norsheilasalleh.blogspot.com: June 2011

dari hambamu yang kerdil ..

Permudahkan lah urusan aku Ya Allah Ya Rahim..
Bukakanlah pintu rezeki ..
Yang halal 
dan lindungilah daripada segala kesulitan 
dan bencana di dunia dan akhirat..
Amin..

Perkara biasa buat

Based on my friend blog- Idealistik Kirana.

Bila Nak Pergi Dating
  • Teruja! Sebab seronok jumpa buah hati kita..
  • Bab bersiap mesti last minute dan bersebab juga- malas!
  • Semuanya terpulang pada si dia samada cepat atau lambat. 


Masa Dating

  • Makan adalah wajib bukanlah harus pada kami! Sebab dua-dua kuat makan dan melantak kenyang.
  • Jalan ke tempat-tempat nostalgia. Sebab suka flashback semua kenangan bersama. Tak rugi sesen pun 
  • Suka lepak dengan kawan baik dia. Sebab dia kata 'dengan Kak Nab jangan buat baik' 
  • Sometimes tengok movie berturut-turut. Sebab cerita best semua keluar serentak tiba-tiba =.='
  • Sometimes pergi Uptown. Sebab teman kita beli tudung ('-')


Balik Dating

  • On the way balik rumah, kami akan makan aiskrim potong sama-sama #sekarang dah takde stock jagung!#
  • Singgah makan kat mamak Mahbub.Sebab masing-masing cepat lapar (",)
  • Dia akan menyanyi lagu kegemaran. Yang ni sebab dia suka buat aku tersenyum sumbing. 
  • SMS sebelum sampai rumah, sebab nak make sure suruh kita jangan tidur dulu. 
  • Ataupun bergayut di telefon sebab aku suka tertidur tak sedar diri. haha. 


Eeeekkkkkkkkkkkkkkkkk..
tapi kalau jumpa dia, rasa cam susah nak balik pun ada. tapi tu bukan dia je rasa, aku pun sama. hehe.
Semua benda yang kami buat bersebab. Senang je. Semua tahu buat tahu sebab. Sebabnya sayanglah. hehe. Cubalah try entri "Perkara Biasa Buat" korang.. Tak kiralah dengan family, kawan ataupun pasangan korang. Selamat mencuba ye!

Yang benar,
Norsheila binti Salleh.

Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

just for you baba ( ' - ' )

Assalamualaikum..
Kehadapan kekasih hati ...
Umi nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga sebab sentiasa ada untuk umi. Baik susah yang panjang atau senang yang singkat. Banyak dugaan dan cabaran sepanjang kita berkenalan. Umi harap baba cekal dan sabar kerana umi lebih memerlukan sokongan daripada awak. I want to share everything with you baba. Kadang tu umi rasa nak menangis je, umi macam loser gila. Tapi umi tak suka tunjuk yang umi lemah. Nanti baba ketawakan umi, baba bahan umi secukup rasa. Haaa umi tak suka orang pandang remeh kat umi. Umi tahu umi selalu buat baba marah, bengang, sakit hati. Baba suka pendam kan? Umi mohon maaf ye sayang. Umi manusia biasa. Umi takde keunikan mahupun keanehan. Tapi umi adalah Norsheila binti Salleh, seorang manusia yang memang biasa-biasa je. Umi macam budak-budak kecik yang baba suka layan.. Macam Iman, Syasya dan adik.. umi nak manja dengan baba aje. Baba cool. Baba sempoi. Baba suka berjenaka dengan umi, suka dengar gelak lepas awak tu. Dengan awak, umi jadi diri umi. Baba tak hensem mana pun, tapi baba lah kekasih hati umi. I dont want Romeo, i need you only Norhadi Kahar! Umi nak baba tahu, umi sayangkan awak. Umi suka awak. Umi bukan kaki jeles, tapi umi tak suka kalau something happen,umi takut jadi salah faham. Walaupun relationship ni baru lagi, umi gembira disamping awak yang kaki becok tu. hahahaa. hmph, umi nak ulang banyak kali perkataan yang sama setiap hari! I heart you baba! you are my only baba, my gemuk gendut, my lovely HK. Yes! HK stand for Hello Kitty! hehe. im just kidding baba. dont get mad with me. im so glad be your umi. Semoga Tuhan merahmati hubungkan kita berdua. Amin..

sincerely,
Norsheila Salleh
28/6/11
11:52pm

Senarai Buku Novel

KELUARAN
TAJUK BUKU
HARGA
Alaf 21
9 Nyawa
19.90
Alaf 21
Noda
19.90
Alaf 21
Cinta Dua Jiwa
18.00
Alaf 21
Kasih Yang Suci
19.90
Kaki Novel
Ad + Iz
21.00
Kaki Novel
Gelak Tergolek
19.00
Kaki Novel
Sepupuku Suamiku
19.00
Kaki Novel
Antara Benci & Rindu
19.00
Jemari Seni
Tunas
21.00
Jemari Seni
aA + bB
20.00
Roket Kertas
Lagenda Budak Setan
25.90
Roket Kertas
Katerina
17.90
Roket Kertas
Kasyah Lagenda Berakhir
19.90
Popular
Kompilasi 2 Novel
Cinta Tiada Akhirnya & Duri
18.50
Buku Prima
Villa Amira Syakilla
19.90
Buku Prima
Kau Ku Seru
19.90
Buku Prima
Igauan Semalam
19.90
Buku Prima
Rasuk
19.90
Buku Prima
Andai Itu Takdirnya
19.90
Buku Prima
Lafazkan CIntamu
26.90
Buku Prima
Cinta Kau Dan Aku
19.90
Buku Prima
Gerhana Di Hati
18.90
Buku Prima
Cinta Untukmu
22.90
Buku Prima
Akhir Sebuah CInta
19.90
Buku Prima
Gelora Asmara
18.90
Buku Prima
Seribu Rindu Untukmu
19.90
Buku Prima
Semilir Cinta
18.90
Buku Prima
Kejoraku Bersatu
19.90
Buku Prima
Biarkan Ia Pergi
19.90

# no more ideas , for now

Lately aku dah jadi sangat bosan untuk buka Facebook, Skype, Flick,Yahoo Messenger,Tumblr dan Blog! haaaa. aku tengah tension gila ni. aku nak buat something yang tidak menyusahkan orang la. aku takde idea! aku dah naik sewel. arghhhh aku rasa nak hentak kepala kejap!!! aku akan pergi bertapa. so aku nak tinggalkan semua ini sementara. Terima kasih membaca ye.

#nobody knows what i had done before#

Zaman Myspace ke Zaman Facebook

Assalamualaikum..
Haa cuba fahami apa maksud disebalik title entry kali ni. hehe. okey. okey. aku buat special entry untuk adik angkat aku - Nasri Roseli. haa . sis nak citer camne kita leh kenal and stick together lama camni, okey? 
  Sesi perkenalan kami bermula pada tahun 2006, ketika itu aku baru berumur 16 tahun (muda gila kan?) dan si adik ni berumur 14 tahun. ngee, oleh kerana zaman itu aku obses lepak cc main myspace/ym. Tidak disengajakan berkenalan dengan si budak Nasri Roseli ni. haa. dia ni sangat sporting tau. lagi satu matang. best borak-borak dengan dia. yelah, stay kat overseas. lupa aku mana negaranya. hehe! but then, kami memang rajin mengupdate cerita masing-masing setiap kali ada peluang nak berborak melalui Myspace/Ym. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun seterusnya. 
  2007, still contact dengan adik Nas..
  2008, selepas aku tamat PLKN .. aku masih lagi dapat menghubungi adik Nas ni. *ingatkan dah menghilang.. dan dikejutkan berita yang dia nak amik SPM kat Malaysia. so meaning that he will came back to Malaysia. yeah! happy sekejap aku masa tu. dan dikejutkan berita that my sis-Amoy pun berkawan dengan adik Nas aku ni. hehe. *pelik!
  Dan kami berdua sepakat untuk berjumpa selepas beberapa lama selepas itu! *lama yang tak dapat dipastikan.. Mid Valley Megamall, Bangsar. aku gerak naik train macam biasa sebab that time aku kerja kat hotel depan Mall ni.. *lupa pulak! Hari yang ditunggukan dah tiba.. dia datang dengan dua kawan baik . aci redah je aku sorang ladies. overall aku happy dapat face to face dengan dia. dia memang cakap banyak dan matang. kadang tu terbelit lidah nak jawab soalan-soalan ala2 SPM dari dia tu. comel! spend time together, siap tengok wayang lagi tu. sumpah kelakar! hahaha *sis teringat habis kat adik Nas ni.. 
  yeah, paling kontroversi ni! siap leh bergaduh besau dengan ex kita. adik memang otai gila ek? kat overseas kaki pukul ke? haha. sedih sebab hampir setahun lebih lost contact sebab encik ex tak sukakan adik ni. Apa yang penting, orang dulu-dulu pernah cakap.. Air yang dicincang takkan putus. aku percaya dengan kata-kata ni. sejauh mana pun kitorang pergi.. kitorang masih contact eachothers.. sampai ke zaman Facebook . haha. 
Sekian, yang penat- aku ! (",)



note #me

i dont have any reason to hate me so much.

chicken soup for the preteen soul 2

stories about facing chalenges, realizing dreams and making a difference
-when i read the stories, they did exactly what I expected a 'Chicken Soup' story to do- they do provoked my thoughts. Some of them were happy/funny stories, and some of them were sad/tough-to-read stories. But all of the, had one thing in common- they all showed how preteens get through the good times and the bad times.
I just turned twenty-one this year and I have struggling with a lot of things lately. My beloved honey read this book too. The stories help you learn what to do when you're in trouble. They teach you how to be yourself and not try to be someone you're not.


lagu tiga kupang

lagu tiga kupang
saku penuh padi
enam ekor burung
masuk dalam kuali

bila sudah masak
burung nyanyi saja
tentu sedap makan
bagi pada Raja

Raja dalam rumah
buat kira-kira
suri dalam dapur
makan roti gula hey!

siapa pernah dengar lagu tiga kupang ni? ahahah. kelakar gila sebab haritu aku menyanyi je intro dia. sekali HK bagi penuh version, haaa ambik kau. hahaha. salute ahh kat awak. reti nyanyi lagu zaman kecik2. aku pun payah nak ingat penuh. hehe. good boy! 

serius, aku teringat zaman kanak2 aku, membesar dengan kawan2 yang pelik2 dan nakal ya rabbi. hmm plus aku rindukan family aku yang semua ada setiap hari setiap malam. dua kakak aku dah berumah tangga. sekali sekala datang lah. yang Angah tu, bilalah nak jenguk kami.. dah masuk tahun ke-3 ni.. rindunya.. Abang Bob yang stay Batu Pahat pun sampai ke sudah tak nampak muka. 

why?? why?? im really missed my sweet memory with my siblings. i love you all guys! please came back to us! please.. 

Mc'Donalds BPR












vintage skirt koleksi peribadi (",)

 rm 30 (skirt plus seluar)
 rm 25 
 rm 30 
rm 30 (high-waisted skirt)

*Actually semua skirt ni adalah koleksi peribadi. Boleh PM saya di nombor 017-3863474..

'birthday girl' - valid for today ..


yang ni, baba belikan untuk aku. lepas balik kerja terus dia bawak ke rumah. thank you so much baba. anyway, buat susah2 aje brought this chocolate cake for me. terharu. kita dilayannya macam budak kecik je. haha. 'birthday girl' -  VALID FOR TODAY ONLY.. haha. panggilan umi dah tak laku harini. 


Rasa sedih gak, ingatkan kengkawan rapat lupa aku.. heee. sorang2 wish aku. yang kudut marah pulak pasal aku hide D.O.B kat fb. hahah. konon low profile. kureng betul kudut ni judged aku. ngeh! yang ni gambar aku terbaru harini. walaupun sakit dan tak sihat atas sebab2 tertentu, dapat gak aku smile untuk picture ni. saja nak bagi korang semua nengok gambar tak semengah aku dihari yang mulia ini. heeee..

Tak lupa ucapan terima kasih buat sahabat2 yang tak pernah lupa wujudnya aku didalam hidup mereka. even kita jauh, aku tetap sayang kalian tau.

♥♥boo♥♥

♥ ilysm , HK ♥

3 - 5 Jun 2011..
Dua hari sebelum tibanya tarikh ni, aku berada di kawasan kampung si dia buat kali ke-2.. Kampung Paloh, Johor Bharu. Aku dengan rela hati nak ikut balik, sesak kepala aku stay KL lelama camni. hee. terima kasih kat mak si dia sebab sudi terima kedatangan aku kali ke-2 ni. so kami gerak awal sikit dari biasa, selepas senja.. hmm keadaan agak kurang memuaskan, jem teruk start daripada Seremban. aduh, kasihan aku tengok dia. nak ganti drive, dia sengih2 aje . hahahhaa.

  Aku seronok kacau2 dia , dah lama tak spend time together. dan perjalanan yang tak berapa menarik ni *pasal dia main 170km aje, naik ngeri aku dibuatnya.* speed gila2, nak cepat sampai. Last2 , jam 12 tengahmalam baru sampai ke rumah family dia. dan aku dikira hebat gak lah, aku takleh tidur langsung malam tu. adess. parah weh. dah lah kat rumah orang, mata bundar aku ni buat hal pulak. nak kena agaknya... *sabar jelah sheila* .. Rupanya aku diganggu bunyi ayam jantan berkokok start dari jam 1:30 pagi sampai jam 4pagi. *haa amik kau...* tragis kan? .. hahaha..

  Apa yang aku buat?? haa.. biasa2 je.. jalani hidup sebagai aku yang sebenar.. haha. aku dok feeling kat halaman rumah dia.. tengok pokok2 sawit. kira batu besar berapa, batu kecik berapa.. kihkihkih. aku suka bila dapat rasa balik ke tempat kelahiran aku. yeahh. best! Sempat jugak kami menziarahi kawan lama dia yang baru lepas excident teruk tu- Zaki. Paling tak leh belahhh, selera makan dia dasyat! asyik lapar aje.. aku takyah nak paksa dia makan.. sendiri makan je. huhu. gemuk dan gendut tau sekarang. aku slim river lagi wehhh. hahahhaa.

  Yang masih juga sama- jem teruk sampai KL. fuhh! seksanya semua orang, aku rasalah. aku takleh duk diam. habis lagu pelik2 aku nyanyi.. hahaha. sambil2 tu makan tak henti2. perghh sebu je tekak aku ni. melayan putera hati yang manja ni.. heeee (",)

  Tak silap aku, dia nak balik lalu jalan KL.. aku mengiakan je. Rupanya, sampai dekat dengan kawasan Padang Merdeka ngam2 jam 12 tengahmalam.. dia wish aku - "umi dah 21 tahun da..." aku sengih je. siap nyanyi lagu selamat hari lahir. wahhh thank you so much sayang.. terharu rasanya, aku bukan budak2 pun. tapi dia suka buat aku rasa cam budak kecik. kahkahakha. sengal ek. so kami drop kejap kat tempat dalam kenangan kami dulu2.. heeee.. so sweet lah sayang ni, dia berkejar dari JB semata2 nak bawak aku ke tempat ni untuk sambut hari ulangtahun kelahiran. haha. best2!

dalam perjalanan keluar dari Kampung Paloh .(",)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi yang indah... 6 Jun 2011..
aku disahkan sakit perut yang melampau.. sampai 4 kali wehh ulang masuk toilet! haha. aku amik ubat dari papa. fuhh. kejang badan aku dibuatnya.. hmm dia pun 4 kali. haaa. buat aku lemah satu badan aje, tambah pening tak berdaya.. hmm hilang tenaga aku *demam pulak..  :(

  Dah lerrr kejutan2 yang mendatang pada harini, tiba2 letrik takde pagi ni. errrghh hampeh tul , ni TNB buat hal lah ni. kacau daun tol. nasib baik 10 minit aje, kalau tak kepanasan aku.. So mak dengan adik rancang nak g ziarah cucu merangkap anak buat kesayangan aku- Fahrin kat Selayang. aku siap ala kadar aje. cincai macai. sesampainya kami, nasib kurang baik. si kecil tu meragam sebab tidurnya terganggu. hmm maafkan kami ya si comel! dengarnya dia dah pandai berjalan. tu yang rombongan cik Ani mai datang melawat ni. semua pakat teruja nak tengok. aku lah yang paling excited gila. gila ke? sikit2 lah. hahahhaa






Inilah ragam anak buah kesayangan ku- Fahrin bila dah pandai berjalan. semua tempat dia jelajah. haha. kiut tak? disebabkan aku dah lama tak jenguk dia, mendapat aku tamparan kat paha berlemak aku ni. amboiiii marah ye Mok Tie tak jenguk kamu? sorry sayang ya.. 

Terima kasih buat sang kekasih - Norhadi bin Kahar.. teman dan lalui hari2 yang best @ bosan dengan aku. anda memang super cool! kita sayang awak gendut (",) hahahhahaa. Salam sayang dari ku - Norsheila binti Salleh .. ♥

Day 3 - A photo of someone you love


haha, yang ni buah hati pengarang jantung ku. Alhamdullilah, dia seorang yang sangat cool, memang sempoi (",) .. suka dengar gelak puas dia, boleh buat aku tersengih sumbeng je, haha.