Honeymoon Trip to Krabi Part 7

Assalamualaikum...
Lepas berpoya-poya di Bamboo Island, kitorang naik balik boat dan bergerak ke Viking Cave. Subhanallah. Cantik sungguh air kat sini. Tapi kita tak boleh turun sini ye kesayangan semua. Ini tempat lanun kata orang. Boat just lalu dan kita boleh bergambar sakan kat atas boat sahaja. Tengok air kat sini, warna sini sangat cantik. Melting tengok babe ;p
sheila shahfiekry
i love this pic ;p
sheila shahfiekry
 comel tak kak ton? *matakeatastangandibahu*
sheila shahfiekry
Sekarang gambar ni dah pun selamat dijadikan wallpaper pc kat tempat kerja. Miahhaahhaaa. Pengubat rindu. Ramai gak dok tanya gambar ni kat mana. hahaa. I ni kejam tau noks, pergi bercuti haritu tak bagitau dorang pun. Senyap-senyap sudahlah. Mana yang rapat je beritahu.
sheila shahfiekry
Daripada luar Viking Cave, kami dibawa masuk diantara caves. Tempat ni dinamakan Phi Phi Lagun. Subhanallah. Cantik tak? Terpegun babe, air dia jernih sangat. Macam air ni dibahagikan kepada banyak bahagian. Setiap bahagian tu warna air dia lain-lain tau. Tapi takdelah sampai warna pelangi. hehee. Tengok lah gambar sendiri, boleh nampak rasanya ;p.
sheila shahfiekry
Orang putih berenang tak pakai life jacket. Shamed on me, sebab tak reti berenang. Ahaks! Jeles gila tau, tapi nak buat macam mana. Redha. Kitorang dapat port paling hujung. Semua terjun gaya bebas, paling bebas, suami aku dengan suami Nory. Boleh dia terjun daripada depan boat. Dengan spek masih dipakai. Bila dia terjun, spek terjatuh dalam air. Gubra dia nak cari, sudahlah mata tu rabun tahap hape. Patutlah mata suami merah semacam. Aku taktahu pun time ni, lepas tahu terus risau gilaa sampai nak nangis *ok, tipu*
Kat sini pun, kitorang ada bergambar sakan. Nasiblah kan, bercuti sambil bergambar. kahkah. Kat sini, aku cuba belajar berkuak. Alhamdullilah. Lepas bermandi manda kat sini, rasa semangat sikit nak snorkeling kat tengah laut. Air sini sangat tenang, suka sangat port sini. Wajib singgah tau (",)
sheila shahfiekry
Semua dah turun, mari bergambar dengan gembira. Yehaaaaaaa.
sheila shahfiekry
 Subhanallah, cantik tempat ni babe. Aku puas hati dapat pergi sini. 
sheila shahfiekry
Lepas puas berendam macam badak hape ntah, semua dijemput naik boat. Kita pergi makan yuk! hehe
sheila shahfiekry
Nama pantai yang kitorang pergi makan ni Phi Phi Lay. Serius, lunch hari kedua sangat sedap. Mengiurkan tekak ok. Habis nasi ni aku kerjakan, terkejut suami tengok. Nampak sangat kesedapannya ;p
sheila shahfiekry
our lunch
sheila shahfiekry
ehh, orangnya mana? gambar makanan je ada ;p
sheila shahfiekry
lapar dahaga sesangat ;p
sheila shahfiekry
Lepas dah puas makan, kita bergambar sat kat tepi pantai. 
sheila shahfiekry
Eida+Andi, Aku+suami, Mila+Mcdee,
Yaya+Syafiq & Nory+Zoul
sheila shahfiekry
Ini pulak tempat kami snorkeling, Shark Point namanya. Gerun pulak aku bila dengar, tapi our guide cakap yang ada cuma baby shark je. So no worries okey guys. Tak jauh daripada pulau yang kami berhenti untuk lunch hour tu. hehehe. 
sheila shahfiekry
Subhanallah, gayat babe snorkeling. hahaha pengalaman pertama kot. Harus rasa nak pitam bila kita pandang dalam air tu, terasa kita kat tingkat dua bangunan tau. Kejap rasa cool, kejap rasa cemas dibuatnya. Aku bila masuk air, memang tak duduk sebelah suami. Aku survive sorang-sorang, pastu dah boring aku pergi cari geng. Kesian Zoul suami Nory kena jaga aku Mila termasuk isterinya. hahahaha Thanks Zoul sudi jaga kitorang time tu >___<

Maksud survive kat sini ada kisahnya tau, tapi janji ek jangan gelakkan? Aku tertelan air laut masin banyak sangat. Semuanya sebab tak ketatkan goggle. My bad. Sekejap-kejap je dapat usha ikan-ikan, lepas tu blurpppp air masuk melalui hidung dan mulut. hahahha. Pengalaman babe, hahaha. Terkapai-kapai den cuba ketatkan goggle tu. Sebab tu takda gambar aku kat sini. Aku naik boat bersama Mila dan Nory.Yaya pun kejap je dah naik. Eida lak jauh daripada aku time ni.
sheila shahfiekry
Gambar suami dan beberapa ekor ikan yang comel ditangkap oleh Eida. Aku memang takda sekeping gambar pun snorkeling sini. Sadis tau, tapi takpelah atleast ada gambar suami i. Thank you Eida ya. Rajin Eida pegang camera dalam air laut ;p
sheila shahfiekry
On the way balik, depa bagi makan buah. Terpaksalah kitorang makan nenas tu, nak hilangkan pening-pening lalat. hehehe. Lepas tu sempat lelap mata jap. Feeling betul. 
Sekian, terima kasih sudi baca panjang lebar ni. Maaf kalau bosannnn.

35 comments:

  1. Subhanallah cantik..tapi hari tue xsempat pegi sini..ruginya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. waaaah.. bestnya.. jernih betol air

    ReplyDelete
  3. Subhan'Allah cantiknya pemandangan kt sana..

    ReplyDelete
  4. Bestnya..snorkeking.,sya pun tak reti brenang.huhu

    ReplyDelete
  5. Lepas ni boleh la you snorkeling lagi sebab dah ada pengalaman dan dah tahu cara. Cantik-cantik kawasan yang dekat cave tu. Rasa macam nak gi sini pulak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - hairanblog.com

    Wah best betul Krabi..teringin jugak nk pegi heee..

    ReplyDelete
  7. Singgah Sahur Salam Ukhwah Ohblogger Malaysia - Mieza Jhaa K

    ReplyDelete
  8. Waaaa ...ni jeles nii..best giler berenang-berenang tengok ikan...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, pcl singgah sahur ....salam ukhuwah ohblogger malaysia, siang nt tak menyempat nk Bw..hhehe , honeymoon trip yg sangat menarik...pcl blm sampai ke sana.

    ReplyDelete
  10. salam. wow! bestnya dpt bln madu kat Krabi...sy honeymoon di Ganu aje. huhuhu..done follow here. tq.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum
    Singgah sahur salam ukhwah OhBlogger Malaysia - http://www.diarymama.com

    ReplyDelete
  12. waaaaaaaaa cantik2... jeles dah nie ^__^

    singgah pagi2 dari segmen HH

    ReplyDelete
  13. aah la cantikkk sgt....best nya lau dpt pegi...sy pun xpenah snorkling, gayat rupanya, dah la sy ni pun jenis gayat, mmg x lah nak g snorkling...huhu
    xpe la xde gmbr sheila tp knangan tu ada kan *pujuk ati* hihi

    ReplyDelete
  14. salam , terliur lah tengok lunch sheila tu..hehe
    bahaya kan..bulan pose ni..hehe

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, selamat berpuasa :).
    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah (http://norazizah.org)

    ReplyDelete
  16. bestnyeeeeee...nak gi cuti2 kt sini gak la...

    ReplyDelete
  17. cantik sungguh pemandangan di sana ye sheila

    ReplyDelete
  18. alaa sorry sheilaaa.. ida jauh dgn sheila, dah takde pic sheila dalam air. huhuhuu..

    ReplyDelete
  19. fulamak!!! cantik gila view kat sana!! kiri kanan bukit bukau yg menghijau, tengah2 laut mmbiru.. subhanaAllah!

    ReplyDelete
  20. wah seronok giler yer shiela kat situ !

    ReplyDelete
  21. Cantiknya ciptaan ALLAH shiela..kita belum pernah sampai sini lagi..sure boleh masukkan dalam list place to be visited soon.

    ReplyDelete
  22. wah, cantik giler view dia..jelez ni..hehe..

    ReplyDelete
  23. wah..cantiknye view kat sana
    mmg awesome!
    sesuai sgt utk honeymoon..ehem2...

    ReplyDelete
  24. Hoho..bestnya tengok gambar Sheila kat Krabi ni. Memang cantekz semua gambarnya. Selamat menjalani ibadah puasa ya untuk Sheila dan family.

    ReplyDelete
  25. Seronoknya dapat bercuti sakan...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum sheila...Ya Allah serius akak ckp nih memg cntikkkk sgt tgk laut diorg...terpegun jap akak tgk..m

    ReplyDelete
  27. sampai episod 7 tu..fuhh..hehe..bestla

    ReplyDelete
  28. cantik tempat , adehh dah lama nak pegi tapi belum berkesempatan

    ReplyDelete
  29. Pengalaman pertama snokling ms hanimun kat sabah. Kat manukan island... tp tak g kat tgh pun... tepi2 laut jer... teringin nak g tmpt2 dlm mcm ni...

    ReplyDelete
  30. Subhanallah...cantik pemandangan laut tuh..

    Salam ukhwah ohblogger & selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  31. Subhannllah...serius mmg cantik pemandangan kat sana.

    ReplyDelete
  32. cantik sangat air laut tu.. subhanAllah..

    ReplyDelete
  33. krabiii tunggu i datang lagiiiiiiiiii hahaha

    ReplyDelete