norsheilasalleh.blogspot.com: January 2013

TOLONG SINGGAH DAN BACA INI , HEHE

Assalamualaikum...



Lagi 3 hari nak masuk bulan Februari.Cepatnya masa berlalu! Rancangan aku tahun ini nak renew bloglist setiap bulan. Nak kasi chance dekat blogger baru mahupun lama untuk letak link blog kat sini selama sebulan tanpa paksaan. So, 3 hari sebelum masuk bulan baru aku akan post satu entri khas untuk korang bubuh url blog korang.

NOTE :
* bagi url blog sahaja
* tinggalkan komen di entri ini sahaja
* make sure blog anda bebas daripada sebarang gambar lucah dan hal politik (takkan masuk bloglist)
* setiap hujung bulan akan renew bloglist.
* blogwalking setiap hari isnin

p/s : inilah entri khas tersebut [STICKY POST 29 - 31 JANUARI 2013]

DICORET OLEH :

MENANG KALI KEDUA, YEPPI !

Assalamualaikum...


Syukur alhamdullilah, terpilih sebagai salah seorang pemenang give away kak reen. hee. Kemenangan kedua tahun ni. Kak Reen memang best! Blog dia sangat unik. Tak caya? Pergi usha blog dekat link ini ok.

Simple gila give away beliau, cuba baca betapa poyonya komen aku. auw auw! Sayang kak reen ♥


DICORET OLEH :

#WW - 6

Assalamualaikum...


DICORET OLEH :

PERHATIAN BUAT KAKI HOLIDAY [>,<]


Assalamualaikum...

Groupon. Salah satu website yang sangat berguna untuk kita-kita yang merupakan kaki holiday. Segala bendaa dia bagi kemurahan yang berbaloi. Make sure kita sign up, senang nak detect groupon via email. Aku dah download aplikasi Groupon untuk android. Setiap kali ada deals yang murah, notification akan sampai ke email kita mahupun melalui telefon. 

Terbaru, aku tengok kat deals : Kuching just rm98, jimat rm21 (valid till 30 May 2013) kat Damai Beach Resort. Awesome kau. Murah je, booking groupon tamat 31 Januari 2013. Hurry up! Aku dah booking some place. hehe. Simpan buat pekasam dulu. hahaha. Korang boleh cari banyak lagi deals yang murah tak ingat dunia. wakakaka. Jom pergi holiday ! Yang penting sekali, korang pusing satu Malaysia dulu baru ke luar negara. The most beautifull country! I love Malaysia, and hubby too. Eh??


DICORET OLEH :

SEGMEN BLOGLIST ECADWINKYASHA 2013


Assalamualaikum...


>> Mudah je segmen ni, buat satu entri khas untuk segmen ni (WAJIB) 
>> Bubuh header kak Eca dalam entri
>> Optional (pilih mana kita mahu buat ye)
* masukkan link blog eca dalam bloglist kita
* follow & like fanpage, follow google+
* tekan button share entri ini untuk cabaran SEO
>> Jangan lupa bubuh ayat wajib di akhir entri, "Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com
>> Tinggalkan Nama Blog, email dan url entri sahaja dalam kotak (di entri eca) 
>> Tamat 11.59 pm 31 Januari 2013 (ada 3 hari lagi je wehhhh)

Pagi tadi aku ada juga buat satu segmen untuk bloglist Februari 2013, pastu usha-usha dekat pingje.org nampak link kak Eca. Terus nak join segmen bloglist 2013 daripada Eca Dwinky Asha. Aku harap ada ramai kawan-kawan yang sudi memeriahkan segmen kak Eca dengan aku sekaligus. hehe. Segmen aku pun mudah juga. Just tinggalkan link blog korang dekat entri ini >>bloglist Februari 2013<<

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"

DICORET OLEH :


EHH SAYA MENANG MOTOR???

Assalamualaikum...


Sila abaikan tajuk kat atas. Gimik lebih je tu. hahahhahaha. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi. Ini kemenangan pertama untuk tahun 2013 ni. Terima kasih banyak Kak Akmar yang sudi memilih sheila sebagai salah seorang pemenang. Menang baju katanya. Hehe. Cepat aje aku hantar email details semua. Amboiii nampak benar kalut. ngee. Ekkk... tak sabar nak dapat parcel. Selalu sangat kat ofis aku received parcel bukan untuk aku. hahaa motif sangat (T_T)

Kak Akmar sila jangan berputus asa sebab tak menang Iphone 5, insyallah ada rezeki lain buat kak Akmar ya. Sheila suka tengok kak Akmar dah bertudung sekarang! Semoga hidup kak Akmar dan Qashrin lebih bahagia dan sihat walafiat :)

DICORET OLEH :


KERJA DI HARI PUBLIC HOLIDAY ?!

Assalamualaikum...


Haru! Kebanyakan pejabat amik Public Holiday Thaipusam. My office still working as usual. Sebab dalam gazzeted PH yang company amik tak included Thaipusam. Ampun sangat. I am so wordless monday! Suami pun last-last minute dapat cuti daripada taukey dia. Mata dah bengkak ni, menahan mengantuk yang teramat dek kerana malam tadi lepak Mc Donalds dengan suami. Errrr (^,<)

Terasa nak fly balik rumah. My bos dah suruh amik MC. Me? Take MC without illness, not so good choice for me. Rela kerja oiiii! 

p/s : sila jangan samakan orang yang bekerja di hari public holiday dengan mat-mat bangla. Nepalese kat my ofis pun kerja today. Cari makan nyehnyehnyeh!

DICORET OLEH :

TUTORIAL : WIDGET INSTAGRAM DI BLOG #2

Assalamualaikum...

Dah tengok sidebar aku? hee. Kalau nak ada satu sidebar untuk instagram macam kat bawah ni, tolong ikut tutorial ni ok? Yang penting korang kena ada akaun instagram. Baru boleh follow tutorial. hihi.


1) First at all, korang perlu ke link >sini<
2) Akan keluar macam gambar kat bawah ni

3) Instagram username, bubuh nama instagram korang (ID)
4) Photo size, korang klik ikut saiz blog korang ye. Aku pakai size gambar 2x3
5) Include user info, kalau letak YES boleh ada hastag bila cursor korang menyentuh gambar kat instagram
6) Tekan generate berwarna hijau
7) Preview akan keluar dibawah tu
8) Kalau ngam, terus amik kod dekat badge code

*Pergi ke blog korang >> layout >> Add a gadget
*masukkan kod yang korang copy daripada badge code
*preview sebelum SAVE ya.

Sekian, jangan lupa follow aku di instagram! hehe.

DICORET OLEH :


KOSONGNYA TRIPLE S [>,<]


Assalamualaikum...


Terasa cam nak kongsi something dekat sini. Sepanjang berblogging hampir bertahun-tahun ni, terasa blog ni kosong dari segi pengunjung. Seriously. Aku memang tak harap pun ada followers. Dulu, tujuan blogging sebab nak buat online diary, nak buat cerpen pendek, nak karang something for anything. Aku memang gemar menulis dan meluahkan apa sahaja dalam blog ni. Sebab, kalau-kalau ada berlaku something boleh harapkan dekat blog ni. Boleh usha balik apa yang jadi sebenarnya. Itu je. Nak harapkan otak simpan semua data mungkin susah sikitlah kut. Tapi sekarang macam dah lain macam je aku blogging.

Aku pun pelik, dan bingung! Apa yang lain macamnya pun aku kurang pasti. Ohh mungkin aku dah tak luahkan sangat segalanya kat sini macam dulu. Dulu, hari-hari outing, hari-hari updated what is happening! Tapi sekarang, semua yang aku tulis, aku cover sikit-sikit. Cerita hal rumahtangga takleh masuk sini. Bab2 gaduh ke, maki orang ke memang tak perlu update dekat blog. Kita kena pandai jaga hati orang.

Ada kisah pernah terjadi dulu. Aku pernah terkantoi sekali, gaduh dengan seorang kawan ni. Pastu aku luahkan dekat blog. Yang peliknya camne ntah ada orang lain yang baik hati sampaikan link entri aku maki tu dekat orang tersebut. Apa lagi kau, bergaduh besar aku dengan orang tu. Bukan seorang, dua-dua sekaligus!

Yang penting, korang kena blogging dengan menimbang cara perasaan orang yang membaca dan singgah blog korang. Even personal matter, jangan sesekali update dekat blog. Boleh bawa 'something bad' dekat korang.

Sekian, aku malas nak typing memanjang!

DICORET OLEH :



30 KEAJAIBAN BERSELAWAT

Assalamualaikum...

Jumaat yang dirahmati, mari sama-sama kita tingkatkan berselawat kerana banyak syafaat dan manfaat yang diperolehi setiap kali berselawat. Jom perbaiki diri ke arah lebih baik, insyallah :)


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

kredit : kak Akmar

DICORET OLEH :

DI SEBALIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum...


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1434 Hijrah buat semua umat Islam di dunia. Ramai rasanya yang bercuti, namun aku dan suami kerja macam biasa. hehe. Mungkin ada antara kita yang ingat-ingat lupa tentang apa disebalik sambutan yang kita raikan ini. Sekadar mengingatkan antara kita semua. Aku kreditkan kepada Belog Budak Kampung



SEJARAH RINGKAS 
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


entri berkaitan, kredit kepada blog Tok Wan
p/s : Rajin-rajinlah berselawat - panduan zikir

DICORET OLEH : 

SANGAT NOSTALGIA BAGIKU

Assalamualaikum...



Aku malas nak re-type. So korang boleh baca full story dekat link bawah gambar ni. Hehe. Hari ni adalah hari special bagiku even dah setahun berlalu... Inilah permulaan buat kami untuk apa yang kami ada hari ini. Love so much!

DICORET OLEH : 




MY CUTE LITTLE BOYS

Assalamualaikum...

payin & maman

Hari minggu yang lalu, aku sangat happy sebab balik rumah mak. Dan ada anak-anak buah aku dan siblings. hee. Memang rejoiced gila lepak kat rumah layan diorang. Tengok payin tu, nampak je aku pegang tab terus kasi posing baik punya. Dia sangat fotogenik tau, al maklumlah babah diorang jurugambar hebok.. Mana lagi kuahnya nak tumpah kalau tak ke nasi. Takkan nak tumpang kat lantai pula kan? ekekekekkk...

Payin seorang abang yang penyayang dekat adiknya Maman. Dia tengah buat apa2 pun, still nak tunjuk muka geram kat adik dia yang sorang tu. hehe. Me so jeles!!! Payin dan Maman sangat comel macam Moktie dia. opssssss =.='

DICORET OLEH : 

LAST-LAST AKU YANG DEMAM


Assalamualaikum...

bubur ayam tak berapa special

Syukur alhamdullilah, kesihatan aku baik saja setahun yang lalu. Sejak kawin, suami asyik demam kebah demam kebah. Tiba-tiba, semalam aku sakit tekak dan menggigil satu badan. Rupa-rupanya aku demam + selsema. Lama betul tak sakit, terasa longlai badan dan takda tenaga nak buat kerja harini. Tapi aku gagahkan juga bangun pagi masak bubur ayam untuk bekalan tengahari. Kesian suamiku, tak sakit pun kena makan bubur ayam. hehehe. 

Nasib baik masak bubur mudah je, aku ikut resepi mak aku. Yang penting ada hirisan bawang merah yang banyak, isi ayam yang banyak dan lengkuas untuk penambah bau. Kalau nak rajin, bubuhlah lobak ke, kentang ke, pati ayam ke, sup bunjut ke ataupun sedikit black paper. Disebabkan aku nak bubur yang neutral dan nyaman diperut, aku memang takkan masukkan blackpaper. Pedas perut nanti. hihi. Sekian, dengan harapan cepat sembuh dan tak perlu pergi klinik petang nanti. 

p/s : lagi sedap makan bubur dengan cakoi ! perghhh *terliur*

DICORET OLEH : 


SAMSUNG PART 2

Assalamualaikum...



Ini hasil semakan daripada website Samsung. Antara gadget terbaru dan lama daripada Samsung Galaxy Tablet, aku dulu nak amik Tab 7.7. Tapi sampai kedai telefon je, diorang suggest amik Tab 2 (7.0) sebab lebih system upgraded 4.0 berbanding 3.2 Tab 7.7 . Aku mula-mula ragu juga, tapi nasib baik suami expert pasal IT, so serahkan 100% pada ketua keluarga. hihi. 

Alhamdullilah, puas hati sangat bila guna ni. Untuk makluman, korang jangan klik button 'sync' sebab dia akan sync semua gambar dan data korang daripada internet contohnya blog,twitter,instagram ataupun facebook! Aku tak perasan mula-mula tu, tengok dekat galeri tiba-tiba ada folder dua blog aku iaitu Triple S dengan April June 2011. Segala gambar yang aku pernah upload dan dah delete pun termasuk dalam folder galeri. Adoyaii. Folder tu pulak dah dikunci oleh sistem. So kena format balik baru boleh hilang gambar yang di 'sync' daripada internet tu. Siapa yang dah guna lama, mungkin lebih tahu camne nak buatkan? Tolong ajar kita. hehehe...

DICORET OLEH :



MY ADDICTED NOWDAYS

Assalamualaikum...

Game. Adalah aku salah seorang kaki game. Terutama game yang comel-comel. hee. Sejak pakai android ni, banyak gila game kegemaran aku di download secara free di App Store. Puas hati weh. Kalau tengah bosan kat tempat kerja, berhenti kejap sebarang 2 minit untuk ceriakan mood balik. weee! Yang ni my new addicted. Duduk diam2 tepi suami yang sedang layan tv, aku boleh habiskan pangkah semua words. hihi. Dah 4 kali main, 2 kali aku menang tanpa bantuan suami. hihi. Gigih gila aku habiskan ni.

Tapi yang bagusnya, menajamkan akal dan minda kita tau. Aku perasan yang aku lebih fokus pada sesuatu yang aku buat berbanding sebelum ni. Percaya atau tidak, try lah main sekali eh?

p/s : dalam tempoh nak masuk 3 jam, baru clear! fuhhh

DICORET OLEH :

DONE FOR REBATE SMARTPHONE

Assalamualaikum...


www.skmm.gov.my

Pagi tadi, aku dah berjaya daftar online untuk rebate rm200 smartphone. Alhamdullilah. Penat gak menunggu selama 17 hari baru berjaya daftar. hee. Korang dah? Sekarang nak jalankan misi untuk cari phone yang fleksibel untuk suamiku. hee. But, mostly semuanya touch screen. Adoyai. Yang pakai keypad semuanya belum di upgrade jadi smartphone ke? BlackBerry too small, but he loves so much. Aku je rasa tak best, pasal screen bapok kecil lahh, confirm tak puas nak main internet kan. hee. Think sheila... think wisely.. Haaa korang tolong fikirkan juga ye..

Korang check dekat link -->> pengedar rebat telefon pintar <<--, bolehlah tahu mana yang terbaik for my hubby. Thank you guys! Thank you Allah, syukur alhamdullilah :)

DICORET OLEH :



I MISSED MY SHAWL !

Assalamualaikum...



dah 2 bulan tak pakai shawl!
terasa kembali muda pula. miahahahah ;p


DICORET OLEH : 

GIVEAWAY NEW YEAR 2013 JIWA ROSAK

Assalamualaikum...


Dah lama tahu pasal giveaway daripada Jiwa Rosak ni, tak sangka last-last kena tag dengan +yana aina pulak. Memang sah kena meriahkan giveaway ni. heee. Kalau korang nak tahu hadiah-hadiahnya memang banyak gila. Tukang sponsor pun ramai tau. Confirm meriah gila giveaway ni tahap ke-10! hihi. 

SENARAI SPONSER (follow dan backlink)

Giveaway New Year 2013 Jiwa Rosak memang superb. Tak caya?  Korang tengok hadiah apa yang ditawarkan kepada pemenang bertuah nanti ->> Senarai Hadiah. Dah tengok? Gempak kan?

Dan jangan risau, setiap peserta akan dapat brooch tajaan Belalang Hijau Perisik, *tak sabarnya kita* Anyway aku suka baca blog abg Feroz ni. Entri kebanyakkan tentang isu semasa, sporting pula tu melayan komen2 daripada blogger especially aku. hihi. Kalau korang sudi nak meriahkan giveaway ni sebab dah kelabu biji mata tengok senarai hadiah, jangan lupa klik link bawah banner tu. Aku dah siap2 berangan bagai dengan hadiah-hadiah tersebut. Weee! 

Tag kawan-kawan sporting +Mar Haini Abdul Rahim +afisya afida +Nor Salmi dan kawan-kawan yang tengah baca entri ni. Sudi-sudilah join ye :)

DICORET OLEH :



JUBAH MURAH LAGI MENAWAN

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, aku dan suami keluar berjalan-jalan di sebuah pasaraya kecik berhampiran dengan rumah. Pasaraya itu dipanggil Hiong Kong ataupun nama baru dia sekarang The Store. hehe. Pasaraya ni penuh dengan jualan mega. Sampai 70% diskaun pakaian, *dah terbeli 2 dah untuk suami* hihi.

Aku sebenarnya tak rasa nak beli pape, just nak cuci mata. Kitorang naik tingkat 1, tiba-tiba tergerak biji mata ni memandang suatu harga yang sangat berpatutan untuk sehelai jubah yang gorgeous! Price start RM39 okey! Suami terus offer kita pilih mana yang berkenan. Auwwww! Malu kita jadinya. hehe. Mulanya nak amik yang paling murah, tapi corak dan warna agak tua. So aku pilih ini! Tengok gambar bawah ;-

Cantik tak? Material cotton yang lembut dan sejuk...

Terus terfikir, nak beli sebulan sehelai. Baju kurung dah tak berapa minat nak pakai sejak kawin. Selalunya mak rajin pergi ke Jalan Kenanga dekat KL tu untuk beli pakaian secara pukal. Nampaknya pasni boleh beli sendiri. Sangat berpuas hati dan alhamdullilah syukur. Hahaha. Mungkin dah sampai masanya menderma baju kurung kat orang yang lebih memerlukannya :)

DICORET OLEH :

PERCUMA DOMAIN [MY] *terhad*

Assalamualaikum...

Pagi tadi, buka gmail dapat email daripada AsiaHost...



Perhatian kepada pelanggan Asiahost,
Kami amat berterima kasih ke atas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf ke atas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

p/s: so apa lagi nak ditunggu kan? daftarlah pada yang berminat! terhad kepada 2000 blogger bertuah sahaja . Korang boleh try check domain yang korang nak guna di tepi sidebar blog aku ye.

DICORET OLEH :