First Solid Food : Avocado

Assalamualaikum...
Alhamdullilah..Allah izinkan Adam cepat sembuh daripada demam + selsema. Kami sepakat nak share moment Muhammad Adam Husni makan bersama. Bila berdua ni senang sikit, ada tukang suap dan tukang rekod video. hihiiii. Start kasi Adam makan petang sebab tengahari baru keluar beli barang dapur. Aku beli sebiji je, RM4.29 kat Econsave. Avocado ni buah yang bagus. Rasa dia berlemak dan tak manis pun.

Khasiat dan kebaikan avocado ;-
(kaya dengan Vitamin A, B kompleks, C, K dan E, Fosforus, Magnesium, Asid Folik dan Serat)
* mengawal tekanan darah
* menggalakkan kesihatan mata
* melindungi daripada kanser
* menyembuhkan nafas berbau
* ciri-ciri anti penuaan
* penjagaan kulit
* mengekalkan kesihatan jantung

Meh tengok cara buat puree avocado ;-

sheila shahfiekry
1) Beli sebiji pun cukup, cari buah yang warna gelap dan sedikit lembut (boleh dirasa dengan tangan tapi make sure jangan picit pulak! kang lebam buah tu)
sheila shahfiekry
2) Basuh dan kupas. Biji buang, korek isi guna sudu.
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
3) Lenyek isi avocado guna sudu. Campur air sikit demi sikit bagi senang nak lenyek. Boleh tahan lenguh gak kerja melenyek ni. Saja taknak guna blender, over excited nak kerah kudrat tak seberapa ni. hakhakk
sheila shahfiekry
4) Optional : nak kasi effect perfect thinner puree, sila tapis puree. Hasil dia lebih umphhh kata orang
sheila shahfiekry
5) Masukkan dalam ice tray, letak 3 bekas cukup sebab kita follow 4 day rules untuk check whether ada kesan sampingan pada baby bila makan satu jenis buah/sayur (nak tahu alergik ke tidak)
sheila shahfiekry
6) Aku buh satu sudu je dalam mangkuk, isi sikit air dan kacau sebati. Takmau terlalu pekat, biar cair sedikit
sheila shahfiekry
7) Get ready dengan video, captured moment pertama kali anakanda makan.
8) Ada sign bila anak dah takmau makan, which is mengelak sudu kena mulut, alihkan muka atau menangis. hahahhaa
p/s : Adam makan beberapa suapan je, takpe. Good job baby! The next 3 days masih makan puree avocado. Walaupun tak habis, umi tetap happy tengok perkembangan awak sayang. Nanti umi belanja puree lain pula ye, hahhaha kredit info kepada Sobri Yaacob & Ibu Nina.

33 comments:

  1. Kite pula yang telan air liur tengok avocado tu. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. avacado mmg sdp..kalau kt kg xpyh beli sbb byk tnam..xpe adam lama2 dah biasa kang dia lak marah kalau mama lmbt suapkan..hehe

    ReplyDelete
  3. yay..adam dh mamam.. sedap x? hehehe

    ReplyDelete
  4. ala comelnya adam..bestnya pure dia

    ReplyDelete
  5. shaila yang tengok nie pula terliur..macam seap jer..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Darwish xdan avocado. Huhu. Tp darwish kuat mkn.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah merasa avocado.. Ape rasanye ek? Manis ke, masam ke, pahit ke? Sekali tengok macam pahit je..

    ReplyDelete
  8. kami fail betul bab pilih buah avocado ni..hahaha..

    ReplyDelete
  9. yayyyyy avocado... me love, tipah pun suka. hehehehe I sebijik avocado just belah dua and kaup sesudu dua dari kulit, and tutup balik (lekapkan both kulit) masuk dalam tupperware simpan dalam peti, that way dia kurang hitam permukaannya tu and tahan lama. Lecek with garfu is much easier :) Luv.

    ReplyDelete
  10. suka lewteww dapat makan. nnti gemok same ngan abg iqy die! hihiihi

    ReplyDelete
  11. yummy...azwa suka...makan bnyk2 tau adam..

    ReplyDelete
  12. kat sini ade sushi avocado+udang....tgk ni trus rse nk g mkn! nom3

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaa.. hehe. daffa suka sgt avocado. skg ni kdg2 2biji sehari dia mamam

    ReplyDelete
  14. xsabar tunggu phea 6 bulan..nk bg mkn

    ReplyDelete
  15. nyum3...sedap nyer avacado tu =)

    ReplyDelete
  16. maira pun buat muka ok makan avocado ni. first n last tu la makan ni, pasni takde dah. haha

    ReplyDelete
  17. Rajinnya..Saya tak cukup rajin..Sebab tu Ammar makan ape yang ada..

    ReplyDelete
  18. he he tak cukup sedap kot..benda berkhasiat selalu macam tu kan hehehe

    ReplyDelete
  19. Anak buah SA pun dah makan solid food tp mami dia x de la bagi avocado ni...tp banyak bagi betik...dan buah2 lain

    ReplyDelete
  20. Sedappp.. Nurul memang suka buah ni.. kat kg Nurul panggil ni buah susu.. sebab kalau nak makan, kena camput dengan susu :)

    ReplyDelete
  21. saya ingatkan avocado ni masam ...

    ReplyDelete
  22. muka dia macam geram je tengok avocado tu hehehe

    ReplyDelete
  23. wahh mesti Adam pon suka Avocado ni sebab nampak sedap..nanti pelbagaikan lagi ye Sheila..Apple ke pear ke..pon sedap jgk..hehe

    ReplyDelete
  24. bestnyeee tengok baby suka makan

    ReplyDelete
  25. wah.. adam dah makan.. lepas ni sheila mesti seronok prepare makanan untuk adam..

    ReplyDelete
  26. yeay! dah first food dia makan! good job baby and mummy!

    ReplyDelete
  27. pandai btl umi buatkan puri utk adam yer...=D

    ReplyDelete
  28. avokado mmg sedap.ciksu suka buat jus alpukat tu. sedap, likat melekat. hahaha.
    x sabaq nya lahai..
    thanks shiela berkongsi

    ReplyDelete