14 Kemuliaan Wanita Muslimah Sedang Hamil

Assalamualaikum...

Kredit buat sahabat yang post dekat group Mom-to-be

1) Apabila seorang perempuan sedang mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Alla SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

2) Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4) Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

5) Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6) Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7) Wanita yang memberi air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titisan air susu yang diberikannya.

8) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala beribadah.

9) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di siang hari.

10) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di malam hari.

11) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12) Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13) Setiap wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita baik bahawa syurga wajib baginya.

14) Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Subhanallah, betapa mulianya status wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah SWT bukannya dengan cara/jalan kehamilan yang tidak disukai-Nya (",)

48 comments:

  1. Sebab itu syurga di bawah telapak kaki ibu. Banyak sangat pengorbanannya.

    ReplyDelete
  2. banyak betul kemuliaan yang ibu mengandung dapat..syukur alhamdulillah..selamat pagi sheila

    ReplyDelete
  3. Subhanallah....tak terkata kata bila baca entry ni. Alhamdulillah cukup 2.5 tahun sy menyusukan anak.

    ReplyDelete
  4. Banyak ganjaran yg Allah bg utk wanita hamil kan.. =D

    ReplyDelete
  5. Sbb tu perempuan ni unik...semoga jadi umi yg baik ye Sheila :)

    ReplyDelete
  6. Bertuahnya kita yang ada pengalaman mengandung kan :) oh nk tnye cne nk join group mom to be kt fb?

    ReplyDelete
  7. bestnya..doakan oya hamil la.. ;)

    ReplyDelete
  8. allah sayang perempuan ni..
    special kat kita

    ReplyDelete
  9. Subhanallah.. cembury ny Zara ngan kaum hawa yg bgelar ibu dan bakal2 ibu..

    ReplyDelete
  10. Assalam,

    banyak kan ganjaran2nya untuk wanita yang mengandung dan melahirkan ni...

    Tapi ada jugak yang tak mau mengandung, takut gemOkk..

    ReplyDelete
  11. Sebab tu syurga dibawah tapak kaki ibu.

    ReplyDelete
  12. cakap pasal puasa, akak belum habis ganti 4 hari..adesss...

    ReplyDelete
  13. Ibu mmg sgt tinggi kedudukannya dalam Islam..proud to be one

    ReplyDelete
  14. betapa mulianya seorang wanita muslimah.. sehingga ibu yang mati ketika bersalin pun dikira sebagai syahid..

    ReplyDelete
  15. ada hadis ke? perempuan yg melahirkan memang ada ganjaran dari Nya

    ReplyDelete
  16. ALhamdulillah.. mulianya wanita :)

    ReplyDelete
  17. besar manfaat dan pahala..masa pregnant ni jugak boleh kumpul pahala berganda2... :)

    ReplyDelete
  18. baca n3 ni dah teringat nak preggie lagi oopss ! hehehe

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, berpeluang menjadi wanita hamil.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..dah dua kali merasa pengalaman mengandung yang penuh nikmat. cuma tk tahan part contraction yang dasyat gile bile dekat nak bersalin tu.. huhhuhuh

    ReplyDelete
  21. mulianya wanita hamilkan kak? semua makhluk mendoakannya... :)

    ReplyDelete
  22. subhanallah....sekarang ni my bff, preggie twin lagi....kita yang tau ni pun happy...apetah lagi tuan badan kan ;)

    ReplyDelete
  23. begitu banyak kemuliaan diberikan pada bakal ibu.
    sebab itu syurga itu dibawah tapak kaki ibu,

    ReplyDelete
  24. untungkan wanita yang hamil..^_^

    ReplyDelete
  25. oic...yang ini saya baru tahu...thanks for sharing sheila...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  26. Alhamdulilah. Untung kt sbg wanita...

    ReplyDelete
  27. Subhanallah maha suci Allah yg memberikan kemuliaan bgi kaum wanita...

    ReplyDelete
  28. Semoga semua amalan diterima oleh Allah..amin...

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah... sekarang ni Sheila tgh kumpul pahala la ni.. Semoga dipermudahkan ea :)

    ReplyDelete
  30. nice entri kak sheila :)) i'm going to tell ma sista. hewhew

    ReplyDelete
  31. Allahuakbar.. betapa Allah sayangkan hanba-Nya..
    ps: baby apa khabar.. hehe

    ReplyDelete
  32. Sungguh besar hikmah dan ganjarannya... itulah nilai kepayahan, kesukaran, kesakitan dan bebanan yg ditanggung. Semoha Allah merahmati anda semua!

    ReplyDelete
  33. mulianya seorang wanita hamil kan sheila, subhanallah

    ReplyDelete
  34. Ganjaran dari bebanan yg ditanggung..utk ibu2 isteri2 yang sabar..

    ReplyDelete
  35. untung menjadi wanita dan menjadi ibu.. semua perkara yang dilakukan mendapat ganjaran pahala..

    ReplyDelete
  36. seronoknya. banyak ganjaran yg kite bole dapat kan. hihii :D

    ReplyDelete
  37. payah jerit semasa mengandung, sakit semasa bersalin, berjaga siang malam menyusukan anak..itu semua satu pengorbanan yg besar buat si anak..betapa tingginya martabat seorang ibu..dan betapa besarnya ganjaran yg Allah SWT sediakan buat kita..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  38. ala.. da nak bersalin.. alhamdulillah.. banyak ganjaran yang kite daptkan..

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah banyak ganjaran ketika mengandung ni kan.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.sheila...untungnya seorg isteri yg mengandungkan

    ReplyDelete
  41. tahniah akk SS,,mulianya wanita mengandung mcm akak kn=))

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah.. Diberi pulang rasainya...

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah dapat merasai peluang mengandung.,

    Jemput singgah blog
    www.haniqhanisalihah.blogspot.com

    untuk memdapatkan supplement sepanjang mengandung,bersalin dan berpantang...

    Terdapat juga minyak
    kelapa dara untuk memudahkan kelahiran

    ReplyDelete