norsheilasalleh.blogspot.com: October 2012

TUTORIAL - BENTUK-BENTUK BORDER

Assalamualaikum...

Hari ni nak share ilmu dengan korang camne nak buat border dekat Post Title & Sidebar Title. Border ni sebenarnya mencantikkan blog kita. Nampak lebih kemas dan teratur.

1) Dashboard >> Edit HTML >>
2) Cari kod (tekan CTRL + F serentak)

   * Untuk Post Title , korang cari kod h3.post-title {
   * Untuk Sidebar Title, korang cari kod h2 {

 3) Boleh amik kod kat bawah ni mengikut border-bordernya :-

#Contoh - A  
-moz-border-radius-bottomright: 50px;
border-bottom-right-radius: 50px;


#Contoh - B
-moz-border-radius-bottomright: 50px 25px;
border-bottom-right-radius: 50px 25px;

#Contoh - C
-moz-border-radius-bottomright: 25px 50px;
border-bottom-right-radius: 25px 50px;


#Contoh - D
-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;


#Contoh - E
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;


#Contoh - F
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;


4) Make sure korang amik kod berwarna oren je tau. Paste bawah kod (2) yang korang cari mula-mula tadi. Samada korang nak Post Title @ Sidebar Title. Ikut kreativiti ye!
5) Boleh preview dan SAVE kalau menjadi. Kalau tak jadi, bagitau ok.


REVIEW 1 : KEMAMAN WITH FAMILY

Assalamualaikum...

Alhamdullilah syukur nikmat kepada Allah. Aku dan keluarga berkesempatan pergi melawat makcik (adik mak) di Kemaman,Terengganu. Hampir 3 tahun tak jejak kaki ke sana. And double happiness for me because im bring my husband too. Last jejak sana zaman aku masih solo. hihi. Suami sangat seronok okey! Seronok pasal kitorang layan request dia untuk lepak di tepi pantai. Syok sangat la tu! hihi. Aku pun seronok juga. Dapat sambut Hari Raya Aidiladha dengan family aku. Mak aku mesti bahagia punya ada anak menantu teman beliau ziarah adiknya. Kan?

2 Hari 2 Malam
Inilah perjalanan yang makan masa yang lama. Jem teruk kat highway pantai timur ni. Daripada tol Gombak ke Karak mengambil masa 2 jam kalau tak silap lah. Pastu baru lah suami boleh speed. Gila ngantuk weh! Balik kerja terus siap-siap dan gerak. Pulaknya bawa kereta manual mak. Adoii terseksa suamiku. Sebagai co-driver, aku kena gagahkan diri untuk berborak dengan suami. Adik dengan mak rileks je tidur dan mimpi indah. hihi. Whatever! I tak jeles pun. Seronok dapat jalan-jalan jauh.Hampir jam 2 pagi baru sampai rumah makcik. Syukur alhamdullilah. Selamat sampai. Suami sangat exhausted. Kitorang decide pergi jalan-jalan dan pusing Kemaman pada hari kedua. Disebabkan perjalanan dan banyak tempat kitorang lawati. Akan ada entri review nombor dua. So just posted the pictures. Rejoiced!

Destinasi pertama, Rekreasi Telaga Simpul!

entering to Rekreasi Telaga Simpul
The View
Pondok
Bot
been washed
hubby, mom and aunty Jah :)

Selamat Hari Raya Aidiladha !
semoga kita semua menghayati maksud korban 
dalam ibadah seharian :)

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ucapan ini berlangsung daripada Pantai Timur. Pada yang drive jauh mahupun dekat, pastikan drive carefully. Ingatlah keluarga tersayang.

TUTORIAL DOUBLE UNDERLINE DALAM ENTRI

Assalamualaikum...

Kali ni kita share camne nak jadikan ayat yang bergaris double dalam entri.

1. Design >> Edit HTML >> Tick Expand Widget >>

2. Cari kod ini
 /* Header

3. Copy kod ini. Paste di atas kod no 1.

 u {
 text-decoration:underline;
 border-bottom: 1px solid #FF3300;
 padding: 0px;
 }

4. Kalau nak tukar kod warna double line, edit dekat warna merah dalam coding kat atas tu ok.

5.Save! Kalau nak guna, tekan button "U" masa nak buat entri. Bila publish, akan appear ayat yang korang dah double line kan :)

RUJUKAN
*CTRL+C (tekan serentak untuk copy kod)
*CTRL+V (tekan serentak untuk paste kod)
*CTRL+F (tekan serentak untuk cari kod)

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY

Assalamualaikum...


Segmen paling mudah daripada Puan Adyna. Due date 30 October 2012.
Jemput join ye kawan-kawan. Klik link bawah banner kat atas tu.

*aku suka pelangi, sebab tu aku joined :)

CERITA AYAMAS DI DALAM KEHIDUPAN SUAMI & ISTERI

Assalamualaikum...

*set nasi ayam daripada Ayamas*

Gambar diatas adalah gambar sebulan yang lepas. kihkihkih. Sila jangan marah! Suami tunaikan hajat si isteri nak makan nasi ayam Ayamas. Gara-gara ternampak promotion ayam separuh dengan separuh harga. Tak meroyan si isteri tu? HAHAHA. Masa tu teman suami hantar barang kat Hulu Langat. Sanggup si isteri minta balik kerja awal sikit semata-mata temankan suami. Romantik tak si isteri tersebut?? *hiyarkkk >>hentak kepala kat keyboard<<

Cuba pandang gambar kat atas tu balik! Cepat! Korang tengok ayam tu separuh ke suku je? Hangin betul tengok promotion lain, bila beli dapat lain. Apapepun, terima kasih kat suami. Sanggup bawa isteri makan juga. FYI, isteri tu makan sorang je tau. Baru masuk suapan pertama, suami dah order set lain. HAHAHA. Padahal perut suami sudah dipenuhi makanan. Takpelah. Asalkan diorang bahagia. Isteri tak kisah suami makan banyak kat luar. Kat rumah, isteri control sikit. Sikit je!

Isteri tu sebenarnya ada sedikit masalah. Masalah pemakanan. Susah nak jamah nasi kecuali di waktu tengahari. Bila si isteri tiba-tiba teringin nak makan itu ini, suami cepat-cepat bawa. Risau lah tu isterinya tak makan. hihi. Sekarang isteri tengah puasa sunat. Hujung minggu ni nak tengok berapa kg isteri tu dah loose. huhu. Dan amatlah pantang bagi si isteri tu bila tengok wafer dan seangkatan dengannya. Suka betul makan ini ! 

>> dekat kawasan rumah, harga paling rendah rm 0.20/satu. 
Area lain semua dah RM 0.30 ke atas.

Itulah keinginan dihati isteri sekarang. Miahahaha :)

TUTORIAL : KOTAK FOLLOW & DASHBOARD

Assalamualaikum...

Semalam, aku ada buat tutorial pasal hilangkan navigation bar, hari ini nak ajar camne nak buat kotak follow dan dashboard sekaligus. Bagi yang ada ikut tutorial semalam, disarankan buat tutorial hari ni pasal perkara ni berkaitan. Kalau tak, payah ler korang nak patah balik ke Dashboard!


* contohnya *

1) Layout >> Add a Gadget
2) Copy kod dibawah ini kemudian paste ke dalam add a gadget tadi :-
<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID KORANG" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>
3) Camne nak amik blog ID? Korang  pergi ke layout korang, tengok dekat atas sekali.Contohnya :- 
http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4308700567175762138#editor/target=post;postID=8903131973916746132 (contoh blog ID aku)

4) Warna merah diatas ialah blog ID 
5) Korang copy blog ID tersebut dan paste dalam coding di nombor 2 tadi
6) Sila letak gadget korang tadi dibawah header supaya kotak akan display dibahagian atas
* contoh *
7) Jangan lupa untuk preview dulu, baru SAVE !

RUJUKAN
* CTRL + C (tekan serentak untuk copy kod)
* CTRL + V (tekan serentak untuk paste kod)

TUTORIAL : HILANGKAN NAVIGATION BAR


Assalamualaikum...

Ada perasan tak nav bar kat atas header blog korang? Kalau korang tengok kat Design pun ada nampak wigdet nav bar tersebut. Ni aku nak ajar camne nak buang benda tu. Tapi, make sure korang kena tambah widget untuk Dashboard sebab nanti kalau korang buka blog korang. Tak boleh nak patah balik ke Dashboard. Eh paham tak apa kita cakap?

1) Dashboard >> Design >> Edit HTML
2) Korang copy kod bawah ni

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

3) Paste macam kat bawah ni.
*sila ikut contoh dalam gambar ye*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Simple
Designer: Josh Peterson
URL:      www.noaesthetic.com
----------------------------------------------- */
 #navbar-iframe {display: none !important;} /* Variable definitions
====================
* contoh *


4) Preview , then SAVE !

RUJUKAN
* CTRL + C (tekan serentak untuk copy kod)
* CTRL + V (tekan serentak untuk paste kod)
* CTRL + F (tekan serentak untuk cari kod)

(>.~) + (=.=') = (",)

Assalamualaikum...

Ini entri terlebih berperasaan rasanya... Gara-gara terlebih kreatif, aku duduk sambil mengukir sesuatu di atas kertas. Mula-mula niat kat hati nak menconteng-conteng saja. Tiba-tiba jadi lain pula. Maaflah =.='

Inilah hasilnya.

* graffiti la kononnya... * 
* habis pen bersepah-sepah *

Aku dah letak dalam frame. Esok nak kemas rumah dan letak frame tersebut di satu sudut. hihi. Rasa seronok pula. Rasa macam kembali budak pun ada juga. Zaman sekolah menengah dulu, aku dan geng pernah buat grafitti kat dinding sekolah. Secara halal ok. Cikgu yang minta. Ada lagi rasanya kat dinding tu. Siap ada nama lagi. haha. Ohh terindu pula dekat kawan-kawan itu.

TUTORIAL PERCUMA

Assalamualaikum...
Anda diberi kebenaran mengambil tutorial di bawah ini tanpa perlu kredit kepada saya. Memandailah jika anda mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga. Terima kasih ♥

Blog Tutorial's
  1.  Tutorial - Check Berat Blog Anda
  2.  Tutorial - Link Exchange
  3.  Tutorial - Link Pelangi
  4.  Tutorial - Drop Down Menu
  5.  Tutorial - Blockquote Dalam Entri
  6.  Tutorial - Post & Sidebar Center
  7.  Tutorial - Scroll Box Dalam Entri
  8.  Tutorial - Scroll Box Untuk Bloglist
  9.  Tutorial - Scroll Box Untuk Blog Archieve
  10.  Tutorial - Gambar Melengkung Dalam Entri
  11.  Tutorial - Gambar Membesar Bila Cursor Menyentuh
  12.  Tutorial - Recent Posts With Thumbnails
  13.  Tutorial - Recent Comment With Avatar
  14.  Tutorial - Top Commentator
  15.  Tutorial - Top Commentator's With Avatar
  16.  Tutorial - Hilangkan Ayat Subcribe to Post (Atom)
  17.  Tutorial - Tukarkan Ayat Post A Comment
  18.  Tutorial - Kotak Follow & Dashboard
  19.  Tutorial - Hilangkan Navigation Bar
  20.  Tutorial - Double Underline
  21.  Tutorial - Bentuk-Bentuk Border
  22.  Tutorial - Border Melengkung
  23.  Tutorial - Tukar HOME,NEWER + OLDER POST Kepada Image
  24.  Tutorial - Signature Di Bawah Entri Anda
  25.  Tutorial - Letak Shadow di Border Blog [link sahaja]
  26.  Tutorial - Scroll Bar Untuk Ruangan Comment [link sahaja]
  27.  Tutorial - Scroll Box Untuk Popular Posts [link sahaja]
  28.  Tutorial - Template Denim (full) [link sahaja]
  29.  Tutorial - Delete Nav Bar [link sahaja]
  30.  Tutorial - Print Screen Paling Mudah
  31.  Tutorial - Curved Keliling Blog [link sahaja]
  32.  Tutorial - Status Bergerak Di Side Bar Blog [link sahaja]
  33.  Tutorial - Colourful Popular Posts
  34.  Tutorial - Cara Nak Buat Tapak Tempah Iklan [link sahaja]
  35.  Tutorial - Cara Nak Cantikkan Blockquote [link sahaja]
  36.  Tutorial - Remove Underline Link [link sahaja]
  37.  Tutorial - Download Font Yang Gojes
  38.  Tutorial - Pasang SEO Dalam Blog
  39.  Tutorial - Pasang Meta Tag
  40.  Tutorial - Monthly Top Commentator
  41.  Tutorial - Tabber Widget
  42.  Tutorial - Cara Eida Edit Gambar (Photoscape) [link sahaja]
  43.  Tutorial - Buang Butang Newer Post,Older Post & Home [link sahaja]
  44.  Tutorial - Pintasan To Top Dengan Imej [link sahaja]
  45.  Tutorial - Elakkan Gambar Di Klik Di Entri [link sahaja]
  46.  Tutorial - Letak Button Like Fanpage Dalam Entri [link sahaja]
  47.  Tutorial - Add a Gadget Atas Header [link sahaja]
  48.  Tutorial - Kotak Komen Berantai Ala Wordpress [link sahaja]
Cara Mudah - Viewer Yang Banyak

PING & BUSUK.ORG

Link Blog Saya 
♥ Sarkastik Sheila Shahfiekry ♥

p/s : updated on 13th March 2014

TRY THIS ! #WW

Assalamualaikum...



BULAN ZULHIJJAH & BEBERAPA KELEBIHANNYA

Assalamualaikum...

Bersamaan dengan 01 Zulhijjah 1433, kita nak share tentang Bulan Zulhijjah dan beberapa kelebihannya.

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم


Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )


p/s : edited from Blog Tok Wan & Zaharuddin.net

ALHAMDULILLAH, SEMUANYA SETTLE !

Assalamualaikum...

Semalam, tidak dapat update entri. hehe. Kami berdua sepakat mengambil cuti rehat. Banyak urusan yang perlu buat sebenarnya. Tapi adalah puas hati sebab berjaya buat perkara tersebut semalam. Jyeah! Mari tepuk tangan untuk kami berdua. Opss kami berdua diatas bermaksud (aku dan suami).

Seminggu yang lalu, kami berdua pergi ke Pejabat Agama di Shah Alam untuk ambil Sijil Nikah. Maaf ye. FYI, kitorang adalah sangat sibuk bekerja sampai sijil nikah pun baru amik minggu lepas. Sila jangan gelak ye. Nasib baiklah rumah kami bersebelahan dengan akak suami. Maka, jiran2 semua ketahuan perihal hubungan sah kami. Alhamdullilah syukur. Tak ada masalah seperti kena tangkap basah or whatsoever. Al-maklumlah kawan-kawan, pasangan muda biasanya diragui (mungkin atas faktor-faktor yang lain).

Dan....

Kami berjaya buat kad nikah! Contohnya seperti dibawah ini :-

Image

Image

Prosedur :- 
Amik Sijil Nikah dahulu. Bayaran tidak perlu dibuat lagi. Kosnya sudah dikira dalam fee yang tok kadi amik masa nikah dulu. Make sure bawa sekeping gambar isteri & suami. Gambar isteri (hendaklah berpakaian sesuai & bertudung). Bayaran RM 40.00 untuk 2 keping. Insya Allah dalam masa 5 hari bekerja, korang da boleh amik kad nikah. hihi. Kad nikah ni fleksibel! Macam IC, tapi ada gambar suami & isteri. Belakang kad, lengkap nama penuh suami/isteri beserta no IC dan alamat. Agak-agak rindu pasangan masa tengah kerja, bolehlah belek kad nikah tersebut! hee (mungkin aku la tu. hahahha)

Kemudian, pergi amik IC baru suami pula! Hee settle sudah! Alhamdullilah syukur. 2 perkara siap dalam masa satu hari. Tapi harini pelik, kenapa blog macam tak betul. Tak boleh nak comment sana sini. Ish! Tak jadi nak blogwalking. Bersabar jelah sheila. Eh lupa nak share kat sini, saya dapat berita gembira. Kawan blogger sudah pregnant. Alhamdullilah syukur. Gembira untuk beliau. Beliau seorang yang tabah! Semoga kandungannya baik dan sihat sentiasa. Amin :)

p/s : masih menanti rezeki zuriat soleh solehah daripada-Nya

Murah rezeki harini, Alhamdullilah syukur. Dapat kek buah yang banyak dan lembut serta rojak yang marvellous. Paling best, dapat shawl warna gold coklat. Souvenier daripada bos yang baru balik daripada outstation di Nepal!.Syoknya! Makan sahaja la jawabnya...

TUTORIAL : RECENT POSTS WITH THUMBNAIL

Assalamualaikum...

Khas buat sha yang inginkan tutorial recent post with thumbnails! First time mencari dan jumpa. Buat sendiri okey! Kebiasaan blogger lain akan buat cara yang panjang , contohnya di blog INI. But then, aku jumpa dalam add a gadget dengan mudah masa aku godek-godek tadi. Ikut cara yang diajar dibawah ini, insyallah menjadi macam aku punya :)

1) Design >> Add a Gadget
2) Featured >> Recent Posts Advanced
* klik untuk tumbesaran *
Sila klik ikut no yang aku dah lukis dalam gambar di atas tau!

3) Korang boleh ubah ini :-
* Title - letak apa2 nama yang korang nak
* Number of posts to display - aku letak banyak sampai 50, overboard!
* Snippet Style - thumbnail only
* Snippet Thumbnail - Any thumbnail
* Read more text - more
* Extra Styling - image float to right/left
* Show powered by link - yes

4) Kalau taknak ubah ikut warna biru tu, lagi bagus. Kalau nak ikut kreativiti korang pun okey.
5) Jangan lupa preview dulu, SAVE !

* contoh di blog aku *

p/s : Letak widget bergambar macam ni lebih menarik perhatian orang nak klik entri lama kita berbanding blog archived! Its stylish :)

LIVE FROM STADIUM SHAH ALAM

Assalamualaikum...

His so suprised me! Beli tiket untuk perlawanan bola Selangor lawan Kelantan tanpa ketahuan. Now he so naughty. Anyway thanks a lot hubby. Tak sangka sangat. After the married life, sangat susah la nak dating atau jalan-jalan ni. We're more focused to work hard from enjoy. His bestfriend yang sudi runner beli tiket untuk kitorang. Mucho gracias bro. FYI, standard warna tiket biasanya ikut team bola yang akan beraksi. Two years before, aku pernah pergi tengok perlawanan yang sama. Dan beli tiket warna pink which is for Kelantane supporters. And for last night, we got yellow for Selangore supporters. Hoyeahh!

* the ticket - yellow for Selangore Supporters*
p/s : sorry i can't rotate the picture from Iphone T.T

AROUND THE CORNER :-
* first half time * 
p/s : nil goal for both team
* second half time* 
* the view *
p/s : i can't see them clearly! Oh no =.='
* the couple * 
p/s : both in blue t-shirt not yellow ;p
* hubby's bestfriend - Nab * 
 * marching around the stadium *
p/s : they're throw away empty botle to the ground there 
* final score : Kelantane - 2, Selangore - 0 *
p/s : i really dont know when the 2nd goal cause
 im staring people around five foot way! 
 * empty seat after the lost T.T *
* out of the stadium *
* teribble jam * 

THE END :)

********************

p/s : happy belated birthday to my Along - Abdul Hadi bin Adam. How can i forgot to wish my big brother? Oh yes, busy with hubby and friend watch the game. Put the blame to football! Haha. Can't wait to have Kak Long (in-law) in my family! Alhamdullilah, syukran Ya Allah. To have the best brother in the world. May Allah bless him.
* he shared same name with my hubby * 
* love the taste on it *
p/s : thank you Kak Mai for the big cake !

With love and much love,
Puan Shilot
13 October 2012
At mum house