Assalamualaikum...
Alhamdullilah..Allah izinkan Adam cepat sembuh daripada demam + selsema. Kami sepakat nak share moment Muhammad Adam Husni makan bersama. Bila berdua ni senang sikit, ada tukang suap dan tukang rekod video. hihiiii. Start kasi Adam makan petang sebab tengahari baru keluar beli barang dapur. Aku beli sebiji je, RM4.29 kat Econsave. Avocado ni buah yang bagus. Rasa dia berlemak dan tak manis pun.Khasiat dan kebaikan avocado ;-
(kaya dengan Vitamin A, B kompleks, C, K dan E, Fosforus, Magnesium, Asid Folik dan Serat)
* mengawal tekanan darah
* menggalakkan kesihatan mata
* melindungi daripada kanser
* menyembuhkan nafas berbau
* ciri-ciri anti penuaan
* penjagaan kulit
* mengekalkan kesihatan jantung
Meh tengok cara buat puree avocado ;-
1) Beli sebiji pun cukup, cari buah yang warna gelap dan sedikit lembut (boleh dirasa dengan tangan tapi make sure jangan picit pulak! kang lebam buah tu)
2) Basuh dan kupas. Biji buang, korek isi guna sudu.
3) Lenyek isi avocado guna sudu. Campur air sikit demi sikit bagi senang nak lenyek. Boleh tahan lenguh gak kerja melenyek ni. Saja taknak guna blender, over excited nak kerah kudrat tak seberapa ni. hakhakk
4) Optional : nak kasi effect perfect thinner puree, sila tapis puree. Hasil dia lebih umphhh kata orang
5) Masukkan dalam ice tray, letak 3 bekas cukup sebab kita follow 4 day rules untuk check whether ada kesan sampingan pada baby bila makan satu jenis buah/sayur (nak tahu alergik ke tidak)
6) Aku buh satu sudu je dalam mangkuk, isi sikit air dan kacau sebati. Takmau terlalu pekat, biar cair sedikit
7) Get ready dengan video, captured moment pertama kali anakanda makan.
8) Ada sign bila anak dah takmau makan, which is mengelak sudu kena mulut, alihkan muka atau menangis. hahahhaa
p/s : Adam makan beberapa suapan je, takpe. Good job baby! The next 3 days masih makan puree avocado. Walaupun tak habis, umi tetap happy tengok perkembangan awak sayang. Nanti umi belanja puree lain pula ye, hahhaha kredit info kepada Sobri Yaacob & Ibu Nina.
wahh suka la tu dapat mkn ..
ReplyDeleteKite pula yang telan air liur tengok avocado tu. Hehehehe.
ReplyDeleteavacado mmg sdp..kalau kt kg xpyh beli sbb byk tnam..xpe adam lama2 dah biasa kang dia lak marah kalau mama lmbt suapkan..hehe
ReplyDeleteyay..adam dh mamam.. sedap x? hehehe
ReplyDeleteala comelnya adam..bestnya pure dia
ReplyDeleteshaila yang tengok nie pula terliur..macam seap jer..huhuhu
ReplyDeleteDarwish xdan avocado. Huhu. Tp darwish kuat mkn.
ReplyDeleteTak pernah merasa avocado.. Ape rasanye ek? Manis ke, masam ke, pahit ke? Sekali tengok macam pahit je..
ReplyDeletekami fail betul bab pilih buah avocado ni..hahaha..
ReplyDeleteyayyyyy avocado... me love, tipah pun suka. hehehehe I sebijik avocado just belah dua and kaup sesudu dua dari kulit, and tutup balik (lekapkan both kulit) masuk dalam tupperware simpan dalam peti, that way dia kurang hitam permukaannya tu and tahan lama. Lecek with garfu is much easier :) Luv.
ReplyDeletesuka lewteww dapat makan. nnti gemok same ngan abg iqy die! hihiihi
ReplyDeleteyummy...azwa suka...makan bnyk2 tau adam..
ReplyDeletekat sini ade sushi avocado+udang....tgk ni trus rse nk g mkn! nom3
ReplyDeleteSihat betul makan avocado.
ReplyDeletesedapnyaaa.. hehe. daffa suka sgt avocado. skg ni kdg2 2biji sehari dia mamam
ReplyDeletexsabar tunggu phea 6 bulan..nk bg mkn
ReplyDeletenyum3...sedap nyer avacado tu =)
ReplyDeletemaira pun buat muka ok makan avocado ni. first n last tu la makan ni, pasni takde dah. haha
ReplyDeleteRajinnya..Saya tak cukup rajin..Sebab tu Ammar makan ape yang ada..
ReplyDeletehe he tak cukup sedap kot..benda berkhasiat selalu macam tu kan hehehe
ReplyDeleteAnak buah SA pun dah makan solid food tp mami dia x de la bagi avocado ni...tp banyak bagi betik...dan buah2 lain
ReplyDeleteSedappp.. Nurul memang suka buah ni.. kat kg Nurul panggil ni buah susu.. sebab kalau nak makan, kena camput dengan susu :)
ReplyDeletesaya ingatkan avocado ni masam ...
ReplyDeletemuka dia macam geram je tengok avocado tu hehehe
ReplyDeletecomelnye baby!!
ReplyDeletewahh mesti Adam pon suka Avocado ni sebab nampak sedap..nanti pelbagaikan lagi ye Sheila..Apple ke pear ke..pon sedap jgk..hehe
ReplyDeletebestnyeee tengok baby suka makan
ReplyDeletewah.. adam dah makan.. lepas ni sheila mesti seronok prepare makanan untuk adam..
ReplyDeleteyeay! dah first food dia makan! good job baby and mummy!
ReplyDeletepandai btl umi buatkan puri utk adam yer...=D
ReplyDeleteBuah ni x pnh try lagi kt ank2...
ReplyDeleteavokado mmg sedap.ciksu suka buat jus alpukat tu. sedap, likat melekat. hahaha.
ReplyDeletex sabaq nya lahai..
thanks shiela berkongsi
suka tengok adam ni..bulat
ReplyDelete