norsheilasalleh.blogspot.com: September 2014

[Review] BeautyOAT - Collagen Plus+ Oat Drink Formula

Assalamualaikum...
BeautyOAT merupakan produk pertama di Malaysia yang mengabungkan collagen plus + ekstrak sakura dalam minuman oat. Memang cukup teruja nak mencubanya! Lagipun oat ni salah satu milk booster. Kalau malas nak breakfast heavy,boleh amik segelas. Keberkesanannya maksima dalam masa 2 minggu. Aku dah consume seminggu dah, kesannya jeragat atas dahi semakin mengecil dan hilang. Dan yang paling bestnya, kurang terasa lapar dan kenyang separuh hari bila minum satu cawan di waktu pagi. Jimat masa nak masak dan handle baby Adam  :)))
sheila shahfiekry
Produk ni masih lagi fresh dipasaran. Baru masuk pasaran pertengahan bulan September. Dalam satu kotak, ada 18 sachet x 30gm. Harga sekotak RM 79.00 Semenanjung Malaysia, RM89.00 untuk Sabah & Sarawak. Bagi aku, harga masih mampu milik lah. hihii
sheila shahfiekry
Cara nak minumnya :
* 1 sachet boleh minum 2 kali
* tambah air suam 180ml ke dalam gelas
* kacau sebati dan minum
* jangan letak air panas, dikhuatiri khasiatnya lebur begitu saja
4 Amazing Ingredients ! Terkandung di dalam setiap sachet iaitu oat, marine collagen, sakura dan buah delima. Semuanya ada khasiat baik semulajadi untuk kebaikan dalaman dan luaran kita. 
Oat
Oat adalah makan semulajadi, kaya dengan serat dan sumber protein dan beta glucan yang terdapat dalam oat membantu penyerapan kolestral semula yang lebih rendah. Mengenyangkan perut, mengurangkan risiko astma pada kanak-kanak, menguatkan daya ketahanan badan,
Marine Collagen
Marine kolagen tripeptide untuk menjaga firma kulit, lembut dan elastik. Ia secara aktif meningkatkan sintesis kolegen untuk memulihkan kulit, mencantikkan dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit dan pigmentasi serta melambatkan proses penuaan kulit.
Sakura
Cherry Blossom (sakura) ekstrak adalahn bahan semula jadi untuk anti keradangan, pemutihan dan bertindak sebagai anti-gikasi terbaik. Ia juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran melanin untuk kulit putih berseri, membantu menghidratkan kulit,  membantu kulit jadi lebih lembut selembut bunga sakura.
Pomegrante
Delima adalah makanan yang kaya dengan anti oksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada badan. Faedah memakan delima adalah menstabilkan paras kolestrol, melawan sakit jantung, merangsang tenaga batin, menguatkan sistem pertahanan badan, menguatkan kekuatan gigi, mengurangkan batuk dan astma, mencantikan kulit, melawan kanser payudara, mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Juga merendahkan tekanan darah tinggi sebanyak 5% dikalangan pesakit tekanan darah tinggi.
Alhamdullilah, disamping 4 kebaikan aku dapat 1 bonus iaitu susu badan bertambah. Syukur Ya Allah, rezeki anakku Muhammad Adam Husni (",)
Setiap sachet boleh digunakan dua kali ya. Tapi aku tamak sikit, plus ingatan tak berapa nak bagus. Gunakan satu sachet dalam segelas untuk minum pagi. Rasa dia, tiada manis gula, tidak berlemak dan berbau vanila. Hmm nyummih! Korang semua, jangan lupa untuk cuba BeautyOAT ya. Boleh rasai sendiri keenakan dan kebaikannya. Terjah info dibawah tau ~~~
website : www.beautyoat.com
facebook page : BeautyOATofficial
instagram : beautyoatofficial

Dugaan

Assalamualaikum...
Mujurlah, suami ok dan tiada kat dalam kereta masa benda ni berlaku. Parking tepi jalan dekat dengan kawasan kilang dia... 

[Review] The Baby Store Malaysia

Assalamualaikum...
Haiii semua orang, sihat ke? hehheeee. Lama tak blogwalking especially di blog mommy to be. Ada yang dah beranak ke? Tengah pantang? Enjoy your confinement please. Heeee, kita rindu waktu berpantang, dilayan bagai puteri oleh suami. hahahahhaa Iolls suka gila. Tak sabar tunggu yang kedua pula. hahahhaaaa rezeki anak, jangan ditolak :))))
Dalam ketidaksabaran nak tengok Adam membesar, kita share sikit satu website jual keperluan ibu dan anak. Aku pasti sangat, simptom mak-mak excited beli barang anak. Lagi-lagi anak pertama yang dinantikan. Kan? Aku dulu gian survey dan gian membeli. Sampai sekarang, still takleh kawal rasa gian tu. hikhik. Nama website The Baby Store. Pernah dengar kengkawan?
Tengok header dia, cute gila.... Dengan tagline, Big Brands With Great Prices! Memang betul sangat, rugi kalau tak survey kat sini. Jangan tak percaya, orang Melayu punya website tau. Tokey dia baik sangat... Ada banyak jenis barang yang dijual, contohnya baju baby, stroller, car seat, baby skincare, mandian baby, peralatan feeding (breastpump, bottle, cooler bag), toys, home safety, pregnancy pillow dan lain-lain.
Kat bawah ni, aku share sikit gambar barangan yang dijual. Mostly masuk wishlist aku, hahahhaa dasar hemak giannnn, sila maafkan ;p
Eeehh, Snow Bear Single Electric Breast Pump yang aku pakai pun ada dijual. Best gila pam ni, yang tak syoknya dia takda double pump. Kalau tak buat power pumping terbaik kot :))))
Medela Freestyle Breast Pump, include 2 storage bottle + 1 cooler bag + 1 carrying bag. Siapa yang target nak exclusive bf, berbaloi amik ni terus. Penjimatan berganda. Iolls pun tergoda, tapi loving much Snow Bear. Kalau ada rezeki lebih, boleh juga grab ni (pejam mata dan membayangkan, hahahaaa)
 Baju Kurung Peplum 
 Baby Stich Romper
Memang tengah rajin belikan Adam romper camni. Dia nampak selesa sikit and ofcourse, hemak dia takleh tahan nafsu nak beli baju anak.... 
Ohh La La Couture Yellow Gingham
Aku paling geram dengan dress untuk anak perempuan. Anak buah perempuan yang masih baby, Fatimah Khadijah... Tak sabar nak belikan untuk dia.... Harapnya ibu dia izinkan kita kasi hadiah yang comel kat anak diaaaa, weeee :)))
 Kidsme Travel Set
 Tommee Tippee (Adam pun guna ni )
 Fisher Price Ocean Wonders Soothe & Glow Seahorse
 Fisher Price Rainforest Jumperoo
Quinny  Zapp Xtra 2.0
Paling buat aku jatuh cinta, last week Adam tumpang naik kawan punya stroller. Model ni la, perghhh dia punya ringan nak menolak, senang gila nak buka tutup stroller. Arghhh hemak stress dengan Sweet Cherry yang sedikit berat dan makan space bonet kereta.... Babaaaaa, i want this badly. Tapi suami aku cakap, sanggup ke beli barang mahal gini? Tak terkata aku (>____<)
Safety Gate
Benda penting ni, bila Adam dah naik walker. Mesti sibuk nak jalan sampai ke dapur. hahahaaa
Splash Swimming Pool
Dah lama masuk dalam wishlist Adam. hihiiiii Adam suka sangat mandi, tak sabar nak ajar dia berenanggggg

Giraffe Storage Rack
Oiii banyak gila aku upload. Tak rasa nak beli ke? hihiii banyak yang aku dah kenan. Harga dia korang usha dekat website ya. Kalau terjah, sila inform korang reader aku. Mana tahu rezeki korang dapat diskaun ke free gift ke. 

email : sales@babystore.com.my
contact : 0193320722 (Yati)

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...

Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

A&J Burger Grill

Assalamualaikum...
Terjebak dengan entri Kak Alin Marlini pasal ANJ Burger Grill Kg Melayu Sungai Buloh, terus aku bookmark untuk rujukan masa terluang. hahha. Tertiba suami beria nak makan burger. Nak makan Mcdonald, boikot. So kita cari burger air tangan orang Melayu ya. hahahha. Terus laju suggest ni kat suami. Laju bersiap anak beranak, berdesup keluar rumah.
Tetapi, bukan rezeki kami nak merasa hari tu. Untuk pengetahuan korang, tempat ni tutup hari ahad tau. Maybe sebab sebelah tempat tu ada pasar malam. So keesokannya kitorang pergi mencuba nasib lagi sekali. Alhamdullilah, rezeki kami dapat merasa juga. 
Lokasi tempat ni, odw ke Hospital Sungai Buloh, korang akan jumpa traffic light 4 simpang. Amik jalan masuk menuju ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh (Bukan Klinik Kesihatan Paya Jaras yeee) Sebelum simpang masuk ke KK, korang akan nampak khemah besar depan rumah orang selepas daripada sungai. Daripada traffic light tu, kiranya khemah ni sebelah kiri korang ya. Cepat serbu!!!
Dua kali datang makan sini, aku stick dengan Set Combo Monster (Meatball + Wedges + Minuman + Burger Daging/Ayam @ boleh juga pilih kambing/arnab)... Daging dia tebal wehh, buat sendiri kan. Tak sama macam beli dah siap kat frozen market. hihiii. Meatball dia pun, waduhhh sedapnya. Wedges dia sama macam KFC punya. Sedap hingga menjilat pisau jari. hahaha 
sheila shahfiekry
kita order air anggur tanpa ais, hahahha still breastfeeding Adam, berpantang ais :)
Muka suami yang happy dan teruja. Sampai repeat 2nd time, bawa akak dan abang ipar sekali. Tapi tak sempat snap gambar. Suami try Set Combo Kambing, abang Set Combo Arnab, akak amik mushroom soup + garlic bread. Seriously mushroom soup dia sedapppp, thumbs up (",)
Dare to Eat?
Sila terjah kalau korang ada berdekatan dengan Sungai Buloh. I terliur, nak repeat lagi, hihiiii tak jemu nak merasa A&J Grill Burger ! 
sheila shahfiekry

[Review] Ecover Laundry & Giveaway !!!

Assalamualaikum...
Aku memang suka membasuh pakaian. Aku suka bau pakaian yang berbau wangi. Rasanya tak pernah kot hantar baju ke laundry tapi sejak mula menggunakan Ecover semasa membasuh pakaian, terus terasa macam hantar baju ke dobi. Hahaha. Bau dia memang sedap, smooth!  Pernah dengar ke Ecover? Dah 30 tahun usianya tapi baru je masuk pasaran Asia. 
sheila shahfiekry
Jujur ku katakan, aku excited nak gunakannya. Ecover ni jenis sabun yang paling terbaik kerana kandungannya tiada kimia, 100% natural plants and minerals. I love it. Sekaligus ianya bagus untuk digunakan untuk mencuci pakaian kita, terasa lebih terjamin kebersihan dan kualiti pakaian tau! Trust me J Aku dah letih guna pencuci jenis serbuk dan cecair lain. Tahu sebab apa? Pakaian mesti tak bersih dengan adanya kesan sabun yang melekat. Kadang tu terpaksa aku cuci buat kali kedua. Sangat merugikan masa kan? 

Sejak tahun 1980, Ecover merupakan jenama yang terkenal di dunia melalui produknya pembersih seisi rumah yang mesra alam. Dikuasakan dengan alam semulajadi dan menghasilkan pembersih yang diperolehi daripada tumbuhan dan mineral. Ini bermakna produk ni bebas daripada campuran kimia! Seeloknya, bagi yang ingin menjaga ahli keluarganya daripada kulit menggelupas, kulit sensitif disarankan menggunakan produk Ecover ni. Pasti tiada masalah dikemudian hari.
sheila shahfiekry
Dan yang paling bagusnya, produk ini tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 
Ada lagi good news, Ecover juga sangat menitikberatkan alam semulajadi. Pembungkusannya boleh  recycleable, renewable & reuseable bagi mengelakkan alam semulajadi terus tercemar. Setelah 3 tahun menjalankan kajian mencari alternatif baru untuk menghasilkan pembungkusan yang dapat mengatasi masalah pencemaran akhirnya hasil gabungan saintis yang hebat, mereka melaksanakan PolyEthylene (PE) iaitu plastic hijau yang dipanggil plant-astic yang 100% diperbaharui, boleh digunakan dan dikitar semula. Ianya diperbuat daripada tebu tau! Semua botol Ecover diperbuat daripada 100% plant-astic! Yeah.
sheila shahfiekry
 Sabun Pakaian Ecover – Non Bio Laundry Liquid
sheila shahfiekry
1.5L RM 41.50
Sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna. Ianya berbentuk cecair yang mampu membersihkan pakaian dan meninggalkan kesan wangian semulajadi hasil daripada tumbuhan dan mineral pada pakaian walaupun dicuci menggunakan suhu yang rendah serta tidak mengandungi optical brighteners. Bau dia sama macam bau pakaian daripada kedai dobi. Kedai dobi pakai sabun pakaian apa ek? Hihiiii
Arahan :-
Untuk mesin basuh : letakkan dos dalam machine dispenser. Untuk hasil yang optimum pada pakaian berwarna putih, ikut arahan diatas dan letakkan Ecover Bleach ke dalam machine dispenser. Aku guna 1 scoop (penutup botol) je.
Untuk cucian menggunakan tangan : Letak 1 ½ penutup botol (53ml) dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas pakaian seperti biasa.
Ecover Non-Bio Laundry Liquid – manfaatnya
* diuji pada kulit yang sensitif.
* tidak berdasarkan bahan petro kimia
* tiada sisa bahan kimia yang tertinggal pada pakaian anda
* haruman segar hasil daripada tumbuhan dan bahan berasaskan mineral
* membasuh dengan cekap menggunakan kuasa bahan alam semula jadi
* tidak diuji ke atas haiwan.
Sabun Pakaian Ecover – Under The Sun Fabric Conditioner
sheila shahfiekry
750ml RM 17.80
Selalunya pakaian yang dijemur dibawah sinaran matahari, akan mudah luntur warnanya dan meninggalkan kesan habuk luar yang boleh menggatalkan kulit sensitive. Setelah gunakan produk Ecover ni, pakaian jadi lembut, lebih wangi dan senang nak iron. Hehehee
Untuk mesin basuh : Letak 1 scoop (nak extra lebih lembut, letak 2 scoop) ke dalam machine dispenser.
Untuk cucian menggunakan tangan : Cairkan 1 ½ scoop dalam 5 liter air suam. Kemudian letak dalam machine dispenser. Amaran, jangan diletakkan conditioner terus pada pakaian.
Ecover Under The Sun Fabric Conditioner – manfaatnya
* diuji pada kulit yang sensitif.
* tidak berdasarkan bahan petro kimia. Pakaian akan lebih lembut dan berbau segar
* diperbuat daripada bahan tumbuhan dan bahan berasaskan mineral
* membantu mengurangkan statik dan memudahkan pakaian untuk digosok (iron)
* menghormati kulit anda, tiada koloron. Hanya berasaskan tumbuhan
sheila shahfiekry
Sabun Pakaian Ecover – Delicate for Fine Fabrics
sheila shahfiekry
1L RM 19.00
Dikhaskan untuk membasuh tuala dan cadar. Selama ni aku takda beli pencuci khas, selamba guna pencuci pakaian je. Baru perasan, tuala dengan cadar sedikit kasar dan tak senang nak lipat secantiknya. Selepas gunakan produk khas Ecover ni terus jadi lembut dan wangi semacam. Suka sangat!
Untuk mesin basuh : Letak 1 ½ penutup botol (45ml) ke dalam machine dispenser. Basuh dan bilas seperti biasa.
Untuk cucian menggunakan tangan : Cairkan 2/3 scoop dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas seperti biasa.
Ecover Delicate -  manfaatnya
* sesuai untuk fabric halus, sutera dan wul
* melembutkan serta mengekalkan warna pada fabric
* tiada bahan biologi
* menghormati kulit anda, tiada koloran. Hanya berasaskan tumbuhan
* tidak berdasarkan bahan petro kimia
* botol dihasilkan daripada tebu - biodegradeable
sheila shahfiekry
Selain daripada pencuci pakaian, terdapat juga produk lain yang dihasilkan Ecover seperti gambar di bawah ini. Lengkaplah produk kebersihan untuk rumah! Jangan lupa untuk mencuba tau.
Kalau nak tahu lebih lanjut kuasa pembersih Ecover, layari website www.ecover.com
Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di :-
·         Village Grocer ( 1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
·         Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery
·         Pasaraya Presto (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
·         Ben’s Independent GrocerB.I.G (Solaris Dutamas)
·         Pasaraya Hero ( Bandar Sri Damansara, Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)


******Ecover Giveaway******

Penat menaip kat atas, meh nak kasi hadiah awesome daripada Ecover. Banyak kebaikan yang aku dapat daripada produk Ecover ni, bukan sahaja untuk ahli keluarga malah dalam memelihara pencemaran alam sekitar.
Nak hadiah tak? Senang je…
·       *   Like fanpage aku – Sheila Shahfiekry
·        * Lepas tu, pilih satu daripada 3 produk pembersih pakaian Ecover ni, dan tulis pendapat korang diruangan komen sekiranya korang atau ahli keluarga korang yang menderita akibat kulit sensitif atau alergik serta nyatakan kenapa korang nak sample trial produk Ecover ni.
1)      (One) Ecover Non-Bio Laundry Liquid – 1.5L
2)      (One) Ecover Under The Sun Fabric Conditioner – 750ML
3)      (One) Ecover Delicate for Fine Fabrics – 1Liter
sheila shahfiekry
Sertakan sekali email (kot lah menang, aku akan minta address korang ya)
·        * Esok 18 September 2014, jam 2petang akan tamat giveaway ini
·        * Penghantaran sample trial akan diberitahu melalui email
·        * Hanya 3 pemenang yang aku cari, cepat sertai sekarang J

[Review] Aina Butik Tilam Kekabu 100%

Assalamualaikum...
Haiiiii semua orang, rindunya nak update blog. heee. Lately ni kurang rasa nak menaip. Sibuk di rumah as fulltime housewife for moment. hehheheeee. Adam was good, cuma meragam sikit kalau tak nampak umi dia. hahaha. Manja boy sangat! Hari ni aku nak share sikit pasal tilam kekabu 100% ya. 
Sebenarnya, sejak mengandungkan Adam aku memang suka survey barang-barang baby. Especially online punya. hahaha. Abang posmen memang kenal sangat rumah mak aku tu. Sehari jenuh naik tingkat 3 hantar sampai 2-3 barang. Thanks abang posmen ya! Ehhh melalut cerita pula. Back to the story, aku kenan sangat nak belikan set kekabu ni. Tapi dah dibelikan yang jenis biasa. Not kekabu, so sedih. Sebab tilam tu tak dapat menambung Adam yang berat berkilo ni. Masa new born tak nampak sangat effect Adam tenggelam tu. hahaaa.
Aku pun terfikir la nak belikan juga. Tetiba ada satu online seller ni contact aku, harga dia tawarkan not bad la. Siap dapat free gift lagi di setiap pembelian. Siapa tak suka benda free kan? Ni contoh gambar tilam yang dia jual. Cute sangat aku rasaaaaa :)
 Donald Duck
Yang ni aku confuse la haahhaa
 Mickey Mouse
Hello Kitty
Aku kasi kiraan besar tilam tu. Hopefully korang faham la ye. Tak rugi invest lebih sikit, boleh pakai lama sebabnya kekabu 100% ni memang tahan dan takkan kempis kecuali korang koyakkan tilam dan buang kekabu dia. ahhahaha. I is tak sabar nak belikan Adam satu set, in shaa Allah. Katil kita tak muat nak tampung 3 orang. hihiiii tidur hujung-hujung tilam je, takut tersepak anak. ngeeee ;p
saiz tilam : 35" x 26" (panjang x lebar)
bantal peluk : 16" x14" (panjang x diameter)
bantal kepala : 12" x 8" (panjang x lebar)
tebal tilam : 2  - 2.5"
material kain : 100% cotton
Ada banyak lagi gambar, sila terus terjah ya? Ohhh ya, kalau nak terjah tu beritahu korang reader blog aku ya. Mana tahu dapat diskaun ke??? Murah rezeki korang...
email : mankuala01@gmail.com
whatsapp : 0166724883
tempahan : 2 minggu dan harus bayar deposit 50%