Assalamualaikum...
Sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada jenis makana
yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yang seimbang. Ini kerana ia
mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin dan zat-zat galian.
Bagi memastikan sayur-sayuran yang dimakan berada dalam
keadaan yang baik, segar dan mengandungi zat-zat makanan, ia perlu diproses
secara betul sama asa ketika mencuci, menyediakan dan memasaknya.
* Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masih segar,
berwarna terang dan bentuknya elok.
* Pastikan segala bahan kimia dan kekotoran yang mungkin
melekat padanya dibersihkan.
* Jangan rendam sayur-sayuran itu terlalu lama dalam air
garam sebelum dimasak kerana ia boleh menyebabkan zat didalamnya hilang.
* Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakan atau
dimasak. Kebanyakan sayur-sayuran akan kehilangan vitamin C apabila terdedah
dengan udara dan kepanasan.
* Simpan sayur-sayuran di tempat yang sejuk dan gelap untuk
menghalangnya daripada kehilangan vitamin.
* Jika ingin menyimpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk,
ia hendaklah dalam keadaan segar. Simpan dalam bekas tertutup yang terletak di
bahagian bawah peti sejuk. Sayur-sayuran berdaun hijau hendaklah dimasukkan ke
dalam plastik yang berlubang.
* Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenis berubi,
simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangan letakkan di atas lantai,
terutamanya lantai simen.
* Masaklah sayur-sayuran secara kukus kerana ia dapat
mencegah kehilangan vitamin B & C.
* Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah, gunakan
kuah secara minimum. Biarkan air atau kuah mendidih terlebih dahulu sebelum
dimasukkan sayur.
p/s : tolong abaikan jejari mari suamiku yang montel itu. kehkeh ;p
DICORET OLEH :

Thanks share info..hahha jari tu memang funny..
ReplyDeletep/s: harap bersabar ye..terlalu tide up dengan kerja dan juga now still recovering dari viral fever..
sama2 kasih Kak Akmar. hehe jari tu pepoyo je. hahaha. insyallah kak, mudah-mudahan cepat sihat ye :)
Deletewahhhh...good tips ni. boleh dipraktikkan. kdg2 kita beli kat pasar malam je, balik terus simpan dlm fridge, x letak pun dlm bekas
ReplyDeletehehe. betul, sheila selalu tengok mak buat camni. skrg lepas baca ni, baru rasa nak buat juga. hehehe pasni bolehlah terapkan ye :)
DeleteNice tip.. ai like hehehehe
ReplyDeletebtw: waduhhhh terharunya mak.. tenkiuuu SHELLA sudi nak sponsor GA mak. ok mak akan masukkan Shella dalam LIST SPONSOR ya.. tenkiuuuu.. bila sponsor dah cukup mak akan maklumkan tarikh dan detail mengenai GA tu ya! tks again dear
hehehehe my pleasure mak dara. hahaha. sheila sokong mak dara dari jauh ni. hehehe. ok, keep update your GA ♥
Deletetq dik, tips2 yag bagus ni !
ReplyDeletehehe, sama-sama kasih KA :)
Deleteassalamualaikum shiela...perkongsian yg baik...:)
ReplyDeletewaalaikumusalam kak masz. hehe. alhamdullilah syukur. semoga bermanfaat kepada semua :)
DeleteNak kekal segar dlm frezer simpan dlm freezermate Tupperware! kuikuikui..promote nmpak =p
ReplyDeletehehehe, betul gak kak nea. kalau nak oldskool cam sheila, bungkus dalam newspaper hahahahhaa :)
DeleteMak selalu pesan semua ni masa masak. Tapi kami adik beradik bukannya makan sayur sangat pun. Hehehe
ReplyDeleteyeker? rugi tak makan sayur. sayur sedapp. hehe
Deletenory tak makan sayur...
ReplyDeletesebab nory spesis "karnivor"...
hahhahaha...
hahahhaa, karnivor? gerun dengor. hahaha. patutlah, makan yang heavy2 je nory ek. bambam :)
DeleteTq sharing dik.. :D
ReplyDeletemy pleasure kak lynn :))
Deletetq bkongsi info n tips tsebut
ReplyDeletesama2 kasih QH. heheh :)
Deletetips mcm ni sgt berguna, lg pun melibatkan vitamin. nnt mkn syur sesaja, vitamin hlg akibat slh simpan dn slh masak. hehe. thx sheila ! hoho ok buat2 xnmpk tgn tu heee :D
ReplyDeletehehehe, terima kasih buat2 tak nampak tgn tu. hehehe. sila sebarkan ye sayangku :)
DeleteAssalamualaikum tuan blog, thanks sebab share! :) Alahai comelnya jari hahahaa :P
ReplyDeletewaalaikumusalam salwa. hee thanks sudi jenguk sini. hehe jari tu comelness. sayang kat tuan punya jari! hahahahah :)
Delete