norsheilasalleh.blogspot.com: December 2011

YOU

Image Detail

DEAR NAUGHTY BOY

Assalamualaikum.

Sorry bro aku lambat reply soalan kau. Ni semua gara-gara tag. U should not tagging me back. Ciss! Sengaja je nak argue the rules. Anyway, aku tunaikan juga janji manisku. Puihh. 0_0

SOALAN CEPU EMAS RICO
10 Perkara tentang aku yang korang suka
- Suka. Suka. Suka. Suka. Suka. Suka. Suka. Suka. Suka. Suka.
10 perkara tentang aku yang korang tak suka
- Takda. Takda. Takda. Takda. Takda. Takda. Takda. Takda. Takda. Takda.
perkara yang paling korang ingat tentang aku @ bersama aku
- Dah terlupa semuanya! really. hehee. Masa outing dengan geng kau kat Sunway Pyramid. Serius korang masuk air. hahahah #aku pun :)
apa yang pernah aku lakukan yang paling gembirakan korang
- Sanggup keluar dan luangkan masa seharian sewaktu aku tengah sunyi gila-gila! Thanks bro,haha
apa perkara yang pernah aku buat korang sedih
- Takda. Sentiasa aku tersenyum kut.
first impression korang pada aku
- Sangat-sangat...poyo. Ok,salah. Pelik kut.
perkara yang korang nak aku ubah, yang korang rse salah
- Tak tau, ada ke? Kau refer Nad eh. Huhu
apa Dream@cita2 korang?
- Nak jadi manusia yang berguna dan berjaya pada masa akan datang. Insya-Allah dengan izin-Nya. 
apakah pengalaman yang paling menakutkan bg korang?
- Errr, yang takut? Masa terdengar suara hilaian waktu nak tidur lepas terdengar desas-desus kat ofis =.='
kalau ade perkara yang korang rse nak aku buat untuk korang, apakah itu?
Belanja makan aiskrim bila jumpa nanti :) hehe
korang adakah no telefon aku?
- Ofcourse ada lah bro, hehee


#tulisan merah adalah jawapan aku.


Till then!
Wassalam.
Image Detail

APPOLOGIZE ME

Sudah hampir penghujung tahun. 
Terlalu banyak perkara berlaku dalam hidup aku.
Terlalu perit nak dikongsikan.
Terlalu sakit nak diceritakan.
Terlalu sukar untuk dipedulikan.
Serius,
Tak juga aku salahkan sesiapa.
Tak juga ingatkan segalanya.
Hanya aku mampu berkata,
Cerialah hati,tutuplah duka.
Aku tetap akan tabah dengan dugaan-Nya.

Seribu kemaafan daripada ku kepada sesiapa yang terasa hati.
Semoga tahun baru memberi sejuta kebahagiaan buat kalian. Amin..

REPLYING TAG

 Assalamualaikum semua.

Salam ceria buat yang bukan muslim. Thanks to all yang masih sudi jenguk2 blog tak semenggah aku ni. For my stalker, dont let your mind over works,ok. Harini aku nak balas tag kat blog member aku, Nasata Fatin.Terima kasih sebab inform via phone malam tadi.

Sila baca syarat2 di bawah untuk reply tag ini :-

  1. You must post this rules
  2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  3. Answer the questions the tagger sets for you in their post and create eleven new question for the people you tagged to answer.
  4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  6. No tagging back!
  7. No stuffs in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU READ THIS" you legitimately (a.k.a really, trust, will all honestly) have to tag 11 people.

11 Perkara Tentangku

1) Diberi nama panggilan Boo aka Boolard oleh Danial Omar kerana jeles sangat kt pipiku yg tembam , hee :)
2) Seorang yang banyak mulut tetapi suka bercakap sarkastik or double meaning words! 
3) Temper tetapi cool selagi tak diganggu, so jgn cuba cari pasal dgn aku ya. haha
4) Tak reti nak bergaduh tanpa sebab, dan sukakan sederhana untuk kehidupan. Peace ya. Insya Allah 
5) Teman rapat terdiri drpd 5 org gadis dan 2 lelaki , suka duka bersama mereka. kenali mereka untuk lebih mengenali aku 
6) Terlalu ramai kawan lelaki, tapi cuma seorang dihati. yakni si dia-HK
7) Paling gelap kulit muka antara siblings. Paling hitam, sobs sobss sobss
8) Ada 3 org anak buah, seorang lelaki dan sepasang kembar perempuan. i love them so much!
9) Sedang belajar memasak ikut selera orang Selatan, hehe. Sedap ikut perut je, hahah ^^
10) Suka berjalan masa hari cuti. Berjalan boleh luaskan pemandangan dan buka mata buka minda, hee
11) Masih tetap mengemari warna hijau. Hijau selalu mendamaikan hati :) 


Masa untuk jawab soalan Nasata Fatin.
1) Descripe me in 3 words!
- Kau budak kecik, hehehe
2) The most discusting things you had ever done in ur life?
- Kentut senyap-senyap lepas tu terkantoi, hahahahha. *malu gila
3) Rate the cuteness of me : 1-15 (lower to higher)
- 14 , higher sangat ni. Lagi satu simpan.untuk masa bersanding nanti ok :)
4) Which 1 you would keep like to help in 1 time...Mother,Husband/Wife,Bestie?
- First one, tolong Mak, lepas tu suami @ bestie. Depends on situation too!
5) What the most precious moment we had together?
- Jumpa balik masa reunion tahun 2010 lepas kesemua 6 kita terpisah masa tahun 2005.
6) Who are your enemy/enemies?..upsss...
- Tak iktirafkan sesiapa sebagai musuh, mungkin mereka yang senaraikan aku jadi musuh kut?
7) How to treate people that you hate so much?
- Buat slumber je kut, ayat kena hati-hati sikit. hehe
8) What is ur secret?...hahahaha...
- Secret? Tak secret lagi kalau kasi tau kau! Hihihi
9) Are you pregnant?kekekeke...
- Ofcourse not! Belum kawin lagi ni, haha
10) Have you insult anyone before?
- Maybe? I guess not in my intention. Sorry eh sesiapa yg terkena
11) Guess what im doing right now...
- Tengah tunggu orang jawab soalan kau dalam tag kut? hee

Soalanku- untuk dijawab oleh yang terpilih untuk ditag :)
1) Berapa tempoh perkenalan antara kita?
2) Siapakah pasangan yang paling lama bercinta dengan kamu?
3) Lepas habis study, nak terus kawin ke sambung lagi pelajaran?
4) Dalam banyak2 kawan, siapa yg annoying buat kamu?
5) Pilih cinta berdasarkan rupa @ wang ringgit?
6) Jika diberi pilihan, antara Kenny Rogers dan Michelle Jackson, suara mana hebat bagi kamu?
7) Port outing mana sentiasa jadi pilihan kamu?
8) Zaman sekolah atau zaman dewasa lebih kamu rindui...
9) Biasanya, hari minggu kamu di rumah @ hang out dgn teman?
10) Sudahkah kamu mencapai hajat yang kamu inginkan..
11) Berapa besar pengorbanan yang kamu boleh lakukan semata-mata untuk bahagiakan kedua ibu bapa?

Anda telah ditag untuk jawab soalan saya ya :)
Cik Kirana
En. Afif
Cik Atiqah
En. Rico
Cik Anne
Pn. Ina
Cik Feera Bahaa
En.Khaizam
Cik Greyzo
Cik Jasz
Cik Yana

*Hope u guys akan repy tag ini, ok?

Till then,
Wassalam!

KAMU SALAH!

Assalamualaikum.

 Buat saudari yang kecil hati mungkin,

Aku bukan malaikat juga aku bukan manusia yang sempurna. Sekiranya kata-kata aku tempoh hari buat kamu terasa hati. Memikirkan aku bagaikan orang tidak punya pendirian diri. Kamu salah! Kamu tegar untuk terus menghukum aku atas dasar aku bersahabat dengan orang yang kamu tidak suka sama sekali. Atas dasar aku sibuk mahu bersahabat dengan teman-temanmu. Kamu salah! Kamu tidak punya hak untuk menghukum aku. Status dan kehebatanmu aku tak pernah sekalipun goyah, malah berbeda sekali antara kita. Tergamak kau berkata begitu mengenaiku. Sepanjang aku berkenalan denganmu, aku tidak pernah berkata buruk malah aku juga tidak menyebelahi mana-mana orang. Terutama mengenai kisah lama kamu. Sungguh, aku berkata dua makna bukan untuk menyindir kamu mahupun teman wanitanya. Aku harap kamu akan sedar suatu hari nanti. Tak guna kita bertelegah kerana salah faham ini. Setidaknya beri aku peluang untuk satu penjelasan. Aku maafkan kesalahanmu kerana aku sayangkan persahabatan kita. Walaupun terlalu cepat kamu melatah, mungkin jauh di sudut hati kamu tahu yang aku bukan seperti yang kamu katakan.

Yang benar,
aku!

TERIMA KASIH !

 Assalamualaikum semua :)

Harini aku baru tersedar sudah menjangkau 10 bulan aku bersama si dia. Terima kasih dan bersyukur ke atas Ilahi kerana bagi peluang untuk kita belajar menyintai orang yang menyayangi kita. Banyak aku dah lalui. Banyak yang sudah berubah sejak aku punya dia. Dalam masa yang singkat ni, dia banyak bagi sokongan moral dan selalu bagi nasihat percuma @dalam erti lain, tegur dengan hikmah. Ya.

  Perkenalan secara tidak sengaja setahun yang lalu. Macam tak percaya jodoh menemukan kami berdua dalam masa 10 minit duduk semeja. Dan dibiarkan berlalu tanpa rasa curiga. Namun 3 bulan selepas tu baru rancak nak berkenalan. Dan, dia memang seorang lelaki yang gentleman. Really. Because what? Haa i tell u here. Dia sanggup nak carikan makanan untuk aku tengah pagi buta. Aku hargai sangat niat dia. Sentiasa ada untuk aku setiap hari, pergi balik kerja dia amik. Lunch sama2. Pelik sebenarnya, kami berkawan rapat, dan ramai dah mula agak kami akan bercinta.

 Tapi masa tu, aku sibuk kejar seseorang. Aku akui aku tak pernah terfikir akan hal dia. Terima kasih tak jemu hadap muka aku ni. Tak give up masa aku tinggalkan dia seorang diri kat parking kereta KFC Wangsa Maju. Tak takut untuk terus terang dan tak takut untuk luahkan semua yang terpendam. Terima kasih sebab bagi peluang aku lupakan seseorang itu. Terima kasih bagi semangat untuk berubah. Terima kasih sangat masih terus menyintai aku.

 Kat bawah ni antara petikan yang aku SMS dengan dia harini :)
SS  : Hai. Happy 10 months  sweetheart. I love u so much baba.
HK : I love u too. Thanks ingatkan baba

Semoga hubungan dan perasaan ini akan kekal hingga ke syurga. Doakan kami panjang jodoh, insya Allah kad akan dikirim pada anda :) Amin.

QUOTES

" with love and patience, 
nothing is impossible "

you, yourself,
 as much as anybody
in the entire universe
deserve your love and affection

-the more the merrier-

PITY HIM

  Today i open my facebook and got shocked. And suprised! I look up my bestfriend's facebook and found something. How came they break off after 4 or 5 years been together. Sound suspended, right? I send message to him just and wish him will be fine soon. Hopefully he can take this as positive situation. Everyone get hurt feeling, cant take this as normal situation and some more got mad if their special one leave them for someone else. Pity!

HLB

  Disebabkan sistem komputer korang, aku tak boleh draw cash money kat mesin atm. Duit kena telan dek mesin, check baki akaun plak dah takda duit. Subhanallah, kali kedua kena camni buat aku tak rasa selamat menggunakan perkhidmatan bank. Telefon operator semalam cakap dalam masa 24jam mereka akan refund back my money. Bila pergi branch HLB plak kata take 2 week or 2 months to solve this matter. WTFish?? Kalau korang kat tempat aku, apa korang akan cakap??

Situasi aku : Aku mohon disegerakan kes ni sebab duit kita kena telan dek kecuaian sistem komputer diorang, tapi officer tu buat muka 14 belas dengan penjelasan sebijik nak makan penampar aku. Serius korang memang orang yang bagus sangat! Maksud aku kat sini, kenapa korang punya customer service hancur?? Seolah-olah korang tak kisah langsung dengan duit hasil titik peluh aku berjumlah RM400 tu? Ya aku admit memang bukan duit korang pun but YES aku ni customer korang. So u have to do the right thing to give me back my money! Understand???

In fact, my bos pun terkena sama. They talk to me, please dont draw at any atm macchine except HLB. Wehh kalau kat tempat aku pergi tu memang takda, celah bedah mana nak draw kalau bukan mesin atm bank lain. Heh! Apa guna korang letak MEPS hah? Buat semak kat kad bank aje. Dalam tempoh yang dia bagi, aku cuba sabarkan hati, if they cannot track my money, so i will report and take all my evidence to the right place to get justice in law and equity.

Till then!
Wasalam.

GRACIAS READERS!

MY VIEW - 666

Blog ini sudah menjangkau "666"
pada 2 Desember 2011.
Terima kasih buat pembaca yang membaca coretan 
yang kadangkala sedih, kadangkala gembira
sokongan anda, saya hargai!

tuan punya blog
Sheila

IKAN KEMBUNG MASAK STEAM

Hai assalamualaikum dan selamat pagi jumaat semua! Harini aku nak share kat sini resepi daripada mak tersayang. Eceh! Ini pun aku ubah sikit dan masukkan apa yang aku suka. Yeah!

Bahan-bahan :
Cili padi 3 biji - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - dihiris
Lada besar 1 biji - dipotong tirus
Halia 1 biji - dihiris halus (untuk naikkan bau dalam kuah)
Serai 2 batang - diketuk dan dipotong tirus
Daun sup - dihiris
Daun bawang - dihiris
Lobak - dihiris halus
Limau nipis 1/2 biji - untuk dibuat perahan atas ikan semasa hidangan
Ikan kembung- 2 ekor (kuantiti ikut suka hati korang nak lahap berapa banyak)



Cara memasak :
1) Letak minyak sekadar sapu rata pada kuali.
2) Gorengkan bawang putih dan cili padi yang ditumbuk tadi. Kasi naik bau-bauan.
3) Langsung letak air dalam setengah cawan. (Kalau cara mak kita masak, beliau goreng dulu semua bahan     diatas kecuali ikan)
4) Terus je masuk ikan kembung 2 ekor.
5) Jangan lupa letakkan gula dan garam secukup rasa.
6) Hidang dan makan waktu panas-panas. Sure meletup!

*Kebaikan- kalau boleh masak guna minyak yang sikit! Bagus untuk kesihatan sekeluarga. 

Okeylah, sampai sini je aku turunkan resipi mak secara berperingkat ni buat korang. Kalau nak lagi, tunggu la bila aku free aku drop by the story okey?

Till then!
Wassalam.

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN

Salam, 
Dearest brothers & sisters, 
mari sama-sama membaca Doa Akhir Tahun ini sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar/sebelum masuk waktu Maghrib :)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha & melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, Ya Allah Ya Karim Ya Zal Jal Wal Ikram. Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarganya baginda juga para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Dan Doa Awal Tahun pula dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib =1Muharram.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. & keluarga baginda & para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongan dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., & ke atas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Faedah membaca doa-doa ini,

Doa Akhir Tahun: Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku & sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada tahun ini & Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini Allah ampunkan dosanya setahun.

Doa Awal Tahun: Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

Let's share this with all Moslems :)