norsheilasalleh.blogspot.com: July 2014

Dah 1000 Followers !!!

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Alhamdullilah. Tak sangka followers blog dah mencecah 1K. hahahhaaaa, terima kasih banyak semua yang sudi follow, singgah dan tinggalkan komen kat blog aku ni. In shaa Allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk blogwalking ke blog korang dan follow mana yang baru kenal. hihiiii. 
Rasa teruja sangat tengok angka 1k, terus rasa macam nak upgrade blog. Maybe tukar domain buat kali kedua? hahahhaa. Entahlah, tengoklah lepas raya ni apa kelainan yang ada kat blog. Tunggu ya.

belanja gambar anak satu ~~~
sheila shahfiekry
p/s : Muhammad Adam Husni dah masuk 2 bulan, alhamdullilah.

Berspa Di Rumah

Assalamualaikum...
Rasa macam terbiasa nak manjakan diri walaupun dah habis pantang. Rindu nak berbau herba-herba dan berurut badan. Walaupun aku jenis penggeli bila diurut badan, masa berpantang hari tu tersangat suka diurut. Kena pula tukang urut tu terbaik, sambil diurut sambil beri bermacam petua. Sesi mengurut sangat best gila, 3 hari berturut pakejnya. Sekarang ni terasa nak pergi spa, tapi takda masa. Sibuk uruskan anak dan suami. Sejak jadi superwoman ni boleh kira dengan jari berapa lama je waktu rehatkan badan. 
Makanya, cari solution paling mudah dan menyenangkan. Mari berspa di rumah sendiri. Yang bestnya, boleh jimat masa dan duit sekali gus! Barang yang kita gunakan ni tiada campuran bahan kimia, semuanya semulajadi. Dijamin selamat lagi selesa (~___~)

In shaa Allah, hasilnya disukai...
sheila shahfiekry
Apa yang kita perlukan ialah :-
1) NV Foot Care "Henna Herbs" (RM29)
2) Heel & Body Scrapper (RM 10)
3) Body Scrub Yogurt (RM 29)
4) Lavender Massage Oil (RM29)
sheila shahfiekry
NV FOOT CARE "HENNA HERBS" , HEEL & BODY SCRAPPER

Garam kaki ni banyak khasiatnya. Antaranya boleh melancarkan peredaran darah, meningkatkan oksigen dalam badan, mengendurkan ketegangan urat dan banyak lagi. Amalan merendam kaki di dalam bekas berisi air suam yang dicampur garam kaki telah wujud sejak zaman dahulu, tapi dulu pakai batu buat gosok. Zaman sekarang guna scrapper untuk membuang kulit-kulit kasar di tumit, buku lali dan tapak kaki. Diri akan lebih relaks semasa sesi ini berlangsung. Memang rasa berkurangan lenguh kaki, kaki penat selepas seharian berdiri dan juga masalah kaki berbau. Solution dia, rajin-rajinlah gosok dengan scrapper ya bagi mengelakkan rasa rendah diri bila nak pergi beli kasut baru. hahaha
sheila shahfiekry
BODY SCRUB YOGURT
Balik kerja dengan belengas bercampur penat berproduktif selama 8 jam lebih di tempat kerja, memang perlu manjakan badan bagi mendapat rehat yang cukup. Lebih-lebih lagi, dapat scrub badan menggunakan scrub berperisa yogurt. Sesuai ntuk kulit gelap, kurang bermaya, kulit berbelak, kulit mati bertimbun boleh melulur dengan BSY. Fuhh dia punya licin kat badan tu, macam kulit baby. Tanak kalah dengan kulit Adam. hikhik. Aku memang suka pakai produk yang ada campuran yogurt seperti syampu sunsilk yogurt. Mula suka guna yogurt dalam produk kecantikan sejak masuk menengah. Paling tambah dia punya syok, gosok badan guna scrapper bagi sental kulit mati yang degil tu. Bila tengok kulit lebih bersih dan gebu dipegang, keyakinan diri bertambah dengan sendirinya. Ahaks
sheila shahfiekry
LAVENDER MASSAGE OIL
Sapukan di seluruh badan selepas mandi atau setiap kali selepas melulur. Make sure keringkan badan dahulu. Khasiatnya untuk menghaluskan dan mengekalkan kelembapan kulit, tidak melekit serta cepat meresap pada kulit.. Belai dan urut badan secara lembut. Sesuai untuk urutan aromaterapi juga bagus untuk hubungan suami isteri. hahahha *gelak nakal* Tidur selepas mengurut badan adalah satu bonus supaya bangun pagi lebih cergas. heee. Bauan lavender memang mengasyikkan, rasa terbuai bila dapat bau... Tak rugi cuba spa di rumah sendiri. Lebih berbaloi, lebih tenang dan pastinya puas hati. hihi
Berminat nak cuba?

Nuffnang : CPUV 2 & 3

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Alhamdullilah, CPUV yang kedua dan ketiga dah menjelma. hiewhiew. Terima kasih banyak Nuffnang sudi beri extra kat blog kita. Pada yang rajin-rajin mai blog tu, jangan lupa menabung dengan ikhlas ya. ahahahah kita takkan lupa menabung untuk kalian juga. weeee
p/s : makin bertambah duit tabung nuffnang, murah rezeki Adam Husni. Syukur Ya Allah (~__~)

Mini Giveaway #27

Assalamualaikum...
klik gambar untuk join
Tiba-tiba nak join satu giveaway daripada Kak Intan Berlian. hihiii mentang-mentang la giveaway dia berkaitan dengan anak. Laju terus aku joined. kuikuikuiiii. Anaknya Alisha dan Aqilah akan cari 20 pemenang untuk terima hadiah rm5 setiap seorang. Bestnyaaaaa (~___~)
beri nama anak-anak soleh dan solehah berumur 0-12 tahun
highlight : -
* kalau belum ada anak atau belum kawin, boleh beri satu nama anak saudara, adik, nama cucu pun boleh.
* pada yang ada anak sendiri, kalau ada 5 orang anak. Semuanya boleh join ya.
* giveaway berlangsung 18/07/14 hingga 12malam 20/07/14 sahaja.
* 21/07/14 senarai peserta akan diupdate.
* 22/07/14 akan umumkan pemenang, sila alert jika lambat bagi no akaun akan diberikan kepada pemenang baru.
*pastikan peserta semua ada no akaun Maybank, senang nak bank in hadiah.
nama anak : Muhammad Adam Husni
umur : 1 bulan 3 minggu 3 hari
Apalagi, jum meriahkan giveaway ini. Mana tahu, rezeki anda dibulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Cair Weh !

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry







Cair weh !










hati aku















bila mana aku buka bekalan coklat moist tertera "I Love You" diatasnya!








Suamiku,








awak betul-betul buat kita terperanjat !






hebat betul penangan suprised awak !







Sekali sekala,








terasa berbunga hati!








pun berlapang dada...










suamiku romantis rupanya (",)











hikhikkk

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, selesai sudah pantang 44 hari. Fuhhh, lama gila rasa nak habiskan pantang, lagi-lagi bila semua benda kita buat sendiri. I mean uruskan sendiri. Memang berpantang dalam keadaan yang sangat mencabar mental dan fizikal.

So aku ceritakan serba sedikit kisah di sebalik berpantang ni ;-

Hari kedua di hospital, aku dapat balik rumah. Memang super excited nak bawa baby kenal rumahnya. Selesai bayar kos rawatan, kami pun balik. Disebabkan berpantang di rumah sendiri, kitorang dah siap beli tilam besar untuk aku dan baby tidur kat ruang tamu. hihiii. Rasa teramat selesa dapat balik tidur kat rumah sebab masa kat hospital aku takleh tidur lena, dok la termimpi keadaan kat labour room. Macam trauma gila kot. Phiewww ~

Mak mertua ada kat rumah kita masa ni, mak ler yang banyak berjasa. Dok kemas dan settle kan rumah kita sebab aku kan tengah pantang. Takleh nak gerak banyak. Terima kasih banyak mak!!! Makanan pantang semua mak yang sediakan, sempatlah mak ajar suami masak lauk pantang kita. Suka betul dapat rasa masakan suami kita Y___Y
sheila shahfiekry
 nasi putih + sup peria + ikan masin haruan
sheila shahfiekry
 nasi putih + sup lobak putih + ikan masin haruan
sheila shahfiekry
nasi putih + ayam masak ungkep (tidak pedas)
Baby umur 3 hari, nurse detect kuning aka jaundice. Baca entri ini - Anak Kena Jaundice T____T". Aku breastfeed baby sambil nangis kot. Tak sanggup tengok anak kena jemur bawah lampu panas tu. PANAS okey?! Semalaman tu aku tak tidur, keep BF anak. Tunggu je dia berak or menangis nak menyusu. Doktor pun 3 jam sekali hangkut anak pergi amik darah. Nak check bacaan kuning. Setiap kali tu aku dengor baby nangis, nyaring! Umi menangis teruk nak! Suami pun tak sanggup tengok anak camtu. Alhamdullilah, esok tengahari dapat keluar wad dengan syarat keep check up baby kat KK. Hari ke-16 baru kuning dia mulai hilang.

Baby umur 8 hari, aku dah mandikan anak sendiri. Sebabnya takda siapa nak mandikan dia. Mak mertua dan mak aku tak sihat. Siblings semua kerja. So harapkan diri sendiri je. Baby pun pandai tak meragam sangat, sangat mudah nak jaga dia. Allahuakbar. Masak lauk pantang pun kadang suami yang masak masa dia masih cuti seminggu tu. Kemudian, semua bab aku buat sendiri je. Awal pagi mandikan anak, susukan anak, dodoikan anak, kemudian pam susu untuk stok ebm, pergi mandi daun herba, basuh baju anak, basuh baju suami isteri, kemas rumah, masak lauk pantang. Tu semua rutin harian sepanjang berpantang sendirian.

Bila anak dah masuk usia sebulan, baru mula masak lauk untuk suami. Syukur alhamdullilah Allah beri aku kekuatan. Kurniakan suami yang rajin membantu aku sepanjang berpantang ini. Tak cukup tidur malam pun tetap cergas bila dengar suara anak nangis minta susu.

Moment yang tak dapat dijual beli... Syukran jazilan pada semua yang mendoakan aku dan anak. Terharu baca komen positif kalian. Aku da start bekerja, anak kena hantar pergi rumah akak ipar. hihiii I is rindukan anak... tak sabar nak balik gomol (",)

Review - Susu Kambing Anugerah

Assalamualaikum...
FYI, aku memang consume set pantang daripada Anugerah. Anak aku memang kuat menyusu. Disebabkan anak ada kena kuning yang tinggi, suami pergi cari susu kambing untuk perbanyakkan susu badanku bagi menampung demand anak. Hari kedua bersalin, dah minum susu kambing ni. Alhamdullilah, rasa dan bau dia langsung takda seperti kambing sebenar. heheee. Tekak aku boleh terima la rasa dia. Sweet-sweet gitu. 
sheila shahfiekry
Inilah rupa kotaknya. Harga RM 40, ada 10 tiub. Cara aku, satu tiub dibancuh untuk minum 2 kali. Terus mencurah susu untuk Adam Husni. Syukur alhamdullilah. Boleh cari kat kedai jamu, memang ada dijual. Harga sebenar sekotak RM 48 tau, aku pun pelik camne suami boleh dapat harga murah tu. hihiiii :)
sheila shahfiekry
rupa dalam kotak (",)
25g x 10 tiub
Kombinasi 30 juzuk Al-Quran, khasiat susu kambing dan 7 ekstrak penting terkandung didalamnya iaitu susu kambing organik, ekstrak kismis, ekstrak gingko biloba, ekstrak delima, ekstrak biji aprikot, ekstrak sawda, ekstrak gam arab, ekstrak kolagen.
Cara penggunaan :-
* tuangkan 1/2 serbuk susu kambing ke dalam air suam sehingga larut.
* hendaklah ikut tertib yang dicadangkan iaitu berselawat 3 kali, bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan La hawla walla kuwata Illah, dan niat kepada Allah untuk mengatasi masalah yang dihadapi (read : aku niat nak perbanyakkan susu badan untuk Muhammad Adam Husni)
* minum sebelum sarapan
Peringatan : JANGAN DILANGKAH, KANDUNGAN TELAH DIDOAKAN !!!

Beli Baju Kurung Siap Secara Online !

Assalamualaikum...

Tahun ni tahun paling best dalam hidup! Alhamdullilah, tahun ke-3 beraya dengan suami dan juga raya pertama kami sebagai umi baba kepada Muhammad Adam Husni. Of course la, persiapan kami akan lebih bermakna dengan kehadiran anak. Kalau boleh nak pakai warna baju sedondon biar boria di pagi Aidilfitri. hihi (",)
Sebagai seorang ibu, aku pastinya insan yang paling sibuk nak buat persiapan hari Raya. Segala pemilihan warna baju raya kepada perhiasan rumah baru sehinggalah ke perkara-perkara remeh seperti beli biskut raya atau order kuih raya adalah di tangan aku. Tapi dengan persetujuan bersama suami tau. hehe
Bab pemilihan baju raya, aku ingat tahun ni nak beli online. Cari ready made je. Jimat masa, tenaga dan minyak kereta. Sebabnya mak aku busy as tukang jahit. Sampaikan pagi raya pun still menjahit baju orang tau. Kesian mak. So tahun ni, aku rasa taknak menyusahkan mak jahitkan baju kami anak beranak. Biarlah mak rehat sikit. Anakanda pula masih kecil nak dibawa berjalan keluar ^__^
Wahh rasa glamor pula bila buka website Zalora, tengok design baju raya daripada pereka-pereka terkenal seperti Jovian Mangadie, Rizalman Ibrahim, Syomir Izwa dan Melinda Looi. Lawa gila kot baju-baju ni. Bagi aku, corak dan kombinasi warna dalam setiap design sangatlah menarik hati wanitaku. Betul tak korang?
 
Mencari baju raya memang boleh stress, dengan segala macam jenis variety yang boleh di dapati tetapi tak punya masa untuk keluar shopping lebih-lebih lagi jika kita yang bekerjaya apatah lagi punya anak kecil. Kalau mampu keluar pun, tak rela diri nak hadap kesesakan jalan raya di bulan puasa dan berlaga punggung dengan orang ramai di Jalan Tar. Perghhh! Baik buat pembelian secara atas talian di Zalora Malaysia tanpa segan silu.
Aku dah boleh membayangkan diriku dalam salah satu design baju raya kat atas. hiewhiew. Mari kita bentangkan proposal pada suami. Kot la, beliau setuju. Haruslah hemak glamor dipagi rasa bersama beliau dan anakanda Adam Husni.
Sudah menjadi trend, online shopping semakin popular di Malaysia ni. Antara destinasi fesyen online terkini adalah Zalora Malaysia. Mereka di lihat sebagai antara laman sesawang yang sentiasa memberikan koleksi pakaian dan fesyen yang terbaik buat pembeli. Malah bagi koleksi baju raya tahun 2014 ini mereka menawarkan koleksi baju kurung siap. Oleh itu tahun ini aktiviti shopping anda untuk syawal akan menjadi lebih mudah dengan prosedur pembelian yang cukup mudah dan selamat di Zalora (boleh baca pengalaman aku shopping di Zalora : Parcel Zalora Dah Sampai)

Apa tunggu lagi? Layari website zalora sekarang dan dapatkan pelbagai informasi terbaru tentang koleksi Baju Kurung Siap wanita online terkini!
notakaki : link

Flight - Burn !

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry

T_______________T"

Kisahnya, excited dapat beli flight tiket yang murah tapi tak tengok kalendar! Wakakaaaa. 

Flight pula jatuh pada bulan puasa, camno nak jejalan kat negeri orang??? Dengan keadaan berpuasanya?

Shame on me.

Suami memang terperanjat bila tahu. Betul-betul suprised dia sambil kena suprised diri sendiri. kikiiii ;p

Kemudian, dapat tahu diri ni mengandung 2 bulan ketika itu. Gembira. Tapi flight date jatuh pada waktu berpantang rupanya... 

Adessssss... haru..


Sepatutnya, hari ni berjimba dengan suami kat Sabah sampai 6 Julai.


Takda rezeki nak jejak Sabah @_____@

Burn tiket pergi balik untuk 2 orang yang kononnya nak pergi raikan wedding anniversary yang kedua (read : 27 mei), dibatalkan terus sejak hadirnya Muhammad Adam Husni dalam hidup kami suami isteri. 

In shaa Allah, kita tunggu tahun depan yaaa (",)

Promosi Ramadhan - Set Bersalin Tanamera

Assamualaikum...
Yakin sungguh aku katakan kat sini, Tanamera memang cukup famous dan sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu berpantang dan juga para artis. Weee! Aku sendiri gunakan virgin oil jenama tanamera untuk sapuan di perut masa mengandung. Sedap sangat minyak kelapa dara tu, hujung pregnancy aku sempat telan 2-3 sudu bagi melancarkan proses bersalin. Setiap item bercirikan spa dan agak moden berbanding set pantang tradisional yang lain.
sheila shahfiekry
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, sukacita dimaklumkan sekiranya anda membeli set pantang Tanamera, anda akan diberi percuma minyak kelapa dara bernilai RM34 yakni sebotol selagi stok masih ada. 

SUKA? Berminat?

Harga set pantang termasuk postage :-
Semenanjung Malaysia RM 335
Sabah & Sarawak RM 355
Dalam satu set pantang tersebut ada 10 barang :-
* minyak kelapa dara (100ml)
- Terbukti untuk mencegah dan mengurangkan regangan kulit. Sebaik saja rasa sakit dan pengucupan, minum beberapa sudu besar dan semburkan pada sekitar vagina untuk melembapkan sekitar perineum dan mengurangkan pengoyakkan dan jahitan selepas bersalin normal.
* sabun mandi herba (125gm)
- Sabun yang dirumus daripada campuran herba dan bijiran untuk membuang sel-sel kulit yang lama dan merangsang peredaran darah pada kulit badan.
* minyak urut herba  (100ml)
- Minyak herba tropika dari bahan semulajadi membantu merangsang peredaran darah dan metabolisme. Membantu membuang toxin dari badan, menggalakkan pembebasan pengekalan air dan angin.
* herba pembersih wanita (10gm x 14 uncang)
- Dirumus dari campuran herba kayu dan pati minyak untuk memberi kelegaan pada sekitar vagina dari jahitan dan radang. Ciri-ciri anti-radang mengurangkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan. Gunakan produk serta merta selepas bersalin walaupun selepas pembedahan caesarean.
* herba mandian (10gm x 14 uncang)
- Rumusan tradisional dari campuran herba yang beraroma untuk menyegarkan, memberi tenaga, menghilangkan bau-bau badan dan melegakan otot-otot yang sakit dan letih.
* tapel (5gm x 14 uncang)
- Pes tradisional dari campuran herba untuk menguatkan dan menegangkan otot-otot sekitar abdomen. Merangsang pengaliran darah. Mengurangkan tompok hitam pada kulit abdomen yang mengecut. Seeloknya diguna dengan bengung.
* bengkung
- Untuk mengetatkan otot abdomen dan kulit yang mengeleber, mengurangkan sembab. Memastikan postur badan yang betul kerana ibu yang menyusu badan berkecenderungan untuk membongkok. Untuk ibu-ibu yang bersalin melalui caesarean, gunakan bengkung selepas jahitan telah pulih.
* pilis (3gm x 4 uncang)
- Rumusan tradisional yang menyegarkan mata dan minda kerana kurang tidur atau tekanan.
* teh herba (2gm x 14 uncang)
- Teh herba yang berciri memanaskan membantu ibu-ibu pulih dengan merangsangkan peredaran darah, mengeluarkan ketulan darah kotor, mengurangkan radang rahim dan vagina, dan membantu dari sembelit.
* lulur badan herba (20gm x 4 uncang)
- Rumusan herba yang berciri memanaskan. Menyegarkan tubuh yang keletihan. Mengurangkan sembab dan tompok hitam sekitar abdomen, ketiak dan kelangkang. Merangsangkan peredaran darah.
So, jangan lepaskan peluang terbaik ini!
Contact Farhana 010-6303999
Instagram @tanameracheras