Beli Baju Kurung Siap Secara Online !

Assalamualaikum...

Tahun ni tahun paling best dalam hidup! Alhamdullilah, tahun ke-3 beraya dengan suami dan juga raya pertama kami sebagai umi baba kepada Muhammad Adam Husni. Of course la, persiapan kami akan lebih bermakna dengan kehadiran anak. Kalau boleh nak pakai warna baju sedondon biar boria di pagi Aidilfitri. hihi (",)
Sebagai seorang ibu, aku pastinya insan yang paling sibuk nak buat persiapan hari Raya. Segala pemilihan warna baju raya kepada perhiasan rumah baru sehinggalah ke perkara-perkara remeh seperti beli biskut raya atau order kuih raya adalah di tangan aku. Tapi dengan persetujuan bersama suami tau. hehe
Bab pemilihan baju raya, aku ingat tahun ni nak beli online. Cari ready made je. Jimat masa, tenaga dan minyak kereta. Sebabnya mak aku busy as tukang jahit. Sampaikan pagi raya pun still menjahit baju orang tau. Kesian mak. So tahun ni, aku rasa taknak menyusahkan mak jahitkan baju kami anak beranak. Biarlah mak rehat sikit. Anakanda pula masih kecil nak dibawa berjalan keluar ^__^
Wahh rasa glamor pula bila buka website Zalora, tengok design baju raya daripada pereka-pereka terkenal seperti Jovian Mangadie, Rizalman Ibrahim, Syomir Izwa dan Melinda Looi. Lawa gila kot baju-baju ni. Bagi aku, corak dan kombinasi warna dalam setiap design sangatlah menarik hati wanitaku. Betul tak korang?
 
Mencari baju raya memang boleh stress, dengan segala macam jenis variety yang boleh di dapati tetapi tak punya masa untuk keluar shopping lebih-lebih lagi jika kita yang bekerjaya apatah lagi punya anak kecil. Kalau mampu keluar pun, tak rela diri nak hadap kesesakan jalan raya di bulan puasa dan berlaga punggung dengan orang ramai di Jalan Tar. Perghhh! Baik buat pembelian secara atas talian di Zalora Malaysia tanpa segan silu.
Aku dah boleh membayangkan diriku dalam salah satu design baju raya kat atas. hiewhiew. Mari kita bentangkan proposal pada suami. Kot la, beliau setuju. Haruslah hemak glamor dipagi rasa bersama beliau dan anakanda Adam Husni.
Sudah menjadi trend, online shopping semakin popular di Malaysia ni. Antara destinasi fesyen online terkini adalah Zalora Malaysia. Mereka di lihat sebagai antara laman sesawang yang sentiasa memberikan koleksi pakaian dan fesyen yang terbaik buat pembeli. Malah bagi koleksi baju raya tahun 2014 ini mereka menawarkan koleksi baju kurung siap. Oleh itu tahun ini aktiviti shopping anda untuk syawal akan menjadi lebih mudah dengan prosedur pembelian yang cukup mudah dan selamat di Zalora (boleh baca pengalaman aku shopping di Zalora : Parcel Zalora Dah Sampai)

Apa tunggu lagi? Layari website zalora sekarang dan dapatkan pelbagai informasi terbaru tentang koleksi Baju Kurung Siap wanita online terkini!
notakaki : link

43 comments:

  1. Wah wah wah...yg mana satukah??.semua cantik2...bj adam dah cari ke???

    ReplyDelete
  2. beli ready made je..mudah,senang dan jimat..heheh

    ReplyDelete
  3. Sempat ke slim sebelum raya ni? Tengok baju2 tu semua anggun2 belaka! Pasti raya tahun ini paling gembira buat anda... :) Mesti banyak baju raya utk Adam.

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah wah ..mmg nak bershopping bsakan la nie Sheila ..Pilih pilih jgn tak pilih ..ZALORA terbaik !!!

    ReplyDelete
  5. sy pon beli bj ready made ja.jap gi nk jengah zalora tgk

    ReplyDelete
  6. ngah cri baju raya yg mesra bf.. susahnyaaaa..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Sheila.. akak paling suka gambar no.3 dah last sekali.. tapi takut nak beli...takut tak muat..hahaha..so tiap tahun akak memang akan hantar kat tailor jer la.. kalau slim mcm sheila boleh la.. design memang meletops..sure berseri2 pagi raya nanti.. =D

    ReplyDelete
  8. memang glamor you..huhu..kita baru beli baju raya untuk anak jer..mak bapak punya x beli lagi..

    ReplyDelete
  9. skang mudah xyah berjaln sgt..pegi beli on9 je kan

    ReplyDelete
  10. AWAK BUAT AFFILIATE ZALORA KE?

    ReplyDelete
  11. kalau belu baju tu... model tu dapat sekali tak...?

    ReplyDelete
  12. senangkan beli yg readymade....pelbagai pilihan yg cantik2.

    meriahkan thn ni beraya dgn org baru.

    ReplyDelete
  13. mudah..hanya klik di hujung jari.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. cantik nyer..kite pn taun ni xde tempah bju raya..klu de duih lebih beli ready make jugak la...hihih

    ReplyDelete
  15. hyee...salam puasa....
    snowbear breastpump mmg best..murah pulak tu..selamat membeli ye.

    ReplyDelete
  16. sekarang ni mudah...online berlambak yg comel2..hehehe

    ReplyDelete
  17. cantik2..meletop..tp saya body dah tak slim..malu nak pakai camtu dah..

    ReplyDelete
  18. salam. hee semua pun cantik :))

    ReplyDelete
  19. wahhh...cantik2 gak baju kurung kat zalora nie..tak payah laa nak beratur panas2 cari kat jalan TAR

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. wahhh...cantik2 gak baju kurung kat zalora nie..tak payah laa nak beratur panas2 cari kat jalan TAR

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. cantik jugak baju2 kurung dekat zalora.. dah di modenkan..

    ReplyDelete
  22. wah wah wah.... sakan la beraya tahun ni ada ahli baru.

    ReplyDelete
  23. amboi cantik2 kan...tp krna get ready la 4 5 ratus kalau nak bj pereka terkenal..huhu

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum shiela...wah semuanya cantik2 la baju ni...;)

    ReplyDelete
  25. cantiknya kak...
    saya pun dah pnah beli kat zalora..kilkx3

    ReplyDelete
  26. Shopping online tu lagi senang! hehehe

    ReplyDelete
  27. ctk2 bju dr zalora kan..tp fesyen skg ni agak ketat ja..dengan peplum nya, tp sha da beli baju raya awal hihihih

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah.. tahniah seklai lagi buat sheila dan suami, dah perolehi cahaya mata yg di nanti.. btambah meriah =) lepas ni turn Zaraa da pulak =D

    ReplyDelete
  29. wah cantik-cantik ni. tappi untuk isteri dan anak dah siap pun baju kurung

    ReplyDelete
  30. akak lebih suka beli ready made..senang...awfiyah tak boleh pakai baju kurung lagi tahun nie...just beli baju biasa je..by th e way dia memang kuat menyusu..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum sheila..cantik cantik.koleksi yg ada..

    ReplyDelete
  32. Sy beli offline je tpi tggu dkt nk raya..bru cari ala kadar..

    ReplyDelete
  33. kan online je skrg jdi sasaran
    mudah cepat.
    tapi ciksu risau bab size. hihi
    rasa tak puas kalau x xba dlu sblm beli

    ReplyDelete
  34. ehem~ amboi umi melaramm. kekeke. yg manee satuu ni. ida pun kenan tgok yg satu tu... jap usha zalora jappp

    ReplyDelete
  35. sep sikit..hehe..akak pun beli online je..lg murah..masa pun x terbuang gitu je..hehehe

    ReplyDelete
  36. baju raya mmg fiza akan beli yg siap.. tp tak berani nk beli online takut tak kene saiz.. maklumlah badan tak ala model.. hihi

    ReplyDelete
  37. cantik2 tapi harganya mesti cntik jugak kan..btw bw dari segmen mia liana http://nuyushahidarahim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  38. Semua cantik2 la sehala..lya tak shoping lgi

    ReplyDelete
  39. cecantik je baju raya zalora..

    ReplyDelete
  40. mmg cantik baju kat zalora nih tp nak mmbayor tu pon cantik jgak lah..hahaha..

    ReplyDelete
  41. semuanya cantik2..geram plak nengok

    ReplyDelete