MALAM KEMBARA DAKWAH RASULULLAH SAW (LIVE)

Assalamualaikum...
Syukur alhamdullilah, kerana diizinkan Allah SWT untuk menghadiri majlis ilmu sebegini bersama suami dan ipar duai. Pada yang sedia maklum, rabu minggu lepas aku ada publish satu entri berkenaan dengan Malam Kembara Dakwah Rasulullah SAW bersama Habib Syeikh Al-Sagaf.  Korang ada baca tak? (sila klik link yang dibold dan dibesarkan font itu)
06.30 petang : last minute, suruh suami try ajak bestfriend dia. Alhamdullilah. Akhirnya kami dapat pergi, tapi tidak bertiga saja. Abang ipar dengan akak ipar pun joined sekali. Muat satu kereta, hahaha, cam sardin pun ado gak. Takpe, dalam tak sedar kami berhimpit kat belakang tu akhirnya sampai jua kami ke destinasi iaitu Dataran Merdeka
08.35 malam : subhanallah, ramainya umat Islam sama-sama menghadiri majlis ini. Sepatutnya jam 8.30 malam dah start, tapi kerana menghormati waktu solat Isyak dan berkemungkinan orang akan keluar lambat lepas menunaikan solat, jam 9 malam bermulalah kembara dakwah tersebut.
kami duduk jauh sikit...
pengantin forever, insyallah :)
09.00 malam : oleh kerana kami tak dapat duduk dekat dengan pentas, tak dapat nak snap picture Habib and the gang masa tengah berqasidah. Spek pulak buat hal, dah tercalar balar lepas 2 minggu tertinggal dalam kereta mak. Apakah nasib ku? hmm. Sikit-sikit je nampak, nasib baik ada screen besar. Membantu sangat-sangat. hee. Rasa tenang sangat dengar alunan Qasidah daripada Habib. Kami semua sama-sama berqasidah.
11.00 malam: qasidah dah habis baca. So ada ceramah sikit berkenaan dengan Rasulullah SAW. Semua masih tidak berganjak dan menghayati ceramah dan dakwah yang disampaikan.
11.30 malam : terasa sekejap sangat masa di situ. Hihi, ada gak gambar berdua dengan suami tercinta. Nah, aku tepek sekeping dua gambar untuk tatapan kalian. Insyallah, sekiranya ada lagi majlis ilmu seperti ini aku akan war-warkan kepada korang semua ya.
DICORET OLEH : 

25 comments:

  1. Alhamdulillah, akak tengok dlm Tv jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah. bestnya tengok dalam tv. nampak dekat. kami tengok dari jauh je. hehhee :)

      Delete
  2. bestnye dapat pergi live... war warkan tau dalam blog ni kalau ade majlis ilmu seperti ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, syukur sangat dapat pergi haritu. insyallah awak. nanti apa-apa sheila war-warkan ye. heee :)

      Delete
  3. Akk plan nak pegi tp kwn mintak tolong pindah rumah. Xpelah xde rezeki, in shaa Allah lain kali blh pegi kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak lynn, insyallah ada rezeki lain kak lynn boleh pergi. hehhehe :)

      Delete
  4. alhndlh .. dpt jgk pergi mjls agama mcm nie kan. ^^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, ibupun sempat tengok di kaca tv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah. sheila tengok live best juga tapi tak nampak jelas sangat ibu :)

      Delete
  6. kte pun sama, tgk dkt tv je..tak mampu nak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala takpe. sekurang-kurangnya tengok kan. hehehhehe :)

      Delete
  7. wahhh bestnyee...skrg mlm2 kena krg tgk tv,exam is coming soon..tatoottt..rugi betul xingt nk tgk ni..sobsss..dok bace cerita orang kat blog je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpeee leeyana. exam lagi penting. yang ni tengok ulangan kat astro pun takpe. hehehe. good luck with your exam :)

      Delete
  8. sheila...
    bestnyer sesekali dapat join mcm ni kan...
    boleh tambah ilmu sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory, heee. aah, nanti ada lagi insyallah sheila inform. boleh pergi sesama ye :)

      Delete
  9. bestnya dapat p program mcm nii.. jauh pula mcm mna nak p.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah syukur, jadi tetamu dalam majlis agama ni. ehh awak duduk mana? insyallah majlis sebegini akan ada di kawasan berdekatan dengan awak ;)

      Delete
  10. Replies
    1. alhamdullilah syukur. ayu, tengok kat tv pun best. terang. hehehe

      Delete
  11. tak pergi pun. saya tgk live kat tv9. mmg sgt sgt ramai org yg hadir kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, takpe. mak buyung duk rumah je ya. heheh sgt ramai kak suria. nasib baik boleh bernafas dgn normal ♥

      Delete