MEMPROSES SAYURAN DENGAN BETUL

Assalamualaikum...
Sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada jenis makana yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yang seimbang. Ini kerana ia mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin dan zat-zat galian.
Bagi memastikan sayur-sayuran yang dimakan berada dalam keadaan yang baik, segar dan mengandungi zat-zat makanan, ia perlu diproses secara betul sama asa ketika mencuci, menyediakan dan memasaknya.
* Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masih segar, berwarna terang dan bentuknya elok.
* Pastikan segala bahan kimia dan kekotoran yang mungkin melekat padanya dibersihkan.
* Jangan rendam sayur-sayuran itu terlalu lama dalam air garam sebelum dimasak kerana ia boleh menyebabkan zat didalamnya hilang.
* Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakan atau dimasak. Kebanyakan sayur-sayuran akan kehilangan vitamin C apabila terdedah dengan udara dan kepanasan.
* Simpan sayur-sayuran di tempat yang sejuk dan gelap untuk menghalangnya daripada kehilangan vitamin.
* Jika ingin menyimpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk, ia hendaklah dalam keadaan segar. Simpan dalam bekas tertutup yang terletak di bahagian bawah peti sejuk. Sayur-sayuran berdaun hijau hendaklah dimasukkan ke dalam plastik yang berlubang.
* Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenis berubi, simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangan letakkan di atas lantai, terutamanya lantai simen.
* Masaklah sayur-sayuran secara kukus kerana ia dapat mencegah kehilangan vitamin B & C.
* Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah, gunakan kuah secara minimum. Biarkan air atau kuah mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan sayur.
p/s : tolong abaikan jejari mari suamiku yang montel itu. kehkeh ;p
DICORET OLEH : 


24 comments:

  1. Thanks share info..hahha jari tu memang funny..

    p/s: harap bersabar ye..terlalu tide up dengan kerja dan juga now still recovering dari viral fever..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih Kak Akmar. hehe jari tu pepoyo je. hahaha. insyallah kak, mudah-mudahan cepat sihat ye :)

      Delete
  2. wahhhh...good tips ni. boleh dipraktikkan. kdg2 kita beli kat pasar malam je, balik terus simpan dlm fridge, x letak pun dlm bekas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. betul, sheila selalu tengok mak buat camni. skrg lepas baca ni, baru rasa nak buat juga. hehehe pasni bolehlah terapkan ye :)

      Delete
  3. Nice tip.. ai like hehehehe

    btw: waduhhhh terharunya mak.. tenkiuuu SHELLA sudi nak sponsor GA mak. ok mak akan masukkan Shella dalam LIST SPONSOR ya.. tenkiuuuu.. bila sponsor dah cukup mak akan maklumkan tarikh dan detail mengenai GA tu ya! tks again dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe my pleasure mak dara. hahaha. sheila sokong mak dara dari jauh ni. hehehe. ok, keep update your GA ♥

      Delete
  4. tq dik, tips2 yag bagus ni !

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum shiela...perkongsian yg baik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak masz. hehe. alhamdullilah syukur. semoga bermanfaat kepada semua :)

      Delete
  6. Nak kekal segar dlm frezer simpan dlm freezermate Tupperware! kuikuikui..promote nmpak =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, betul gak kak nea. kalau nak oldskool cam sheila, bungkus dalam newspaper hahahahhaa :)

      Delete
  7. Mak selalu pesan semua ni masa masak. Tapi kami adik beradik bukannya makan sayur sangat pun. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker? rugi tak makan sayur. sayur sedapp. hehe

      Delete
  8. nory tak makan sayur...
    sebab nory spesis "karnivor"...
    hahhahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, karnivor? gerun dengor. hahaha. patutlah, makan yang heavy2 je nory ek. bambam :)

      Delete
  9. tips mcm ni sgt berguna, lg pun melibatkan vitamin. nnt mkn syur sesaja, vitamin hlg akibat slh simpan dn slh masak. hehe. thx sheila ! hoho ok buat2 xnmpk tgn tu heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, terima kasih buat2 tak nampak tgn tu. hehehe. sila sebarkan ye sayangku :)

      Delete
  10. Assalamualaikum tuan blog, thanks sebab share! :) Alahai comelnya jari hahahaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam salwa. hee thanks sudi jenguk sini. hehe jari tu comelness. sayang kat tuan punya jari! hahahahah :)

      Delete