Assalamualaikum...
Dah lama dalam draft, hampir berdebu entri ni. Oleh kerana keluarga mertua menunaikan umrah bermula ahad 26 Mei 2013. Sesuai sangat untuk di-share dengan semua. Tertangkap topik ni dalam majalah Mingguan Wanita. Terbuntang mata nak memahami isi kandungannya.![]() |
| Mingguan Wanita bilangan 1532 untuk 29 Mac - 04 April 2013 |
*** Kemudahan pertama ialah pengeluaran secara langsung dari Akaun 2 KWSP untuk menampung sebahagian kos menunaikan haji. Kita juga holeh melihat kemudahan ini sebagai satu sokongan kepada dana Tabung Haji yang sudah sebati dengan bakal-bakal jemaah haji.
*** Kemudahan kedua membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
Perbezaan utama antara kemudahan pertama dan kedua ialah dari segi pengeluaran. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KSWP mereka kerana kemudahan kedua ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.
Mereka yang layak perlu memenuhi syarat berikut :-
* Beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
* Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap
* Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
* belum mencapai umur 55 tahun
Untuk daftar ahli KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Oleh kerana pendaftaran cuma atas nama individu ahli berkenaan, dia tidak boleh membuat pendaftaran bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak. Ahli yang tidak mempunyai Tabung Haji boleh membukanya dengan deposit minimum RM2.
Peringatan, ada ahli yang cuba ambil kesempatan dengan mendaftar semata-mata atas harapan dapat "potong jalan" supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan lebih cepat. Ternyata mereka kecewa kerana pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
Sekiranya ada ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini, mereka boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
Mereka yang menjadi ahli KWSP dan ditakdirkan hilang upaya boleh membuat Pengeluaran Hilang Upaya tetapi TIDAK AKAN DIBERI KEISTIMEWAAN untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, walaupun mempunyai simpanan yang mencukupi. Prinsipnya masih sama iaitu pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji yang sudah ditentukan oleh Tabung Haji.
Kita sudah hampir sampai ke penghujung artikel ini. Mungkin ada pembaca akan bertanya soalan ini? Bolehkah saya mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji? Kunci kata di sini "keseluruhan". Dukacita dimaklumkan "Tidak Boleh", atas alasan simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Kalau masih ingat lagi, memang kemudahan pertama mengizinkan pengeluaran dari Akaun 2 tetapi terhad kepada RM3,000 (pada artikel ini ditulis). Dana untuk mengumpul wang memerlukan anda mencari simpanan tambahan dari akaun-akaun bukan KWSP seperti Tabung Haji, Takaful, akaun mudharabah dan lain-lain. Hati-hati agar memilih akaun yang patuh syariah 100 %.
Pembaca artikel ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan syarat-syarat terkini dalam laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.
credit : Mengurus Kewangan - Majalah Wanita bilangan 1532, 29 Mac - 04 April 2013.

nice sharing..:)
ReplyDeletethanks asyikkk :)
Deletebaru tau ni,....baguslah kwsp ni,..
ReplyDeletekak izan. kalau rasa was2, boleh terus berhubung dengan pihak KWSP sendiri ya :)
DeleteSaya memang sedar akan skim ini tetapi was-was untuk digunakan sebab sumber pelaburan KWSP.
ReplyDeletebro, dinasihatkan kalau rasa was2, boleh terus berhubung dengan pihak KWSP sendiri ya :)
Deletewaaa...bagus info...
ReplyDeletekalau x sampai bila2 la x tau...
HOT : Kolam renang terbesar di dunia
TOP : Kolam renang palsu
POPULAR : Rumah mewah selebriti
GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
PELIK : Jam termahal di dunia
Dan banyak lagi di : Green Life
thanks ISs, semoga bermanfaat entri ini buat semua :)
Deleteassalam,
ReplyDeletesatu perkongsian yg baik...
waalaikumusalam bunda. alhamdullilah. semoga bermanfaat buat semua :)
DeleteSya dh msk skim pencen..xdak KWSP dah..huhuhu
ReplyDeleteBTW good sharing..;p
ekk, dah habis duit pencen eh kak? takpe, boleh mula menabung melalui Tabung Haji. hehehhe :)
DeleteEntri yang sangat bagus ni Sheila, rasanya masih ramai yang tak tahu tentan perkara di atas. Syabas.
ReplyDeleteTerima kasih kak lynn. insyallah. semoga berguna untuk semua :)
Deletebanyak kelebihan KWSP ni kan..
ReplyDeleteyap. insyallah mempermudahkan kita semua :D
Deletebanyak kelebihan KWSP ni sebenarnya. even akak bekerja govt, tp akak x amik pun skim pencen. akak teruskan jugak dgn KWSP. sbb ada planning di masa akan dtg. hehehe
ReplyDeletebagusnya kak suria. hehehe :)
Deleteberkongsian yg bagus shiela.. :)
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat semua. insyallah, thanks za :D
Deletetq berkongsi info tsebut..nti nk suruh HB baca pula...hihi
ReplyDeletemy pleasure QH! hehhehe :)
Deletebanyak faedah under kwsp...asih terfikir2 nak teruskan kwsp atau pencen gov..heheee...
ReplyDeletetapi kalau dh daftar haji, still kena tggu giliran kan.... ermm...
nanti kalau ade anak, anak baru satu tahun, better g daftarkan anak untuk buat haji...sebab nk tggu tu punyelah lame..hehe
betul awak, kena bijak berfikir lah. sheila pun baru planning nak daftar. dalam masa 25 tahun lagi insyallah giliran akan tiba. hehehhe
Deletethank u sheila ! ma namee pun cadang macam tu juga. part kwsp yang boleh guna tu dia nk guna untuk gi haji. :)
ReplyDeletemy pleasure sayanggg! jom daftar sama2.... nak tunggu giliran tu, allahuakbar. lama kot. akak ipar sheila kena tunggu lagi 25 tahun... kita? allahualam...
Deletepernah terfikir satu hari nanti nak pergi haji melalui duit kwsp..jika diizinkan..
ReplyDeleteinsyallah. mudah-mudahan impian kita tercapai :)
Deletegood info yunk.. tahnx sgt2!
ReplyDeletealhamdullilah. my pleasure sis :)
Deleteoh mcm tu.... bagus juga ya. akak ade tabung aji, dan ade KWSP tapi er.. jumlah akak memang failed untuk dpt kelulusan. hihi.
ReplyDeletetakpe kak mai, slow2 menyimpan. insyallah boleh dapatkan kelulusan ni nanti :)
Deletedah buat...tak sabar nak buat untuk anak lak nanti ni tapi pakai cash la
ReplyDelete