Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Dikreditkan khas buat Marissa Shoppe ya. Semoga sedikit sebanyak beri info berguna untuk kita pratikkan kemudian :-
sheila shahfiekry
1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan.
2) Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.
3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.
4) Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.
6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.
7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.
9) Sehinggalah dia berusia lebih 4 minggu, bayi tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 
10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya. 
11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.
12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.
13) Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.
p/s : Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu jaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab seorang ibu (",)

59 comments:

  1. tips berguna pada bakal bakal ibu.. **singgah invest disini..

    ReplyDelete
  2. persediaan yg bagus utk bakal ibu mcm sheila. take care dear ^^

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum shiela...
    wah...seronok kan...x lama jer lagi...mesti seronok nanti..SA menabung INTI kat sini...

    ReplyDelete
  4. sampai sekarang akak, walau pun dah anak tiga akak masih seriau nak handle baby baru lahir.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Thanks untuk info yang sangat berguna..rasa berdebar pulak nak rasa pengalaman ni..

    ReplyDelete
  6. terima kasih di aats perkongsian tips ini sheila.. menabung digi.. :D

    ReplyDelete
  7. dok terbayang cemana la nak mandikan baby yang masih lembik tu.. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Semua langkah yg listed tue mmg wajib kita buat sheila.. =D

    ReplyDelete
  9. nice info...untuk mommy2 yang baru mcm kite ni memang blur..tak tahu nak buat ape

    ReplyDelete
  10. thanks shiela sharing tips nie..mana tau berguna nanti

    ReplyDelete
  11. Alahai..sambil baca sambil terbayang dok jaga baby ni...asa x sabar plak...shila..pm kat fb no phone..nnt kita boleh whasup2..;-)

    ReplyDelete
  12. Askm sheila, bangganya Ustazah kerana pemilik Marisha Shoppe adalah bekas anak murid ..he2 terima kasih sudi menabung, ustazah pun tabung jugalah di sini

    ReplyDelete
  13. bantuan suami sgtla diperlukan..

    ReplyDelete
  14. setuju...mmg ini yg sebaiknya...mmg sediakan brng n pkaian bby sebelum mandi...xdelah lps mandi bby kesejukkan...azwa dtg menabung untuk bkl bby...

    ReplyDelete
  15. Zara ikut excited baca2 tips2 pasal bby ni.. =D .. haha..

    Zara dtg vote sis & klik2 !yeayyy =D

    ReplyDelete
  16. Bg sy jaga bby mudah, tapi nk jaga dan kawal emosi lepas bersalin tu agak mencabar.. Moga dipermudahkan urusan nnt ya...

    ReplyDelete
  17. BACAAN YANG BAGUS UNTUK BAKAL-BAKAL IBU.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum mok su . terima kasih tips nya :)

    ReplyDelete
  19. baca post2 akk ni, buat dyra rasa tak sabar nak ada anak sendiri. harus FAV kan blog akk ni. nanti apa2, boleh refer kat sini je. hehe :D

    ReplyDelete
  20. tips berguna untuk shiela..isis dua tabung di sini..

    ReplyDelete
  21. Salam sheila, bagus tu, harap ada sokongan family, ibu baru perlu rest :)

    ReplyDelete
  22. tips yang menarik...menabung Libresse sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  23. nak tambah sikit.. heee.. tang kepala tu kalau boleh jangan mandikan dengan air suam gak.. kalau boleh mandikan dengan air biasa.. untuk sejukkan kepala baby.. dan elak panas.. heee.. just share aje.. adik punya tips.. #larikk

    ReplyDelete
  24. tips yang sangat berguna untuk bakal ibu ^_^

    ReplyDelete
  25. bukan kerja yg mudah jaga baby yg baru lahir..perlu pengawasan yg rapi

    ReplyDelete
  26. Untuk bakal ibu dan jugak bapa ..bukan bakal ibu jer ..bakal bapa pon kena tahu jugak ya ... nanti senang kalau isteri tak sihat suami pon bleh membantu ..

    ReplyDelete
  27. bayi baru lahir ni fragile, perlu perjagaan yg khusus, dah setahun lebih baru kebal bdn dia mcm si irfan ni ! hehe

    ReplyDelete
  28. Countdown sheila, countdown.. Moga segalanya di permudahkan.

    ReplyDelete
  29. Peringatan yang bagus untuk semua bakal ibu, I pun need this as refreshment, apa pun.. need not worry much, percaya kan naluri keibuan uols.

    ReplyDelete
  30. Marissa Shoppe..eh pernah nampak bungkusan ni sampai umah..akak order barang baby.. tq sharing sis.. berguna bila nak jadi parent..digix3

    ReplyDelete
  31. Bagus dikongsi bersama trutama pd bakal2 ibu.

    ReplyDelete
  32. datang menabung digi sini..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  33. Tips yg bermanfaat.. semoga membantu kpd semua yg memerlukan... aamiin
    3x libresse.. :)

    ReplyDelete
  34. sy teringin sangat nak beri penyusuan eksklusif tu pada bby NZ sy.. tpiii atas sbb2 trtntu.. tak dpt. .akn dicerita kemudian kot kt blog sy nt huhu neway tips yg bgus ni bg bakal2 ibu di luar sna :)

    ReplyDelete
  35. Sheilaa ... thanks for info ... jum follow pp . Pp baru2 je buat blog balik ..

    ReplyDelete
  36. Nice sharing. Comel baby tu...
    Agreed, newly parents need a guidance from olders. (^^,) Peace atuk & nenek ~

    *Singgah menabung mr.nuff colgate. Boleh klik balik kat sini: 3 Months FREE Surfing MAXIS . TQ.

    ReplyDelete
  37. Betul.Tasha buat semua tips ni.

    ReplyDelete
  38. Betul perlukan persediaan awal untuk sambut kelahiran bayi..

    Apa apa pon semoga dipermudahkan ye Shiela

    ReplyDelete
  39. nice share.. dapat tambah ilmu, walaupun x kahwin lagi.. :)
    menabung sini..

    ReplyDelete
  40. Baby baru lahir mmg kene jaga betul2... thanks atas tips nie... >_<

    ReplyDelete
  41. insyaallah..
    akan ikut... sheila kongsi banyak banyak banyak banyak tips tau....
    suka sangat..

    hari ni kite marathon blog walking, coz husband ada kursus, boring sorang kat rumah... hehe

    ReplyDelete
  42. waaaaa..akak mesti tak sabar kan?? husna plak yg rsa teruja.. ^^

    ReplyDelete
  43. bagus ni..boleh buat sumber rujukan nanti :)

    ReplyDelete
  44. wahhh.. nnti insyallah kalo Zara preggy, bole laa rujuk blog sis jaa.. byk tips mgenai bby kat sni.. weweee ! =D

    ReplyDelete
  45. tetiba zura terhidu bau baby baru lahir plk...

    ReplyDelete
  46. info yg bagus.thanks shiela berkongsi

    ReplyDelete
  47. susukan bayi setiap dua jam..ok..thanks info ni..ehhe

    ReplyDelete
  48. thanks for sharing..info yang sangat menarik untuk dikongsikan...

    ReplyDelete
  49. Terima kasih sharing. Info menarik! :)

    ReplyDelete
  50. saya sangat setuju dengan tips yang terakhir. Sejurus sebelum bersalin, ibu-ibu perlu persiapkan diri dengan ilmu tentang penyusuan susu ibu supaya si ibu dapat menyusukan bayi secara eksklusif tanpa sebarang masalah.

    Susu ibu bukan sahaja banyak khasiat malah sangat menjimatkan di era GST ini.
    Anyway, thanks for sharing.

    ReplyDelete