Assalamualaikum...
Adik, akak, abang, makcik semua... Kalau berani mengaku anak jati johor berdarah jawa, jangan kata tak pernah makan sambal goreng ye. Piat telinga sorang-sorang kang! hahahaha. First time merasa ni, waktu zaman perkenalan dengan keluarga mertua. Terus jatuh hati, sebab masakan ni special, unik. Lama gak nak dapatkan resepi ni, pastu minggu lepas aku berpeluang masak sendiri kat rumah mertua. hahaha. Puas hati aku, makan berpinggan-pinggan. sedap diratah begitu sahaja tau... Hari ni nak share dengan korang, resepinya.Bahan :
tempe (2 plastik)
kentang (3 biji)
tauhu (3 keping)
cili padi (ikut sukahati)
ikan bilis (segenggam)
su-un (segenggam kecil)
bawang merah
bawang putih
kicap manis
Caranya :
tempe dan tauhu terus goreng dengan minyak yang panas tanpa dipotong. Lepas dah masak dan garing bolehlah dipotong dadu ya. Kentang potong dadu dan hiris nipis ye, nak senang masak. Cili potong dadu. Kemudian, korang goreng kesemua bahan. Kacau rata, masukkan kicap manis sehingga korang nampak sambal menjadi kehitaman. Bubuh 5 sudu besar pun ok rasanya. Siap dan boleh diratap ya ♥
Walaupun rupamu gelap dek disimbah kicap manis. Rasamu tetap menjadi igauan hatiku, kahkahkahkahhhhh ;p
uishh, sedap tu..lama tak makan tempe..
ReplyDeleteheee. nanti alyn try lah masak ye. hehehe. akak tengok entri ni pun kecur air liur tau ;p
Deleteakak ni wpun bukan org jawa/johor, tapi suka jugak mkn tempe. tapi jenis yg goreng je la. kalau husb akak, keturunan bugis. suka betul dia mkn sambal tempe berkentang tu
ReplyDeletehehe yeker? memang sedap. saya rasa ini yang special kalau bab jawa. makanan dia unik. first time makan terus berpinggan2 kemudiannya. hahahaha ;)
DeleteMstlah akk tau dik... tp sejak khwn nie jarang dah akk buat... :D
ReplyDeletehehehe. kalau balik kg, mesti nak suruh MIL masakkan ini. ihihi. menantu siapa lah ni :)
Deletekahkahkahkahhh,... rupa tak penting, rasa yang penting.. ;p
ReplyDeleteida gelak lain macam je. hahahahhahaha ;p
Deletewalaupun tak terhidup baunya... tapi mesti sedap kan sampai mengigau... :D
ReplyDeletehahahaha mampu bagi tengok gambar je kak. hehe. kalau ada kesempatan, bolehlah sheila masakkan utk akak ye. hihi :)
Deletewei sedap ni.. wong jowo mmg suko!
ReplyDeletehahaha jawa la kak zue ;p
Deletesaye ank jati johor! ala rindunya nk mkn sambal goreng mak buat,,nk sikit kak,hahah
ReplyDeletehahah sepp sikit peeja. satu negeri! hihi. okey2, nanti akak masak lagi, akak send dekat peeja ye. hehehe :)
Deleteassalamualaikum shiela...sedapnya..;)
ReplyDeletewaalaikumusalam kak mas. terima kasih. biasa2 je rasanya. mana boleh kalahkan orang yang pandai masak dr kita :)
Deleteakak org perak... huhuuh... wah sedap tuu nampaknyer
ReplyDeletecer try rasa kak izan. memang sedaplah. hihihi :)
Deletesarah suke sambal2 nie.. tp tempe xsuke.. boleh ganti benda lain x?
ReplyDeleteboleh je sara nak buh benda lain. i mean ayam ke.. ikut sedap tekak je. cuma masakan ada tempe ni wajib bubuh kalau org jawa nak makan. hihi :)
DeleteTapi osmet buat, dia letak kacang panjang skali, pun jatuh cinta bila memula try, mmg sedap kan sheila ;)
ReplyDeleteohh variasi menu tu. hihi. memang sedap. unik sebab pedas, berkicap kan :)
Deletehohoho..nampk sedp bebeh
ReplyDelete