A&J Burger Grill

Assalamualaikum...
Terjebak dengan entri Kak Alin Marlini pasal ANJ Burger Grill Kg Melayu Sungai Buloh, terus aku bookmark untuk rujukan masa terluang. hahha. Tertiba suami beria nak makan burger. Nak makan Mcdonald, boikot. So kita cari burger air tangan orang Melayu ya. hahahha. Terus laju suggest ni kat suami. Laju bersiap anak beranak, berdesup keluar rumah.
Tetapi, bukan rezeki kami nak merasa hari tu. Untuk pengetahuan korang, tempat ni tutup hari ahad tau. Maybe sebab sebelah tempat tu ada pasar malam. So keesokannya kitorang pergi mencuba nasib lagi sekali. Alhamdullilah, rezeki kami dapat merasa juga. 
Lokasi tempat ni, odw ke Hospital Sungai Buloh, korang akan jumpa traffic light 4 simpang. Amik jalan masuk menuju ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh (Bukan Klinik Kesihatan Paya Jaras yeee) Sebelum simpang masuk ke KK, korang akan nampak khemah besar depan rumah orang selepas daripada sungai. Daripada traffic light tu, kiranya khemah ni sebelah kiri korang ya. Cepat serbu!!!
Dua kali datang makan sini, aku stick dengan Set Combo Monster (Meatball + Wedges + Minuman + Burger Daging/Ayam @ boleh juga pilih kambing/arnab)... Daging dia tebal wehh, buat sendiri kan. Tak sama macam beli dah siap kat frozen market. hihiii. Meatball dia pun, waduhhh sedapnya. Wedges dia sama macam KFC punya. Sedap hingga menjilat pisau jari. hahaha 
sheila shahfiekry
kita order air anggur tanpa ais, hahahha still breastfeeding Adam, berpantang ais :)
Muka suami yang happy dan teruja. Sampai repeat 2nd time, bawa akak dan abang ipar sekali. Tapi tak sempat snap gambar. Suami try Set Combo Kambing, abang Set Combo Arnab, akak amik mushroom soup + garlic bread. Seriously mushroom soup dia sedapppp, thumbs up (",)
Dare to Eat?
Sila terjah kalau korang ada berdekatan dengan Sungai Buloh. I terliur, nak repeat lagi, hihiiii tak jemu nak merasa A&J Grill Burger ! 
sheila shahfiekry

19 comments:

  1. wahh meltingnyaa tengok!!nampak sedap sebab cheese meleleh..hehee..Adam tu demookk..rasa macam nak cubit pipi layut dia tuu..hehee

    ReplyDelete
  2. Kalau baca pun telan air liur camne ? Naseb tak tepek gambar burger. Mau berbuih dekat office ni Sheila. T_T

    ReplyDelete
  3. alamak sheila kepingin plak lya nmpk ada sos keju meleleh2 tu taw..adehh betapa sdpnya

    ReplyDelete
  4. tengok je pic ini dah terasa dekat tekak..sedapnya itu... ;)

    ReplyDelete
  5. amboi beger ituu.... nampak sedap betul..

    ReplyDelete
  6. heee.. beso nya burger ni.. muat ke mulut nak makan :)


    tengok entry kul 8 nnti ada backlink untuk blog anda :)

    ReplyDelete
  7. Wah..menyelerakan pulak tgok...sedap nyalah..nk kena try juga ni..

    ReplyDelete
  8. Salma Sabtu Shiela...

    Dah lama tak singgah sini..nway burger tu nampak yummy sangat..mesti bestkan...

    ReplyDelete
  9. nasib ida baru lepas dinner, kalau tak, mahuuuuuu ida meleleh air liur tgok entry sheila ni ! HAHAHHAHHA

    ReplyDelete
  10. terbaek nie sheila... terliur tengok burger dengan meatball dan potato wedges....

    ReplyDelete
  11. jauh sangat ni.. tapi macam nak kene terjah je..

    ReplyDelete
  12. menarik je ni..kena trjah la nnti2.hihu

    ReplyDelete
  13. Dlu mkcik duk sg.buluh. kut kesana blh la rasa.. Terliur tuuu..

    ReplyDelete
  14. thanks sebab sudi datang ke gerai kami.. sangat menghargainya..

    ReplyDelete