Assalamualaikum...
Ini entri pengaruh wayang namanya. Preview daripada sudut aku. hahak. Malam tadi, me and hubby decide nak tengok movie even kitorang balik kerja lewat malam. Ngeh ngeh! Hubby so sporting ohh. Alasan konkrit untuk aku tak masak bila nak outing. heee -->escape sehari je...
Cerita ni bermula dengan kotak yang aneh. Ada seorang makcik (memandai je aku) sedang mengemas rumah. Ternampak kotak misteri lagi aneh tu, lalu beliau cuba untuk buka. Kemudian, kotak itu seakan mengamuk lalu terus membunuh makcik tersebut tanpa kita boleh melihat dengan mata kasar. Serius seram gila opening citer ni. Nasib baik anak lelaki makcik tu balik rumah on time masa makcik tu dah cedera teruk kena lempar ke dinding, lantai, dan dipatahkan tulang-tulangnya. (Oh, ngeri je bunyi tu!)
Keluarga makcik tu buat yard sale (jualan garaj) sebab nak pindah keluar sejak makcik tu kena serang dengan kotak misteri tu. Ngam2 ada satu keluarga datang singgah situ iaitu Clyde - bapa duda 2 anak, Em - anak bongsunya dan Hannah - anak sulungnya. Anak bongsunya, Em sangat berkenan dengan kotak antik lagi misteri tersebut, lalu membeli. Diorang terus balik ke rumah baru Clyde. Ini masuk part seram, masa tengah malam Em terjaga dan terdengar bunyi seram memanggil nama dia. Dia pandang kotak tu dan ambil. Dengan selamba dia buka kotak tu. Dalam tu takdalah misteri sangat, tapi tetap menakutkan. Ada specimen rama-rama, dan banyak lagi. Aku pun tak pasti sangat apa benda.
Start daripada tu, Em menunjukkan gelagat yang pelik di depan mata ayahnya Clyde. Pagi tu, waktu diorang breakfast, Clyde sibuk layan karenah bercerita daripada Hannah sedangkan Em makan penkek dalam keadaan pelik. Dia cucuk penkek dengan garfu begitu asyik. Sampai Clyde taktahan dan memanggilnya. Lalu Em cucuk tangan Clyde dengan garfu. Fuhh ekstrem betul jantung aku berdetak time tu. Hannah terkejut beruk, apantah lagi Em. Dia macam lose control with herself. Kalau aku dalam citer tu, mencicit lari wehhh. hehehe. Em dalam toilet, terasa mual. Dia ambil torchlight, halakan dalam mulut sambil tengok cermin. Tiba-tiba kan, ternampak jari nak keluar daripada celah kerongkong dia. Perghhh seriau kat tekak ni.. Dia takut, dan menangis.
Di suatu situasi sekolah, ada seorang budak lelaki ambil beg Em senyap-senyap. Dia buka dan nampak kotak misteri Em tu. Em terperasan dan marah gila. Dia pukul dan lempang budak lelaki tu. FYI, Em dan Hannah tu perempuan tau. Gila merasuk betul Em time tu. Parents dia kena panggil dek Headmaster of school. Complaint that Em tak pernah lose control, seorang yang cerdik dan pentingkan pelajaran tiba-tiba macam tak suka nak sekolah lagi. Clyde cakap, maybe anak perempuan dia emo (terganggu) sikit pasal Clyde dengan janda dia bercerai 3 bulan lepas. Maybe lah..
Malam tu, cikgu kelas Em, Miss Shandy stay back kat sekolah sambil semak kerjanya. Tiba-tiba dia terpandang kotak misteri Em kat sudut kelas. Dia ambil dan cuba buka kotak tu. Angin datang tiba-tiba. Tahap keseraman citer ni luar alam. Sedangkan takda tingkap kelas yang terbuka. Miss Shandy tu pandang je bendera kecil depan meja dia yang berkibar-kibar dek angin yang makin menganas tu. Keluar banyak darah jatuh ke kakinya. Daripada matanya sendiri. Dia lari ke pintu, tapi pintu tertutup sendiri. Dan seterusnya Miss Shandy teruk kena lempar dinding, lantai dan akhir sekali, terkeluar beliau daripada tingkap kelas dan jatuh ke bawah. Sekolah esoknya bercuti sebab kes Miss Shandy mati. Clyde cuba berbual dengan Em berkenaan itu. Em buat selamba je, macam cikgu dia mati tu nothing mean for her. (=.=')
Clyde dah terasa pelik, kotak misteri tu dia bawak balik ke rumahnya. Buka dan terasa pelik yang amat. Dia mula curiga setelah kes banyak rama-rama hitam tak bercorak muncul dalam bilik Em pada suatu malam. Em asyik terbuntang matanya dan menangis. Aku da start pegang tangan husband, seramnya! Clyde pula start research pasal kotak tu. Tengok kat youtube, ritual pembuangan roh yang merasuk. Tu semua sebab Professor McMannis explain everything to him. Husband aku seram part tengok youtube pulak. Ohh peliknya husband! >.<
Clyde mencari seorang pengamal agama yang boleh buat ritual tu. Tzadok seorang je sanggup tolong Clyde. Em dah kena masuk wad sejak dia kena rasuk dan pengsan lepas gaduh dengan Clyde. Si ibu, Stephanie sampai sanggup buat laporan minta ex husband dia, Clyde jauhkan diri daripada anak mereka. KESIANNYA. Em diarah buat scanning full body. Dalam x-tray tu Stephanie & Hannah nampak muka roh bergerak kat dalam perut Em. Gila scary. Time tu pulak, macam ada gangguan pada elektrik. Em shaking kat tempat scanner tu. Kat situlah, baru Stephanie tahu yang ex-husband dia betul. Clyde memang tak bersalah tau. Tzadok kata roh jahat ada dalam peti tu nak cari pewarisnya daripada kanak-kanak. Tzadok pecahkan cermin dalam kotak misteri tu, ada nama Abyzou. Diorang bawa Em senyap-senyap lari keluar wad dan ke bawah tanah. Ada bilik kosong yang boleh digunakan untuk buat ritual buang Dibbuk (nama panggilan roh jahat zaman dahulukala).
Mula je Tzadok membaca, Em dah start meracau dan suruh dia berhenti membaca. Sampai satu tahap Clyde minta roh tersebut masuk ke badan dia, bukan anak perempuan dia. (T.T) Terharu aku tengok part ni. Em terus serang Tzadok dan lari jauh. Clyde tak berputus asa, mencari anak dia. Tzadok sempat bagitau, thats not ur daughter anymore. Clyde lari mengejar Em sampai di satu bilik. Jeng! Jeng! Jeng! Bilik paling menakutkan. BILIK MAYAT! Betullah cerita ni penuh saspen. Terdengar esakan Em dan katanya, "Dad, u're scaring me" - dan repeat ayat ni banyak kali sehingga mencetuskan rasa geli hati kat semua penonton wayang tu. HAHA. Comel sangat masa Em ulang ayat tu. Clyde tak takut, tapi Em tetap melarikan diri lagi. Sampai satu bilik lain, Em da sedar diri. Diorang berdua terus berpelukan. Sementara itu, Stephanie , Hannah dan Tzadok muncul dan adegan family berpelukan sebentar. Tzadok terus menyeru nama 'Abyzou' supaya masuk ke dalam kotak misteri itu semula ketika diorang tengah sedap berpelukan. Clyde lemah. Diorang terpana. Rupa-rupanya Clyde dah dirasuk pula! Clyde kena tarik ke dinding. Yang lain start menangis dan meraung. Em paling sedih masa ni. Keluar jari-jari daripada mulut Clyde. Dan roh tersebut keluar sepenuhnya dan merangkak kembali ke kotak misterinya. Em terus pergi ke Clyde dan berpelukkan. Clyde dah pun sedar. Tzadok tutup kotak tu bersama kain dan buku agamanya. Mereka semua kembali ke rumah sebagai satu keluarga.
-The End-
*moral of the story - Clyde seorang bapa yang bertanggungjawab. Keluarga itu bersatu kembali normal :)
*husband cakap, kalau anak kita kena pun dia akan buat camtu. selamatkan keluarga. -terharu.
*aku kasi 7 bintang daripada 10 untuk movie sebab berjaya buat aku rasa seram & takut lepas habis wayang. hahahaha (",)