Parcel Zalora Dah Sampai

Assalamualaikum...

Alhamdullilah syukur. Walaupun ini kali pertama shopping di Zalora, namun semuanya berjalan dengan lancar. Rabu beli, khamis petang dah sampai barang. Aku ada cerita shopping voucher di Zalora dalam entri sebelum ni. hehe. Ada seorang blogger yang komen, macam tahu-tahu je aku beli kasut colourfull ni. hihi. Saja action buh gambar baju, seluar, sandal. Nak bagi korang kerja meneka sikit. Mak kita datang rumah kita bawa parcel ni beserta lauk ikan patin masak lomak kesukaan suamiku. Mak kalau datang rumah, mesti bawa makanan. Tahu aje anaknya rindu nak rasa masakannya T____T Aku pakai alamat rumah mak, senang sikit posmen nak cari. Kalau bagi alamat rumah sendiri, dah ler kawasan kampung + pendalaman gila. Sesatlah posmen tu karang. Naya je. 


To be truth, aku tetap berjiwa remaja walaupun going to be umi soon. Suami pun tanya kenapa tak beli sandal? Aku jawab, i love this shoes. hihi. Simple as that. Aku memang jenis simple punya orang, tak suka pakai heels, rasa tak selamat dan melayang bila pakai. Al-maklumlah, kita ni tinggi. Kang tak balance, jatuh terduduk malu pula #__#

Voucher from astro : rm50
shoes price : rm49.90
postage : rm5

So, aku cuma keluarkan duit bayar postage rm5 sebab total pembelian aku kurang daripada rm75 untuk dapat free postage. hehe. Tak kisahlah, janji puas hati bermodalkan voucher. Saiz kasut ngam, aku amik saiz 8 sebab kaki aku besar + panjang + lebar. Muahahaa (",)

25 comments:

  1. Cantiknya kasut tu! Kalau ada dekat Malaysia, mesti rasa macam nak beli juga.

    ReplyDelete
  2. Muahahaha bestnyaaaaaaaaa piwittt hihihik. Untung lah kak sheila hihi

    ReplyDelete
  3. Cantik, striking walking shoes..

    ReplyDelete
  4. waa mommy. havoc sgt kasutnya. hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik la sheila tue...akak pulak tak sesuai pakai kasut flat cmgini.. sebab akak ketot so mmg tak sesuai ar...hehehe..

    Sheila sorry komen sheila kat entri baru akak smlm akak nk tekan publish tp tertekan delete pulak.. jgn nnti fikir akak tak publish tau.. soooo sorry.. =D

    ReplyDelete
  6. waah... lawanya, teringin juga nak berzalora, tapi takut.. hihi

    ReplyDelete
  7. wahh ! seriously cantek ! pndaii pilih ek.. terBAEK ! hikhik.. zara blom pena try bli kat zalora ni..

    ReplyDelete
  8. mummy to be kne pkai flat shoes untuk sokong tulang blkang. nti skit pinggang =) done follow u dear

    ReplyDelete
  9. dah nama perempuan. komfem kejiwaan remaja tu kekal ye dak. hahaha

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  10. Cantik dear. Be careful and stay safe ya..

    ReplyDelete
  11. saya pun salah sorg yg suka beli kat zalora.. tapi sllau baju or topi..nak beli kasut takut x muat klau x cuba..he..ha.. lawanya corak dia..style kasut..

    ReplyDelete
  12. tak pernah shopping zalora lg...okay ek..cantik...good choice

    ReplyDelete
  13. wahh... bestnya dpat shoping2.. shad tak penah lagi shoping dekat zalora.. hehe

    ReplyDelete
  14. assalamualikum awak.. Wah cantiknye..

    ReplyDelete
  15. eh, ye ke.. kenapa syida try buat yg voucher astro tu tak boleh eh.. ala, hihihi :)

    ReplyDelete
  16. Assalam Sheila...cantiknya kasut ni. corak tribal kan....sweettttt

    ReplyDelete
  17. Cn ssh beli kasut online sbb kaki kck..takut tak ngam
    .biasanya cn beli bj jer

    ReplyDelete
  18. Akak pun suka kasut flat , Jgn lupa bg detail , sheila menang tudung aidijuma , ;)

    ReplyDelete
  19. nampak cantik kasut ni dear, yg penting selesa ;)

    ReplyDelete
  20. cantik la kasut ni..menarik corak tu :)

    ReplyDelete
  21. cantik kaler kasut tue .. mmg sempoi lh klu dpt pakai

    ReplyDelete
  22. memg best kalau dpt bnde free keluarkan modal ciput je..hahaha

    ReplyDelete
  23. owhhhh ini ke kasutnya, comelll warna warni hihihihihi

    ReplyDelete