Susu Badan Bertambah Dengan Umma Lacto

Assalamualaikum...
Umma Lacto, produk baru keluaran Legacy Secret. Memang cukup dikenali, kalau buka google cari review pasal Umma Lacto memang bersepah. Dah lama tahu kewujudan produk ni, tapi tak pernah ada peluang nak rasai sendiri. Dengar kata boleh menambahkan susu badan ibu. Sesuai benar dengan hasrat aku untuk menyusukan adam sehingga 2 tahun setengah. In shaa Allah, dengan izinNYA. 
sheila shahfiekry
Adam pernah diberi minum susu formula ketika krisis "stress" melanda diri. Waktu tu hampir give up bila pam 1/2 jam langsung tiada susu keluar. Rasa down sangat masa tu, terus menggigil cari milk booster yang bersesuaian dengan diri. Alhamdullilah, sehingga kini Adam masih lagi menyusu dengan susu ibu. Aku mahukan yang terbaik buat dia. Waktu mengepam di tempat kerja, hanya 4 sesi. Tak tentu dapat berapa oz dalam setiap sesi. Kalau bengkak susu, meriah juga hasilnya. Stok ebm Adam ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selepas balik kerja, Adam hanya mahu mengempeng je. Tak ada masa nak buat stok kalau di rumah. Keinginan aku tinggi untuk mencuba produk ini disamping menambahkan stok ebm Adam yang sedia ada. Ganbatte ne!
sheila shahfiekry
Kenapa boleh buat susu bertambah? Ada 19 bahan terkandung di dalamnya, kebanyakannya adalah milk booster dan berasaskan makanan Sunnah. Tak payah susahkan diri makan milk booster asing-asing. Amik sepeket Umma Lacto dan bancuh, boleh dapat semua sekali. Jimat masa kan.

Diperkaya dengan bahan semulajadi antaranya susu kambing, susu skim, serbuk soya, fruktosa, ekstrak kurma, kismis, spirulina, serbuk protein, madu lebah, ekstrak halba, ekstrak bawang putih, soluble fibre, ekstrak halia, habbatus sauda, stevia, esktrak alfafa, beras perang, gam arab dan campuran enzim. (sila rujuk gambar bawah)
sheila shahfiekry
Banyak sangat kebaikan kalau kita minum Umma Lacto ni, meh sini aku senaraikan bagi korang baca :-
* membantu pengeluaran susu ibu dan perbanyakkan susu ibu
* memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
* membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
* membantu mengekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya untuk ibu dan bayi
* membantu mengelakkan sembelit
* membantu kesihatan perut dan kolon
* sebagai prebiotik ibu dan anak
* membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
* membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
* membantu mengurangkan kadar kolestrol pada badan
* membantu mengekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
* membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
* membantu mengeluarkan angin dalam badan dan  mengelakkan kembung perut
sheila shahfiekry
Cara minum : amik 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam. Bancuh dengan air suam atau biasa dalam 150-250ml (ikut kesesuaian rasa setiap individu)
* Tidak digalakkan membancuh menggunakan air panas kerana dikuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang.
* Minum air masak secukupnya
* Tiada pantang larang pengambilan. Jika diambil bersama suplemen lain, jarakkan pengambilan antara  1-2 jam antara dua suplemen tersebut.
Promosi terbaru!!!
Beli 2 kotak RM120

free sekotak bernilai RM60 (10 sachet)
Gila dasyat punya promosi. Buat mommy semua yang masih menyusukan, aku sarankan beli dan cuba. Tak salah babe invest sikit untuk beri anak khasiat susu badan ibu sendiri. Aku sendiri tengah cuba sekarang ni. Hasilnya, aku review lain kali ok...
Oh ya, baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang produk Legacy Secret versi tiruan yang mengandungi racun merbahaya. Aku nak ajar korang cara nak mengenalpasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret (Harum Malam, Wira Malam, B'Vite, Secret Laxing & Vee Spray)
1) Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan "LS" dari sudut serong 15 darjah
 
2) Pengesahan Melalui Sentuhan
 
3) Pengesahan Melalui QR Wechat
 
 
Peringatan !!!
* 1 QR kod hanya boleh diimbas sebanyak 5 kali sahaja
* Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat Legacy Secret untuk pengesahan produk
* Pastikan beli barang original kerana takut dengan kesan sampingan produk tiruan yang berlambak di pasaran
Wechat : harummalam
wideo rujukan : klik LINK ya
rujukan : 
      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com
p/s : pastikan yang ori baru beli (",)
" Kalau dah susu badan banyak, jum beli breast pump di Kedai Bayi Online The Baby Store Malaysia. Selain itu, ada pelbagai barangan kelengkapan ibu dan bayi juga "

Gila Dasyat punya promosi !!!
Anda boleh dapatkan Umma Lacto di The Baby Store.Beli sekarang !!! Setiap pembelian di The Baby Store anda akan dapat mengumpul point dan boleh ditebus pada belian seterusnya. Lebih penjimatan malah tiada GST dikenakan.

30 comments:

  1. barulah baby cukup minum susu ibu kan sheila

    ReplyDelete
  2. Ramai pulak yang review rangkaian produk2 dari Legacy Secret ni.. Nak try yang harum malam tu nanti.. Hehe.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. Sheila dah try ke?memang teringin jugak nak try..tp was2..huhu

    ReplyDelete
  4. assalam... sama la dgn baby kite stok susu die kais pagi mkn pagi kais ptg mkn petang... klu duk umh baby dgn kite mmg ssh skit nk wat stok nye.. baby asyik nk dengan kite.. klu pam susu lepas baby hisap hasil nye x byk... susu sy mcm cukup utk baby... sy tengah nk try Qaseh Adinda... mula2 ade tny gak ummu nie tp mcm mahal sgt je dgn 10 bungkus jer...

    ReplyDelete
  5. susu ibu adalah yang terbaik, berusahalah selagi terdaya memberinya sehingga umur 2 tahun...

    ReplyDelete
  6. teringin nk try harum mlm..bgs ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgk ig insta saya @doorashoponline

      Fb page doorashoponline

      Whtapp saya utk harga promosi 013.396.5894

      Delete
  7. kak alin dulupun tak byk susu...kering sendiri w/pun dah makan macam2..tp dulu mana formula camni nak banyakkan susu...takat minum susu jek...

    p/s : pilah try sheila beger tu...tekak kak alin rasa sedap je...org lain tak taulah...hehehe

    ReplyDelete
  8. semoga adam murah rezeki dgn susu ibunya! hehehhehe~

    jemput update terbaru ,
    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    ReplyDelete
  9. Ini kena tunggu k nurul dapat anak lagi ni, boleh la try... hehe :)

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg bagus ni sheila..sekurang2nya akak tau serba sedikit keberkesanan ummalacto tu

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah semoga dipermudahkan untuk kamu menyusukan kan anak kamu ye

    ReplyDelete
  12. wah..bagusnye sheila
    berkhasiat buat ibu n baby sekali..untung adam
    aah harga promosi tu juling mata nengoknya..rembat!

    ReplyDelete
  13. wah. nice entry. tggu ade anak nanti, ana try. beehhe.

    ReplyDelete
  14. bykan juga mkn buah2 sayur2 utk ank juga

    ReplyDelete
  15. asslmkm sheila.. waa, bgusnya prduk ni.. blh tmbah susu ibu ye.. elok diamalkan tu.. supaya baby ckup minum susu nti..

    ReplyDelete
  16. ramai betul dok review pasal produk nie kan..=D

    ReplyDelete
  17. nnt wat riview ya sheila kot2 brguna masa dpn nnnt kan

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sheila...bagus ye produk nih

    ReplyDelete
  19. bahaya sungguh cetak2 rompak nih..huhu.kang tak pasal,nak makan utk sihat,termakan yg ntah pape,huhu

    ReplyDelete
  20. Pelaburan yang berbaloi ni..akak tak terfikir lagi nak beli pape untuk milk booster tunggu betul2 memerlukan lah kot baru cari..hehee..Tapi nampak yang ini memang berbaloi beli..banyak kelebihan..

    ReplyDelete
  21. umma lacto ni sesuai ke utk di ambil oleh ibu yang sedang hamil?

    ReplyDelete
  22. Salam semua,Kat mana boleh saya dapat umma lacto?kedai² atau farmasi xde ke?Kat tesco toko² jamu xde pun.., xkan beli online je...hubby saya takut nk beli cara online ni.so mcmane tuuu,Bantu lah saye....😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli online melalui thebabystore.com.my jangan risau... boleh dipercayai

      Delete
    2. Boleh beli online melalui thebabystore.com.my jangan risau... boleh dipercayai

      Delete
    3. Boleh beli online melalui thebabystore.com.my jangan risau... boleh dipercayai

      Delete
  23. Boleh minum time preggy x?elok time preggy bpa bulan?

    ReplyDelete