Review : Lost World Hotel


Assalamualaikum...
Hari ni nak sambung review trip bersama blogger ke Lost World of Tambun bulan lepas. Kalau belum baca, boleh terjah part pertama yang dah keluar iaitu Butterflies Getaway to Lost World of Tambun. Lepas berjimba dan penat dalam treasure hunt. Kami pulang check in hotel, dalam jam 4 petang. Lost World Hotel ni depan theme park. Jalan kaki kejap je dah sampai, dalam 10-15 minit. Tak percaya? Meh tengok view daripada dalam bilik aku, nombor 315.
Masuk bilik berdua dengan partner in crime-Norfanil. Aku amik katil tepi tingkap. Kononnya nak feeling rindu suami, usha alam luar. hehe. Mengada sangat. 
Ini pulak gambar depan hotel. Besar tau. Enviroment sangat macam kat dalam hutan sebab belakang tu ada hutan tebal pun. Heeee, sejuk dan nyaman udara kat sini. Tak sama KL langsung.

Bilik berkolaborasi dengan Norfanil. Nombor rumah sama dengan rumah mak kita. hihi. Tiba-tiba kan terasa cam masuk rumah mak sendiri. hehe ;p
Ada tv besar, tapi channel bukan Astro la. Jangan pulak korang bajet datang sini, dapat tengok Law And Order tu. hehe. Memang tak lah.. Setakat tengok berita kat tv3.. Bolehlah.. Ikut perkembangan Malaysia sikit ;p
Haaa nampak katil tu. Yang ada tudung tu, Norfanil punya. Tak sempat nak letak tepi masa amik gambar. hihi. Mujur tudung, kalau yang sensitif punya? Hihi. Tak mungkin aku publish gambar tu. ahahhahaa
Single bed, puas babe tidur sini. Sejuk. Bau katil, cadar semua wangi. Bersih habis. Memang terbaik la. Harus datang sini lagi dengan keluarga pulak.
Toilet cantik, bersih, dan selesa gila tau. 
shower ada, air panas dan sejuk termasuk sekali. Tapi kalau ada bath tab. Hmmm mau tidur dalam bath tab. haha. Keluasan dalam bilik air, normal. Tak sempit dan of course selesa. 
Dalam almari, disediakan 2 bathrobes, 2 helai tuala, 2 selipar, hanger dan juga peti keselamatan. Yang ni basic mesti ada kat mana-mana hotel. Aku amik mood, tidur dengan bathrobe tu. hahaha. Malas nak pakai baju tidur sendiri.
Nak buat air panas sendiri dalam bilik, no hal punya. Ada cawan, teh, kopi, gula, botol air dan pemanas air. Tak sempat la nak buat, balik hotel dah mengantuk. Tengok katil, langsung Zzzzzzz...
Telefon untuk intercom hotel, ada disediakan. No worries. Opsss terlupa nak bagitau, wifi sini free. Best gila takyah pakai mobile internet. heeeeeeeeee. I love here, and staff sini semua baik hati tau. Diorang sangat friendly! Korang semua jangan lupa rasai sendiri pengalaman tinggal kat Lost World Hotel. Book online la kalau nak dapat murah ikut citarasa dan ketebalan poket korang. Boleh check harga kat website mereka - link. Heeee, Tambun tunggu aku datang lagiiiiii :)

34 comments:

  1. cantik bilik kat hotel tu ^^

    ReplyDelete
  2. ada angan -angan nak gi sane hujung tahun nie..tu pun kalau jadi...boleh jadikan panduan..hehehe..thanks shiela...mmg best kan..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk pegi sabtu nie..hehehe =D

    ReplyDelete
  4. best nyer..akak,,,sakan bercuti noh..:D

    ReplyDelete
  5. wahh mcm seronok jee sheila..TB xpernah sampai lagi

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaaaa sheila, tringin nak g, bley nek tren je kan, bkn jauh mana pun!

    ReplyDelete
  7. bpe harge semalam.. teringin gak nk pergi..

    ReplyDelete
  8. sekali sekala dapat rest kan seronok kan..akak dah sampai tapi masa bujang la..hahahahah..

    ReplyDelete
  9. menarik hotel ini, kalau ada peluang boleh menginap barang sehari dua

    ReplyDelete
  10. tempat ni yg zaza idamkan nak pergi... tp keadaan x mengizinkan... bestnya la... seronok tgk... :)

    ReplyDelete
  11. Mesti best kn..sya pun tak pnh pg lagi tmpt ni..wlupun sllu ulng alik ipoh..huhu

    ReplyDelete
  12. mmg best lah kat sini kan !

    ReplyDelete
  13. hui, best nohh. ada rezeki nak sini... :D

    ReplyDelete
  14. waaaaa..menariknya, akak pun tak pernah smpai ke sini lagi.

    ReplyDelete
  15. selamat petang kak sheila.. waaa... bestnya, teringin mama nak bawak anak-anak, tapi masa membataskan tu.. mungkin lain kali, tengok gambar meriah betul ye kak..

    ReplyDelete
  16. sy teringin nak g jgak..hee..

    http://nuurjana.blogspot.com/2013/10/sibu-sibu.html

    ReplyDelete
  17. wahhh.. nampak macam menarik je..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum . mok su . yang gambar pertama tu . belakng tu kan daun daun hijau . tu pokok ke ? bukit ke ? gunung ? ain suka tenguk :)

    ReplyDelete
  19. bestnya sheila.. nampak selesa hotel dia.. :D

    ReplyDelete
  20. wah beznye
    yumida x pnh ke sini
    beznye klo dpt berholiday ke sana
    hotel dia pun awesome, luas, besar, cantik
    isi tabung komli sini

    ReplyDelete
  21. bestnyer ! teringin nak pegi sini, tapi tak berkesempatan, insyaAllah, akan ke sana juga bila balik kampung nanti ;)

    ReplyDelete
  22. assalam, wah! seronok nya..enjoy jer nampak..

    ReplyDelete
  23. bestnyer... pcl belum pi lg walau pun ic perak..haha.

    ReplyDelete
  24. baguna hotal tu yg menarik..mmg mcm dh lost world tu

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak shiela...

    untung nya dapat pergi situ free, saya dari dulu teringin pergi situ. tengok blog kak shiela pasal tambun tu makin membuak-buak rasa nak pergi T__T

    ReplyDelete
  26. beatnya memang selesa sangat sis, ni fully sponsored ye? tahniah

    ReplyDelete
  27. Teringat masa duk hotel kt Penang dulu..best sgt..

    ReplyDelete
  28. terbaiklah tempat tidur pun ditaja.. suka-suka

    ReplyDelete