norsheilasalleh.blogspot.com: September 2011

KL-JOHOR-MELAKA-KL

Siapa perasan signboard tu apa? 
-Paloh-
kampung keluarga si dia :)
Melaka River Cruise
Joker Walk- happening gila beb!
Jalan Hang Jebat :)
usha menda tu?
Dibawah sinaran lampu minyak tanah :)
Sama sibuk nak tumpang duk bawah sinaran lampu :)
 -HK & SS- 
 Depan kapal lama :)
 Senyum tak perlu kata apa-apa :)
-HK & SS-
Sukanya dapat jalan2 dengan si dia :)
*all pictures taken at March 2011

Renung-renungkan

"Hormatlah pada mak ayah kita. Walaupun mereka tak berikan kamu segunung emas. Hormatilah mereka. Tak luak duit kamu berikan pada mereka! Sekecil mana jumlah yang diberikan, ianya dibalas dengan doa daripada mak ayah kita. Insya Allah, berkat hidup anda jika mak ayah keutamaan kita! "

*Semoga kalian buka mata hati.. amin..

Idolaku, SR !

* Siti Rosmizah binti Semail *

Assalamualaikum..
Anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkerjaya sebagai seorang peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008 menerusi Novel sulungnya Andai Itu Takdirnya yang di terbitkan oleh Buku Prima pada April, 2008. Sentuhan pertama beliau ini telah mendapat sambutan yang begitu hebat sekali dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai pemenang Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009, kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Novel yang terhasil melalui ilham di dalam mimpi ini telah membuka ruang hatinya untuk terus bertamu di dalam bidang penulisan ini.
Bulan Mac, 2009 Novel ke-2 beliau Cinta kau dan Aku, terbitan Buku Prima berada di pasaran. Dan sekali lagi hasil sentuhan Siti Rosmizah dapat di terima oleh pembaca-pembaca di luar sana. Buktinya, dalam tempoh setahun novel tersebut telah di ulang cetak sebanyak 6 kali. Bertitik tolak dari kejayaan kedua-dua novel beliau yang terdahulu, telah membakar semangat Siti Rosmizah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik buat tatapan peminat-peminat beliau yang tidak pernah jemu dan berhenti memberikan dorongan dan sokongan.
Kini Novel Ke-3 beliau Lafazkan Kalimah Cintamu terbitan syarikatnya sendiri SR Publication, kembali menemui peminat dan telah pun berada di pasaran. Janji Siti Rosmizah pada peminat-peminatnya, “Saya menulis kerana anda tanpa anda tidak mungkin akan ada karya Siti Rosmizah, andalah sumber inspirasi saya, saya akan sentiasa berusaha membuat karya yang terbaik untuk anda semua”. Karya ke-3 beliau ini dihasilkan atas permintaan peminat-peminatnya, harapannya semoga pembaca-pembaca di luar sana akan berpuas hati dengan hasil sentuhannya ini. Karya ke-4 adalah 7 Hari Mencintaiku memang sangat luar biasa daripada novel-novel yang terdapat dipasaran. Dijamin puas hati. Kesemua novel beliau aku ada buat koleksi. Berbaloi!

Preview novelis :
Andai Itu Takdirnya

Perkahwinan yang tidak diduga di antara Aleya dan Syed Aizril telah membuka lembaran duka dalam hidup gadis itu. Airmata menjadi peneman hidupnya apatah lagi selepas di buang keluarga. darjat dan ego menjadikan Syed Aizril mengenepikan bicara hati sendiri. Mampukah Aleya terus hidup menganyam derita? Sejauh mana Syed Aizril mampu mempertahankan keegoaannya? - RM19.00


Cinta Kau & Aku
Farisya seorang gadis yang berperwatakan ala tomboy telah bekerja sebagai seorang driver kepada seorang CEO Syarikat Korporat yang terkenal Farish Hakimi. Dalam diam jatuh hati, itulah yang terjadi pada jejaka tampan ini. Sedar kedudukan diri, Farisya menidakkan bisikan hatinya sendiri. Namun takdir Tuhan siapa yang tahu? - RM19.00


Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupan sendiri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryann Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? - RM26.90


7 Hari Mencintaiku
Khuzairi, dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.   - RM32.90


7hm

Till then!
Wassalam..

SS versi Kedah

Hampa dah redi ka weiii??
Haa kapten,
Apadia? Tak dengaq ni!!
Haa la kapten..
Ohh..
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob Seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob Seluaq Petak"
REDi?
"Spanbob Seluaq Petak"
"Spanbob Seluaq Petak"
"Spanbob Seluaq Petak"

Spanbob Seluaq Petak!

haha, enjoy it ^^

Cuti! Cuti! Cuti!

Arghhh rasa nak pergi bercuti! Hm! Hm! Aku nak canang kat abg, dia bukan kaki berjalan pun. Dulu boleh lah time dia muda mudi. Hee! Next year gua nak gak pusing Malaysia! Belum cukup pusing lagi Malaysia ni. haha. Kenapa? Heheheee, aku nak Malaysia dalam genggaman aku sebelum aku melayang lebih jauh daripada sini. Ngee! Insya Allah, mudah-mudahan ada rezeki lebih. Dapatlah aku mengukur Malaysia seboleh mungkin. Kih3.

*Usha Air Asia punya website. kuikuikui :P

Diserang penyakit double 'M'

Hah, sejak beberapa hari aku diserang demam dan batuk yang melampau. Didapati aku jadi malas nak masuk dapur untuk sediakan bekalan harian g kerja. Kenapa?
  1. Tekak takleh terima apa2 mesej nak rasa masakan, (macam ni punya reason pun ada ke? heehee)
  2. Malas nak turun rumah tingkat 3 semata2 nak pergi kedai runcit (serius pemalas anak dara ni, hahak!)
  3. Taktau nak masak resipi apa, sementelah internet dah takde kat rumah (biasa masak ikut blog 'Aku Bukan Chef, haha. Terbukti sedap you'll)
  4. Kerja yang bertimbun, kejar deadline untuk timesheet. Menyebabkan takda masa nak jamah. (Haa sungguh2 aku siapkan kerja tau. pastu awal bulan leh rileks2 lerr.. huhuuu)
  5. Duit yang terpaksa dicatu kerana sudah dihabisi banyak ketika menyambut raya yang lalu. (Standard la perempuan dengan shopping takleh dipisahkan, *TrueStory : semua untuk keluarga, bukan SDN BHD okey?)
Oleh kerana itu, aku rasa start gaji bulan depan aku spend more money untuk food. Buat spare nak masak bekalan untuk pergi kerja. Jyeah! Chaiyok2 sheilot! haha. 
p/s : Boleh jadi Pengurus Simpanan Wang Suami yang berjaya, jyeah! haha

The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One 



*Maher Zain

Gila Movie !!!

*Johny English- Reborn.
*Canon- The Barbarian
*The Smurf

Serius kelakar weh! Aku bagi 5 bintang untuk movie Johny English. haha. Thanks awak, bawak kita tengok movie semalam. Syok sangat. hehe. And really sorry sebab kita bagi awak jangkitan demam,selsema dan batuk!

*Dating, kerjanya tengok wayang.... hahaha

It was you honey!

my heart was taken by him.
-Hadi Kahar-

to be with you its not my dream!
and i never though that we being so like this.
you are my best man winner
eventhough i never realize it..
but i would like to say thank you
for be with me..
for my worse and happy day!

i want to be yours, Insya Allah..
pray for us together honey,
Allah always help us.
i love you with baba :)

Subhanallah

Aku tak terdaya nak cakap banyak ni. Buat kawan2 blogger, aku nak bagitau mungkin aku akan lama tak update entri sebab lappy aku dah takde.. Semalam petang rumah baru lepas pecah masuk. Sedih gila tengok. Lappy aku dengan barang kemas mak hilang. Grill pintu kena tobek. Serius, wordless monday!

 Selamat tinggal Toshiba comelku. I will miss you.
Semoga Tuhan ampunkan penyamun yang curi harta benda rumah aku semalam. Tunjukkan lah siapa dalangnya Ya Allah. 

*Solat Hajat- memohon petunjuk daripada Tuhan

Trial and success!

Khas buat aku seorang memandangkan aku je yang berpuasa 6 ni. Semalam aci makan Rendang Daging dengan  Nasi Impit. Harini terlebih rajin sebab sempat godek resipi kat internet. Terliur nak makan, disebabkan mak jauh takleh nak guide maka secara rasminya harini aku cuba sendiri. Harap2 along dengan adik tak banyak bunyi! ;p

Resipi Pertama : Daging Gulai Kawah
bahan2 :

  • daging lembu (500kg)
  • halia (1cm) - hiris
  • bawang putih 3 ulas - hiris
  • bawang merah sederhana besar 2 biji - hiris
  • perencah kari - 1 paket kecil
  • budu ( 2-3 sudu ) - tidak dimasukkan sebab takda stok
  • asam keping ( 1-2 keping bergantung mengikut saiz)
  • lengkuas + kunyit hidup sikit - tumbuk
  • kerisik 1 sudu
  • kentang 3 biji - potong ikut suka hati tukang masak 
  • 1 cawan santan pekat @ susu dairy cham
  • air
cara masak :

  1. halia + bawang putih - tumis sampai naik bau dan kekuningan
  2. masukkan bwg merah - tumis smpai garing
  3. masukkan perencah kari - tumis seketika dan baru masukkan 1 cawan air - tumis sampai kering
  4. masukkan daging + garam + gula + asam keping + kunyit & lengkuas yg ditumbuk + kerisik  - bubuh sedikit air (dalam 1 cawan)
  5. tutup periuk dan biar sampai daging lembut. kalau agak2 air kering, tambah la air lagi...
  6. pastu buh kentang. biarkan sampai daging + kentang masak.
  7. last sekali baru buh santan + air sesuka hati korang nak kuah cair or pekat. pastu aku buh cili hijau belah dua 2 bijik. ni cik esah x cakap aku sesaje suke menokok tambah...
  8. biarkan menggelegak seketika then siap! 

    Resipi kedua : Sayuran Bersausage
    bahan2 :
    • bawang merah saiz besar sebiji - hiris halus
    • bawang putih 3 ulas - hiris halus
    • cili merah  1 biji - potong
    • cili api 2-3 biji - potong @ belah
    • sausage - 2 batang - potong ikut suka kreativiti sendiri
    • sayuran: carrot,terung bulat,tomato puri - potong ikut kreativiti sendiri
    • sos tiram - sukatan ikut gerak hati ;p
    • MAGGI cukup rasa

    Cara memasak :


    1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih
    2. masukkan sausage yang telah dipotong
    3. masukkan sos tiram & maggi cukup rasa
    4. masukkan cili api & carrot
    5. last sekali masukkan terung bulat  & tomato puri
    6. letak garam & gula ikut kesesuaian rasa...

    Daging Gulai Kawah
    Sayuran Bersausage
    Juadah berbuka harini :)
    Sirap Laici, my faveret!
    Alhamdullilah, sedap tau uols. Try ikut kreativiti korang yek. Selamat mencuba.
    Till then!

    credit to http://akubukancheff.blogspot.com aka Kak Ina yang memang sempoi masak simple tapi sedap dimakan. yeah!

    Siapa Dia?


    siapa dia?
    dia jiwa aku.

    siapa dia?
    seseorang yang mampu menggenggam jiwa aku sepenuhnya.

    siapa dia?
    seseorang yang membuat hari hari aku tersenyum indah.

    siapa dia?
    seseorang yang membuat aku rindukan dia sepanjang masa.

    siapa dia?
    seorang lelaki yang buat aku cair dan jatuh cinta dengannya setiap hari.

    siapa dia?
    seorang lelaki manja yang manjanya hanya aku saja boleh rasa.

    siapa dia?
    seorang lelaki yang berjanji jiwanya adalah jiwa aku.

    siapa dia?
    seorang lelaki yang aku akan peluk dan genggam dia sepanjang perjalanan hidup aku.

    siapa dia?
    dia lah hello kitty kesayangan aku.
    joking okey!
    - Hadi kahar -

    hebatkan dia dimata aku ?
    cukup hebat.