norsheilasalleh.blogspot.com: July 2012

HARI TERAKHIR DI BULAN JULAI 2012

Assalamualaikum...

Hari selasa 

Berkenaan penulisan.
Masih terasa nak coret sesuatu. Di sini mungkin. Hanya mampu tunggu mood, idea dan masa yang bersesuaian. Mungkin juga bole singgah kedai buku, beli dan baca. *bestnya*

Berkenaan kerja.
Makin banyak, makin bertimbun. Padahal bukan ramai mana yang bekerja pun. Selalu je rosak mood puasa orang. *sedih*

Berkenaan puasa.
Sekali je dapat memasak kat rumah. Terlalu banyak kerja. Terlebih komitmen pula rasanya. Bibir tak lagi kering dan merekah sejak suami belikan lip gloss. Auww... *suka*

Berkenaan hari raya.
Kami decide cuti panjang sikit. Alang-alang cuti kan.. Bila lagi. FIL ada warna tema tahun ni iaitu warna kegemaran. Rumah juga dah bercat baru warna yang sama. *happy*

Berkenaan contest.
Sekarang tengah sibuk print out satu-satu sebab nak bawa balik rumah. Juri akan check nanti, insya Allah. Esok kalau tak sibuk, ada masa lebihan. Boleh update pemenang terus! Contest tak berapa memberangsangkan blog. Hadiah ni ibarat sedekat daripada kita. *tersenyum*

Rumusan.
Membaca je boleh buat kita kembali bertenaga dan berilmu walaupun mood nak masuk kerja makin malas. Kita tetap buat rutin harian. Biar rezeki yang kita dapat hasil daripada titik peluh tulang empat kerat. hee. Sejak berpuasa, tak banyak kita makan. Hilang selera agaknya? Harap tak kembali keping seperti zaman solo. Hadiah untuk para pemenang mungkin dihantar minggu depan berikutan kita agak busy minggu ni. *hope takda yang rush nak pakai hadiah*

*terasa macam jawab soalan sains pulak*

CONTEST BERAKHIR

Assalamualaikum...

Ni nak habaq kat korang, contest aku akan berakhir harini tepat jam 12 malam. Ini senarai peserta & hadiah untuk contest tersebut. Rasanya contest ni kurang menarik perhatian orang. Tapi takpelah, aku suka-suka try je. Terima kasih banyak pada yang sudi support contest aku ni. Korang memang sempoi! Esok akan diumumkan pemenang, dan hanya pemenang sahaja dibenarkan memilih hadiah miliknya. Yang lain, aku kasi rambang aje. hehe. Petang ni nak blogwalking lagi sekali semua peserta yang dah kasi link kat aku. Nak print out dan kasi kat juri dirumah. Huhu. Kalau ada yang sudi join last minute, dipersilakan sangat-sangat.

*thanks again all*

GLOWING

Assalamualaikum...

Aku nak minta jasa baik kawan-kawan
tolong bagitau aku,
adakah pipi aku semakin bulat?
kenapakah sudah ramai
yang berani tegur muka aku semakin membulat
dan sedikit chubby
*sila jangan muntah ye kawan-kawan,
terbatal puasa korang kan, maaf ye*
FYI berat badan aku dah naik 5kg
selepas sebulan kawin
aku pun confius kenapa aku gemuk sekarang?
aku tak makan nasi pada waktu malam
makan cuma tengahari kat ofis,
malam aku masak untuk suami je
errrr...cuma kan
aku suka makan western food mix malay food
contoh ye, makan sambal dengan makaroni
tak kira lauk apa aku masak,
aku mix benda tu dengan makaroni
hahhaa selera aku da pelik sekarang
nasib baik, sejak puasa ni
aku dah tak buat gitu lagi...
hujung bulan ni, boleh cuba timbang lagi
mana tahu, turun kg kan?
*kembang hidung i'olls kan*

*gambar sebelum kawin*
*gambar selepas kawin*

APA KATA KORANG ???

B2B : REVIEW WEDDING ALBUM

Assamualaikum...

Masa updated entry ini ada janji nak buat review album kawin kan? Sila scroll ke bawah ye sayang sayang sekalian...

*ini bungkusannya*
*kulit album kami*
*akad nikah*
*outdoor*

suami : ok nasib baik cantik. berbaloi tunggu lama
isteri : *tersengih,sampai belek 2 kali*
Sekian terima kasih

TUTORIAL : CARA MUDAH GUNA INSTAGRAM


Assalamualaikum

Pagi tadi aku nampak Eyesha Zaidin update entri pasal instagram
so nak kasi sikit tuto bersama gambar rajah 
camne nak guna instagram 
semudah ABC 123 kacang peas!
hahahhahahaa
ini untuk iphone sahaja
kalau untuk android tak pasti sama ke tidak

1) Upload intagram kat iTunes guna pc
*download progress dalam 2 jam*
*korang kena sign up kat iTunes store tau*
*pastu cari instagram cam kat bawah ni :-

2) Pastikan connect cable iphone korang dengan pc
*wajib kena sync supaya peranti telefon korang 
dalam iTunes store boleh cari instagram yang korang dah 
download boleh terus dipaparkan dalam iphone*


3) Dah boleh unplug cable iphone daripada pc,
Lepas tu, click instagram dan sign up 
secara percuma 

4) Korang boleh cari kawan seperti di bawah :-
*klik 'next kalau dah siap*

5) Follow sesiapa dalam dunia instagram 
*kalau taknak pun takpe*
*jangan lupa klik 'done' bila da siap*

6) Contoh nak mula guna instagram :
*korang masuk ke paparan instagram korang (kt iphone)
*Ada 5 kolum iaitu feed,popular,share,news&profile
*pergi ke share pastu snap la satu gambar
untuk contoh pertama korang

*akan keluar paparan gambar
berserta filters seperti di bawah ini :-
*Ada 16 jenis filters  yang bersesuaian 
boleh dipilih :-
normal
X-Pro II
Lo-fi
Earlybird
Sutro
Toaster
Brannan
Inkwell
Walden
Hefe
Apollo
Poprocket
Nashville
Gotham
1977
Lord Kelvin

*klik salah satu filter yang korang suka,
*klik done
*share terus ke twitter mahupun facebook

Mudah tak? Kalau tak faham, minta maaf ye

Segmen : Saya nak Kad Raya dari YUYU

Assalamualaikum...

saya nak kad raya dari yuyu !! *jerit sampai keluar suara serak, hehe*

muh join segmen daripada blogger Yuyu. Senang je, korang copy banner ni pastu tulis ; ' Saya nak kad raya dari Yuyu !!'... Semudah ABC 123, kacang peas. hahhahaa.Hope ada luck untuk dapat kad raya cun melecun tu. Boleh tampal kat dinding rumah masa raya nanti!

PERCUBAAN PERTAMA YANG BERJAYA

MINTA AMPUN
MINTA MAAF
INI BUKAN NAK KONDEM PUASA 
KORANG-KORANG SEMUA
SEKADAR CORETAN PETANG AKU

*resepi berbuka hari ke-4*
Assalamualaikum...

*maaf gambar tidak begitu jelas*

Alhamdullilah syukur, resepi yang mak kasi
dapat juga aku aplikasikan 
sejujurnya pertama kali cuba buat

**********

First time dapat balik ofis awal
so tanya encik suami nak menu apa untuk berbuka
langsung dijawabnya nasi ayam
pastu aku congak bahagi masa yang tinggal
hingga berbuka
maka aku setuju terus
dalam masa 45 minit 
daripada waktu berbuka semalam,
aku sempat masak nasi ayam, sup kentang,
sambal kicap (versi johor), sambal cili kering
dan ayam goreng bersalut kicap
bersama air manis - oren...
sungguh berpuasa hati dapat masak sendiri
untuk perut encik suami
aku buat lebih semua lauk sebab 
takut lambat bangun sahur!
huew huew huew !
kang ada masa aku kasi resepi :)
*bukan nak tunjuk teror, sekadar berkongsi ilmu*

TUTORIAL HB : KAIN FELT

Assalamualaikum...

Nak kasi tutorial kat korang,
lepas aku belajar tutorial ni daripada Cik Yuyu 
*terima kasih banyak-banyak yuyu
gojes yang baik hati kasi tutorial ni
nasib baik aku search kat google
selalu gak contact dengan beliau kat blog & twitter
aku dgn jayanya berjaya buat,
di bawah ni aku attach sample yang aku buat
*sorry, terburuk sikit sana sini*
biasalah baru first time buat kan...
potong kain felt seperti diatas
lipat dua bahagian, dan potong macam di atas
tapi jangan potong sampai putus pula 
(potong 6@7 bahagian)
korang jahit jelujur kat hujung kain seperti diatas
pastu, korang tarik benang (jangan sampai terputus)
dan cantumkan kedua-dua hujung kain tersebut
jadikannya seperti tapak sulaiman
*mcm tapak sulaiman kan, huhuhu*
lepas cantum dawai & butang besar
maka siap satu sample !
*shuffle*
*aku potong beberapa kain felt
berlainan warna untuk naikkan seri lagi
*dah macam tapak sulaiman pelangi pulak*
*aku upload kat fb gambar ni, 
ada gak yang sudi nak guna khidmat aku
kalau rasa mcm tak faham tutorial ni,
jenguk lah blog Cik Yuyu okeh!
Jum sama-sama buat bisnes :)

with love and much love,
Puan Sheila

REZEKI DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum...

Ehem ehem.. Aku asyik tersengih je daripada pagi even kerja banyak dan memerlukan perhatian sepenuhnya. Tapi aku sempat blogwalking blog-blog yang updated. Korang boleh tengok sini dan sini. Aku dapat komen feedback daripada tuan punya blogger - Dini. Speechless gila sebab aku tersenarai sebagai pemenangnya. Hadiah RM10 topup. Wooww terima kasih banyak2 Dini dan Random.Org yang memilih aku dan link blog ini.

Bangga sekejap, hehehe.

Pastu...

Pagi tadi aku ada request kat Cik Dilla kat sini. Tiba-tiba petang tengok dia updated ini. Senyum lagi sekali. Terima kasih Cik Dilla sudi layan request kita. Tak sangka gambar awak lukis ni comel. Comel macam saya *perasan gila*


Saya dengan bangganya dah amik URL gambar tersebut, letak dalam widget kat tepi ni. Siap link ke blog awak bagi memudahkan orang untuk terus ke blog awak tanpa ragu-ragu! Thanks again for your description about me. 80% is truth!
tutorial guna FireShot oleh Cik Yuyu gojes !
*baru jadi buat*

BERSAHUR DAN BERPUASA SEBAGAI ISTERI

Assalamualaikum...

pergi balik naik bus
*winkwink* 
*nama aku tak pernah org eja sebetulnya*
sheela - macam nama orang india saja...

masak bersama,
sahur bersama,
makan bersama :)

*Selamat menyambut bulan Ramadhan penuh keberkatan*

NEW FEATURING !

ringgit Malaysia yang terbaharu
imej yang menarik kan?
*dapatkan duit baru di bank berhampiran anda*

PANORAMA

Assalamualaikum...

Syukur alhamdullilah, langit nampak mendung di waktu petang
mungkin kerana matahari akan berlabuh sebentar lagi
kereta tidak sebanyak seperti selalu
serba sedikit dapat mengatasi masalah trafik jem
jalan ini jalan lurus
tanpa diapit duka dan luka
semoga kita semua bisa melaluinya
dengan tabah dan sabar
*selamat berpuasa*

sepatutnya aku karang puisi
ataupun pantun
tapi dah terlebih gedevanc advance
maka terciptanya ayat sarkastik
yang dah lama berhabuk dalam poket minda aku

SAMBUNGAN PESTA DURIAN !

Assalamualaikum...

Ini entri pesta makan durian bersama suami dan member kamcing sehati sejiwa beliau. Atas sebab permintaan budak tu, kasi review sikit. Pasal makan pun nak kena review ke? Ingatkan kawin je.. Huhu
*opening, besar2 duriannya*
*suami bersama teman kamceng sehati sejiwa-Syafiq*
with editing
*suami isteri yang suka makan*

done uploading picture to Syafiq Nab's fb :p

I'VE GOT THE PARCEL !

Assalamualaikum...

Masih lagi sengih daripada lunch hour tadi... 
Masa relief staff kat reseption tadi, 
ada staff daripada Pos Laju bawa parcel! 
*dup dap dup dap* 
tak sabar nak buka kat rumah dengan suami. 
Nak tahu apa kandungannya?
Ni daripada Official Photographer aku lah! 
Ini bermakna album kawin dah sampai! 
Yahooooo *lompat bintang*

Insya Allah, esok aku kasi review okeh!
 *sorry sesangat sebab kawin hampir 2 bulan baru dapat kasi album* 
Aku dah excited sangat ni nak balik. 
Punyalah berjebon aku tunggu kan
akhirnya sampai juga
suami dah excited juga tu masa aku call tadi.
Esok tunggu review okeh kawan-kawan!
*taktau nak cakap apa dah*

SAYA SUKA MEMBACA

Assalamualaikum...

*alert*
Membaca tak salah, memang bagus! Kalau nak cepat pandai, kena rajin membaca - ini ayat seorang cikgu yang mahu mendorong anak muridnya masuk perpustakaan dan membaca. hehe. Selalunya membaca ni disalahertikan. Contohnya, membaca buku lucah. Hey! Kenapalah ada pihak terbitan yang sanggup rosakan akhlak seorang manusia ya? *wondering*

*main issue here*
Aku mula berjinak dengan karya pertama SR pada tahun 2009. Disebabkan minat aku yang tinggi dalam bidang penulisan, Siti Rosmizah (SR) aku letak sebagai idola aku. Memang ada ramai penulis novel yang masyhur di Malaysia, tapi SR tetap no 1 dalam hati. *poyolah ayat aku* No 2- Ahadiat Akasyah. No 3 takda lah. hahahhaha

Terima kasih suamiku yang sudi bawa pergi kedai buku, beli novel ke 5 hasil tulisan beliau iaitu Takdir Itu Milikku yang memang bikin mata berair beb! Ngam-ngam masuk kedai, nampak buku tu. hehe. Rujuk sini kalau nak tahu karya beliau yang terdahulu. Dulu SR bernaung bawah terbitan Buku Prima, sekarang beliau mampu berdiri atas kaki sendiri dan mempunyai novelis-novelis lain yang bernaung dibawah syarikat terbitannya. Alhamdullilah syukur, sheila doakan kejayaan beliau hingga ke antarabangsa! Tapi sekarang dah makin banyak koleksi aku. Aku suka terbitan 'Buku Prima, Roket Kertas, Kaki Novel, Alaf 21, Jemari Seni. Semua memang best *pengsan*

Inilah hobi aku dimasa lapang, baca buku novel
dan beli buku novel untuk koleksi...
i love to read book!
selalu digelar ulat buku 
bukan ulat bulu okey!
*happy*

p/s : sedang mencari buku novel terbaru yang super hot !

HADIAH *1ST GIVEAWAY CONTEST BY PUAN SHEILA*

Assalamualaikum ...
Hadiah-hadiah yang bajet misteri diumumkan hari ini !
Sila bergembira ye kawan-kawan :)


Hope korang suka ye!
Tak sabar nak minta suami 
tolong pick one winner
for this contest :)

SENARAI PESERTA !

Terima kasih semua sudi joined contest saya! Saya dah tinggalkan komen di blog kamu semua :)

http://aliltlebitofeverything.blogspot.com/2012/07/contest-1st-giveaway-contest-by-puan.html
http://mrsfadzlyanagacontest.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html
http://kiranamasterpiece09.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://jellytieda.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://noor-atiqah.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html
http://syafiqaazizan.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://hazirahramli.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html
http://kuderuangsendiri.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html
http://lolipopcomel.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html
http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-contest-by-puan-sheila.html
http://umikasum.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html

GOOD LUCK EVERYBODY !
*updating 31th July 2012*

*BUNGA TANGAN KU*

*sebahagian yang aku buat sebelum kawin
dua daripadanya aku guna masa kawin
pegang ketat-ketat masa gubra nak nikah,
satu lagi pegang suka suki bila dah diijabkabulkan
ohh rindunya nak pegang bunga-bunga ni*

*tunggu ijabkabul*
*makan beradap, sempat pose dgn bestie PLKN. 
Cik Ayu yang dukung baby girl, Cik Mila 
pegang payung tu pengapit aku*

p/s: Dah simpan dalam stor, ada sesiapa nak ke?

TANIAH BUAT KAK FY

Kasut gila gorgeous!
*pengsan*
Amik daripada blog kawan - Kak Fy
yang baru melangsungkan perkahwinan pada 
16 June 2012 
*pengsan lagi*
ntah camne aku boleh tak sedar kawan tu dah selamat nikah
biasanya nampak je new update on blogger buzz!

*ampun Kak Fy sebab amik gambar ni*

Aku rasa kitorang kongsi minat warna hijau!
kat blog pun ada warna hijau,
kawin pun sama2 warna hijau!
Kak Fy dan suami,
sheila doakan kalian bahagia hingga ke syurga !
Amin :)

ULAT BUKU, KAKI NOVEL, HANTU BUKU

Assalamualaikum...

Aku ni merupakan peminat tegar buku novel
segala genre novel aku beli
romantis de amor, sedih gila,
lawak sangat, hantu sana sini
tak lupa, jenis ilmiah.
aku memang hantu novel
kaki novel 
sejak berusia 13 tahun, dah pandai tanya kawan-kawan
sekolah yang mana sejenis macam aku (ulat buku)
setiap hari pinjam buku novel daripada
koleksi kakak-kakak diorang!
Sejak dah bekerja, simpan duit atleast RM50
setiap bulan untuk novel
Novel pertama beli hasil karya 
Ahadiat Akasyah : Katerina & Kasyah Lagenda Berakhir
sequel pertama : Lagenda Budak Setan
aku dapat free of charge (FOC) dari kak ngah!
so just beli sequel kedua & ketiga je.
Seingat aku, masa reti pinjam2 buku kawan tu
aku memang suka dapatkan hasil karya
"Roket Kertas"
aku kagum sesangat dengan karya dorang :)


*gigih la suami kasi satu ruang
untuk simpan buku sebaiknya,
satu rak dia aku rembat!
Aku dah usha almari buku yang nice kat Tesco
jap jap, kasi usha teaser sikit okey *
*lebih kurang lah dgn almari tesco*
*yang ni aku minat sangat-sangat*
*macam ni memang terbaiklah*
*aku takpasti kenapa aku tergamam tengok ni*

Ini sebahagian yang aku google kat internet
dan sangat-sangat berpuas hati dengan almari comel
yang suami kasi. Terharu sangat!
Beliau tau isterinya memang gila buku
*love and hugs - hubby*

p/s : pasang strategi beli buku secara hemah !

I LOVE DIY !

Assalamualaikum...

Nak kongsi benda best ni! Hehe. Aku dah berjaya buat hand bouquet felt yang aku idam sangat-sangat tu! So malam tadi, lepas siap masak dan kemas rumah. Minta izin suami nak buat kerja sendiri. Pastu terus cari bahan-bahan yang diperlukan. Unfortunetly, iphone buruk aku takleh nak upload gambar thru the USB. Nanti dah topup, aku upload terus masuk gambar. Kasi korang view hasil tangan aku ok? Mengada pulak rasanya, dah kawin pun nak buat kerja-kerja terlebih seni ni. Cousin nak kawin hujung tahun ni, insya Allah aku sponsor bunga tangan dan bunga crepe paper.

Lebih kurang macam ni lah yang aku buat. Tapi bentuk daripada tangan lembut gemalai aku lain sikit ahh. hahahahaha.
tapi impian aku nak try buat yang ini pula nanti
sabar hati naa, ada masa kita 
kasi pusing urat dijari sampai terkehel
buat bunga tangan :)

1ST GIVEAWAY CONTEST BY PUAN SHEILA

Assalamualaikum...

Syukur alhamdullilah, setelah hampir 2 tahun ber-blogging. I decided to do my first contesto! Ni gara-gara terlebih rajin sudah, terlebih excited nak hadiah free masa joined contesto kawan-kawan di blog. Diiringi bismillah, 1st GiveAway Contest by Puan Sheila dilancarkan.



Apa yang penting untuk join contest ini?
* Harus follow blog ^ Triple S ^ & April June 2011 (kepunyaan Puan Sheila)
* Buat satu entri bertajuk 1st GiveAway by Puan Sheila dan sambungkan ayat ini : "Saya rasa apa yang menarik tentang kedua-dua blog ^ Triple S ^ & April June 2011 kerana .... "
* Letak banner di atas dan linkkan ke entri contest ini
* Jangan lupa, sila tinggalkan komen anda di entri ini berserta link dan nama
* Tag 2 kawan blogger anda dan jangan lupa ajak dorang join contest ini ya
* Penyertaan bermula 12 - 31 Julai 2012 (20 hari sahaja)
* Pemenang diumumkan pada 1 Ogos 2012
* Hadiah - insya Allah lumayan !