Kenali Sheila Salim

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Rasanya dulu aku pernah buat satu entri pasal siapa diri aku sebenarnya. Tapi aku terpaksa buang sebab kat dalam entri tu banyak gambar yang tak tutup aurat. So izinkan lagi sekali aku kenalkan diri aku pada sahabat semua. Kalau terasa diri bukan sahabat aku, toksah lah sibuk membaca sini. Aku tak kesahkan korang pun. Aku kesahkan sahabat-sahabat aku je. hiks
Aku tahu, mesti ramai keliru dengan nama-nama yang aku biasa pakai kan? hehe. Nama penuh dan juga nama sebenar aku mengikut IC dan surat beranak adalah Norsheila binti Salleh. Tetapi lebih dikenali sebagai Sheila Salim melalui facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain. hihi. Salim tu ayah aku lah. Instead of Salleh @ Salim. Nama Salim ni papa guna masa kerja dekat oversea dulu ;p

Aku dilahirkan di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor pada 6 Jun 1990. Dah lepas dah birthday aku. Kalau ada nak bagi hadiah lagi, gua sudi je terima. hihi. Aku anak ke-5 daripada 7 adik-beradik. Yang paling sengal aku, yang paling ayu pun aku. *larik*

Mendapat pendidikan awal di tadika kemas Solok Wan Moh,kemudian naik darjah satu di Sekolah Kebangsaan (Cina) selama setahun 2 bulan. Dua bulan tu sempat darjah 2 sekejap kat situ sebelum ikut keluarga berpindah ke Sungai Buloh. Darjah 2 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh kemudian sambung tingkatan 2 hingga 5 di Sekolah Menengah Damansara Damai 1. Fuhh. Jenuh gak menukar sekolah ni. Mujur main kawasan Selangor je. Tak lari mana. Lepas kawin, menyewa bersama suami tercinta kat Sungai Buloh balik. hihi :)

Alhamdullilah. Sudah selamat bernikah dengan jejaka kipas-susah-mati, Norhadi bin Kahar. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Mohon rakan-rakan yang sering bertanya perihal anak, sila fahami hati perempuan yang mudah tersentuh ini >_____<

Mula berblogging sejak 31 Ogos 2010, dengan menggunakan domain sheilashahfiekry.blogspot.com kemudian mula tukar domain kepada sheilashahfiekry.my dengan harapan akan terus menaip tanpa penat dan lelah kerana aku sangat sukakan penulisan. Impianku, ingin menjadi seorang penulis buku. Jurnalnya belum pasti. Tapi besar harapan aku, semoga sahabat semua sudi support aku (",)

33 comments:

  1. Assaalamualaikum,
    nak tahu lg cerita psl Sheila Salim ni, mcm xcukup jea..hehe

    ReplyDelete
  2. oooooo...
    hope impian menjadi penulis tercapai
    hope sentiasa dimurahkan rezeki
    moga u olls berbahagia hgg hujung nyawa..
    byk tukar skolah..sure pening n konpius dulu2 kan

    ReplyDelete
  3. Salam...singgah sini. Akak pun suka menulis tapi merapu2 jer. hehehe. Nama blogging akak nealopah. Biasa kawan2 panggil Fid. anakanda akak nama Nabihah. Tu yg Fb nama FidNabihah. Pasal baby tu jgn sedih2 insyaallah ada rezeki. Akak pun 5 tahun kawin baru dapat bieha. Last week genap 10 tahun akak bernikah.

    ReplyDelete
  4. ok, pcl semakin mengenali Sheila..semoga terus dgn semangat itu. sentiasa menyokong juga. gud luck Sheila. all the best.

    ReplyDelete
  5. ain pun nak jadi penulis buku . samalah impian kita xD

    ReplyDelete
  6. Hi Sheila..hehehe..mcm baru kenal kan.. ;p

    ReplyDelete
  7. ooo mcm tu citernyaa...ok dah kenal dah! hihihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah... heheheh kemain ek =)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.. sa;am perkenalan dari fifi.. hihi..

    ReplyDelete
  10. hai sheila.salam kenal.i rara =) hehehe

    ReplyDelete
  11. As salam dik, Akk doakan semoga impian sheila nak jd penulis tercapai jugak satu hari nnt. Manalah tau kan jd penulis yg berjaya satu hari nnt.. :D

    ReplyDelete
  12. slmt berkenalan
    hai dok sg buluh rupanya
    nnt leh jumpa kat sh alam
    ehe

    ReplyDelete
  13. hai ... salam kenal. hehehh moga terus sukses dlm penulisan ^^

    ReplyDelete
  14. hye akk comel! selamat berkenalan! hehehehehe Untungnyaaa dapat kahwin muda.. jeles! >.<

    ReplyDelete
  15. boleh panjang lagi kot cerita sheila! ;) btw i duduk kuang dulu!

    ReplyDelete
  16. "Kalau terasa diri bukan sahabat aku, toksah lah sibuk membaca sini. " <-- cute sgt statement nie.... ekekekeke.....

    ReplyDelete
  17. wahh hehehhe.. sheilaa.. mne mknn kegemaran, minuman kegemaran, hobi, cita2 :P *mcm tulis biodata ms kecik2 .. hihi nice to know sheilasalim @ sheilasalleh @ sheilashahfiekry @ sheilalovehadi :P
    *lariiiiikk

    ReplyDelete
  18. sudah berumah tangga rupanya.... nampak muda ;)

    ReplyDelete
  19. muja nak komen,, nak komen,, nak komen,, hehe,, muja pun nk buat jugak la entry siapa blogger muja,, hehe

    ReplyDelete
  20. ok baru tau sheila 23..adik2 semuanyer...huhuhu..dah kawin dah..kalah akk tau..hohoho..

    ReplyDelete
  21. tau dah serba sedikit pasal akak..hehe..btw, semoga cita2 akak nak jadi penulis tercapai, one day..

    ReplyDelete
  22. mohon jadi penulisa buku secepat yang mungkin. hehehe

    ReplyDelete
  23. nak tau lebih lanjut.. x cukup details ni.. hehe..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum & selamat berkenalan!

    ReplyDelete
  25. Selamat berkenalan moga impian akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  26. sudah mengenali shiela serba sedikit...of course impian blogger tu sama..cuma terpulang pada kita nak coraknya bagaimana ye shiela...harap dapat berkawan dengan shiela sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  27. hye sheila ..femes u eh..taw pown dri entry blogger..salam kenalan dri belalang :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Sheila, wah best2...bakal penulis ni :)

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Sheila...baru akak knl sheila sikit2 secara details..minat jd penulis erk??akak pun sme..tp suke jd pnulis novel..mihmihmih

    ReplyDelete
  30. hehehe..akak,kita lahir bulan sama la! :)

    ReplyDelete
  31. oo..gitu kisahnya.. sheila muda 2tahun dari i ler...hehehe.. pngkat adik rupanya..

    ReplyDelete