norsheilasalleh.blogspot.com

Shopping di GM Klang

Assalamualaikum...
Mohon jangan tension tengok kita update gambar barang baby ye. Persediaan semakin hari semakin menghampiri lengkap. Last month, kami suami isteri pergi GM Klang. Sebabnya malas nak pergi Expo Baby kat Putrajaya. hihi. Not bad, besar juga GM Klang ni. Lagi satu, jalan selesa je. Takda sesak dengan jem kereta dan manusia. We'ols pergi hari bekerja. Memang puas hati nak belek satu-satu kedai.
sheila shahfiekry
Romper Liverpool tu, baba dia nak sangat beli. Teruja dok masuk kedai-kedai, cari design yang beliau berkenan di hati. First time tengok beliau teruja. kihkih. Beli sehelai agak mahal la RM25, tapi kualiti kain dia best. Logo Liverpool dia macam ori tau, tak sabar nak keluar pakai seragam baju Liverpool. huhu ;p
Seluar tight with sock tu, 4 helai RM28. Kalau beli online, sehelai depa jual RM12 tau. Aku dah survey. Corak memang awesome la. Kita pilih corak binatang, nampak garang sikit baby. Hujung minggu ni pergi GM Klang lagi, sebab ramai mommy to be hantar order... Bolehlah beli borong banyak, dapat harga murah sikit. Kita tak jual harga mahal tau, jual harga yang kita beli gak. Tapi harga postage korang tanggung la ya. Kita tak kayo nak sponsor postage ;p
sheila shahfiekry
Ada mommy yang berminat nak kirim? Bolehlah bagi nama item,jantina baby dan saiz sekali ya :-
deposit : 50% dikenakan sebab takut blackout order
email : sheilashahfiekry@gmail.com
tarikh : last order 03 April 2014 (hari khamis ni ya)
penghantaran postage : selewatnya sebelum 11 April 2014