[Review] BeautyOAT - Collagen Plus+ Oat Drink Formula

Assalamualaikum...
BeautyOAT merupakan produk pertama di Malaysia yang mengabungkan collagen plus + ekstrak sakura dalam minuman oat. Memang cukup teruja nak mencubanya! Lagipun oat ni salah satu milk booster. Kalau malas nak breakfast heavy,boleh amik segelas. Keberkesanannya maksima dalam masa 2 minggu. Aku dah consume seminggu dah, kesannya jeragat atas dahi semakin mengecil dan hilang. Dan yang paling bestnya, kurang terasa lapar dan kenyang separuh hari bila minum satu cawan di waktu pagi. Jimat masa nak masak dan handle baby Adam  :)))
sheila shahfiekry
Produk ni masih lagi fresh dipasaran. Baru masuk pasaran pertengahan bulan September. Dalam satu kotak, ada 18 sachet x 30gm. Harga sekotak RM 79.00 Semenanjung Malaysia, RM89.00 untuk Sabah & Sarawak. Bagi aku, harga masih mampu milik lah. hihii
sheila shahfiekry
Cara nak minumnya :
* 1 sachet boleh minum 2 kali
* tambah air suam 180ml ke dalam gelas
* kacau sebati dan minum
* jangan letak air panas, dikhuatiri khasiatnya lebur begitu saja
4 Amazing Ingredients ! Terkandung di dalam setiap sachet iaitu oat, marine collagen, sakura dan buah delima. Semuanya ada khasiat baik semulajadi untuk kebaikan dalaman dan luaran kita. 
Oat
Oat adalah makan semulajadi, kaya dengan serat dan sumber protein dan beta glucan yang terdapat dalam oat membantu penyerapan kolestral semula yang lebih rendah. Mengenyangkan perut, mengurangkan risiko astma pada kanak-kanak, menguatkan daya ketahanan badan,
Marine Collagen
Marine kolagen tripeptide untuk menjaga firma kulit, lembut dan elastik. Ia secara aktif meningkatkan sintesis kolegen untuk memulihkan kulit, mencantikkan dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit dan pigmentasi serta melambatkan proses penuaan kulit.
Sakura
Cherry Blossom (sakura) ekstrak adalahn bahan semula jadi untuk anti keradangan, pemutihan dan bertindak sebagai anti-gikasi terbaik. Ia juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran melanin untuk kulit putih berseri, membantu menghidratkan kulit,  membantu kulit jadi lebih lembut selembut bunga sakura.
Pomegrante
Delima adalah makanan yang kaya dengan anti oksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada badan. Faedah memakan delima adalah menstabilkan paras kolestrol, melawan sakit jantung, merangsang tenaga batin, menguatkan sistem pertahanan badan, menguatkan kekuatan gigi, mengurangkan batuk dan astma, mencantikan kulit, melawan kanser payudara, mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Juga merendahkan tekanan darah tinggi sebanyak 5% dikalangan pesakit tekanan darah tinggi.
Alhamdullilah, disamping 4 kebaikan aku dapat 1 bonus iaitu susu badan bertambah. Syukur Ya Allah, rezeki anakku Muhammad Adam Husni (",)
Setiap sachet boleh digunakan dua kali ya. Tapi aku tamak sikit, plus ingatan tak berapa nak bagus. Gunakan satu sachet dalam segelas untuk minum pagi. Rasa dia, tiada manis gula, tidak berlemak dan berbau vanila. Hmm nyummih! Korang semua, jangan lupa untuk cuba BeautyOAT ya. Boleh rasai sendiri keenakan dan kebaikannya. Terjah info dibawah tau ~~~
website : www.beautyoat.com
facebook page : BeautyOATofficial
instagram : beautyoatofficial

19 comments:

  1. wow.kena cuba nie..ramai yang dah menggunakannya sheila..nice review

    ReplyDelete
  2. oat?? mesti sedap ni sbb tina penggemar oat..

    ReplyDelete
  3. MENARIK je produk ni. tp ada marine colagen tu liz tk berani cuba sbb kulit liz oily. nnt pimples mudah naik.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Sheila, wah healthy maintenance ni :)

    ReplyDelete
  5. wahhh igredients dia bagus2 gak tu :)

    ReplyDelete
  6. oat mmg bagus utk kolestrol n jantungkan....cuma akak ni kalau oat xgitu suka....sedap ek yg nie?

    ReplyDelete
  7. akk tag sheila
    http://cammylia.blogspot.com/2014/09/preloved-giveaway-by-annur.html

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat yer ! oat mmg bestlah. Maaf lama x singgah , hope semuanyer ok, KA dh terlajak busy ler skang ni

    ReplyDelete
  9. Hello, kami BeautyOat! Sekiranya ada apa-apa pertanya mengenai BEAUTYOAT, boleh mengubungi ATAU Whatsapp kami : 012 2444 014(nurul) / 012 2444 041(jane)

    Jom kunjungi FB kami : www.facebook.com/beautyoatofficial

    ReplyDelete
  10. Produk baru ye...baru pertama kali dengar...memang banyak khasiat didalamnyer tu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. .
    Asyik pun tgh consume product ni..😊

    ReplyDelete
  12. Wowwieee..namapak macam sedap Oat ni..tapi takut nak try..hehe..ntah ape yang takutnya ntah..hihih

    ReplyDelete
  13. menarik kak shila..
    skrg ni byak pilihan produk ksihatan yg ada di malaysia.. plbgai pilihan tq sharing ya

    ReplyDelete
  14. Produk baru ni tdi ternampak kat blog Fiza hhee

    ReplyDelete
  15. nyum2 menyelerakan..berseri2 lah sheila lepas ni..

    ReplyDelete
  16. Knpa la oat.. Hihi.. X lalu nk telan oat..

    ReplyDelete