Butterflies Getaway to Lost World of Tambun


Assalamualaikum...
Alhamdullilah, tak sangka tercalon dan termenang antara 30 blogger untuk ke Lost World of Tambun, Ipoh. Kitorang dapat bercuti, berehat dan lepas tension selama 2 hari 1 malam di sana. Fully sponsored, cuma perlu bawa duit nak beli souvenier je. Kitorang pergi 22-23 September yang lalu. I was fikir dua tiga kali, sebab this is my first time pergi jauh tanpa suami disisi *read in sad mood please*
sheila shahfiekry
Akhirnya, suamiku izinkan juga pemergianku. Hee. Thank you so much hubby. Pagi ahad tu, lepas subuh suami hantar aku ke KL Sentral. Lepas tu sempat buat muka sedih masa bersalaman dengan suami, aku masuk seorang diri dan tunggu depan Mc Donald, like Tammy said. Tapi dekat 1/2 jam tunggu, aku taknampak seorang pun manusia tunggu depan Mcd. Walaupun rabun tahap cipan, mujur aku boleh cam Innanie. Yeayy! Bila dah jumpa orang, baru rasa selamat. Risaunya hati kalau kena tinggal =___='
Henry Lee - I Am Studio
Lepas bertemu dengan semua orang kat dalam mcd, kitorang daftar nama dan diberikan tiket naik ETS. ETS start jam 8 pagi. Agak excited la sebab first time naik ETS dan pergi Ipoh. hihi. FYI, ETS ni lain dengan KTM sebabnya ETS ni train untuk perjalanan jauh dan hanya berhenti di beberapa destinasi sahaja. Harga tiket untuk Gold Coast dari KL-Ipoh hanya rm35 seorang! Murah kan? Takyah nak hadap traffic jammed. Yang paling bestnya ETS sponsor perjalanan kami (",)
sheila shahfiekry
Lepas masuk ETS, kitorang duduk seat yang dah ditetapkan. Meet my partner in crime, Norfanil aka Nealofa. Sepanjang 2 hari 1 malam kat sana, dialah teman sebilik, teman aku main air kat Hot Springs banyak kali dan tak lupa juga sama-sama kuat makan. hihi. Memang syok sangat dapat partner yang jenis setuju apa sahaja. hihi.
sheila shahfiekry
Ohhh ya! kami semua dapat travel kit, sponsor by The Butterfly Project - Malaysia and partners. Ya Allah, gembiranya hati. Tengok travel kit yang awesome tu. Semua produk diberikan mengikut kriteria kulit masing-masing samada sensitif or normal. Semua orang suka travel kit! Worth more rm200 *terharu sangat* 
sheila shahfiekry
Perjalanan ETS hanya 2 jam 30 minit, disambut oleh staff Lost World of Tambun yang datang amik kami di stesen Ipoh. Meet Firdaus dan Syawal *yang pegang poster* Depa bawa kami naik bas yang telah disediakan. 
Henry Lee - I Am Studio
Hanya 40 minit perjalanan. Tak sabarnya nak jejak Tambun.
sheila shahfiekry
taraaaaaaaaaaaa, kami dah sampai :) 
sheila shahfiekry
Their rate ticket, quite cheap. Bolehlah datang sini lagi kan? hihi. Harap-harap dapat pergi lagi next time dengan family. Kot lah dapat diskaun kan. Dear Shafiqah, sila tunggu kedatangan kali kedua ku! hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Kepura Cave, tempat kami lunch..
Henry Lee - I Am Studio
Sempat lah posing lepas perut kenyang. Makanan dia memang tip top. Sejuk pula duduk dalam gua ni. Nasib baik ramai orang, kalau makan sorang-sorang. Rasanya tak tertelan nasi kot. hehe. Btw, tempat ni tak scary pun. Perasan aku je lebih. Nak tengok apa yang kami jamu?
Henry Lee - I Am Studio
Lunch sangat simple. Ada nasi lemak, ayam goreng, brokoli putih hijau bercampur keju dan kentang goreng yang super delicious. Tapi taktahu kenapa aku tak tambah nasi. hihi. Masih malu-malu kucing agaknya. 
Henry Lee - I Am Studio
Terliur tak korang?
Henry Lee - I Am Studio
Lepas makan, kitorang pergi Petting Zoo. Semua excited nak kawan dengan binatang.. Tapi aku tak, aku kan takut-takut berani. Tengok je boleh. hihi. Seronok tengok binatang yang unik like mangrove snake, silkie chicken, racoon, common stingray, peacock and so on.
Henry Lee - I Am Studio
Puas kami tawaf Petting Zoo, kami pergi Tin Valley. Kat sini, depa ajar camne nak asingkan air dengan timah. Tak ramai yang turun dalam air, join uncle tu. Aku tak turun sebab, penat berjalan. heee. Btw memang enjoy tengok cara uncle gelek kuali dalam air. hihi.
Henry Lee - I Am Studio
Masa minum petang, kamu dijamu dengan roti keras cicah kopi Ipoh. Pastu dapat makan telur ayam kampung separuh masak. Heaven. Tapi aku takleh tidur malam tu sebabnya kopi sangat pekat. Huwaaaa, siapa suruh minum kopi kalau tak reti kan? Sendiri menjawab ;p

Nantikan review pasal hotel (check up lepas habis game), hot spring & spa . Thanks for reading. Credit photo to Henry Lee from I Am Studio and me :)

40 comments:

  1. wah best nya sheila, pastu siap dapat travel kit lg tuuuuuu

    ReplyDelete
  2. bestnye sheila... DN xsampai lagi sini tau...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mok su . geramnya tengok travel kit tu :3

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya shiela.. menang jugak yer.. =D

    ReplyDelete
  5. seronoknya dan bestnya...ada souvenir untuk ai tak...ahakss..gurau2...

    ReplyDelete
  6. wah... bestnya. terbayang keseronokkan akak kat sana... hihi

    ReplyDelete
  7. salam sheila.. best nya tgk aktiviti korang ... terserlah ke'enjoy'an masing2... ekeke...

    ReplyDelete
  8. Cm tk cye la awak ni dh ad suami,muka npk cm mudah lg belas2 cmtu,hehe,maaf lau terasa

    ReplyDelete
  9. Waaaaa, bestnya akak. Nak ikut :( *Padahal akak dh balik dh pun. Haha.

    P/s: Bila turn kita pulak nak jumpa? *angkatkening. Hehe

    ReplyDelete
  10. wah untunglah semua di sponsor. akak nak join tapi tarikh tu ada hal pulak..

    ReplyDelete
  11. wah..beznye sheila
    tahniah
    sure hb sedih sokmo..rindu lettew..hehe
    part makanan tu bez..rs nak cedok je lauk tu

    bila sheila free jemput join GA yumida ni..hehe
    Giveaway Butik Comel Collection

    ReplyDelete
  12. Bestnyer akak, jalan2 lagi...ommo!, feeling excited jugak kite membacanya...hehe

    ReplyDelete
  13. jealous nya.. akak orang perak pun tak pernah lagi sampai sini..

    ReplyDelete
  14. Wah seronok dpt travel ramai2 mcm ni.. cantik tempatnya.. nampak natural.

    ReplyDelete
  15. Sebelum ni saya pun ada dengar pasal project ni, tapi sibuk kerja + jauh, tak dapat nak join.
    Kat sana byk aktiviti yg best2 kan.

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaa. Lama tak pergi trip reramai macam ni :)

    ReplyDelete
  17. aien pernah g sana 5 thn lepas.. hehe

    ReplyDelete
  18. Sheila nnti cek emel ye..nk mintak tlg sikit.hehe..

    ReplyDelete
  19. yang buat aku tertarik ada..restoren dkt gua tu..mmg rare la...

    ReplyDelete
  20. wahh.. bestnya shielaa.. kalau lea dapat gii.. opssss.. mesti tertanya2 kan.. teman org perak tapi xkan x pernah gi lost world kann.. kui4

    ReplyDelete
  21. amboi seronoknya dia gi jenjalan...apa pun yg penting happy kan.. :)

    ReplyDelete
  22. Wah, nak gi Tambun lagi ke dear? Next time boleh main treasure hunt dgn hubby pulak, hehe =P

    ReplyDelete
  23. Wah, nak g Tambun lg ke dear? Next visit main treasure hunt dgn hubby pulak ye, hehe =P

    ReplyDelete
  24. saya tak pernah lagi sampai tambun ini..tapi nampak macam menarik jugak kan aktiviti yang ade kat situ..nie yang rasa nak proposed tempat ini utk team building.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Thanks memang best sebenarnya keluar ngan korang ker Lost World Of Tambun Mah@mahu rasa seronok sgt... moga dpt jmpa kat event akan dtg lagi ok...

    ReplyDelete
  26. Omg omg best nya korang. I tak pernah ke sana lagi, gonna put it in my to go list. Best nya makan dalam cave, rare. Tak sabar nak baca sambungan.

    ReplyDelete
  27. Wah seronok Sheila bersuka ria di sana. Anak-anak akak tiap-tiap kali selepas PMR mesti sekolah dia orang anjurkan lawatan pergi ke Lost World of Tambun mesti sebab tempat tu best kan Sheila. Comel aja Sheila ni.

    ReplyDelete
  28. bestnye sheila.. tahniah.. seronoknye..

    ReplyDelete
  29. seriously onie tak penah jejak kaki ke sini,inshaAllah one day onie nak ke sana,tapi entah bila,kikiki

    ReplyDelete
  30. orng yng dduk dekat ngn lost world ni pun xde nak pergi selalu.. mahal..hehehe

    ReplyDelete
  31. Woww best best..untung semuanya ditaja..

    ReplyDelete
  32. terbaiklah.. dapat pg sponsor mcm ni sheila.. wahhhhhh bestnya... kt dulu pg bayo sendiri

    ReplyDelete