Musabaqah Tilawatil Quran

Assalamualaikum...
Alhamdullilah syukur kerana diberi kesempatan untuk pergi PWTC bersama suami dan ipar duai pada 30 Jun 2013 yang lalu. Akak ipar yang beritahu ada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sedang berlangsung. Lepas Isyak kami gerak naik satu kereta. Jalan tak berapa jem, smooth alhamdullilah. Parking selamba depan bas persiaran. Masuk ke dewan, dah masuk peserta yang ke-4 sedang mengalunkan ayat suci. 
sheila shahfiekry

sheila shahfiekry
Kumpulan Nasyid , Ukhwah sedang mendendangkan 3 buah lagu. Sedap suara mereka, terpegun kejap :)
Kami duduk seat atas, kat bawah penuh dengan pelajar asrama dan orang-orang ternama. Allahuakbar. First time datang ke Majlis Tilawah Al-Quran kat PWTC. 
Tak sengaja tertangkap gambar dengan mereka. Maaf ek, kualiti gambar tak bagus.
Nak jemput rakan-rakan yang duduk berhampiran KL, datang memeriahkan majlis ini yang akan tamat pada 6 Julai. So ada 4 hari lagi untuk korang-korang curi masa duniawi dan menghadiri majlis ilmu ini. Insyallah, ada masa kami akan ke sana lagi.
p/s : simpan hasrat nak tengok peringkat kebangsaan :D

13 comments:

  1. Alhamdulillah..dpt juga Sheila pg majlis ni..teringin juga nak pergi..InshaAllah..:)

    ReplyDelete
  2. beznye dpt tengok pertandingan tilawah ni
    namapk cantik je pentas dia
    pengantin baru..ehem2

    ReplyDelete
  3. cantik sheila berjubah camtu...ayuuu gitu...

    ReplyDelete
  4. akak teringin jugak nak pergi, cuma dlm keadaan skang ni x mengizinkan akak kerap keluar. risau if something happen kt dlm dewan. nak pergi kerja pun kdg2 hubby soh amik cuti. akak ni bila dh sarat mcmni, x bole duduk lama2 kt satu2 tempat tu. nnt bila nak start jalan semula, confirm terasa sakit bwh rahim

    ReplyDelete
  5. Insya' Sheila jika ada kesmpatan...=)

    ReplyDelete
  6. salam sheila, minta support segmen Shakira ya..:) TQ..


    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    ReplyDelete
  7. menariknye.. tak tau pulak semue boleh masuk ke pertandingan tu.. terase macam nak pergi jugak la..

    salam kenal dari fifi..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...comel nya shiela berjubah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah,, dapat juga tengok n dgr secara langsung ye,,huhu,, akak teringin juga nak g,,


    p/s pasal bedak arab tu,mmg best pakai, dia terus meresap dalam kulit n nampak sekata saja,tahan lama sampai 8 jam,berpeluh pun masih elok, tak jejas,bedak 3 dalam 1 gitu, boleh laa nnt beli kat link yg akak bg kat entry tuu, ada banyak pilihan warna selain orange blush tuu

    ReplyDelete
  10. kalau rancangan macam ni, mesti kurang bilangan penonton kan? betul tak? kalau konsert, mesti penuh

    ReplyDelete
  11. Ada lagi 2 hari untuk memeriahkan tilawah al-quran ni.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dpt gak sheila pegi...ntah ble la akak dpt gi

    ReplyDelete