab aku buat sorang-sorang je ni. Time puasa pulak tu. Hahaha. Banyak juga komen positif diterima daripada cousin suami, akak ipar dan keluarga aku.. Terima kasih korang sudi merasa air tangan aku.


rajin buat karipap senang senang pos lah ahahaha
ReplyDeletehahahhaa tak rajin ohhh. hahhahahaa
Delete