Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas basah (wet tissue) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air terlebih dahulu. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang, menggunakan air mengalir supaya bersih. 

Tujuannya supaya apabila bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di dunia rahim. Justera ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kesan mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah pembentukan tulang yang baik.

1) Seeoloknya mandikan bayi waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2) Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian barulah disiramkan ke kaki , seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3) Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ia akan membuatkan pengaliran darah bayi berjalan dengan lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4) Seterusnya siraman dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5) Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6) Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.

7) Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan tali pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.

8) Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share ya, biar semua tahu.

p/s : kredit buat artikel

49 comments:

  1. GREAT SHARING
    BERTAMBAH LAGI ILMU

    ReplyDelete
  2. Panduan berguna untuk mereka yang nak dapat baby :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..banyak manfaatnya terutama buat bakal-bakal ibu

    ReplyDelete
  4. As salam Sheila..hehehe bila tgk entry Sheila psl bby nie teringin plak nak ada bby lgi...hihihi...

    p/s: tq klik2 tabung akk. Akk pun klik2 tabung Michelin Sheila.. :)

    ReplyDelete
  5. tenkiu untuk info ni..mmg berguna sgt2 ni

    ReplyDelete
  6. Bagus utk ibu2 lama dan baru.. Teringin nak baby lagi.. Huju

    ReplyDelete
  7. slalu laki takut nk mndikn anak sbb kecik lg.tgn depa kn kasar besar so tkut2...

    bab zikir tu x penah buat....tq 4 info ni

    ReplyDelete
  8. betul tu shiela.
    kdng kdng bnda mcm ni org pndng remeh kan.thanks berkongsi.tambah ilmu

    shiela, thanks tau kata2 smngt di komen blog tu.. nti ciksu singgah ke link tu ye.tenq :)

    ReplyDelete
  9. pernah terbaca artikel ni...

    klik darlie...

    ReplyDelete
  10. Pengalaman tu yg skrg ni akak lalui...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. infoo yg btul2 bmanfaat .. =) Zara dtg menabung dan ziarah

    ReplyDelete
  12. Wah.. nice sharing Sheila!.. betul2 punye persediaan umi ni :D Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  13. perkongsian yang berguna....
    btul la ramai yg guna tisu basah saja....

    ReplyDelete
  14. terima kasih sebab sharing info ni.. sangat berguna..tq..

    ReplyDelete
  15. belajar cara2 yang betul..ye shiela..nak dapat baby dah nt..

    ReplyDelete
  16. lama dah tak mandikan baby... rindu pulak rasanya... hehehe klik michelin

    ReplyDelete
  17. info yg menarik ni & mmg ramai yg tak tau lagi... done nuffnang yer sheila !

    ReplyDelete
  18. terbaik la sheila.. mcm dh ada pengalaman je.. :)

    ReplyDelete
  19. info menarik buat ibu baru dan bakal ibu..

    ReplyDelete
  20. bagus! panduan yg baik utk ibu baru :)

    ReplyDelete
  21. Kalau hospital gov..biasanya nurse yg akan mandikan baby untuk kali pertama.waktu mandi memang time dhuha

    ReplyDelete
  22. Terima kasih untuk tipsnya, kebetulan saya juga mau punya baby nih :)

    ReplyDelete
  23. salam sheila, good info, kena lap cepat kepala tu, pesan orang tua2 :)

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah.. bule tick betul semua ekekekek. mak kita ajar cara betul nampaknya :p

    ReplyDelete
  25. tq sharing sheila..
    tanpa kita sedar kan..
    klik tabung sini ;)

    ReplyDelete
  26. Oh begini rupa nyer.. nasib baik baca dulu sebelum kahwin.. :D

    Thanks kongsi info di sini :D

    ReplyDelete
  27. Assaammualaikum..lama x snggh ke sini..tima kasih kongsi info pasai baby ni..hehe..tp sya mmg tkut klu nk kna baby yg kcik2 ni masa nk mndi.hehe

    ReplyDelete
  28. Assalammualikum..lama x snggh ke sini..tq kongsi info..tp sya mmg tkut nk pgang baby masa nk bg mndi ni.hehe

    ReplyDelete
  29. dulu rara x google lak cara mandi baby.sume mak yg buat.hikhik.

    ReplyDelete
  30. I sejak dari JJ baby lagi memang setiap kali tukar pampers akan cuci betul2 dengan air, jarnag sangat pakai tisu basah unless kat luar, its good untuk elakkan ruam.

    ReplyDelete
  31. part ni la ecah paling risau sekali..mandikan baby..

    ReplyDelete
  32. wah..nice info.. suke sgt ngn bby.. hikss.. tpi klu baby baru lahir, mmg tk bani nak pegang.. :)

    ReplyDelete
  33. to tell you the truth dear..akak x pernah mandikan dania masa baby..akak takut dania jatuh...semua my mum yang buat...

    ReplyDelete
  34. bagusnye. maklumat ttg penjagaan bayi semua dah complete dlm blog sheila. sesuai utk direfer buat para ibu. thanks sharing

    ReplyDelete
  35. CN mmg tak berani mandikan baby, si irfan dah dekat 3 mggu baru berani mandikan..hehe

    ReplyDelete
  36. Wah,berguna ni..Bnyak yang tak ikut..hehehe.

    thank you!
    NEW ENTRY ! PBAKL 2014 

    ReplyDelete
  37. Assalammualaikum...shiela,

    Terima kasih tips2 mandi kan bayi nie... suka sangat walaupun blom ada baby baru lagi.

    mselim3

    ReplyDelete
  38. nice sharing, awal2 mmg x berani buat... suami yg mndikan..

    ReplyDelete
  39. elok dah sudah baca terbayang kak sheila keringkan jr..aloloo.. geramnyaa..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum sheila...nak mandikan baby pun ada adab tau...aiii xsbr lak tgk baby sheila

    ReplyDelete
  41. selalu kalu baby lahir mst org yg berpengalaman mcm mak kita ke yg tlg mandikan dulu baby tu kan.. sbb tak berani nk buat..

    ReplyDelete
  42. adab yang perlu di jaga untuk baby membesar dengan baik. mudah mudahan :)

    ReplyDelete
  43. masa anak sulong dulu, sebulan mertua yg mandikan.. bila baby dh masuk sebulan lebih baru zura berani mandikan dia sendiri..takut woo..lembut sgt tulang dorg..

    ReplyDelete