norsheilasalleh.blogspot.com: June 2012

CINTA-TUNANG-KAWIN

Assalamualaikum....

*Rilekskan otak dan minda sambil dengar lagu* Hai kawan-kawan. Rasanya dah habis mood honeymoon kitorang. Sekarang dah boleh back to normal. Normal maksudnya buat rileks lah. Tak perlu nak gedik-gedik dan retis-retis. Haha. Sementelah ni, aku pening. Tak tahu nak update entri kat blog yang mana satu. Totally hang my head. Jem teruk kat otak ni. Tapi itu dua hari lepas punya cerita. Aku decide nak meriahkan balik blog 'Triple S' yang terlebih sunyi serta kurang kasih sayang aku. Har har har *gelak berharakat*

----------------------------------------------------

Ada somebody ajukan soalan. Cinta-tunang-kawin. Bahagiakah? Guys! Zaman bercintan cintun dulu memang best. Semanis kurma lah orang kata *aku je yang kata* Percaya atau tidak. Aku sangat merindui zaman tu. Zaman dimana boleh sms, bergayut sebelum tidur. Bila sampai birthday time, buat suprised sana sini. Bawa jalan-jalan teman yang kita request. Wahh hebatnya penangan cinta wa cakap sama lu. Mesti semua yang sedang bercintan cintun mengalami hal ini.

Well, lepas korang dah lepas zaman tu. Ini mencabar. Zaman dimana korang berdua Uda & Dara semakin serius dalam perhubungan korang. Nak ikat pertunangan dan lestarikan hubungan kalian. Bawa keluarga merisik si Dara. aduh manis sungguh. Berpahala lah kamu insya Allah kerana benda yang baik kita dahulukan.  Masa bergelar tunangan orang ni lah banyak dugaan dan cabaran. Masa ni lah keluar perangai tak senonoh lah, kurang siuman *nauzubillahminzalik* suka bergaduh, maki hamun dan cepat marah. Ya, semua ni berlaku kerana hati kita tak bersih. Senang dihasut syaitan. Elakkan diri kamu daripada berperangai begitu jika benar korang sayangkan hubungan sesama kamu. Jangan sampai putus tunang. Jangan cari pasal ya. Kesian keluarga! ish..ish..ishkk..

Bila dah sah bergelar suami isteri, syurga dunia lah kamu rasa. Dibawa honeymoon. Kat rumah pun dikira juga honeymoon. Yelah kan, dah suami isteri namanya. Pastu 2 3 bulan kemudian kalau rezeki cepat dah berisi badan isteri. Part ni best, mengidam yang pelik-pelik. Merasalah badan macam dipam-pam oleh angin. Kembang sana sini. Zuriat tu penyambung hubungan erat antara suami isteri. Korang suka baby tak? Aku suka sangat baby. Tak kisahlah girl ke boy. Sentiasa comel! Pro kontra dalam kehidupan memang sentiasa ada. So dont worry. Jangan takut untuk lalui semua ini. Aku doakan korang cepat-cepat kawin dengan pasangan korang dan bahagia insya Allah :)

with love and much love,
sheila

I MISS BOYS



Rindu gila sebulan tak jumpa baby boy ni
eh lupa, dia dah bergelar along Fahrin
sejak adik Luqman ada 
makin nampak betapa bradernya
along Fahrin terhadap adik Luqman
i miss both of u boys...
dibuatnya adik Luqman macam bantal peluk
nasib adik tu masih belum pandai
merengek macam along Fahrin tu
comel sangat the boys ni...
Moktie nak pangku dua-dua 
bawa jejalan dengan Poktie nanti..
Insya Allah...

JUST POSTED

Assalamualaikum...

Sudah genap sebulan aku bergelar isterinya. Sudah genap juga dia menjadi suamiku. Ya Allah, aku bersyukur dipertemukan dengannya. Kau redhailah hubungan dan silaturrahim antara kami dan keluarga kedua belah. Dalam situasi honeymoon ni, banyak yang aku pelajari. Tentang sikap, sifat, amalan dan kebiasaannya. Balik kerja terus masak makan malam. Kadang kala ada juga dia turun padang, tolong buat itu buat ini. Hehe. Alhamdullilah, masakan aku semakin boleh diterima tekaknya. Har har har. Hari-hari aku singgah blog masakan kawan-kawan. Balik rumah,layan MasterChef Selebriti. Semoga kerajinan memasak ni boleh tingkatkan skill memasak yang serba kurang. Barulah berani nak masak untuk FIL. 

FOR HUSBAND'S COUSIN

Assalamualaikum...

Cuti sabtu ahad tidak disia-siakan waktu
dan masa lapangnya seperti biasa
kerana suami ku yang comel
sudi hantar aku g rumah mak
sebab tak kasi aku duduk rumah seorang diri
sementara beliau pergi kerja sabtu itu
makanya, aku sempat cari dan angkut 
semua kain perca lebihan mak menjahit
alhamdullilah, sementelah aku dah
confirm dengan Angah Elin mengenai
warna persiapan dan bahan yang diperlukannya
so aku buat crepe paper flower
warna pink dan kombinasi maroon
yang memukau mataku
Hand Bouquet pula 
gabungan warna merah jambu,merah hati & ungu
supaya nampak lain daripada
tema yang digunakan nanti
semoga Angah Elin tak marahlah
sebab aku sesukahati menukar, hehe! 
Nantikan selepas 8 Julai, 
aku update cerita daripada kampung ya :)

SUPER DUPER EXCITED

Assalamualaikum...

Kelmarin, mother in law (MIL) call. Inform yang sepupu suamiku akan bertunang di Johor minggu kedua bulan 7. MIL minta kami pulang,tolong mana yang perlu sebab ayah sepupu banyak tolong kami berdua semasa bertunang dan bernikah. Kitorang memang tahu dah awal-awal pasal sepupu (Angah Elin) nak bertunang. So excited la aku plus menyibuk nak tolong orang.

Ofcourse lah, apa yang aku buat masa wedding tempoh hari memang berbaloi. Angah Elin nak minta khidmat aku untuk hias bilik. Barang belum beli lagi. Nasib baik ada masa lagi 2 minggu!

barang utk Angah Elin :
she want pink & maroon for crepe paper flower 
pink pastel for hand bouquet 
+
white veil 


Semoga segala persiapan berjalan lancar. Amin :)

SO LAZY

Assalamualaikum...


Agak bersawang blog ni semenjak aku ada blog baru. Maaf sangat2 pada followers, stalker, anonymous semua! Aku memang dah takda mood nak update cerita pasal orang lain, unless kat blog lagi satu. Semua tentang perkahwinan, Do It Yourself Project - utk kawin, tutorial DIY, tips sebelum kawin. All these ada dalam blog "April June 2011" yang sedang hot macam pisang goreng panas. Hahaha. Yeah, aku cenderung untuk update kat blog AJ2011. "Triple S" terbiar sepi, insya Allah ada masa aku akan update cerita-cerita lain kat sini.


Till then!
Wasalam
Assalamualaikum...

Bukan mudah nak pikul satu tanggungjawab yang sedang aku pikul. Bersama suami yang sentiasa ambil berat perihalku. Aku bersyukur, kelebihannya menutupi kekurangan diriku. Bangunku, tidurku ditemani suami. Aku gembira menjadi isterinya. Gembira melayani dirinya. Menjadi permaisuri hatinya dan ingin menjadi ketua bidadari syurganya. Ya Allah, kau limpahilah rahmat-Mu ke atas keluarga Rasullullah SAW, sahabat-sahabatnya dan juga seluruh umat Islam di dunia dan akhirat. Jauhilah bencana dah malapetaka, bimbinglah kami semua ke jalan-Mu yang benar. Amin.

ITS HURT

Assalamualaikum...

Confuse gila kepala. Nak jumpa, hati masih merajuk. Nak sms, hati masih keras. Nak lawan, hati masih sayang. Oh sahabat, aku masih setia tunggu kau. Walaupun kau lupa nak datang meraikan aku di hari perkahwinan. Aku tetap tahu, kau masih ingat aku walau jauh. Aku sedikit terkilan. 10 hari aku tunggu kau, susah ke nak sms atau call? Nak marah, nak jerit. Tapi iman aku masih kuat. Takpelah bro, ada masa kita akan jumpa juga. Mungkin bukan sekarang. Aku perlu ubat hati yang kecewa ni. Teman paling rapat dengan aku, tak dapat hadirkan diri waktu aku diraikan. Ya, aku sungguh kecewa sebab kau amik masa 11 hari untuk sms dan call aku. Itupun sebab birthday aku kau wish. Thank you bro. Thank you for that!

Yang kecewa,
Norsheila Salleh

JUST MARRIED


im just married for 10 days :)
for more information,
viewer about my DIY,
and whatsoever things about my wedding :)