Potty Training Adam Husni

Assalamualaikum...

Kejapnya anak sulung den dah masuk 2 tahun. Dah panggil along pun kat rumah, hihii. Masih tak bercakap dengan bahasa betul. Sikit-sikit tu bolehlah nak faham. Haha ;))

Sebab Adam dah besar, Umar pun dah boleh start puri, so mari proceed potty training. Sebenarnya dekat 1 bulan juga amik masa nak teguhkan hati bila dah pasang niat nak train adam free diaper ni. Asyik delay je, pasal mental tak kuat. Tak ready. Kahkahh dengan kos sara hidup dah meningkat kaw-kaw sejak gst. Syukur la masih jadi surirumah. Terus kuatkan semangat. Chaiyok umi! Chaiyok Adam!

Sebulan sebelum ;  ajar dia kencing setiap kali mandi, nak dia faham, kencing kena buang dalam toilet. So far, sukses la.

Suruh cangkung, cakap kencing ye along. Buat bunyi "sheeeeeeeee" nanti along terus kencing. Macam saiko la juga hahaa.

2 tahun 4 bulan, proceed PT ni dengan penuh saspen. Kena bersabar tahap everest! Aku sendiri banyak kali terbabas marah adam sebabnya masa tu dah kelam kabut umar merengek. Huwaaaaaaa umi tak kuat +_________+'

Day 1 : 15 minit sekali tanya dan bawa pergi bilik air. kalau lambat bawa ke toilet, confirm bocor. Hari paling banyak mop lantai, tukar seluar, lencuh berpeluh. Hahaha

Day 2 : bila tidur pakai pampers, dia rupanya menahan nak kencing sampai kerut-kerut muka. Dah nampak perubahan, dia da boleh terima kencing kena pergi bilik air, hehehe rutin PT start 7 pagi - 1 petang (nap), bangun nap sambung sampai malam sebelum tidur.

1st week : tenaga habis dekat mengemop rumah ahahhaa, adam da mula faham. Mula menahan dari terkencing. Rutin 15 minit sekali ke toilet. 

2nd week : rutin dah naik 20 minit sekali. Sehari akan terbocor 2 kali paling maksimum. Aku da mula tersenyum nampak perubahan ni. Hihiii

3rd week : rutin naik 30 minit sekali. Bocor seminggu 2-3 kali je. Yes. Perubahan semakin maju. 

4th week : Jarang sangat dia terbabas kencing merata, kalau terkucil sikit kat spentot tu ada la. Selalu dia akan buat muka takleh tahan dah sambil cakap buka. Masa tu aku kena saiko sikit cakap tahan ye tahan sambil buka spentot dia. Melulu masuk toilet, hahahaha kelakar.

Tips yang aku buat :

1) beli spender gambar kartun, bila adam pakai, dia suka. Dia excited.

2) beli cadar kalis air, ada jenis queen, king & single. 

3) 1 minggu pertama, kena tanya setiap 15 minit, "nak pergi bilik air tak? Nak kencing tak " dan terus bawa ke bilik air.

4) catat setiap minit yang adam berjaya kencing, terkencing, atau taknak kencing untuk kita kaji dan faham corak anak.

5) bila bagi minum susu atau air masak, pastikan adam kencing selepas setengah jam. Confirm banyak membuang on the spot.

6) jangan marah, merungut, membebel (sebab aku dah buat mula-mula, kesannya adam jadi takut-takut nak bagitau dia nak kencing atau tidak)

7) penting untuk beri kata-kata semangat macam "wahh bagusnya adam pandai kencing dalam bilik air"

8) ajar buka & pakai seluar sendiri bagi memudahkan pergi bilik air.

9) ajar basuh alat sulit selepas membuang. Pastikan ajar anak berdehem supaya tiada baki air kencing yang tertinggal dalam penis supaya besar nanti anak dah terbiasa dengan amalan yang bersih ni, solat pun terpelihara.

10) pastikan ajar pakai seluar atau baju bukan hadapan orang luar atau kanak-kanak. Ajar rasa malu nak dedahkan kemaluan diri.

Dah sebulan lebih PT ni, nampak perkembangan baik. Sejam sekali baru masuk bilik air. Cuma terkincit selalu pasal excited lompat sana sini, menari ikut lagu. Sabar ajelah umi tengok hahaha :p

Nak ajar free diaper masa waktu tidur siang hari. Lepas dah sukses, ajar free diaper waktu tidur malam pula. Then ajar free diaper waktu keluar berjalan. Kenapa banyak step? Sebab umar tengah lincah ni, tak boleh nak fokus pt adam lama-lama. Slow & steady, asalkan adam faham, umi tak penat sangat. Hihi

Dan aku target before adam turns to 3 years old boleh free diaper. insya Allah. Semoga dipermudahkan ;))

9 comments:

  1. CAYOKKK. hehehe. nak ajar daffa jugalah. tunggu school holiday dulu. wink3

    ReplyDelete
  2. TERBAIK!!!!
    Bagus adam.. nanti boleh try kt azra pula

    ReplyDelete
  3. fuh memnag struggle ajar naak erk..hehe..

    ReplyDelete
  4. terbaikkkk..nk amik tips ni nk ajar danish lak..

    ReplyDelete
  5. Fuh nak ajar anak.. cabaran mmg hebat huhuu..

    ReplyDelete
  6. adoi...sy tak start lagi..tgh kumpul kekuatan dan kesabaran..huhu..
    nak try weekend ni la kot..masa tu je la free nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari tahun lepas cakap nak start, tp tak start lg ni.. T_T

      Delete
  7. memang kene byk sabarnya sheila, moga2 adam dah free diapers tak lama lagi ;)

    ReplyDelete
  8. Zara skrng umur 2tahun 2bln. Tp mama dia blm kuat mntal fizikal nak ajar. Haha. Nak2 ckp pun masih tunggang lnggng lg.

    ReplyDelete