Review - Susu Kambing Anugerah

Assalamualaikum...
FYI, aku memang consume set pantang daripada Anugerah. Anak aku memang kuat menyusu. Disebabkan anak ada kena kuning yang tinggi, suami pergi cari susu kambing untuk perbanyakkan susu badanku bagi menampung demand anak. Hari kedua bersalin, dah minum susu kambing ni. Alhamdullilah, rasa dan bau dia langsung takda seperti kambing sebenar. heheee. Tekak aku boleh terima la rasa dia. Sweet-sweet gitu. 
sheila shahfiekry
Inilah rupa kotaknya. Harga RM 40, ada 10 tiub. Cara aku, satu tiub dibancuh untuk minum 2 kali. Terus mencurah susu untuk Adam Husni. Syukur alhamdullilah. Boleh cari kat kedai jamu, memang ada dijual. Harga sebenar sekotak RM 48 tau, aku pun pelik camne suami boleh dapat harga murah tu. hihiiii :)
sheila shahfiekry
rupa dalam kotak (",)
25g x 10 tiub
Kombinasi 30 juzuk Al-Quran, khasiat susu kambing dan 7 ekstrak penting terkandung didalamnya iaitu susu kambing organik, ekstrak kismis, ekstrak gingko biloba, ekstrak delima, ekstrak biji aprikot, ekstrak sawda, ekstrak gam arab, ekstrak kolagen.
Cara penggunaan :-
* tuangkan 1/2 serbuk susu kambing ke dalam air suam sehingga larut.
* hendaklah ikut tertib yang dicadangkan iaitu berselawat 3 kali, bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan La hawla walla kuwata Illah, dan niat kepada Allah untuk mengatasi masalah yang dihadapi (read : aku niat nak perbanyakkan susu badan untuk Muhammad Adam Husni)
* minum sebelum sarapan
Peringatan : JANGAN DILANGKAH, KANDUNGAN TELAH DIDOAKAN !!!

51 comments:

  1. salam sheila :) ika macam tertarik ja nak cuba produk ni :)nanti nak pergi cari la

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. banyak susu keluar ye Shiela..

    Sekarang Shiela masih dalam pantang lagi ye..

    Jaga kesihatan baik2 ye..

    Akak menabung 2 nuffnang :)

    ReplyDelete
  3. insyallah...kalau ada rezeki nak jugak rasa susu nie

    ReplyDelete
  4. baru tau
    nice sharing.mungkin boleh guna utk anak ke-2 nti sbb anak 1st hr tu jenuh wt mcm2 cara n petua br ada susu

    ReplyDelete
  5. produk anugerah pn ada rupanyer susu kambing nie.
    menarik.

    ReplyDelete
  6. nanti boleh try cari jugak la... nk tanye sheila pakai tak yg untuk tangas tu???ok tak???rasa mcm nak beli...tapi xtau ok ke tak

    ReplyDelete
  7. memang suka susu kambing pun. boleh cuba lepas ni susu anugerah

    ReplyDelete
  8. moga anak cepat baik dr demam kuning.. nak susu byk bergantung pada demand.. kerapkan bagi susu pada anak dan minum byk air, InsyaAllah susu akan bertambah

    ReplyDelete
  9. boleh cuba nih.. pengeluaran kurang pulak bulan puasa nih hehehe.. thanks shiela sebab up kan entry ni..

    clik utk tabung shiela :)

    ReplyDelete
  10. DENGAR MEMANG BAGUS KHASIAT SUSU KAMBING.. TAPI KENAPALAH SAYA TAK LALU UNTUK MINUM SUS DAN DAGING KAMBING..

    ReplyDelete
  11. kene cuba ni.. macam menarik je.. nak suruh suami carikan jugak.. ngade2 tak? nak tiru jugak.. hahaha..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..rezeki adam & shiela..
    terigin nak cuba untuk anak no.2 akan datang (doa2 lah)

    ReplyDelete
  13. Susu kambing adalah minuman sunnah...Baguslah sekiranya boleh menambah susu badan...rezki sikecil lah tu...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sheila..Susu kambing memang elok..Bagus sheila amalkan minum nih..

    ReplyDelete
  15. wah, boleh cari ni untuk minuman harian.

    ReplyDelete
  16. salam sheila.. lama tak singgah sini since link hilang. alhamdulillah dh jd ibu. take care :) salam ramadhan

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, sekarang macam2 produk ada. Tak perlu menggagau sana sini mencari. Moga Adam Husni sihat selalu.

    ReplyDelete
  18. wahhh.. bagusnya amalkan ni...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  19. salam akak :3

    singgah dari blog mia liana :D

    ReplyDelete
  20. tq good sharing..tgh cari jgk susu kmbing x berbau..murah pun murah..nak cube la nti..

    Singgah dari segmen MIA LIANA.salam perkenalan.
    jemput join GA kad raya saya :)
    http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/07/giveaway-kad-raya-by-ekinnuar.html

    ReplyDelete
  21. In Shaa Allah kalau di kurniakan cahaya mata..boleh guna ni , hehehe...

    btw aisyah follow sini..#983

    http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. salam shiela,, =)
    anyway tahniah tau dapat baby..lepas ni turn fasha, boleh blaja2 ngan shiela.hehehe

    salam ramadhan =)

    ReplyDelete
  23. Ohhh, susu kambing boleh tambahkan susu yer. baru tahu.

    Thanks kak!

    ReplyDelete
  24. singgah n follow sini :) anyway,,, nice sharing... :D

    ReplyDelete
  25. singgah n follow sini :) anyway,,, nice sharing... :D

    ReplyDelete
  26. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  27. singgah dari segmen mialiana :)

    ReplyDelete
  28. salam ramadhan kak, best juga susu ni kan..hihi..slmt bpntang n jaga kshatn ya

    singgah dr segmen kak mia..

    ReplyDelete
  29. Susu Kambing mmg bagus... tak de bau kambing ek...Ermmm boleh cuba nie.. =D

    ReplyDelete
  30. bagusnya ada alternatif lain nie...biasanya bb camtulah..bila dh seminggu lbh oklh tu cuma kena bagi minum susu byk2.

    ReplyDelete
  31. menarik :) mudah bancuh pula tu..

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum, irrayyan.com datang singgah dari segmen kak mia dan follow..selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  33. mcm teringin ja nk minum, smua golongan ke bleh minum ?

    singgah dari segmen kak mia..:)

    ReplyDelete
  34. teringat kambing bakar la pulak...!

    ReplyDelete
  35. wahhh..mcm best je ni..nnt akak nk try tanya la dgn kwn akak yg jadi agen produk2 anugerah ni..so far akak guna shaklee je

    ReplyDelete
  36. Wah, bagus ni infonya. Nak try jugalah. Moga sihat selalu ya Sheila.

    ReplyDelete
  37. sheila, serius ke boleh bnykkan susu? i desperate nk bnykkan susu sbb susu kurang sgt..sekali pump dpt 2oz je :(

    anak pun dah prolonged jaundice sjrg..

    ReplyDelete
  38. susu kambing memang bagus kan..rasa manis manis je

    ReplyDelete
  39. klu xde bau kambing tu ok la..hikhik..
    slalu memang xleh nk telah klu ade bau kambing..

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah, kita ikhtiar apa yg patut kan..:)

    ReplyDelete
  41. Ok la kalau tak hanyir kan ..Biasa susu kambing byk juga yang hanyir dan tak lalu nak minum pon ada ,. Alhamdulillah ..

    ReplyDelete
  42. Hehe br cuba minum ni ..tgh pregnen 24week..niat doa pada Allah supaya ank ni xkena kuning inshaallah amin...

    ReplyDelete