norsheilasalleh.blogspot.com: August 2014

Review : Nursing Cover Adelia4Mumz

Assalamualaikum...
Aku rasa ni lah tempat jual nursing cover (NC) paling murah pernah aku survey sebabnya RM69 including postage to Semenanjung Malaysia. Cuma tambah RM3 untuk postage ke Sabah & Sarawak. Alhamdullilah, duduk dekat Semenanjung ni. Banyak kelebihan. heee
Ini cuma kehendak aku, sebab nak memenuhi keperluan Adam menyusu tak kira dimana saja kami berada. Masa sakan pergi beraya rumah sanak saudara dengan sahabat semua, memang jadi satu masalah bagi aku la nak feeding Adam on the spot. Tahu jelah, anak lelaki kuat menyusu, kuat mengempeng pun ya juga. Lambat bagi susu je, terus mengamuk lain macam pastu merajuk. Terkulat-kulat aku, dah ler segan asyik nak pinjam bilik tidur orang bila nak feeding Adam. Solusi dia, kena beli juga nursing cover yang besar dan luas.
sheila shahfiekry
lebar gila NC ni, aku suka! aku suka!

Adelia4Mumz ada jual 2 jenis NC ni. Satu yang normal design harga RM69 ni, satu lagi special design yang mahal sikit boleh cecah Rm100 ke atas. Ofcourse la nak beli hok murah je, saving duit. Suami pun tak bebel. Beliau tak setuju sebenarnya pasal nursing in public ni tapi kena setuju juga sebab baby bukan pandai cakap apatah lagi nak kompromi dengan kita ni, being a first time parents (T_____T)
We want the best for you son, bukan nak menunjuk kita ada duit. Dok pulun beli itu ini. No no no. Ni salah satu idea baik untuk mommy kat luar sana yang mungkin perlukan review begini untuk utarakan cadangan pada suami masing-masing. hehehe. Review kita ikhlas daripada hati turun ke jari jemari yang menaip ni. hahahaha.
Pihak Adelia4Mumz juga ada sediakan tutorial camne nak lipat NC jadi beg cinonet ni. Korang boleh follow berdasarkan gambar mengikut nombor yang telah ditetapkan ya. Tiada masalah nak bawa NC kemana saja kita pergi, sebab boleh lipat NC jadi cinonet. Jimat space dalam bag juga. 
Lepas ni boleh pakai NC di public dengan konfidennya. Thumbs up (",)
Ada kelebihan beli NC ni, baca tau.
1) Material from high quality cotton. Breathable fabric.
2) Very big and wide. Good coverage.
3) Hard stick at the middle to peek on your baby
4) Adjustable strap
5) Can be folded into a pouch and strap is available to hang at the stroller
6) Great gift to a new mommy
***hand wash only*** 
Jangan lupa terjah ya hemak-hemak semua :-
Instagram : Adelia4Mumz
Whatsapp : 019-2765798

Susu Badan Bertambah Dengan Umma Lacto

Assalamualaikum...
Umma Lacto, produk baru keluaran Legacy Secret. Memang cukup dikenali, kalau buka google cari review pasal Umma Lacto memang bersepah. Dah lama tahu kewujudan produk ni, tapi tak pernah ada peluang nak rasai sendiri. Dengar kata boleh menambahkan susu badan ibu. Sesuai benar dengan hasrat aku untuk menyusukan adam sehingga 2 tahun setengah. In shaa Allah, dengan izinNYA. 
sheila shahfiekry
Adam pernah diberi minum susu formula ketika krisis "stress" melanda diri. Waktu tu hampir give up bila pam 1/2 jam langsung tiada susu keluar. Rasa down sangat masa tu, terus menggigil cari milk booster yang bersesuaian dengan diri. Alhamdullilah, sehingga kini Adam masih lagi menyusu dengan susu ibu. Aku mahukan yang terbaik buat dia. Waktu mengepam di tempat kerja, hanya 4 sesi. Tak tentu dapat berapa oz dalam setiap sesi. Kalau bengkak susu, meriah juga hasilnya. Stok ebm Adam ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selepas balik kerja, Adam hanya mahu mengempeng je. Tak ada masa nak buat stok kalau di rumah. Keinginan aku tinggi untuk mencuba produk ini disamping menambahkan stok ebm Adam yang sedia ada. Ganbatte ne!
sheila shahfiekry
Kenapa boleh buat susu bertambah? Ada 19 bahan terkandung di dalamnya, kebanyakannya adalah milk booster dan berasaskan makanan Sunnah. Tak payah susahkan diri makan milk booster asing-asing. Amik sepeket Umma Lacto dan bancuh, boleh dapat semua sekali. Jimat masa kan.

Diperkaya dengan bahan semulajadi antaranya susu kambing, susu skim, serbuk soya, fruktosa, ekstrak kurma, kismis, spirulina, serbuk protein, madu lebah, ekstrak halba, ekstrak bawang putih, soluble fibre, ekstrak halia, habbatus sauda, stevia, esktrak alfafa, beras perang, gam arab dan campuran enzim. (sila rujuk gambar bawah)
sheila shahfiekry
Banyak sangat kebaikan kalau kita minum Umma Lacto ni, meh sini aku senaraikan bagi korang baca :-
* membantu pengeluaran susu ibu dan perbanyakkan susu ibu
* memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
* membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
* membantu mengekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya untuk ibu dan bayi
* membantu mengelakkan sembelit
* membantu kesihatan perut dan kolon
* sebagai prebiotik ibu dan anak
* membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
* membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
* membantu mengurangkan kadar kolestrol pada badan
* membantu mengekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
* membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
* membantu mengeluarkan angin dalam badan dan  mengelakkan kembung perut
sheila shahfiekry
Cara minum : amik 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam. Bancuh dengan air suam atau biasa dalam 150-250ml (ikut kesesuaian rasa setiap individu)
* Tidak digalakkan membancuh menggunakan air panas kerana dikuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang.
* Minum air masak secukupnya
* Tiada pantang larang pengambilan. Jika diambil bersama suplemen lain, jarakkan pengambilan antara  1-2 jam antara dua suplemen tersebut.
Promosi terbaru!!!
Beli 2 kotak RM120

free sekotak bernilai RM60 (10 sachet)
Gila dasyat punya promosi. Buat mommy semua yang masih menyusukan, aku sarankan beli dan cuba. Tak salah babe invest sikit untuk beri anak khasiat susu badan ibu sendiri. Aku sendiri tengah cuba sekarang ni. Hasilnya, aku review lain kali ok...
Oh ya, baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang produk Legacy Secret versi tiruan yang mengandungi racun merbahaya. Aku nak ajar korang cara nak mengenalpasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret (Harum Malam, Wira Malam, B'Vite, Secret Laxing & Vee Spray)
1) Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan "LS" dari sudut serong 15 darjah
 
2) Pengesahan Melalui Sentuhan
 
3) Pengesahan Melalui QR Wechat
 
 
Peringatan !!!
* 1 QR kod hanya boleh diimbas sebanyak 5 kali sahaja
* Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat Legacy Secret untuk pengesahan produk
* Pastikan beli barang original kerana takut dengan kesan sampingan produk tiruan yang berlambak di pasaran
Wechat : harummalam
wideo rujukan : klik LINK ya
rujukan : 
      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com
p/s : pastikan yang ori baru beli (",)
" Kalau dah susu badan banyak, jum beli breast pump di Kedai Bayi Online The Baby Store Malaysia. Selain itu, ada pelbagai barangan kelengkapan ibu dan bayi juga "

Gila Dasyat punya promosi !!!
Anda boleh dapatkan Umma Lacto di The Baby Store.Beli sekarang !!! Setiap pembelian di The Baby Store anda akan dapat mengumpul point dan boleh ditebus pada belian seterusnya. Lebih penjimatan malah tiada GST dikenakan.

Beraya Rumah Blogger Kak Nurul

 Assalamualaikum...
Alhamdullilah, 24 Ogos 2014 dapat juga bertemu Kak Nurul. hihi. Nak kenal Kak Nurul dengan lebih rapat? Sila singgah blog beliau, Diary Nurul. Terima kasih Kak Nurul sekeluarga sudi jemput sheila, suami dan Adam beraya rumah. Tak sangka, satu kawasan perumahan dengan my mom. hihi. Lepas ni, boleh selalu jumpa Kak Nurul. Oh ye, lupa nak say thanks dekat Kak Nurul sebab bagi Adam hadiah. Siap dapat duit raya lagi, bestnya Adam :)))
 sheila shahfiekry
ohmaiii berlapis lemak Adam, hihiiii
Pergi raya rumah Kak Nurul pun, saja kita bagi Adam pakai ni. Tapi macam dah tak muat je. Padahal baru pakai 2 kali. Adam, u grow up too fast baby. Tak sempat umi nak kasi awak pakai baju berulang kali. haha. Simpan untuk next baby jelah. Tettt ;p
Siapa pandai buat biskut snow almond? Lepas makan-makan kat rumah Kak Nurul, aku terus sambar kuih ni. Sebab masa bulan puasa Kak Nurul updated dekat blog, aku tengok pun dah terliur sangat. Aku kan hantu coklat! Haruslah makan kalau tak nanti menyesal. Seriously, terbaik rasa dia *telanairliurlagi* Suami aku memang jenis tak suka manis-manis pun boleh terjebak makan berkali-kali.
http://coratcoretnurul80.blogspot.com/2014/08/wordless-wednesday-19.html
snow almond (gambar petikan daripada blog Kak Nurul - Diary Nurul )
Balik dari rumah Kak Nurul, cepat-cepat whatsapp dia nak say thanks. Pastu jujur la diri ni bagitau dah jatuh cinta dengan snow almond buatan Kak Nurul tu. hahaha siap tempah sebalang lagi. Suami kita yang excited nak order tau. Pastu ingatkan boleh dapat on the spot. Amboi bang, over tau! hahahhaa we'olls tak sabar nak dapat kuih snow almond paling tersedap pernah makan. bukan tipu tapi hakikatnya. hiewhiew.

p/s : terlupa nak ajak Kak Nurul bergambar. Anak-anak dia semuanya comel, dah ler kita suka budak-budak (>__<)

Mommy Blogger Gathering 2014

Assalamualaikum...
Dah baca tajuk? Teruja nak tahu? Meh sini nak share. Aku dengan ini berbesar hati nak adakan satu mommy blogger gathering. Saja nak jumpa korang dengan baby sekali. Tak sempat nak ziarah kat rumah. Senang kita jumpa kat satu tempat sekaligus, boleh kenal-kenal korang dengan baby sekali.

edit : yang ada anak kecil pun boleh join, yang tengah mengandung pun boleh join, yang belum ada rezeki nak mengandung pun boleh join. Semua pun mommy ~~~
sheila shahfiekry
Nak tengok feedback, siapa nak join kasi details kat sheilashahfiekry@gmail.com :-
tajuk : Mommy Blogger Gathering 2014 (nak elakkan aku tak terbaca dan terdelete)
nama ibu :
nama anak :
link blog :
no telefon :
cadangan tempat :

Nanti kalau dah confirm semuanya, orang-orang yang confirm join aku masukkan dalam group whatsapp ya. Kalau tak ramai, aku tak cancel pun gathering ni. Aku tetap nak jumpa dan berkenalan dengan mommy semua...

tarikh : (in shaa Allah, hujung bulan 9 atau hujung bulan 10)
masa : (majoriti mesti nak hari ahad kan)
lokasi : restoran (masih dalam cadangan, center kl. Semua boleh datang)
bayaran : (maybe sorang cas rm10/rm20 - tak lebih rm30 kalau boleh)

Terima kasih semua, hope ada yang sudi join (>_____<)

Perjalanan Cinta Kami

 Assalamualaikum...
Aku kan.. ada terbaca entri kawan pasal rasa cinta dan kasihnya pada yang tersayang, aku macam terbuai sangat perasaan lepas tu... Memang bikin flashback punya... Maaf ye kengkawan semua, dah lama tak feeling romantik dalam blog. wakakaaa romantik dalam blog itu perlu ke? Lantak kau la sheila ;p
sheila shahfiekry
bulan november/disember 2010
- jumpa kali pertama, masa tu aku still gf orang lain. Kita duduk semeja kat kedai makan Bistari. Tapi aku sikit pun tak pandang beliau. Aku tak berani nak pandang lelaki bila hati aku masih dimiliki orang. hahahha betul tau, aku jaga pandangan sebab dari mata turun ke hati. Rentetan dari itu, jumpa dia kat facebook.. Masa tu aku borak-borak dengan kawan sekolah aku yang juga merupakan member dia. Dia join borak sekali time tu. So kami berkawan dekat fb.
bulan februari tahun 2011
- jumpa buat kali kedua, setelah berbulan chatting di facebook. Itu pun sebab aku update status nak makan nasi lemak kukus ayam berempah malam buta. Dia tawar diri pergi carikan. So dia minta no telefon. Kengkonon nak call bila da bungkus makanan yang aku idamkan tu. Tapi takda rezeki. So esoknya kitorang decide keluar makan sama. First time lepak berdua dekat Baragas Bandar Sri Damansara. Malu-malu aku dibuatnya, terkejut sebab betul-betul jadi keluar dengan dia. Masa ni aku tengah single, baru lepas break off rasanya. hahaha.
- sejak keluar makan tu, kiranya kitorang dah jadi kawan la. Bukan hanya di fb dahh. Sms pun selalu. Kerap keluar dengan dia. Pusing-pusing kl sambil borak-borak. Nak tahu borak pasal apa? Lelaki. hahaha. Cerita pasal kawan-kawan lelaki aku, dia elok je bagi pendapat semua. Aku pula selamba je bagitahu ada la beberapa orang nak try masuk line ngorat aku kat dia. hikhikk.
- tak lama lepas tu (berminggu kemudian) kitorang lepak kat Dataran Merdeka. Masih lagi borak topik yang sama... Tengah-tengah borak, dia buat pengakuan. Walawehhh terperanjat gigirl tau. Tapi tahu apa respon aku? Aku cakap, aku tak reti nak jaga hati kekasih. Dia cuma senyum je. Pastu kitorang borak macam biasa. Dalam hati aku fikir, betul ke dia ni hendakkan aku? balik tu juga kitorang terus tukar panggilan. Daripada "kau aku" kepada "saya awak"... so suddently (@___@)
- sejak itu, kitorang kira bercinta kot. Takda la cakap "awak dengan saya couple start hari ni!" hahhaha. Statement menyampah dengor, kan? Lepas dah automatik bercinta, aku tanya la kenapa boleh suka kat aku kan. Dia jawab "ciri-ciri perempuan yang dia nak, ada pada aku".. Rupanya dari first time jumpa kat kedai makan Bistari, dia da tertarik kat aku. Aku je tak pandang dia. Wakakaaa. Kesian dia... cam tak percaya pun ada. Tapi yang pasti, semua yang terjadi ada hikmahnya.
- dia sangat cool, takda nak cepat marah. Paling best, dia kuat gelak. Tu yang aku suka. Aku suka orang yang ceria ni. Aura ceria ni kan positif dalam kehidupan.
- lepas kenal 2-3 bulan, aku dibawa jumpa keluarga dia di kampung. Teruja aku dibuatnya. Masa nilah, kami masing-masing dapat green light untuk diijabkabulkan. Allahurabbi. Aku rasa syahdu babe walaupun dia takda cakap,"awak, sudi tak jadi isteri saya?"... Action dia naturally. Semua berjalan tanpa kami plan.. Tahu-tahu je, merisik. Siap dapat kejutan lagi, merisik terus bertunang. Terperanjat satu keluarga aku. Aku? Nak pengsan dalam bilik sebab tak percaya!
- lepas bertunang, kami ada masa kurang dari 5 bulan untuk ijabkabul. Masa ni sangat mencabar la, aku ni asyik la minta putus bagai. Macam takda reasonable, tapi nak clash. Gila kan? Angin setan mana merasuk badan pun taktau la. tapi dia, chill. Sabar dengan semua yang aku katakan.
sheila shahfiekry
- finally, 27 Mei 2012 kami sah menjadi suami isteri. hahahaha. Alhamdullilah syukur, excited ok jadi isteri orang. Selama ni dok couple clash banyak kali, memang bosan dan sedih la. Risau tak jumpa bakal suami yang sebetulnya...
- tak lama lepas tu, aku keguguran. Sedih sangat. Tapi dia tetap cool, tenangkan aku dengan cara dia. Dugaan pula, lepas nikah period dah tak teratur. Kadang tu 2 bulan sekali datang. Ada sampai 3 bulan sekali datang. Selalu ingat ohh pregnant kot, bila check UPT still negative. Sigh banyak kali juga sampai jumpa kawan-kawan blogger yang seangkatan :- Yaya, Eida, Nory, Mila & Ieza. Sempat la travel berjemaah ke USS, Singapore dengan Krabi, Thailand. Memang best sangat dapat release tension. Balik daripada travel tu, kami dah excited nak ke destinasi lain.
- rupanya, berbulan lepas tu aku disahkan mengandung. Tak percaya pun ada. Period tak teratur, tapi Allah beri jua zuriat pada kami. Alhamdullilah. start dari itu, beliau lagi taking care yang super best kat ibu mengandung ni. Kami sama-sama teruja nak tengok zuriat kami...
sheila shahfiekry
- Allah permudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. Alhamdullilah. Lahirnya Muhammad Adam Husni, pengikat kasih sayang kami pada 25 Mei 2014. selang 2 hari kemudian kami sambut ulangtahun perkahwinan yang kedua. Anakanda dah berusia 3 bulan, banyak akal dah. Dah reti ajak berbual, dah reti tidur ikut time umi baba dia.
sepanjang perkenalan dan perhubungan ini berlangsung, tak terucap rasa bersyukur. Semoga berterusan rasa bahagia ini hingga Jannah. Adam, besar nanti bacalah entri ni. Kamu akan tahu camne baba umi berkenalan sehingga dianugerahkan kamu (~__~) 

Updated on 6th October 2018 :-
Muhammad Adam Husni 25 Mei 2014
Muhammad Umar Ridhwan 22 Mac 2016
Muhammad Iman Sufyan 3 Mac 2018

Review : Aurah_Muslimah

Assalamualaikum...
Hujung Ramadhan yang lalu, aku baru tergedik-gedik usha online instagram atau facebook pages yang jual jubah especially nursing friendly. Tak kisahlah jenis butang atau zip dibahagian dada. Nak pula sejak bertukar saiz S kepada M (including L), baju-baju lama semua dah selamat kasi pada 2 adik perempuan. All baju kurung, t-shirt and shawl yang dah tak muat nak pakai lagi, sayonara bye byeeee :)
Misi mencari yang baru pun bermula. Dekat facebook pages, ada juga yang dah berkenan dihati. Betul-betul murah sebab price include postage. Berbunga-bunga hati nak buka CIMB Clicks. Tapi ku tahan...
sheila shahfiekry
minat yang warna hitam kelabu tu ~___~
Scroll pula instagram. Dapat satu notification daripada Aurah_Muslimah. Kebiasaannya aku tak suka follow instagram yang jual barang-barang ni. Sebab nanti masa nak scroll instagram, penuh gambar barang depa jual. So aku usha dulu insta ni, tengok samada nak approve atau deny.
And guess what, nama insta ni sahaja dah buat hati aku terpanggil nak scroll laju gambar-gambar dia. Rupanya, lagi murah harga yang dia tawarkan berbanding dekat facebook pages yang aku dah berkenan sangat tu. Alhamdullilah, rezeki la dapat saving lebih sikit kan. Terus komen dekat gambar yang aku berkenan tu. Memula nak cari jubah warna hitam kelabu (macam yang dah berkenan sangat tu) tapi takda. Kita belilah jubah hitam lycra with lace. Yang penting nursing friendly, yeayyy !
sheila shahfiekry
Lawa tak? Melting tengok jubah yang cantik-cantik ni. Geram pun hado. Rasa nak borong semua kalau boleh... Aku proceed beli jubah warna hitam sama design macam gambar atas ni. Last minute tukar warna tema dari hitam + kelabu jadi hitam + ungu. Nasib baik sempat order seminggu sebelum raya, barang sampai 2 hari lepas purchased. Sangat cepat! I like it!
Hasilnya, dapatlah sedondon buat pertama kali dengan suami dan anakanda di pagi Syawal yang mulia. Alhamdullilah. Terasa bagai princess pula sebab jubah dress ni jenis princess cut. Aku suka jalan laju-laju pastu pusing sikit kasi efek kain mengembang. ahhaha ngada betul umi Adam ni. Berat sikit la sebab kain dia lycra campur lace. Tapi aku suka sangat, sebab tak berpeluh pun pakai jubah ni. Selesa, paling penting Adam pun senang nak mengempeng. kuikuiii ;p
sheila shahfiekry
Lupa nak beritahu, owner ni baik sangat. Ye, baik untuk ku kenang selalu. Terima kasih awak sebabkan kebaikan awak tu, saya akan terus jadi pembeli setia awak. In shaa Allah. Tak sabar tunggu pelapik dagu koshibo sampai.
Sekian, review ikhlas. Sila serbu ya wahai mak-mak semua :-
Instagram : Aurah_Muslimah
Whatsapp : 012-7168257 (Fyza Ishak)
Setiap RM1 akan didermakan kepada Aman Palestin.
Alhamdullilah, membeli sambil menderma. Amalan mulia

Mommy Knowledge : Mucus

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Raya ni, aku rasa semua orang dok pulun makan macam-macam benda kan? Mana boleh tak jamah kalau dah dihidangkan, ye dak? Aku pun main sental banyak makanan masa open house, lepas habis pantang kan. Tapi ais je aku tak sentuh... Tak sangka, rupanya ada banyak makanan yang boleh menyebabkan mucus ni...

Tak pepasal, Adam selsema batuk. Maafkan umi anakanda... Lepas ni, umi janji makan berpada-pada. Khas buat mommy semua, silalah alert terutama sekali yang masih menyusu badan kat anak. Apa yang kita makan, boleh effect baby. Sila berhati-hati (",)

Speedy Recovery Please !

 Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Dah masuk hari ke-5 anakanda tak sihat. Selsema dan batuk, jangkit dengan baba dia.. Sedih sangat tengok anak dengan suami tak sihat. Allahurabbi. Lagi-lagi part depa batuk-batuk. Yang besar tu takpe lagi, sakit boleh makan ubat. Yang kecik ni, mana boleh. Under 2 years, doctor tak kasi makan ubat. So umi dia yang kena makan ubat bagi pihak baby, then breastfeeding dia.
Dah 2 hari umi dia makan ubat, macam dah berkurangan sakit Adam. Cuma, batuk dia tu mengganggu tidur dia waktu malam. Aku takboleh tidur langsung, setiap kali anakanda batuk, aku usap-usap dada dia. Sapu vicks kat leher dengan dada dia. Dodoi kasi dia lena semula. Letih juga jadi burung hantu tapi demi melihat Adam cepat sembuh dan selesa tidur. Semua aku sanggup redah.
By the way, kalian ada apa-apa petua tak nak kasi selsema dengan batuk cepat kebah? Hati ni rasa tak sanggup dah tengok dia menahan sakit dada masa batuk tu...

Review : Snow Bear Single Electric Breast Pump

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, sepanjang 2 bulan guna pam ni memang puas hati. Syukur Ya Allah, dimurahkan rezeki susu badan untuk anakku Muhammad Adam Husni. Ramai dok tanya, best ke pam ni. Lama peram entri ni.. Dah sampai masa update review pengalaman sendiri.

1) Pam ni berbunyi juga seperti pam-pam lain. Cuma tidak menyakitkan telinga kita atau baby. Tak mengganggu suami yang tengah syok tidur. Bagi aku, cukup bagus da ni. Boleh pam dengan aman.

2) Pam ni ringan. Senang nak angkut ke office atau transit ke rumah mak.

3) Pam ni jenis elektrik tapi ada back up choice, so dont worry kalau tiba-tiba takda elektrik. Boleh guna bateri AA 4 biji. Kalau balik kampung nak pam dalam kereta pun tak jadi masalah.

sheila shahfiekry
4) Nak basuh dan steril part pun senang. Boleh basuh dan steril semua part kecuali base dia dengan tiub penyambung. Alaaa guna steriliser dalam 8 minit je. Then jemur atas kain la cepat sikit keringnya.
*yang ditanda bintang warna pink boleh steril dan dibasuh dengan air suam
*yang ditanda bintang warna kuning tak boleh steril dan dibasuh guna air paip dan lap sampai kering sebab dia material silicon. 

sheila shahfiekry
5) Baca dan tengok gambar rajah ya.
* on/off bila perlu
* mode ada 3 jenis : express, natural dan gentle (aku suka guna natural)
* kekuatan atau kelajuan ada 3 juga : weak, moderate dan strong (aku suka moderate)
Boleh tahan laju la susu dipam. Biasanya kalau bengkak susu, dalam 15 minit dapatlah 3 @ 4oz, dengan syarat posisi nak pam tu betul. Kena tekapkan pam pada breast, jangan sampai ada space yang boleh keluar angin. hihiii

sheila shahfiekry
6) Pam 1/2 jam dia akan automatik off sendiri. Tapi pam tak panas, sekadar nak jaga pam untuk pakai lebih lama maka rehatkan kejap dalam 5-10 minit then boleh sambung pam ya.

7) Part yang dah bertukar warna kuning/rosak, tukar dengan segera ya untuk menjamin kelancaran proses mengepam dan kebersihan susu.

8) Disyorkan simpan set pam atau part dalam tempat tertutup jika mahu digunakan dalam masa terdekat. Contohnya boleh masukkan dalam tupperware atau ziplock storage.

sheila shahfiekry
hari ke-5 mengepam (",)
Aku berpuas hati gunakan pam ni, sangat membantu dalam proses buat stok EBM. Masa berpantang dan anak kena jaundice, inilah yang mempercepatkan proses bagi anak susu selain bf untuk turunkan jaundice dalam masa 2 minggu. Syukur, dipermudahkan urusan sepanjang berpantang sehingga sekarang. Alhamdullilah. Beli pam ni di Pump On The Go
p/s : Sekarang dah ada pam Snow Bear warna pink. Harga sama, cer try usha ya...

Senarai Barangan Israel - Boikot Selamanya

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. 
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).


Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.
kredit : page Aman Palestine dan youtube Ustaz Azhar Idrus

Finding My Right Milkbooster

Assalamualaikum...
Hari ni nak share sikit story pasal milkbooster. Lain orang, lain penerimaannya ya. So kena try and error sampai jumpa milkbooster yang serasi dengan diri. Masa berpantang, aku ada makan sup sawi, sup lobak putih, sup peria, ikan bilis bawang goreng, ikan kering haruan, minum milo suam, air suam dan susu kambing Anugerah. Alhamdullilah, semua ni memang serasi dengan badan. Dimurahkan rezeki susu untuk Adam Husni.
Tetapi !
Ada orang beritahu, bila kita dah selalu makan milkbooster setiap hari maka badan jadi imun dan milkbooster jadi makanan biasa sahaja daripada luar biasanya. Faham tak? Aku cuak ler sebabnya setiap sabtu dan ahad je aku makan menu bukan milkbooster. Hari lain, isnin hingga jumaat aku masak menu milkbooster sebabnya mengepam susu kat ofis untuk stok ebm. Lepas dapat info pasal ni, terus macam errr what should i do?
Maka, aku try and error lagi cari milkbooster ikut top 20 natural food which help increasing breastmilk supply from Fabulousmom punya info :-
(ada yang aku tak boleh nak amik, ada yang fav dan ada juga yang belum aku cuba)
* Durian : tak lalu dek tekak. Maybe sebab bau dia kuat sangat, walaupun dulu aku memang gilakan durian
* Kurma merah : tak dapat cari sampai sekarang, sebabnya tak jumpa kedai sensei
* Kurma biasa : pun makan sekali sekala je, hihiiii selalu culas nak amik
* Cheese : paling menakutkan! Siap bengkak dan demam lagi, gerun nak buat ratah lepas ni. Satu hari jenuh tuam dengan air sejuk, air panas sambil picit-picit masa tengah mengepam.
* Habbatus Sauda : memang takda beli pun
* Madu : asyik lupa nak beli sejak habis tu
* Minyak kelapa dara : tak suka dibuat minum. Suka sapu pada parut strectmark je
* Barli : malas rasanya nak rebus. Lama menunggu jadi lemau
* Oat : juga menakutkan! Bengkak dan demam. Effect dia sama macam makan cheese. Sekali cuba je terus taubat tak mau dahhh
* Salmon : my fav sebabnya serasi cuma kat kawasan rumah kita ni takda jual salmon. Kena runner jauh-jauh baru dapat merasa
* Laici : kita tak suka sangat, manis kot
* Kek coklat moist : my fav, pun serasi cuma tak boleh makan straight berhari-hari sebab boleh muak sampai takda selera makan. pfttt
* Horlicks : tak suka, sebabnya memang tak pandai minum
* Shark Fish Soup : taktahu mana nak cari
* Lobak putih : memang kegemaran sejak berpantang sampai sekarang. Diamalkan selalu
* Bawang putih : paling tak minat nak bubuh dalam masakan. hahah i dont like garlic!
* Kismis : lama tak beli, rasanya boleh cari hari ni dekat econsave! Masa mengandung suka sangat makan sebelum tidur
* Daging : selalu juga makan, tapi bukan menu milkbooster hehee
* Sawi : selalu kita buat sup campur dengan fish cake
* Kacang merah : tak pernah try lagi, maybe boleh buat manisan kan? heheee
sheila shahfiekry
Boleh tak share sekiranya ada lagi milkbooster yang korang tahu? Apa yang korang amalkan bagi menambahkan susu badan? Aku harap korang dapat membantu aku, hiewhiew (~___~)