Review Blog 2.0 #Part 11


Assalamualaikum...
Mari kita baca apa review aku kali ni tentang 5 blogger. Kenapa 5? Aku nak kejar masa ni, kemungkinan besar masa untuk berblogging akan dikurangkan setelah aku bertukar kerja nanti. Maaf kalau review aku tidak menyeluruh kepada isi blog. Aku tak sempat dan terpaksa kejar masa untuk habiskan 100 blog untuk direview. So aku mohon ampun sangat pada rakan-rakan blogger yang tak puas hati dengan cara review ini. Minta jangan emosi ya. I'll try my best for all of you. Insyallah.

sheila shahfiekry

Mohd Noor Shawal, blogger muda yang menggunakan tagline, 'blog budak remaja'. Ada banyak info keislaman, tips kesihatan, free wallpaper dan tutorial berguna untuk naikkan lagi seri blog. heee. Tak banyak benda nak komen pasal blog kamu kecualilah pasal header. Warna background awak tu dah okey. Tapi header tu cuba bold kan. Naikkan sikit warna dan seri header. Boleh? Yang lain, dah comel dah. Aku kagum dengan budak zaman sekarang. Boleh bagi masa untuk berblogging. Serius, bagus. Akak harap Shawal terus maju dalam berblogging ya. 
sheila shahfiekry

Nur Farahain, header di blog sangat comel! Tapi url blog dia buat kita geli hati. akuainkausiapa nampak macam gangster tapi comel sangat! hihi. Aku suka baca entri dia, simple dan sempoi sangat. Dia suka joined giveaway atau segmen. Bagus ni.. Sama-sama support rakan blogger. Cuma nak bebel sikit pasal widget trafik jem tu, macam takda kepentingan pun. Kalau setakat nak check pageviews, senang lagi check dekat Stats Blog. hehe. Widget untuk fanpage tu, rasanya kalau ubah jadi kecik sedikit seperti sheila punya, mesti lagi comel dan meringankan blog. Yang lain, cool bagi sheila. Keep updating ur blog, sheila suka baca entri sini :)
sheila shahfiekry

Salah seorang blogger yang rapat dengan aku. Heee. Dikenali sebagai Yumida. Seorang blogger yang rajin gila join contest atau giveaway. Yumida ni selalu tau menang hadiah best-best. Geram gak tengok dia update segala gambar hadiah dia. Rasa nak minta satu je. hehhee. Header dia, memang comel! Kalau hari perayaan ke, biasanya dia ubah la header dia. Ikut tema perayaan. Memang sweet la, sebab header dia ada kucing. Dia banyak bela kucing kat rumah tau. 

Berkenaan dengan kondisi blog, sheila dah cukup berpuas hati. Blog simple dan kemas. Memang selalu menarik hati orang nak blogwalking sini. Cuma widget label tu tak penting kot. Widget busuk.org dengan banner ping boleh digabungkan. Ringan sikit blog kan? heeeee!
sheila shahfiekry

Sue Sopian, ibu kepada seorang cahaya mata. Header blog dia sangat sweet, siap buh gambar suami dan anak. Sheila suka sangat header kekeluargaan ni. Nampak la anda sangat mengaspirasikan keluarga dalam dunia blogger. 

Actually, widget dekat blog nampak banyak. Sheila harap awak boleh cuba gabungkan bloglist dalam tabber widget. Iklan nuffnang, sheila sarankan letak dibawah header, insyallah akan lebih mudah orang nak klik tabung awak. Widget Mister Linky boleh la letak dibawah body post. Sebab tak berapa pratikal letak ini bawah header. Yang lain bagi sheila, just nice...
sheila shahfiekry

Mother of two, memang kagum! Kedua anaknya sangat comel! Korang boleh tengok dekat header ada gambarnya. Alahaii melting sheila tengok. Kak Bitt ni suka pergi holiday dengan family. Sheila suka baca review tempat yang mereka pergi melancong. Sangat berguna setiap review yang diberikan. Bolehlah sheila cedok sikit ilmu, kot lah sheila nak pergi melancong tahun akan datang. heee. 

Berkenaan dengan blog, widget terlalu banyak. Iklan nuffnang bolehlah letak dibahagian atas post. Widget label tu tak perlu kot nak letak. Widget followers letak dibahagian yang orang senang nampak contohnya dibahagian bawah header. Yang lain, bagi sheila nice. Terutama sekali background blog gambar anak tu. Sheila suka gila kak.. heee. Korang semua jangan lupa terjah dia ya, boleh cedok sikit ilmu pelancongan. hihi :)

32 comments:

  1. mcm menghitung hari pulak kan ... moga dpt sesuaikn diri di tmpt kje baru.

    ReplyDelete
  2. Tahniah ye..yang direview...Sheila memang baik dan rajin..

    ReplyDelete
  3. semua blogger terbaik tu

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada mereka kerana telah direview... ^_^

    ReplyDelete
  5. sya nak kena review juga boleh? hihi...dengan muka tak tahu malu..

    ReplyDelete
  6. 5 review sekaligus...nice review..insyAllah nanti esok sy terjah mereka :)

    ReplyDelete
  7. blogger yumida rajin datang blog saya...respect kat dia...^_^

    ReplyDelete
  8. aaaaaaaaaaaa kena review! bez bez!
    aah nak buat tabber widget tp x menjadi la sheila
    tringin nak upah org, pasal koding ni mmg yumida lemah sikit
    thanks komen yg membina
    isi tabung komli sini

    ReplyDelete
  9. lama cuti ek..jom terjah blog2 hebat ni

    ReplyDelete
  10. selamat malam kak, mama terjahhhhhh...

    ReplyDelete
  11. hanya kenal beberapa sahaj..yang tak kenal kene terjah..hehe

    ReplyDelete
  12. dah part 11 ... rajin sheila. jom terjah ... ^^

    ReplyDelete
  13. ok la.. setiap btog ada keistimewaan kan.. :)

    ReplyDelete
  14. Yeah boleh blogwalking lagi ni..huhu :)

    ReplyDelete
  15. As salam shiela nnt akk terjah ya.. :)

    ReplyDelete
  16. thanks sheila sebab kongsi !!! :D namee pun lately kurang bw sebab sakit pinggang duk lama. hari ni ok sikit...so nak bw !! wee weee

    ReplyDelete
  17. Masih banyak lagi ke reviewnya Sheila ? Komited sungguh Sheila dengan review yang telah dijanjikan. Review best-best senang kita orang nak terjah.

    ReplyDelete
  18. Ramai lagi tu nak kene review.. jiayou! \0/

    ReplyDelete
  19. wahhh...header diaorng cantik2 jer. jeles kiter
    hehe

    ReplyDelete
  20. wahhh di review disini....okehhhh thank you bebehh...akan dipebetulkan...love love love...terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  21. orite sheila.. tq dah review.. kikikiki.. will oter balik nanti.. :)

    ReplyDelete
  22. mggu nie blog sis ader prob ker? Fiza tak ly nak masuk.. hari nie br boleh...

    ReplyDelete
  23. Tahniah kepada mereka yang telah direviewkan blog nya....Selamat berhujung minggu dari bunda...

    ReplyDelete
  24. Haha..akumiezakausiapa?
    Oh yumida.kawan bloggerku..

    ReplyDelete