norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 2

Assalamualaikum...
Kelmarin dah update first review. Semua yang direview kelmarin, blogger lelaki. Review kedua kali ni, semuanya wanita yang cantik manis. hehehe. Kembang mata tengok blog-blog diorang yang menarik ni. Arghhh geramji (",)
sheila shahfiekry
Ni lah adik aku. Budak comel yang sentiasa cute dan maintain comel. Lama dah follow dia. Suka dengan penulisan dia, budak kecik ni jiwang tau. Tapi bukan untuk semua orang, untuk kesayangan dia lah. Haaa lupa, adik Aimi ni pandai edit blog tau. Cer try tanya dia dekat fb/twitter dia. Kalau murah, apa lagi. Edit blog lah jawabnya! Lagi satu, dia ada buat e-novel kat blog dia. Serius dik, akak suka baca! Best penulisan adik!
Widget yang ada kat blog Aimi, sikit je. Memang cepat loading bila aku buka blog dia. Takda nak komen lebih-lebih, Aimi sendiri tahu apa yang boleh baguskan blog dia. hihi. Jangan lupa terjah adik Aimi kita yang sopan manis ni okeyyy :)
sheila shahfiekry
Antara blogger yang cantik pernah aku follow. hehe. Sheda ni sangat kreatif tau. Pandai edit blog orang. Kau tengok blog bunga-bunga dia, awesome gila. Tak setanding dengan blog picisan aku. *malu* haha. Blog Sheda sweet, tenang je bila masuk sana. Walaupun agak sarat dengan widget, loading blog cepat. Takda la membosankan kita untuk blogwalking. Sheila nak suggest buat tabber widget, gabungkan widget yang ada. Nampak lebih kemas rasanya.
Dan yang paling aku kagum sekali adalah header dia. Lain daripada biasa. Unik. Tapi kat bawah entri tu kenapa ada perkataan ni? Pelik pulak kita tengok. Hope Sheda alert ye dengan coding ni. 
http://theraspberrybutterfly.com.au/store/pc/catalog/depositphotos_18957057_xs_306_detail.jpg http://2.bp.blogspot.com/-iECtbsb8vco/Ufwi6yGcVEI/AAAAAAAACy4/AVvz2IR6EcI/s1600/14-1284497859-bg-elegant-pink-and-blue.png
Lagi satu, Sheda tukar sikit warna font. Warna yang ada ni tak berapa jelas, kita ni rabun. Cam susah pula nak baca entri-entri Sheda yang menarik tu. The rest, semuanya awesome. Lagi satu nak habaq mai, Sheda dan 4 gadis lain bergabung dalam satu blog kombinasi iaitu Bloggirls. Harus terjah ya.
sheila shahfiekry
First time singgah blog dia, masa 6 Jun 2013. Memang akan diingat sampai bila-bila sebab tarikh 6 Jun tu merupakan hari lahir kami berdua. We are twins! ehehhee. AJ ni sangat peramah, seriously! Jumpa dia first time masa Iftar bersama blogger pada bulan ramadhan yang lalu. Aku suka tengok gelagat dia, cara dia gelak. hehe.
Header AJ tu lawa, memang sesuai dengan AJ tau. "Celoteh dari mulut comel turun ke papan kekunci". Memang mengambarkan AJ yang aku kenali. Widget yang ada dalam blog AJ, sangat teratur. Senang nak cari. Penulisan AJ sempoi, macam super spontan. Tapi sheila suggest AJ cuba ubah alignment entri. AJ guna alignment tengah ni macam berterabur nak baca. Sebab tulis ikut alignment yang betul, nampak lebih kemas tau. Yang lain, just nice dimata sheila. Tak rugi kalau kenal AJ... Jum follow dia!