Assalamualaikum...
Siapa kat sini suka pergi spa, sila angkat mouse masing-masing. hihiii. For sure, perempuan suka dikaitkan dengan kecantikan. Tak kiralah luaran atau dalaman, mesti nak jaga baik punya. Aku jua tak ketinggalan even penggeli tahap nak sepak orang, bila pergi berurut. Tapi kecantikan harus dijaga, especially untuk tatapan imamku. Suami da bagi green light untuk pergi sini, siapa nak follow bagitau ya. Boleh jumpa kat sana, hihiiii ;p
Sukacita aku nak share, Seri Penawar Spa milik Puan Rosmiza Mohd Dahalan yang baru beroperasi pada Jun 2014. Spa ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Masih baru lagi spa ni... Berkonsepkan traditional dan sangat menenangkan jiwa bagi mereka yang inginkan ketenangan. Juga khas untuk muslimah yang tercari-cari spa yang tidak menggunakan urutan/teknik seksual, boleh terjah sini ya. Jangan ragu-ragu tau! Nak lagi bagus, pergi berjemaah dengan kawan-kawan. Pasti seronok!
Lawakan konsep yang diterapkan Seri Penawar Spa? Terasa macam kat kampung pula. Masa berurut kat Krabi pun tak secantik ini. huhuuuu
Perkhidmatan yang disediakan seperti urutan (tradisional dan moden), facial (treatment dan aura seri), medicure dan pedicure, body scrub dan juga urutan selepas bersalin. Kalau nak senang, amik ikut pakej yang disediakan antaranya Pakej Ratu Sehari, Pakej Belaian Manja, Royal Facial, Royal Body, Normal Facial 12 kali treatment, Milk Bath 12 kali treatment, Pakej Zuriat, Pakej urutan selepas bersalin yang juga dikenali sebagai Pakej Cool Mama 3 kali urutan, Pakej Hot Mama 5 kali urutan dan juga Pakej Sexy Mama untuk 7 kali urutan.
Berspa ni, banyak faedahnya. Terutama yang buat facial, nak bagi kulit wajah sihat sentiasa dan untuk memastikan liang wajah bersih, tidak tersumbat. Memang banyak produk kecantikan di pasaran sekarang, tapi bagi yang tak berapa secure cuba produk kecantikan. Aku sarankan pergi spa. Lebih secure kesannya. hihiiii. Urutan badan juga mampu meredakan urat tegang, sauna pula dapat meringankan badan. Ahhh nikmat sungguh kalau dapat berspa sekarang ni. Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa, kadang tu belum sampai jam 3 petang badan dah out of battery. hahaha [baba baca entri ni kan? hahahhaaa]
Selain itu, Seri Penawar Spa juga ada mengeluarkan produk sendiri iaitu Jus Seri Maryam khas untuk ibu mengandung. Kandungan utama adalah ekstrak buah-buahan dan tumbuhan semulajadi. Antaranya delima, kurma, anggur, lobak merah, acai beri, ceri merah, kacang soya, lutien, halia dan kolagen. Jus ini mampu menghilangkan rasa loya tekak dan muntah-muntah, menambahkan tenaga, menyenangkan proses pelawasan, mengurangkan kejang kaki, membantu masalah BP rendah semasa kehamilan serta mencantikkan kulit ibu dan bayi.
Ini antara testimoni pengguna Jus Seri Maryam. Alhamdullilah dengan izin Allah Taala, beliau disahkan mengandung setelah menunggu selama 9 bulan. Tak salah kita mencuba Pakej Zuriat (urutan 5 kali termasuk 2 botol Jus Seri Maryam) yang turut disediakan oleh Seri Penawar Spa.
Ada coupon sekarang di Seri Penawar Spa hanya RM30/pcs dan dapat diskaun 50% sehingga Disember 2014. Term and conditions ya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang diskaun 50% ni, sila terjah facebook Seri Penawar Spa. Jangan lupa buat tempahan dulu ya sebelum datang, takut penuh (",)
facebook : Seri Penawar Spa
instagram : seripenawarspa
tempahan : 03-55240799 (office) / 019-3752695 (hotline)
alamat : No. 35G, Ground Floor, Jalan Pahat H/15H,
Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan







br tlintas nk urut bdn tup2 kuaq entri spa tp jauh la puloppppp T_T
ReplyDeleteharga pun berpatutan sheila...tapi jauh sangat...
ReplyDeleteMenarik ni....boleh cuba...tp knp kat shah alam...dekat sgt..hihihi
ReplyDeletewah..berspa la awak...saya ni tak de masa...teringin jugak..
ReplyDeletemacam menarik je shiela..
ReplyDeletemaap ye ciksu bru bls jejak.huhu
oh, dekat sek.15 je ye... boleh try ni.. thanks kongsi di sini.. :)
ReplyDeleteKalau saya ada dekat Malaysia ni, saya nak hantar mak saya pergi spa bagai
ReplyDeletebestnya kalau boleh rehatkan bdn di spa.. murah juga harga tu
ReplyDeletemcm best jeee! boleh ajak mmbe pegi
ReplyDeleteBestnya kalau dapat ber SPA. Jauh lah pulak.
ReplyDeletewahh dkt shah alam je ni .. mcm menarik jer.. sesuai utk muslimah jgk ... nnt sheila review yer kalau dh pergi...
ReplyDeleteAllah dah lama x berspa...badan pon dh terkehel2 ni...huhu..cambest je ni
ReplyDeleteAssalamualaikum babe.. Pagi tadi baru bodek husband untuk pergi spa. Duk usha usha jugak ni spa yang best. Tenkiu atas perkongsian. Nanti aku and husband terjah. Kikiki
ReplyDeleteSeronoknya memanjakan tubuh dengan berspa. Apa kabar Sheila ?
ReplyDeleteSlm Sheila .bru lya brksmptn bw Cne..seronok juga skali skala mnjakn diri d spa
ReplyDeleteMenariknyalah...klau ada masa teringin juga nk g...
ReplyDeletepergh mmg bez la surrounding dia sheila. harga pun berpatutan. lama dah x pg berurut
ReplyDeletecantiknya spa...produk tu nti boleh la cuba jgk.. :D
ReplyDeleteala jauh pulak spa ni di shah alam sanun.... kalau KL leh gak teraiiii hehehehe~
ReplyDeletewaa...seronoknya kalu ada kat Kulim SPA macam ni best.. kalu ada saya la yang sering bertandang... ;)
ReplyDeleteSalam ukhwah dan salam perkenalan.. saya mommylina dari link www.mommylina.blogspot.com
Kita dah angkat mouse dah Sheila hehe...ehhh dekat jugak dgn rumah ni, thanks for info dear :)
ReplyDeleteMemang relax kan bila dapat ber spa ni..tenabg fikiran badan pun ringan je :)
ReplyDeleteantara tmpt kesukaan wanita kan...best dpt kene urut ni..sy angkat mouse!hehehe
ReplyDeletealaaa..jauh pulak
ReplyDeletebestnya sesekali dapat memanjakan diri kan sheila
ReplyDeletebestkan manjakan diri kt spa....dh lama xpergi spa. rasanya dh 2 thn kot xpergi.
ReplyDeleteBab manjakan diri ni memang fev.. rasa cam best je.. kuar kedai dgn perasaan baru.. hehee :)
ReplyDeleteOh spa ini agak dekat dengan saya..tak perasan ada spa walaupun dok lalu depan dataran otomobil tu selalu jugak...thanks for sharing sheila :D
ReplyDeleteMemg best klau dpt mnjakn diri d spa
ReplyDeleteBestnya sheila.. Byrn pun x mhal mana kn..
ReplyDeleteMenarik...
ReplyDelete