norsheilasalleh.blogspot.com: October 2011

PERKOSAAN VISUAL!!




Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

TQ


  The better way to say thanks to your ex boyfriends/girlfriends because if they not the best one for you. You will get someone better than! Your soulmate,trust me. Same goes to me, i do realize. Maybe im also not the best one for my ex. For them, thank you so much for loving me last time before. Dont hate me, please forgive me if i had done something broked your heart.

Sincerely,
Norsheila Salleh

JENIS-JENIS KENTUT !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni aku nak share dengan kamu semua jenis-jenis kentut yang akan membuatkan kamu tersenyum sendiri. Silalah baca dan jangan lupa share pada yang lain ya! Hehe :)

Tak Jujur : Orang yg kentut dan salahkan orang lain

Bengong : Orang yg tahan kentut berjam-jam

Yakin dgn diri sendiri : Orang yg kentut dgn lantang!

Sadis : Orang yg kentut dalam selimut dan libas baunya

Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dgn ketawa kuat

Misterius : Orang yg kentut tapi tak dapat dikesan

Gugup : Kentut bila disergah

Periang : Kentut pelan-pelan, lepas tu senyum sorang2

Pemalu : Kentut terkepit-kepit

Anda tergolong dalam kategori yang mana satu??? hahahahhah

CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN 'PELARIS'

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah 

dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

LEPAK-ING AT TIMES SQUARE,KL

Assalamualaikum semua!

  Seronok campur teruja sebab harini aku keluar lepak dan bergosip dengan bekas wira dan wirawati PLKN Princess Haliza, Sepang! Super duper fun! Aku bertolak jam 1.30 petang. Naik bus tengah panas gini, memang lemau je rasa... Paling sakit jiwa, tunggu train kat Kepong Sentral tu lama. Hampir sejam. Aku turun kat Putra sebab nak buat pertukaran train ke Sentul. Fuhh cantik betul Stesen KTM Sentul ni sampai aku pun hampir sesat nak keluar daripada situ. Haha. Oya dah sedia menanti. So bergerak ke Star, pergi ke Jalan Hang Tuah. Turun Star tu, jalan sikit untuk sampai ke Times Square. Hee! Berpeluh dah aku dibuatnya sebab terpacak kat KL jam 3.15 petang. Bayangkan berapa lama aku harung untuk sampai ke destinasi???

  Even kami cuma berempat (aku, Oya, Mila & Emi), kami memang cukup2 terhibur bergosip and flashback semua kenangan pahit manis masa bersama kat PLKN tahun 2008. Serius aku rasa macam kembali single tau. Lama betul tak jejak KL sorang2 tanpa teman istimewa. Syukur perjalanan pergi dan balik aku selamat. Ahh lupa nak citer, aku ditegur oleh Otai Sungai Buloh iaitu Syahirah masa kat Low Yat. Errr terkejut dibuatnya sebab main pegang tangan and tegur "Hi Sheila!".. Elok lah tu, aku yang rabun cuma mampu tersenyum lepas tersedar. Hahah.

  Sempat gak masuk auction komputer kat Low Yat, mengacau orang. Serupa sangat macam budak nakal. Huhu. Okey jangan terkejut, selama 8 bulan dengan si dia. Aku tak jejak langsung shopping compleks kat area KL ni. Tu yang macam shock sikit. Kawan2 aku semua kaki gelakkan aku aje. But then aku terhibur, syok betul bergosip2. Eh guys, aku takleh lama ni. Nak g melepak kat Mc'd dengan my bro Guna Manokaran dengan Khaizam. Bye you'll.

Till then!
Assalamualaikum!

SAMBUNGAN - REAL STEEL

  The Mighty Zues, bajet teror konon. Budak tu siap cabar masa dia masuk League. Perghh terbaik wohh. Siap tendang2 kerusi lah aku buat. Nasib baik sebaris kerusi tu kitorang aje duduk. Haha. Berapi je sang kekasih aku tu. Sikit2 tutup mulut aku, risau terlebih soundtrack dari aku kang. Kahkahakha baba ni rileks lah. Bukan dasyat sangat pun sy make noisy. Heee. Eh ehhh, korang rugi la baca sinopsis aku ni! Dah g tengok wayang belum??? Alaa aku malas nak taip banyak2 ni. Aku kasi habis terus cerita ni okey. Budak tu menang lawan, tapi Zues menang dapat point aje. hahahaha. Paling syok, budak tu ajar robot dia joget. So sweet! Aku pernah tengok my bestfriend dance camtu. Sweet sangat!!! Paling semua nak tonton lagi bila robot tu dance, super sweet. Haha.

  Ringkas aje cerita ni, tapi padat dengan aksi lucu dan pengajaran. Tak rugi tonton. Belilah CD, boleh ulang tayang nanti. Sampai sini aje kisahnya, sorry kalau tak panjang sinopsisnya.

Till then!
Assalamualaikum!

INI KISAH AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. First at all, kalau sesiapa yang jenis darah gemuruh atau cuak2 sikit. Anda dinasihatkan jangan baca entri aku ni. Hee. 
   Dimulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim. Pagi semalam, masa kat dalam ofis. Aku terdengar gosip2 daripada bos dan juga staff lain bercerita tentang 'benda'. Aku jadi teruja nak tahu selanjutnya. Rupanya ada sesuatu yang masih tinggal disebalik bangunan 3 tingkat milik bos kami ni. Elok aje lepas aku santap sorang2 dalam bilik, aku ternampak reseptionist kat pintu utama. Terus aku masuk ke bilik sebelah,3 in 1.  (pantri/toilet/surau).  Aku memang selalu masuk bilik ni sebab nak isi air sejuk dalam botol. Baru je isi setengah botol, aku rasa tak sedap hati, terus cabut. Dan2 keluar bilik 3 in 1 tu, reseptionist tegur aku. Apalagi, terkejut beruk lah aku dibuatnya. Aku tinggal sorang je daripada tadi sebab lelaki g solat. hahha.
   Rupanya dia minta aku jaga tempat dia sementara dia pergi toilet. Last2 aku lepak situ sampai semua staff balik daripada solat jumaat. Haha. Macam2 cerita aku dengar daripada Kak Siti. Naik seram aku dibuatnya.
Naik lif pun aku seram. 
   Elok je aku tidur malam tadi, bila terjaga jam 4.30 pagi untuk ke toilet mulalah aku terfikir yang bukan2. Masuk bilik je, terus mata aku pandang sekeliling bilik. Perhati dengan teliti dalam gelap. Terlelap aje mata terus aku terdengar hilaian suara yang halus di telinga kiri. Seluruh badan aku kaku dan kebas. Aku hanya berdoa dan mengucap dalam hati. Ya Allah, aku terkejut sangat. Kali kedua , aku ditindih. Subhanallah, aku berdoa banyak2 dalam hati. Lepas tu, selubung dan menggigil sampai ke pagi. Nasihat aku, kalau anda ada perasaan takut bila dengar cerita pasal 'benda', baik anda jangan fikirkannya. Sebab bila kita fikirkan, 'benda' itu akan menjengah kita. Simpang malaikat 44. Semoga tiada lagi gangguan begini. Amin.
  

REAL STEEL

   Super havoc! Bisingnya aku malam tadi. Sang kekasih asyik tergelak-gelak aje. Comel betul! Sukalah tu dapat tengok movie ikut cadangan dia. Heee! Anyway kitorang terlambat 10 minit camtu. Masuk2 je dah start. Heh! Sang kekasih boleh lak tertidur, nasib baik aku call kejutkan. Aku bagi 5 bintang sebab citer ni menarik. Pasal lelaki boxing yang dah bersara ceburi bidang perlawanan robot. Robot2 dia jenis old skool kecuali yang Noisy Boy, dari Jepun tu. Selalu tengok orang je berlawan macam WWF kan. Ni perlawanan robot2. Gila gempak. Pastu ex-wife dia mati, dia kena jaga anak dia, Max Kenton sekejap sementara ex-kakak ipar g bercuti. Masa dia bawa anak dia g curi barang2 sparepart, anak dia tergelincir masuk gaung. Nyaris jatuh,tapi ada tangan robot tertimbus selamatkan dia. So dia nekad nak tarik keluar robot bernama ATOM tu. Dan dia berjaya tarik sorang2 tu. Kagum kejap aku. Kihkihkihk. Tak lama tu, banyak game budak kecik tu menang. Nak tahu selanjutnya? Baik korang g tengok kat wayang sendiri :) Aku sambung cerita lain kali ya. Ada banyak kerja kat ofis nak disiapkan dalam tempoh 2 hari ni.

Till then!
Assalamualaikum!

CONFIRM NERVOUS !

Esok lepas waktu kerja kena join rehearsal kat rumah pengantin. Ehh berat punya kerja ni. Serius. Sebab aku risau ni, tak pernah join majlis orang. Yelah, yang ni bukan saudara terdekat keluarga aku. Takutnya kalau buat silap. Harap2 aku boleh jayakan majlis anak bos ni nanti. Doakan aku ya kawan-kawan!

Okey masa untuk buat bunga manggar :)

ENTRI SEMALAM, BUAT HARINI :)

Assalamualaikum.
 Semalam, 17 Oktober 2011. Aku dapat sepasang kebaya nyonya kaler pink, lengkap dengan kain satin jenis pario, sehelai tube @ singlet pink dan tudung pink. Amboiii bergaya habis ni. Okey yang tu khas punya untuk majlis perkahwinan anak perempuan bos aku. Lusa 20 haribulan majlis nikah kat rumah Dato' Raihan Teh (my big boss). So pakaian ni untuk team perempuan , lelaki dapat baju melayu kaler light blue. Cantik. Tapi kan, aku tak rasa nak involve pun. Hati tarak. Sebab aku biasanya tidur awal. Aku risau aku tarak mood nanti nak layan orang kat majlis tu :(

  Aku dikehendaki, diberi arahan. Dan diberi gaji, aku buat aje. Oh tidur, aku terpaksa korbankan dikau untuk malam khamis nanti. Tak lupa majlis resepsi kat Hotel Nikko pada 29 & 30 Oktober 2011 nanti. Haa amik kau dua hari tu kena spend time 24 jam untuk jayakan wedding si dara Salina & si teruna Raeszz. Takpelah, aku doakan pasangan ni kekal bahagia hingga ke syurga. Amin. But then, sorry if aku tak dapat nak upload gambar2 kat wedding tu nanti. Al-maklumlah aku kena bekerja bukan jadi guess pun. Hee!

MY PARENTS






















En. Salleh bin Haji Abu Bakar - my father





















Pn. Norhani binti Yaakob - my mother

I love you papa and mama!

Firework

















My first time celebrating new year eve was at 2011. I'm on 21 years old. Haha. So funny, sitting infront of The Curve, Mutiara Damansara and snap this firework display moment together with my friend. Yeah this is so memorable. I love to see this again. Maybe next year? Who knows?

ENTRI 14 OKTOBER 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Well, hari Jumaat yang indah ni buat aku rasa nak buat kerja pun fikir 2 3 kali gitu. Haha! Serius mengantuk sangat ni. Walhal malam tadi tidur awal, sampai tak sempat nak masak pagi tadi. Terlepas bekalan harini. Sorry awak ya. Ah tadi aku menghitung hari. Hehee, dah masuk 7 bulan dan 3 minggu. Erk! Cepatnya masa berlalu. Macam baru kenal, baru jumpa dia aje.

 Okey, korang2 silalah enjoy ya. I love JM so much. Siap bergaduh2 dengan my friend - Mr Bobo. Haha.

ENTRI (2) 13 OKTOBER 2011

I heart you honey!

ENTRI 13 OKTOBER 2011

Assalamualaikum and salam sejahtera..

Macam biasa rutin harian aku bila bangun aje terus masuk dapur. Buatkan sarapan pagi + tengahari sekaligus. Sedang praktis nak biasakan diri dengan kuali, pisau, dan bahan2 mentah tu semua. Kut2 lah nanti senang nak masak kat rumah bakal mertua ke. Hoho! Eh ni dah terlebih mimpi ni. Hahahah! Alhamdullilah syukur, rupanya aku ni boleh je masak. Cuma dikategorikan malas =.='

Dan tak lupa credit to mak yang tak kedekut ilmu kasi aku petua2 nak masak sedap seakan masakan mak. Fuhh! Tak sia2 belajar ni. Huhu! Sebulan sudah aku belajar memasak masakan yang digemari si dia. Dan, masih lagi diberi kritikkan. Okey aku tak kisah, kritikkan dia buat aku semangat nak improve lagi. Hehe. Thanks sygku! Pandai berjimat dah sekarang. Sekali dua ada gak terlepas buat breakfast, tak pasal2 berlapar kat tempat kerja. Haha! Bukan apa, kafe kat sebelah ni kurang menyelerakan aku. By the way, badan aku maintain keding even makan banyak dan sedap2 pun. Tolonglah kasi aku apape petua yang boleh naikkan berat badan. Biar nampak stabil sikit. Terlalu kurus =.='

Okey guys, aku dah melencong sangat kat entri ni. Maafkan aku ya. Ada masa, aku coretkan lagi buat korang.

Till then,
Assalamualaikum :)

DEAR MOTHER

I dont want to see your tears again,
I'm so sorry if I had done something hurt your feeling,
I hate those person who really like to make annoying to you !
I do bother whatever into you mum,
I will do everythings for you mum,
I will care about you mum,
I hope you will be fine for the rest of your life,
You are my great mother that i ever had !
I love you mum ...


Sincerely,
Your daughter
Norsheila Salleh ..

My Different Monday

Hari yang membezakan daripada yang lain. Hari ni aku serba awal. Bangun awal, mandi awal, masak awal. Dan bergerak awal ke tempat kerja. Semangat lain macam je kalau dengar kan? hee. Sesampainya aku, aisehman.. Bilik masih gelap. Meaning my boss not arrived yet. Aku pun terus text. Laa, bos terpaksa amik cuti sakit. Suspek denggi dah 2 hari. So aku kena kerja sorang la.

 Tanpa tertangguh, aku minta Pegawai AMRA @ Senjata Api bagi kunci spare ke bilik. Then, aku kemas ler apa patut.. *Memang patut kena buat, sebab sabtu ahad aku tak kerja. Bilik mesti berhabuk dengan sampah merata. Well, hire cleaner pun tarak disentuhnya penyapu kat bilik kongsi ni. Sebagai orang yang pentingkan kebersihan, maka aku akan buat gak dengan ikhlas. Niat aku nak bersihkan tempat aku meluangkan masa selama 8 jam sehari masa waktu bekerja :)

 Elok je berlabuh punggung, datanglah sorang manusia. Aduannya, kenapa timeslip dia kena potong 2 hari? Ah sudah, aku kena semak lah data2 bulan lepas. Terbukti ada pencanggahan dalam sistem. Nasib baik Pegawai AMRA ada, dia lah yang tolong aku settle kan. Terima kasih En. Sukrie! He! He! Yang menyakitkan hati, tiba2 PC aku jem. Berat sangat ke folder2 aku ni? Sampai loading kemain lembap. Sangatlah aku bernasib baik. Laptop bos ada dalam laci. Kunci spare aku ada. Terpaksalah aku on laptop bos ni, sebab nak update timesheet guard2 ni :)

 Sedar2, Pegawai Pemasaran plak mencari daku. Waduh3, aku engak bisa dikacauin begini kok! Aduannya dia kena 'tiaw' dengan customer sebab guard dah lambat lebih 2 jam. Hmm, dah la bila call guard cina tu dia bleh tanya balik siapa aku? Persoalannya, dia tak korek telinga ke? Aku masih sempat kenalkan diri. Hush!

 Harapan aku berkecai kali ni, aku disuruh menghadap Manager Besar. Bertanyakan pos yang tamat perkhidmatan hari ni. Dan2 tu gak aku g naik menghadapnya. Sempat aku baca doa, hilangkan gemuruh dihati. Haha. Nasib, Manager Besar pantas menjawab persoalan aku. Dan aku berjaya jua bercakap tanpa tersalah kata. Hu! Hu! Senyum aje aku keluar bilik tu sampai lah masuk bilik Pegawai AMRA. Sengal je rasa kan. Tapikan, aku kagum sangat. Bos aku tak pernah cuti sepanjang kerja hampir 1 tahun ni. Hari2 dia kerja. Datang seawal jam 6 pagi dan balik selambat 12 tengahmalam. Sadisnya, bila ntah Pembantu Operasi nak ada. Kesian bos.

 Yeah, banyak yang aku belajar harini. *Belajar sorang2, tak jadi masalah. Menambahkan ilmu didada :) Last shout, semoga bos tak dijangkiti demam denggi tu. Amin.

Lingkaran Bulan


Fenomena Lingkaran 22 degree lunar halo paling indah pada 9 Oktober 2011 ramai yang dapat melihat fenomena ini pada malam tadi. Lingkaran yang mengeliling bulan seperti cincin ini dinamakan 22 degree lunar halo. Ianya terjadi apabila terdapat awan sirus mengandungi kristal ais, pantulan cahaya dari bulan membiaskan cahaya tersebut lalu terjadilah fenomena ini.
Dua kali aku pernah nampak, lebih kurang dan seakan fenomena ini juga. Tapi tahun yang lepas-lepas. Hee ruginya malam tadi tidur awal. Untung pada sesiapa yang dapat menyaksikannya. *Kagum
"I wont turn back what i've done "
Ni ayat orang degil. Kepala keras macam ferum. Hm hmph! Sorry sangat, aku memang kasar orangnya. Kalau rasa taknak lagi, berhenti jadi kawan aku. I'll be my self and you clear!

My eyes on you


He always be nice with me..
He always taking care of me..
He always says 'magical words' to me..
He never angry with me..
He never let me down alone..

He likes to be childish sometimes..
He likes make some jokes with big laughing..
He likes flashback our journey sometimes..

Me always look at him everday..
Me always smile with his jokes..
Me really likes when he act childish..
Me also make some jokes without my intention..

Me sometimes get angry with him, silently..
And me always reply and replay our 'magical words'..

He always be my Hadi Kahar..
The only one i heart..

Al-kisah : Keluargaku

Detik 12 tengah malam, baru nak keluar bilik untuk ke tandas. Terdengar suara2 dan pintu utama rumah terbuka. Cakkk! Opocot! Mak dengan adik bongsu aku dah pulang daripada Terengganu/Pahang. Hee terasa lega sikit, alhamdullilah. Yang memelikkan daku, mak kata along amik. So what happen to the car? Rosak kat area Lintang. Tersadai kat situ sementara kawan abang ipar aku akan 'repair'kan nanti. Kesiannya dengar, kalaulah aku ada, atleast aku leh tolong apa yang patut. Patutlah sunyi je rumah aku sabtu dengan ahad yang lepas. Terasa sangat, sedih betul bila time cuti takda orang kat rumah yang teman aku tengok tv, teman makan, atau borak2 pasar. Huawaaa! Memang menyesal tak ikut mak! Huwaa! Tapi benda da jadi, da lepas pun. Aku harap2 kereta boleh cepat elok. Dan tak meragam bila family aku bawak jalan jauh. Amin!

Eyes Set

So funny!
Waktu ni dah hampir senja. Lepas balik kerja tu, terus pecut datang ke Taman Metropolitan kat Kepong tu. Haa ini antara banyak2 gambar yang menawan hatiku. Sorry tak larat nak upload banyak gambar. Biar satu je buat tatapan semua. Haks! Malu woah! Kalau ditengok lebih teliti, boleh perasan lah buah hatiku ni sangat keding dan tidak berisi macam jejaka2 lain. Haha! Bukan apa, selera makan dia belum capai tahap maximum macam sekarang ni. Hee! Terpana aku tengok mata sepet dia ni, makin dipandang makin sepet aku dibuatnya. Hohohohooo. Im just kidding je syg..
Thank you syg, you complete me. You make me more matured. I need you and i trust you!

Monday Bluess

Hari pertama kerja untuk bulan Oktober 2011. Monday bluess.. Muka mendung, kerja bertimbun. Tapi layan bluess dengar lagu2 kat media ni. Haha. Sebelum lebih melalut, aku nak kongsi kat sini. Sabtu yang lepas aku termimpi benda pelik *pelik bagi aku lah. Sebab mimpi kawan baik aku. Mimpi dia kawin. And i'm attending his wedding with my dear lover. Serba merah bagi kami berdua, Tuan Putera dan Tuan Puteri kawin serba hitam :) but really nice reception. Oh forgot that on reality, we're lost contact. To be honestly, i really wont him near or close into my life. Suck!