Assalamualaikum...
Alhamdullilah, tak sangka menjadi juga reunion PLKN kami kali ni. hehe. First at all, nak ucapkan berbanyak terima kasih buat Ayu yang sudi booking tiket awal, dahulukan duit dan Mila yang sibuk arranged serta jadi juruheboh aktiviti kali ini. hihi. Sayangggggggg korang banyak-banyak! Muahhhh muahhhhh...
Daripada pintu masuk berbayar rm3 seorang tu, kami dibawa ke lokasi skytrex menaiki bas. Lebih kurang cam bas safari kan. Best naik ni...
Mila dan Aisyah
aku dan suami
hot couple, Iwan dan Noryn
kena isi satu borang, macam agreement la untuk emergency case terjadi pape jadi kat kita >___<
Kat sini lah korang boleh beli air botol, beg untuk air botol, kunci loker dan juga glove (sarung tangan). Mudah je pembeliannya. Beg untuk kita bubuh air botol, harga rm6. Lepas habis cabaran semua, kita dapat balik rm5, rm1 dia amik buat cos. Faham? Begitu juga dengan loker rm6 untuk deposit, rm1 diorang amik dan glove (sarung tangan) rm3 untuk deposit, rm1 diorang amik. Ehh faham ke korang?
Ini peta segala cabaran kita kena buat. Cabaran terbahagi kepada 3 tau. Little Adventure RM35, Big Thrill RM45 dan Extreme RM55. Tapi dengar-dengar aktiviti Extreme more to mendaki like jungle tracking. Kami tak profesional, so amik Big Thrill pun dah kira gerun habis sampai nak terkencing banyak kali kot, hihi ;p

Peta ajaib ni aku amik dekat laman web depa. Nampak macam simple kan. Korang tunggu next entri k? Aku nak create mukadimah pun boleh blur memanjang je. hihihi. Sila bersabar ye sayang-sayangku semua.
Bajet :-Total seorang RM52.00Noted : all these included in RM45 / Big Thrill
rm40.00 untuk Big Thrill
rm3.00 untuk bayaran masuk park
rm3.00 untuk bayaran beg botol air (kongsi dengan suami)
rm3.00 untuk bayaran untuk loker (kongsi dengan suami)
rm3.00 untuk glove
* bus transfer daripada TPM Main Extrance-Skytrex Adventure Park and return to TPM Main Extrance.
* rental of personal protective equipment (PPE) -harness
* safety briefiing
* training session at the Initiation / Jump Start circuit
* actual circuit challenge

