Bertemu Abil Fikri Ahmad

Assalamualaikum...


Bersambung lagi cerita minggu lepas...


Selesai scan 4D tu, bergegas ke SACC Mall untuk menghadiri bazaar mom-baby. Excited betul aku dibuatnya sebab dah lama gila tak berjalan berdua dengan suami. Kitorang biasa duk rumah, rehat-rehat. Kali ni, aku pulun berjalan sampai sakit pinggang dibuatnya. Mujur, tak bengkak kaki den. Fuhhh! 

Tengah syok terjah booth Marissa Shoppe, tiba-tiba terdengar suara dekat pentas tu beritahu ada lagi 3 buah buku Abil Fikri Ahmad. Aku macam tersentak kejap, sambil terpandang disudut tepi pentas. Betul wehh tak tipu abang Abil kat situ, steady duduk sambil tersenyum. Aku cakap kat suami, nak pergi beli buku tu sebab haritu dah terniat masa baca blog abang Abil. Suami pun follow g table abang Abil. Depa bersalaman.

sheila shahfiekry
nampak tak versi tak berwarna tu? Abang Abil bagi sign xoxo

Masa ni,  request nak bergambar dengan abang Abil. hehe. Sorry gambar agak blur. Saja bagi separuh muka aku je, muka i pucat sangat kot dalam gambar ni. Malu-malu dibuatnya. Humble je berborak dengan abang Abil. Sempat lagi diajarnya suamiku satu potongan ayat (doa) untuk zuriat kami. Allahurabbi, terharu sheilaaaa Y____Y

Warkah Buat Isteri, sungguh menyentuh perasaan. Kejap aku gelak besar, kejap aku lap air mata bila baca. Sungguh tak tercapai dek akal, bagaimana nak lalui situasi sebegitu. Abang Abil, kuat sungguh semangatmu. Kagum. Oh yeah, aku dapat diskaun beli buku ni. RM 20 je sebab aku daftar ahli Lunatots. Wakaaakaaa. Kan dah kata, aku suka kumpul kad. 

Nama kami suami isteri kat belakang kad tu, in shaa Allah ada masa boleh join kelas yang Lunatots buat. Terima kasih abang Abil atas layanan mesra buat kami berdua. 

sheila shahfiekry

Ada masa kelapangan, bolehlah terjah blog http://abil4fauziah.blogspot.com/ ya.. Banyak tips yang dikongsikan untuk kebaikan rumahtangga. Tak rugi pun singgah...

31 comments:

  1. Assalamualaikum.. wahh! bestnya.. Aku tgk dye punya ayat pun, rasa sentap.. macam nak beli jeh buku tuh.. hihih

    ReplyDelete
  2. kalau dpt hayati smpai gelak besar dan lap2 air mata mesti buku tue best sgt kan ... tak rugi dpt beli ^^

    ReplyDelete
  3. seriouslly ?? nnti zara terjah blog abil ni.. thnks sharing dear.. ^^

    ReplyDelete
  4. baru je kenal dengan nama ni..mesti seronok dapat jumpa dan baca penulisan dia kan.

    ReplyDelete
  5. ooo..Abg abil ni pun, kadang-kadang ada menyinggah blog akak jugak, walaupun tak selalu, tapi sangat menghargainya

    ReplyDelete
  6. macam best je buku tu! kalau tak diskaun rm bpe sis?

    ReplyDelete
  7. tabah kan abang abil ni..beruntung arwah...

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih juga coz sudi jumpa saya tu hari..

    ReplyDelete
  9. akak baru mengenalinya selepas membaca entri sheila ini.. gambar di kulit muka nampak matang, tapi masa berdiri di sebelah sheila tu nampak muda.. hehe..

    ReplyDelete
  10. teringin nak jumpa ngan dia...hehehe...

    ReplyDelete
  11. tabahnya en. Abil ni...macam abah kite jugak.tabahnya menjaga mama, temani mama saat mama hidap kanser dulu.teringat masa tu mama siap cakap rela abah kahwin lain sebab mama tak mampu nak layan abah dah tapi abah still sentiasa disisi mama jer till now, dah setahun mama pergi pun, hari2 abah pergi ziarah kubur mama.abah kata susah nak jumpa orang yang serasi seperti abah bersama mama lagi sekali.

    ReplyDelete
  12. pernah baca kisah dia n arwah isteri dia..sedih
    moga roh arwah dicucuri rahmat
    beznye jumpe blogger abil..life lagi tu

    ReplyDelete
  13. oh no.... ada cita2 gak nk jmpa abe bil

    ReplyDelete
  14. Wahhh.Mcm menarik je.Nak kene cari buku ni.Tq sharing sheila :)

    ReplyDelete
  15. baru kenal bila baca entry ni..kena terjah gak blog abil ni ;)

    ReplyDelete
  16. Fiza tak pernah kenal pun sheila... baca sini baru la tahu..

    ReplyDelete
  17. owh..mesti sedih baca kisah nya kan.. tapi tentu byak ilmu yg diselitkan

    ReplyDelete
  18. Abg abil ni dekat je kat Seremban...tp x dan nk jumpa....dia seorg yg sgt tabah. .kagum dengan semangat dia...harap2 SA dpt jumpa dia nanti

    ReplyDelete
  19. Wahhh..bertuah la boleh jumpa Duda Idaman Malaya (DIM) hihi..nama tu pembaca la bg kat en.abil.. saya pembaca blog beliau..dari arwah kak gee ada lgi..mmg menitis air mata..tabahnya hati...teringin juga nk bli buku tu....

    ReplyDelete
  20. Nnt nk jenguk blog tu..nk siap2 kan diri b4 nikah..heee :)

    ReplyDelete
  21. Wah bestnya sheila.. siap dpt autograft abg abil lagi.. best ek buku dia.. nk kena cari jugak nie...=D

    ReplyDelete
  22. Sheila dpt g kelas mana? Wah cambestttt jek! Mesti gi nih! :D Kita pon gi bazaar tu tp kejap je, hari sabtu petang xsilap. Awak gi bila eh?

    ReplyDelete
  23. haah...ayu pun follow blog abg abil tu..

    ReplyDelete
  24. Baru ni dengar nama tu... tajuk novel tu catchy la.. bole risik2 nanti :)

    ReplyDelete
  25. Seronoknya dapat jumpa abg Abil kan..at least boleh ambik sedikit semangat dia yang sangat tabah tu..nanti nak cari la warkah buat Isteri..

    ReplyDelete
  26. seorang suami yg sangat setia pada isteri sehingga ke akhir nafasnya, bestnya dpt signature lg tu ;)

    ReplyDelete
  27. Imh follow cerits yg abg abil ni tlis psl wife dia shnnga la ke nafas terakhir. Mmg sedih..kagum sbb ad lg lelaki sebaik ni dkt dunia. Beruntug sgt wife dia sbb dpt suami mcm ni

    ReplyDelete
  28. Tetiba rasa sebak pula baca ni..ntah napa..mungkin sebab tahu kisah abg abil ni kut.. moga dia sentiasa tabah..

    ReplyDelete