norsheilasalleh.blogspot.com: September 2013

Butterflies Getaway to Lost World of Tambun


Assalamualaikum...
Alhamdullilah, tak sangka tercalon dan termenang antara 30 blogger untuk ke Lost World of Tambun, Ipoh. Kitorang dapat bercuti, berehat dan lepas tension selama 2 hari 1 malam di sana. Fully sponsored, cuma perlu bawa duit nak beli souvenier je. Kitorang pergi 22-23 September yang lalu. I was fikir dua tiga kali, sebab this is my first time pergi jauh tanpa suami disisi *read in sad mood please*
sheila shahfiekry
Akhirnya, suamiku izinkan juga pemergianku. Hee. Thank you so much hubby. Pagi ahad tu, lepas subuh suami hantar aku ke KL Sentral. Lepas tu sempat buat muka sedih masa bersalaman dengan suami, aku masuk seorang diri dan tunggu depan Mc Donald, like Tammy said. Tapi dekat 1/2 jam tunggu, aku taknampak seorang pun manusia tunggu depan Mcd. Walaupun rabun tahap cipan, mujur aku boleh cam Innanie. Yeayy! Bila dah jumpa orang, baru rasa selamat. Risaunya hati kalau kena tinggal =___='
Henry Lee - I Am Studio
Lepas bertemu dengan semua orang kat dalam mcd, kitorang daftar nama dan diberikan tiket naik ETS. ETS start jam 8 pagi. Agak excited la sebab first time naik ETS dan pergi Ipoh. hihi. FYI, ETS ni lain dengan KTM sebabnya ETS ni train untuk perjalanan jauh dan hanya berhenti di beberapa destinasi sahaja. Harga tiket untuk Gold Coast dari KL-Ipoh hanya rm35 seorang! Murah kan? Takyah nak hadap traffic jammed. Yang paling bestnya ETS sponsor perjalanan kami (",)
sheila shahfiekry
Lepas masuk ETS, kitorang duduk seat yang dah ditetapkan. Meet my partner in crime, Norfanil aka Nealofa. Sepanjang 2 hari 1 malam kat sana, dialah teman sebilik, teman aku main air kat Hot Springs banyak kali dan tak lupa juga sama-sama kuat makan. hihi. Memang syok sangat dapat partner yang jenis setuju apa sahaja. hihi.
sheila shahfiekry
Ohhh ya! kami semua dapat travel kit, sponsor by The Butterfly Project - Malaysia and partners. Ya Allah, gembiranya hati. Tengok travel kit yang awesome tu. Semua produk diberikan mengikut kriteria kulit masing-masing samada sensitif or normal. Semua orang suka travel kit! Worth more rm200 *terharu sangat* 
sheila shahfiekry
Perjalanan ETS hanya 2 jam 30 minit, disambut oleh staff Lost World of Tambun yang datang amik kami di stesen Ipoh. Meet Firdaus dan Syawal *yang pegang poster* Depa bawa kami naik bas yang telah disediakan. 
Henry Lee - I Am Studio
Hanya 40 minit perjalanan. Tak sabarnya nak jejak Tambun.
sheila shahfiekry
taraaaaaaaaaaaa, kami dah sampai :) 
sheila shahfiekry
Their rate ticket, quite cheap. Bolehlah datang sini lagi kan? hihi. Harap-harap dapat pergi lagi next time dengan family. Kot lah dapat diskaun kan. Dear Shafiqah, sila tunggu kedatangan kali kedua ku! hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Kepura Cave, tempat kami lunch..
Henry Lee - I Am Studio
Sempat lah posing lepas perut kenyang. Makanan dia memang tip top. Sejuk pula duduk dalam gua ni. Nasib baik ramai orang, kalau makan sorang-sorang. Rasanya tak tertelan nasi kot. hehe. Btw, tempat ni tak scary pun. Perasan aku je lebih. Nak tengok apa yang kami jamu?
Henry Lee - I Am Studio
Lunch sangat simple. Ada nasi lemak, ayam goreng, brokoli putih hijau bercampur keju dan kentang goreng yang super delicious. Tapi taktahu kenapa aku tak tambah nasi. hihi. Masih malu-malu kucing agaknya. 
Henry Lee - I Am Studio
Terliur tak korang?
Henry Lee - I Am Studio
Lepas makan, kitorang pergi Petting Zoo. Semua excited nak kawan dengan binatang.. Tapi aku tak, aku kan takut-takut berani. Tengok je boleh. hihi. Seronok tengok binatang yang unik like mangrove snake, silkie chicken, racoon, common stingray, peacock and so on.
Henry Lee - I Am Studio
Puas kami tawaf Petting Zoo, kami pergi Tin Valley. Kat sini, depa ajar camne nak asingkan air dengan timah. Tak ramai yang turun dalam air, join uncle tu. Aku tak turun sebab, penat berjalan. heee. Btw memang enjoy tengok cara uncle gelek kuali dalam air. hihi.
Henry Lee - I Am Studio
Masa minum petang, kamu dijamu dengan roti keras cicah kopi Ipoh. Pastu dapat makan telur ayam kampung separuh masak. Heaven. Tapi aku takleh tidur malam tu sebabnya kopi sangat pekat. Huwaaaa, siapa suruh minum kopi kalau tak reti kan? Sendiri menjawab ;p

Nantikan review pasal hotel (check up lepas habis game), hot spring & spa . Thanks for reading. Credit photo to Henry Lee from I Am Studio and me :)

Transformasi Blog


Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Alhamdulillah syukur, sepanjang 4 hari aku tutup blog ramai gak duk bertanya kenapa kan. Ingat aku dah tak public blog agaknya. hihi. Buat kesayangan semua, aku tutup blog 4 hari sebab nak betulkan widget followers. Tapi, coding blog berterabur habis. Syukur ada blog kedua. Just copy paste coding. Usha template dan betulkan semua sekali. Memang penat babe... Penat dan pening nak hadap coding. Aku bukan power sangat, tapi aku suka godek-godek dan edit ikut kesukaan hati. 

Sampai sanggup pm blogger-blogger famous like emasputih, shidaradzuan dan jiwarosak. Mujur sangat abg feroz daripada blog jiwarosak sanggup bantu aku tak sampai 5 minit. Kau memang super power man ek abang feroz? hehehe. Sekarang ni, on my way nak betulkan header biar centre dan masukkan semula header yang aku guna sebelum ni.

Rasa seronok gak tengok member bagi feedback blog ni nampak lebih kemas. Kembang hidung aku. Kau hado? 
*iklan sekejap* Review Blog 2.0 tinggal satu kekosongan ya. Dah 99 peserta. Sheila cuma cari seorang lagi peserta untuk cukup 100 orang.
p/s : boleh usha tutorial percuma, kalau nak cuba-cuba edit blog ya :)

Dress Cantik Menawan


Assalamualaikum...
Peminat dress semuaaaa, tolong jangan ketap gigi menahan rasa nak beli sangat dress kat bawah ni. hihihihi.... Hati ni pun dah jatuh tangga cinta kat dress yang sweet ni.

DRESS 92
*Harga - RM 85 untuk Semenanjung / RM 95 untuk Sabah & Sarawak
*Material - Lycra
*Ada getah kat belakang, ibu mengandung boleh pakai
*Free saiz S,M,L
DRESS SYAFA AQIRA II
RM 100, free postage 1 Malaysia
Saiz S,M,L
Material Lycra, high quality
Ukuran dada : 33.5cm - 50cm
bahu : 32.5cm - 49.5cm
labuh 143cm sesuai 170cm ke bawah
whatsapp : 011-28907646

p/s : cepat-cepat grab babe! memang berbaloi. saja tanak upload gambar dress banyak, nanti muntah hijau karanggggg ;p

Review Blog 2.0 #Part 7

Assalamualaikum...
Macam biasa, 3 lagi blogger untuk direview hari ni. Jumlah blogger yang dah direview baru 21 orang. Lagi 75 blogger mesti tak sabar kan tunggu giliran korang? hehe. Aku pun tak sabar nak habiskan review. Seronok juga bila tengok kawan-kawan yang tinggalkan komen bagi sokongan padu dan jejak kembali blogger yang aku dah review. Alhamdullilah. Saling mengunjung, eratkan silaturrahim. Terima kasih kesayangan semua, sayang korang banyak-banyak :)
sheila shahfiekry
PCL aka PakCikLie salah seorang blogger peramah yang rajin sekali singgah blog aku. Aku memang cukup terharu bila beliau sudi nak meriahkan RB 2.0 aku ni. Terima kasih PCL dan penulis bersama MamaD (isteri beliau). Sheila sebenarnya minat sangat salah satu header yang PCL pakai iaitu gambar bersama MamaD, masa countdown birthday MamaD kalau tak silaplah. Gambar tu nampak sweet gila. Nak lagi mengancam, sheila harap header tu dikecilkan sikit. Mungkin blog akan semakin comel :)

Widget terlalu banyaklah PCL, sheila rasa PCL kena rombak semula blog ni. Boleh cuba gabungkan widget yang ada kepada tabber widget. Bila blog nampak teratur, pengunjung pun senang hati nak singgah selalu. Penulisan PCL, memang bagus. Sheila suka dan terhibur untuk selalu tinggal jejak situ. Cuma widget followers tu better letak dibahagian atas segala widget. Agar nampak kita lebih menghargai pengunjung tetap kita :)
sheila shahfiekry
Cik Rose Cute, blog pink yang memang se-cute tuan blognya! Header kak rose sangat gojes! Ada glitter bila kita sasarkan mouse ke header. Gambar anak-anak tu, comelnya. Nampak bahagia bila letak gambar anak-anak di header. Acually blog ni dah nampak kemas tau kak rose. Sebab pada pendapat sheila, blog ni dah di-edit secantik yang boleh.
Tapi widget bloglist nampak banyak pula. Apa kata gabungan dalam tabber widget? Sheila berkenan sangat dengan font di sidebar yang akak guna. Sebiji macam kak suria pakai. Dah lama nak tukar ke font ni. Asyik tak menjadi je, hihi. Btw kak rose, sheila suka blog awak :)
sheila shahfiekry
BK, salah seorang penggemar warna hijau seperti aku. Dari dulu aku adore dengan header gojes dia. Doodle wanita muslimah memang selalu menarik hati aku. Teringin juga minta orang buatkan doodle. heee. Sheila rasa blog BK ni cuma terlalu banyak widget. Cuba try tabber widget macam sheila selalu suggest dekat blog rakan lain. Mungkin blog BK akan nampak lebih pendek dan ringan untuk loading blog.

Selain daripada itu, sheila suka penulisan BK. Banyak kisah menarik BK share seperti tips kesihatan, perihal agama, dan sheila perasan BK banyak join contest atau giveaway. Rajinnya BK. Bagusnya selalu support contest blogger. Sheila harap BK terus maju dan sukses dalam berblogging :)

Radix Fried Chicken


Assalamualaikum...
Ayam goreng dan aku tak dapek dipisahkan. Pantang nampak ayam goreng, tak kira ayam goreng kfc ke, ayam goreng mcd ke, ayam goreng jual tepi jalan rm1.50 pun mesti beli. heeee. Buat masa sekarang aku suka discover tempat jual ayam area Sungai Buloh. Bukan apa, kalau dah dekat dengan rumah. Senang nak ajak cik abang sekali. Tak gitu?
Dekat Sungai Buloh tu dah ada TSB. Pernah lalu situ? Kawasan tu tapak kilang, dah dinaikkan jadi kedai-kedai. Ada Bank Islam, Courtsmamoth, Ayam Penyet, Kedai Jamu, Kedai Sukan, Kedai Buku (besar punya), Hotel TSB, Kompleks Badminton dan juga Radix Fried Chicken. Lama dah aku perhati kedai ni, lepas berbuka puasa ajak suami tapau ayam kat sini.
Kami terpaksa tunggu lebih kurang 10 minit untuk ayam goreng masak. So aku pun snap lah kawasan persekitaran kedai ni. Not bad. Ada banyak kata-kata nasihat (agama) dan tips berguna untuk pengunjung RFC. Memang teruja aku baca semua tu. Terus set mind, owner kedai mesti orang beragama Islam. Teruja nak support RFC sebab takda gov tax dalam pembelian. hehehe. Murah sikit harganya daripada KFC. 
sheila shahfiekry
Lepas google baru tahu, RFC ni milik bumiputra bernama Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan (HPA). RFC ni mula beroperasi mulai 1 Jun 2008 dan mempunyai pusat operasi di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Kagum aku dengan pencapaian beliau. Kalau korang nak tahu, RFC juga terkenal dengan kopi radix. Tapi tak sempat lagi nak rasa kopi. Insyallah akan singgah sini lagi.
sheila shahfiekry
Suamiku order burger. Rotinya agak keras tapi dagingnya not bad. Cadangan aku, harus perbanyakkan sayur dan variasikan warna. Nampak hambar sangat burger ni. hehehe. 
my fav food ever - fried chicken ;p
Ayam goreng, sentiasa sedap di tekak aku. haha. Cuma tak berapa spicy macam ayam goreng mcd. hehe. Korang dah pernah makan RFC berhampiran dengan tempat korang? Share with me...

Review Blog 2.0 #Part 6


Assalamualaikum...
Dah banyak hari terpaksa skip review blog. Im so sorry, sebab blog ni ditutup bermula 2 petang (20 Sept) sampai pagi semalam (24 Sept) baru buka semula. Alasannya adalah widget followers yang jadi masalah sejak review blog 2.0 bermula. So aku nak suggest sikit, kepada yang takleh nak follow aku haritu. Sila follow cepat ya, hehehe. Nanti dapat giliran tak terlalu lewat untuk tunggu direview. Aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat Feroz Othman admin JiwaRosak yang sudi bantu aku tak sampai 5 minit selesai. Gila power kau bang! Salute!

So kita sambung review blog, jangan lupa terjah rakan-rakan semua ya. Aku dah letak link review di tepi sidebar. heee (",)

sheila shahfiekry

Blog kepunyaan asmar memang sweet, terutamanya header. Nampak smooth sangat warnanya. Tetapi banyak widget sehingga agak serabut pada pandangan mata sheila. Sheila sarankan bloglist Asmar disatukan di sidebar kanan blog bukan dibawah entri. Sebab link blog ni salah satu cara backlink semula ke blog awak. Seharusnya ada di tempat yang senang orang nampak dan klik.
Sidebar pink Asmar memang memukau mata sheila. Font blog terlalu kecil, mungkin harus dibesarkan sedikit agar tak merabunkan mata orang seperti sheila yang sedia rabun ni. hihi. Iklan yang ada tak banyak tapi agak makan ruang widget di sidebar. Mungkin boleh dikecilkan sikit. Biar nampak lebih kemas. Agak-agak widget lain tak penting, buanglah. Boleh ringankan loading blog bila orang nak masuk :)

sheila shahfiekry

Blog adik Amira yang simple yet nice. Seorang travellogue yang comel dan bercita besar. Akak suka baca travellogue Amira terutama sekali pengalaman beliau ke Madinah. Penceritaannya sangat touched my heart dik. Seriously. Blog agak gelap tapi tetap menarik. Tak banyak yang boleh akak komen sebab blog awak simple Amira.
Just nice, cuma kalau boleh tulisan di sidebar diterangkan sikit supaya orang senang nak baca. Akak terpaksa highlight untuk baca, hihi. Overall, akak suka blog kamu. Korang harus terjah dia :)

sheila shahfiekry
http://blogmizzaiza.blogspot.com

Salah satu blog favourite sebabnya tuan blog rajin share resepi gojes guna pemanggang ajaib! Heee. Terliur tengok resepi yang sempoi tu. Banyak juga tips kesihatan dan kecantikan boleh kita amalkan. Tak lupa juga entri-entri agama yang boleh dijadikan panduan buat kita yang terkurang sana sini. Insyallah.
Blog kak Aiza nampak simple tapi widget agak banyak. Sheila rasa boleh dikurangkan atau dimaksimumkan. Kalau boleh buat gabungan dalam tabber widget. Biar blog nampak simple tapi menarik. Boleh gitu? Warna blog sangat harmoni, nampak sweet macam owner blog. Yang lain sheila tak komen lebih-lebih. Hanya widget je :)

Bajet Keseluruhan 4H3M di Krabi, Thailand

Assalamualaikum...
Dah ada yang bertanya berapa bajet aku pergi berjimba kat krabi ni. hehehe. Bagi aku tak mahal, tapi besar jumlah yang kami habiskan bersama di sana. Paling penting ianya berbaloi sebab memang kitorang enjoy sangat berbulan madu kat sana. So kat bawah ni aku note down segala perbelanjaan sebelum dan semasa di Krabi. Moh ler pitam sesama baca bajet keseluruhan ke Krabi, Thailand :-

(A) Perbelanjaan sebelum ke Krabi
* sunplay spf130 : RM 29.88
* seluar pendek Antioni 2 helai : RM 53.85
* inner 2 helai : RM 20
* spek mata hitam : RM 10
* tiket flight untuk 2 orang (takda add on makanan&seat) : RM588
* tambang teksi rumah Yaya ke KL Sentral : RM 9 sepasang
* tambang shuttle bas KL Sentral - LCCT : RM 16 sepasang
* makan minum di LCCT : RM 15 sepasang
* tambang van pergi balik airport Krabi - hotel : RM 56.80 sepasang
* booking online Aonang Goodwill Hotel : RM258 sepasang

(B) Perbelanjaan di Krabi
* hari pertama :
-> Elephant Trekking + Emerald Pool + Hot Spring Waterfall : RM 208 sepasang termasuk lunch + van
-> Shopping di Night Market Krabi Town : RM 201.30

* hari kedua :
-> Phi Phi Island Tour : RM 228.80  termasuk lunch + tuk tuk
-> makan di Restoran Chabai : RM 37.45
-> beli seketul FM : RM 10.40

* hari ketiga :
-> 4 Island + Kayaking : RM 135.20 termasuk lunch + tuk tuk
-> masuk toilet : RM 4.15 sepasang
-> makan di Restoran Sarepah : RM 22.90
-> Dara Massage, body scrub+thai massage : RM 72.80

* hari keempat :
-> beli souvenier tambahan di airport : RM10.40

(C) Perbelanjaan tambahan
* tukar duit rm50
* duit tip untuk rider gajah : RM 6

Jumlah perbelanjaan (A) = RM 1056.52
Jumlah perbelanjaan (B) = RM 931.40
Jumlah perbelanjaan (C) = RM 56.00
Jumlah keseluruhan ABC = RM 2042.12 (total duit yang digunakan)


Sekian sahaja review Krabi. Semua harga ikut rate yang aku dapat 10.40 ya. Kalau ada yang ter-miss cerita pasal Krabi, boleh usha semua link kat bawah ya :-

Tutorial : Add Me to Your Dashboard [without follow button]

Assalamualaikum...
Pelik bin ajaib. Rentetan daripada Review Blog 2.0 [Senarai Peserta] dan Review Blog 2.0 . ramai cakap dah join. So button follow yang sedia ada kat blog selama ni, rupanya tak bagus. So aku nak ajar cara manual follow blog aku ye. Dah 2-3 blogger berjaya buat, aku dapat detect dekat listing followers. Alhamdullilah. senang kerja, bila blogger lain beri kerjasama :)
sheila shahfiekry
Copy link blog orang yang nak difollow, pergi ke Dashboard korang.
sheila shahfiekry
dah klik kan? Terus je paste link blog kawan tadi kat situ, then klik button follow
sheila shahfiekry
Tunggu beberapa minit, akan appear blog rakan yang anda nak follow tu.
Mudah kan? hehe. Terima kasih ye beri kerjasama pada aku. Aku akan review semua, jangan risau. Just wait for your turn okeyyy. Kalau ada yang perasan blog korang yang join Review Blog 2.0 takda dalam bloglist 'My Lovely Friends', sila bagitau ye. Rasanya ada tertinggal, tapi tak sure siapa :)

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

Assalamualaikum...

Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

#WW- 32 (Berzikirlah)

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry

Review Blog 2.0 #Part 5

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Review paling special bagiku. hahaha. Memperkenalkan bakal akak iparku diberi nama Ain Eddihar. hihi. Blog berkisar tentang agama, tips dan banyak kisah tauladan dikongsikan. Tak jemu membaca, malah bagus juga kita tambah ilmu yang mungkin kita dah lupa. Kan? Blog mak ndak sangat comel sekarang, berbeza gila dengan dulu! Sebab mok su perasan mak ndak dah pandai edit blog. Kita suka! Blog nampak simple dan ringan sebab widget yang mak ndak guna sikit je. Background putih memang tak jemu dipandang. Pandainya bagi sentuhan.
Satu benda je nak bebel kat mak ndak. Minta besarkan font size. Mok su is rabun. hehehe. Yang lain, taknak sentuh. Kita jeles tengok blog mak ndak dah awesome! Font apa mak ndak guna ekk? Nak tukar jugaaaaa.... ;p
sheila shahfiekry
Terpaksa buat print screen sebab akak ni dah bagi amaran takleh curi gambar. haha. Blog akak Mar Mansor ni manis betul. Warna yang digunakan memang naik serinya. Header ada gambar suami dan anak. Sweet gila kak. Bila sheila nak buh header bertiga macam kak Mar ni. hihihi. 
Terus terang sheila cakap, blog ni memang comel. Widget tak banyak tapi boleh dikurangkan kepada yang penting sahaja supaya blog senang loading. Tak buat followers menunggu lama untuk membaca dan komen. Nak tanya sikit, siapa editkan blog? So comel...
sheila shahfiekry
http://www.momoy-blogirl.blogspot.com
Blog pink yang gojes! Meet princess Momoy yang sweet. Aku memang cukup berkenan dengan cara dia bercerita dalam blog. Very sempoi. Baru menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke [rahsia...] pada 03 September 2013. Masa nak godek blog untuk direview ni, baru perasan dan sempat juga aku kirimkan ucapan buat Momoy. Momoy ni kreatif tau. Salah satu post yang menarik hati aku adalah projek merdeka raya. Post banyak tentang beauty. Memang perlu korang terjah tau!

Header sangat cun, sheila suka! Nak sarankan kebaikan sikit, widget penting seperti followers dan blog archieve harus berada di bahagian atas segala widget. Warna font, perlu digelapkan sedikit. Sebab sheila ni rabun kak. Kalau sheila masuk blog yang cinonet je tulisannya, sheila jadi malas nak baca, sebab takut makin rabun =_____=' Yang lain, just sweet je Momoy.

Hadiah Pendrive 8GB dari Blogger Mia Liana

Assalamualaikum...
Alhamdullilah syukur, tak sangka dapat rezeki daripada menjawab statistik perasaan pengunjung oleh blogger Kak Mia Liana yang famous tu. hehehe. Masa diumumkan pemenang soal selidik 2 tu, kita tak terfikir apa-apa langsung. Baca dengan niat nak tahu siapa yang menang. Itu je. Sekali tengok nombor kita naik (",)
Terus happy gila. Rasa nak lompat-lompat dalam kereta. Boleh? hahaha. Gitulah adat orang terkejut beruk bila menang. Dua tiga kali baca entri kak mia, belek nombor yang menang tu. Rasa cam tak percaya. Hadiah pun kita tak sure menang apa. Kak Mia bagitau dapat 8GB. Sukanya hati ku... My friend- KisahSiDiary menang tempat kedua. Happy untuk kak Ida dan terima kasih banyak buat Kak Mia untuk hadiah yang awesome ni :)
p/s : alhamdullilah syukur atas rezeki ini

Bedak Meiko Naturactor

Assalamualaikum...
Semua orang suka jaga muka. Semua orang suka dengan kecantikan. Tak hairanlah zaman sekarang ni produk kecantikan laku macam pisang goreng. Tapi aku ni pemalas. Sebab kulit aku sensitif. Dah lama rasanya aku tinggalkan bedak asas. Aku cuma rajin cuci muka. Yang lain, harom nak buat. 
Tapi dua tiga menjak ni macam terseru semula semangat nak jaga kulit muka. Meet my bedak - Meiko Naturactor. Aku beli kod 141 untuk kulit cerah chinese dan melayu skin light. Dulu pernah pakai orang punya. Terus suka dengan produk ni. Tapi produk ni tak ramai yang jual. Aku jumpa dekat website Butik eDast. Lepas 2 hari bayar online, terus dapat barang. Ya Allah, gembiranya hati :)
cinonet je dua barang ni ;p
sheila shahfiekry
Apa yang korang perlu tahu, rahsia kecantikan naturactor :-
100& menutupi pigmentasi, parut, cela, jerawat dan noda hitam
anti kilauan / tidak berminyak
ringan dan lembut pada kulit, seakan-akan tidak memakainya
melindungi kulit dari sinar UV yang menyebabkan pigmentasi
tidak menutupi pori-pori
sering digunapakai oleh make-up artis professional
kualiti yang bagus bagi bedak asas
tidak melekit & menutup cela dengan kemasan sempurna
Antara 10 jenis kod warna yang dijual di Butik eDast, harga RM49.90 tak termasuk postage ya. Pastikan juga yang dibeli itu produk original. Ada cara nak tahu produk tu tiruan atau original dari segi bau, tekstur, sticker, hologram dan paling nyata sudah pasti hasilnya. Heee. 
Butik eDast
Sekiranya ada yang terniat nak beli atau usha-usha dulu, boleh ringankan tangan untuk klik link-link yang ada. Jika terluang masa, boleh singgah terus ke alamat yang diberikan. Pasti berbaloi punya. Jom usha Fatin Liyana buat entri squircle scarf - produk Butik eDast.
Website : Butik eDast
Alamat Shah Alam : B-6-1 Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, G16/G, Persiaran Selangor, Seksyen 16, Shah Alam
Alamat Serdang : No. 10G, Jalan 18/35, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan

Review Blog 2.0 #Part 4

Assalamualaikum...
Ibu Salmi, antara blogger yang aku anggap sebagai ibu. Pernah direview oleh aku suatu ketika dahulu. Tak sangka ibu sudi juga memeriahkan review sheila ni. Blog ibu sangat kemas. Guna background putih, memang bagus sekali. Gambar doodle di header ibu, salah satu tarikan sheila ketika pertama kali jejak sana. 
Ibu bijak menjimatkan ruang diblog. Boleh dikatakan blog ibu cepat loading. Widget digabungan kepada tabber. Ibu banyak memberikan tips keluarga bahagia, tips jadi suami isteri yang baik, doa-doa harian, khasiat makanan seperti ulam-ulam yang sangat jarang didengari oleh sheila dan juga resepi unik. Sheila sungguh kagum dengan pendekatan ibu dalam entri-entri yang dihasilkan. Ibu juga mempunyai bakat kreatif tau. Pernah siapkan hantaran untuk keluarga terdekat. Nak bagitahu korang, Ibu sebenarnya seorang guru. Thats why, i love to read your entry ibu :)
First time masuk sini, rasa tertarik kerana menggunakan domain blogspot.com dan layout untuk SEO. Unik kan? Tapi iklan banyak sangat. Kalau iklan versi kecil sedikit dan digabungkan dalam satu widget, lebih menarik kot. Widget yang banyak boleh dikurangkan sedikit supaya blog awak tak messy dan cepat loading. Amik mana yang penting. Sheila syorkan masukkan widget yang nak dikurangkan kepada pages dan bubuh di bawah header. Rasanya strategi itu lebih memantapkan blog cik matahari daripada kelihatan bosan sekaligus menceriakan blog. *harap tak marah sheila memandai review itu ini*
Cara penulisan, sheila suka. Senang dibaca dan mudah difahami. Isinya hanya yang penting dan menarik. Sheila berbesar hati dapat tengok template yang cik matahari gunakan. Sheila berkenan sungguh. Err boleh bagitau template ni free ke berbayar? hehee
Ayat yang ada diheader dia, betul-betul buat aku tersengih! Aku boleh rasakan sense of humor Cik Itah ni. Blog dia simple, kecik, comel dan warna biru tu buat aku bluess. Penceritaan di setiap entri dia simple tapi bermakna. Aku boleh agak Itah ni simple dan sempoi. Teringin nak berkenalan lagi Itah, hehehe. 
Widget yang ada, tak banyak. Nampak kemas setiap perincian. Tapi widget followers tu lebih baik diletak dibahagian atas. Nampak lebih appreciate semua followers kesayangan. Kalau boleh, cuba adjust sikit widget yang ada atau gabungkan mana yang boleh sebagai tabber widget. Yang lain, semua okey Itah :)

Little Khalifah

Assalamualaikum...
via fb
Subhanallah. Pagi-pagi buta cinta tengok gambar ni. Jatuh cinta terus! Rasa macam dah pernah tengok tapi asyik terlepas pandang nak copy masuk blog. Hari ni, dapat tengok lagi gambar baby ni. Allah! Jatuh air mataku...

Review Blog 2.0 #Part 3

Assalamualaikum...
Dah masuk review hari yang ketiga. Maaf ye kalau ada kawan-kawan yang terjenguk-jenguk sini setiap hari. Aku tak tentu nak update review ni. Tapi besar harapan aku nak review 2 hari sekali. hehehe. Agak bercelaru nak check senarai peserta. Tambahan pula button follow buat hal. Tensi jadinya. Tapi jangan risau, review tetap berjalan...
sheila shahfiekry
Kak Lynn Munir yang sporting. Lagi satu blog yang kemas teratur. Warna biru yang digunakan membuat aku tenang setiap kali blogwalking sini. 
Kak Lynn guna google+ comment box, memang up-to-date. Sheila suka sebab salah satu kebaikan guna google+ ni boleh naikkan SEO blog kita bila rakan-rakan sudi klik button g+ di bawah setiap entri. Widget bawah entri tu sangat berguna. Kita boleh terus blogwalking ke blog rakan yang sudi tinggalkan blog di Mister Linky ni. Tapi widget popular post tu baik ditukarkan kepada blog archieve. Sebab senang nak tahu apa entri yang Kak Lynn dah updated. Yang lain bagi sheila, ok. Just nice.
sheila shahfiekry
Salah seorang blogger yang pernah jumpa. Lawak gila kenal dia, dok sibuk panggil aku 'kakak' padahal dia pangkat kakak aku. hahaa. Ni pun blogger tak sombong, selalu chat dengan aku. Bila nak lepak lebih lama ek? Rindu...
Header kak emma cantik. Tapi nak tegur sikit (jangan kecik hati tau yangggg), lebih manis kalau ditukar sebab emma kan dah berhijrah. *syukur alhamdullilah* Baru tambah manis nak terjah! Penggunaan alignment tengah ni agak serabutkan pandangan mata sheila la. Orang lain, taktahu. Cuba test update entri guna alignment tepi. Mesti nampak lebih kemas dipandang. Penceritaan kat blog, sempoi. Sheila suka. Widget tak banyak, tapi kalau transfer widget yang penting kepada pages dan letak di bawah header. Lagi nampak kemas. Overall, blog warna biru buat jiwa tenang bila blogwalking sini :)
sheila shahfiekry
Ni kalau ada yang tak kenal. Taktahu lah nak kata apa. Blogger paling sporting dan tak sombong punya, rajin blogwalking dan rajin share ilmu pasal coding. Aku salute Kak Mia! hehe. Sebenarnya malu gila nak review blog otai ni. Serba salah jadinya. Penggunaan widget yang minimum, blog senang loading. Memang gemar singgah sini. Takda benda nak komen sangat, kemas betul blog. Kak Mia kan pandai dalam bab coding. Boleh usha tutorial yang ada kat blog Kak Mia ya.
Wahh lega hati, review semakin berjalan dengan lancar. Alhamdullilah. Jangan lupa, ringankan diri terjah rakan yang dah direview ya. Terima kasih banyak pada yang sudi memeriahkan segmen Review Blog 2.0 sheila ni :)

Diskaun 15% Dari Tudung 2U

Assalamualaikum...
Mesti yang kaki shopping online menggigil baca entri ni. hahaha. Jangan kakak, jangan parkison sambil blogroll sini. heeee. As i knew, Malaysia salah satu negara yang memiliki penduduk beragama Islam. So tak hairan lah ramai orang buka online shop atau kedai jual tudung. Memang laku sungguh.

Hari ni nak share dengan korang pasal Tudung 2U yang memang famous amous tu. Jum usha sikit apa jenis tudung yang dijual di Tudung 2U. Rambang mata wehh tengok, dah siap-siap terjah cimb clicks. Motif? ;p
selendang, tudung awning ada dijual. Pelbagai corak dan warna
Tudung Bawal Kelantan No 1
Tudung awning chiffon layer

Halfmoon Corak, hot selling! Harus grab buat koleksi

Selendang panjang Viscose, sejuk mata memandang hijau
Dan berita baiknya! Untuk pembaca blog sheilashahfiekry boleh dapat diskaun 15% dengan menggunakan baucer yang diberikan kat bawah ni :-
Guna baucer - AFG2013
Valid - sampai 30 September 2013
p/s: harga yang aku state kat atas tu harga Tudung 2U .. Belum diskaun 15% lagi, heee sila shopping dengan gembira ya :)