Aurat & Maruah ketika Bersalin

Assalamualaikum...

Ini suatu perkongsian yang aku jumpa dekat fanpage Mom-to-be, dari Semanis Kurma TV9 :-
  1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan
  2. Dari awal sahkan kehamilan, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat
  3. WAJIB dahulukan doktor perempuan
  4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang
  5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca dan tidak boleh berfikir, maka :-

* Peranan suami sangat penting dan mustahak
>> suami kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri

* Suami wajib jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad, labour room dan lain-lain
>> tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan, ada staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dan yang keluar masuk wad

* Wajib ada mahram temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat dibuka
>> pertama : suami
>> kedua : saudara perempuan
>> ketiga : nurse perempuan

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua dalam proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk apa yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu bertegas, tidak cukup bersedia dan sebagainya maka bertaubat dan muhasabah diri. In shaa Allah, Dia murah dengan keampunan :)

22 comments:

  1. thanks for sharing..boleh guna ilmu ni bila mun bersalin nnti..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah pelihara aurat dan maruahku nanti sepanjang proses kelahiran. aminnn :)

    ReplyDelete
  3. In shaa ALLAH..moga2 kita terpelihara oleh Nya..Amin

    ReplyDelete
  4. Semakin banyak panduan dan kini tiada alasan lg ubtuk terus mengadai maruah kpd yg bukan haknya... Semoga Allah memelihara orang yang melihara maruahnya.

    ReplyDelete
  5. masa zura bersalinkan anak kedua doktor lelaki yg jahit luka.. huhuhu..pasni in sha allah akan dielakkan la...

    ReplyDelete
  6. penerangan yg bagus..moga yg lain menjadikan info ni ketika bersalin nanti
    as salam sis sheila...rinduuuu..dah masukkan blog sis dlm blog yumida
    oh ya..kenapa tukar jadi blogspot.com balik? yg dulu dot my kan?
    line tenet dah ok..alhamdulillah..tp x tahu lg...mana tahu esok lusa dia meragam balik..hope ok sampai bila2...rindu nak blogwalking blog rakan2

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah waktu istri krole brsalin dulu.. Doktornya wanita so kurang risau waktu sal ni

    ReplyDelete
  8. Alhamduillah waktu istri krole brsalin dulu.. Doktornya wanita so kurang risau waktu sal ni

    ReplyDelete
  9. wah... tq sudi review blog krole yang tak berapa nak pemes tu huhuhu... ni entri khas tuk wak

    http://krole-zone.blogspot.com/2014/01/blog-nak-kena-review.html

    ReplyDelete
  10. perlu di ambil peduli oleh ibu mengandung

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum..PC belum ada pengalaman bersalin..sentiasa menanti saat itu tiba..doakan ye...semua pihak mesti ambil tahu perkara ini..pesakit dan keluarga..pihak hospital juga mesti peka terutama yang beragama Islam..

    ReplyDelete
  12. hurmmm..memang betul pun...lagipun agak malu dok lelaki pegang kita punya tut...

    ReplyDelete
  13. suami berperana dalam semua hal sewaktu isteri sedang sakit.suami juga bertanggungjawab menjaga isteri semasa isteri sedang hamil..syoknyer la ..hehe

    ReplyDelete
  14. cutenya...
    kena jaga aurat ya, suami main peranan skit

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sheila memanjangkan ilmu dan info ni.Good sharing :)

    ReplyDelete
  16. dkna pernah tengok siaran ni kat semanis kurma... syok betul isu ni.

    ReplyDelete
  17. waktu2 cm nie, suami mmg patut ada di sisi untuk menjaga isteri.. terima kasih sheila atas perkongsian.. sbgai panduan Fiza pd masa akan datang...

    ReplyDelete
  18. haa ida pernah dgr ni.. mmg la time kita beranak tu semua nak cepat, xdan kan. terselak sana sini. tapi still aurat kita jugak tu. haruslah ade mahram jaga kan.. ditemani.. ida dgr dlm radio ikim rasanya nii. hehehhehe

    ReplyDelete
  19. Nice sharing sheila.. kalau boleh tempatkan lebih ramai doktor pompuan kan.. xdak la segan.. aurat pn lebihb terjaga..=D

    ReplyDelete
  20. Betul..bab aurat nih memg kne jage..Alhamdulillah dua2 anak akak bersalin memg dr pmpn n nurse pmpn yg take part

    ReplyDelete
  21. zaman sekarang dah OK, tak macam zaman 80an dan 90an dulu...saya bersalin tahun 1994 di HKL, masuk labor room kena telanjang bulat...ada dalam 10-11 orang dalam tu....semua bertelanjang tanpa seurat benang....

    faridah

    ReplyDelete