norsheilasalleh.blogspot.com: June 2014

Testimoni Suami & Secret Laxing

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Dah pernah dengar produk pelangsingan dan penurunan berat badan Secret Laxing? Ada banyak kebaikan yang terdapat dalam produk ni. Korang boleh check link entri - Shape Your Body With Secret Laxing. Untuk review produk kali ni, aku minta suami mencuba kerana beliau ingin tampil ramping untuk raya tahun ni kerana teruja nak menyambut bersama anak kecil kami. hihii. Aku tak dapat nak cuba sendiri kerana produk ni tak sesuai untuk ibu mengandung dan ibu sedang berpantang. 
Belum cukup sebulan lagi suami cuba produk ni. Perubahan yang dialaminya masih belum cukup memuaskan. Perlu sedikit masa lagi untuk tengok hasilnya. Rasa dan baunya seakan laici dan tidak terlalu manis ataupun pahit. Tekak suami masih lagi boleh menerima. Tekak sendiri tak dapat nak rasa sampailah habis pantang 44 hari ni Y_____Y"
sheila shahfiekry
*gambar terbaru*
sheila shahfiekry
*target nak beliau kurus camni, in shaa Allah*
Kalau nak badan cepat langsing, pengambilan produk ni haruslah disertakan dengan senaman dan jaga pemakanan. Kiranya, bukan 100% kita bergantung pada produk ini semata-mata nak kurus ya. Ini bukan ubat magik. hihi.
Berminat nak cuba? Secret Laxing juga menawarkan harga yang berpatutan :-
RM33.00 sebotol untuk Semenanjung
RM39.00 sebotol untuk Sabah & Sarawak
BRD18.00 sebotol untuk Brunei
SGD18.00 sebotol untuk Singapura
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk yang ada, boleh direct klik pada link-link dibawah ya :-

CPUV - Running Now !

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Alhamdullilah, akhirnya dapat gak tengok CPUV tengah running. hiewhiew. Rajin-rajinlah singgah sini ya. Terima kasih banyak semua (",)

Hari Istimewa Kami

Assalamualaikum...
Alhamdullilah syukur Ya Allah (>_________<) Semakin terisi hidup kami suami isteri sejak lahirnya Muhammad Adam Husni pada 25 Mei 2014. Hari istimewa kami diraikan dalam keadaanku berpantang. hehehe. Apa yang istimewa? Tarikh pernikahan kami berdua, 27 Mei dan 6 Jun merupakan hari kelahiranku. 
Sehari sebelum bersalin, aku dapat cupcakes comel daripada bakal akak ipar. Macam tahu-tahu je hari istimewa kami jatuh masa hari aku berpantang. hihi... Aku memang kerap makan kek potong sebelum bersalin. Agaknya aku lepas gian dulu ye dok? hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Tak perlu nak hadiah atau makan kek, cukuplah dengan kehadiran Muhammad Adam Husni dalam hidup kami berdua. Rumah pun dah semakin meriah dengan suara Adam Husni menangis nak susu, menangis nak tidur ataupun menangis sebab tak selesa pamper penuh. hihi... Tak sabar tunggu habis pantang, nak bawa Adam Husni jalan-jalan dengan umi baba dia. Boleh celebrate hari istimewa ni (",)

Lahirnya Zuriat Kami


Assalamualaikum...
39 weeks 3 days
Alhamdullilah, tak terucap kata kesyukuran daripada bibir kami setelah zuriat yang dinantikan selama ini keluar dari rahimku dengan selamat dan sempurna. Berikutan daripada my false labour experienced, aku dok ngajak adik aku berjalan bagi mudahkan proses bersalin. Sempatlah tawaf FRIM Kepong tu. Dapat lepas ngidam nak mengunyah bubble choc rice. Fuhh. Akhirnya, malam 24 Mei 2014 aku mula rasa sakit contraction 20 minit sekali selama sejam kemudian jadi lebih kerap iaitu 5 minit sekali untuk 1 jam seterusnya. Aku menahan sakit dalam keadaan nak tidur sebenarnya. Bila dah notis 2 jam berlarutan baru aku whatsapp suami dan inform beliau. FYI aku tidur rumah mak sebab nak manja-manja dengan anak buah semua. Aku terus pegi tanya mak, sampai menangis la rasa sebak bila tahu diri ni nak bersalin dah. Debornya hanya Allah sahaja yang tahu. Mohon ampun maaf dekat mak, perkara paling buat aku cukup sensitif. Terus ke Hospital Sg Buloh dengan my akak & adik. Suami da siap tunggu kat hospital. Kekuatan aku semakin meninggi bila dapat jumpa suami. Mohon ampun dan restu daripadanya.

Masuk check in nama, terus ke bilik CTG. Dah 5cm terbuka. Aku diberi mandat lepak dalam bilik CTG tu sebab wad dan labour room penuh. Aku dok layan contraction sorang diri. Makin kuat sakit tu, makin tak duduk diam. Sampai aku tumbuk dinding dan mesin CTG hahahahaha! Masa tu baru 12 tengahmalam. Memang layan sangat rasa sakit tu. Terkemut-kemut dibuatnya T______T

Dalam jam 3.30 pagi, nurse check bukaan dah 9cm. Terus kena tolak pergi labour room. Fuhhh debor wehhh. Kat labour room kena check CTG dan VE lagi. Masa ni bukaan jadi 8cm pula. Sadis daku dengor. Ingat dah boleh meneran. Depa tinggalkan aku sorang diri layan contraction tu. Ke kiri ke kanan aku mengiring setiap kali sakit contraction datang. Terjerit juga banyak kali! Tak boleh control ayu lagi. Aku rasa nak meneran sangat-sangat dah. Jam 4pagi, staff nurse tu tengok result CTG aku rosak sebab aku tak dok diam. hahahahha kena marah memang touching kot. Aku minta maaf kat staff nurse tu. Sekali lagi doktor check VE, depa sahkan aku dah dilated 10cm. Doktor masukkan tiub kencing *serius ngilu, ubat berak tak dapat sebab aku dah membuang air besar kat rumah*

So masa kebenaran untuk meneran. Suamiku dibawa masuk. Masa ni aku bersyukur sangat. Lega dapat lihat suami disanpingku. Tak putus-putus zikir doa Nabi Yunus dibibirku. Saat digunting bahagian bawah tu, memang terasa gila cuma sakitnya tak terbanding dengan apa yang tengah aku lalui. Aku kena marah banyak kali kot sebab tak reti nak meneran. Aku rasa nak give up T____T" .Suami siap tengok bawah katanya dah nampak kepala baby. Sedaya upaya aku meneran dan curi nafas masa sakit contraction datang. Akhirnya jam 4:20 pagi, staff nurse sambut zuriat kami.  Alhamdullilah, Allahuakbar! Menangis syahdu aku tatkala ditunjukkan zuriat kami. Suami terus kucup laju dahiku, masa ni dua-dua meleleh laju. Tanda syukur yang amat atas kurniaanMu Ya Allah.

sheila shahfiekry
Baby diletakkan atas dadaku untuk sesi bonding time. Suami dok snap picture kami berdua. Then depa berdua dibawa keluar sementara aku dijahit. Huwaaa ngilu gila. Nasib baik dia bagi suntikan dekat peha. 4:40 pagi, settle jahit. Baby siap mandi. Suami azan dan iqamatkan disisiku. Syahdu moment in my life. Tak habis-habis ditangkapnya gambar aku dan baby untuk tatapan keluarga kami. Aku ditolak masuk ke bilik waiting room for wad. Baby pun ikut sekali. Dapatlah lena kejap-kejap. Jam 3 petang baru dapat wad. Lega sangat. Keluarga aku dan keluarga mertua mai ziarah petang tu. Happy sangat ~~~

25 Mei 2014 , 4.20 pagi
Baby boy seberat 3.1kg
Muhammad Adam Husni (",)

p/s : maaf sangat tak dapat nak attach gambar baby sehingga habis pantang.