Assalamualaikum...
Desa Kemboja Homestay ni, officemate aku yang rekomen. Dia kata best, cepat-cepat aku whatsapp tuan empunya Desa Kemboja Homestay. Terus book untuk tarikh percutian. Aku dapat rumah ada
3 bilik, 2 tandas dan juga Innova hanya RM750. Murah tak? Puas aku survey dan baca review blogger lain, kebanyakan homestay takda sediakan kereta. Kebetulan yang ni dapat harga pakej, terus rasa
paling murah dan paling berbaloi sebab percutian ni
4H3M. Ofcourse kita nak jaga keselesaan ahli keluarga sepanjang bercuti :))))
Lokasi pun dekat sangat dengan Airport Langkawi, tak sampai 10 minit bawa kereta (3km), dah boleh sampai. Tak perlu nak rushing pergi airport waktu balik tu... Nak ke Pekan Kuah jauh sikitlah, tempat shopping HIG & Idaman Suri. hihiiii
Bilik nombor 1, master room. Ada katil besar, kipas besar, aircond dan juga tandas. Memang selesa sangat sebab aku tak perlu kongsi tandas dengan ipar duai. Lega bila suami dapat cop master room. Kemudahan yang berguna untuk kami tiga beranak. Suami suka benar dengan warna dinding setiap bilik tidur. Nyaman rasa nak pandang lama-lama. Tak sabar rasa nak cat rumah sendiri. hihiiiii ;p
Satu-satunya bilik yang ada almari cuma master room kitorang. hahaha. Cepat-cepat keluarkan semua baju tiga beranak masuk almari. Ada ruang yang mencukupi untuk solat. Sejadah juga disediakan di setiap bilik. Yang perempuan tu, sila alert bawa telekung travel sendiri.
*maaf gambar agak kabur, nak cepat hehehe*
Bilik nombor 2, katil besar, kipas besar & aircond. Akak & abang ipar stay bilik ni. Simple tapi selesa.
Bilik nombor 3, katil besar + kipas besar. Mak mertuaku & mak mertua akak iparku stay sini. Disebabkan bilik terakhir ni kat belakang. Dan cuma ada kipas je, banyak pula nyamuk. Kesian mak-mak. Sepatutnya aku bawa ubat nyamuk jenis elektrik... Terlupa pula sebab excited nak g Langkawi. Ngeeeee ;p
Dapur, semuanya lengkap. Kitorang request kat owner, kuali + blender. Kitorang jarang makan luar, sebab banyak kali terkena kedai yang tak sedap je. Kedai yang best-best semua mahal. Lari bajet lak kalau masuk situ. Miahhaha plus air tangan mak-mak memang sedap. Kenyang perut kami semua...Balik daripada berjalan, tinggal nak isi perut kat rumah je. Pagi-pagi, pulun masak masa subuh.
Setiap hari basuh baju 2 kali. Pagi dan malam. Kitorang semua tak bawak baju banyak. Pakat pakai berulang kali je sebab nanti nak beli baju baru hahahhaha. Peti sejuk pun berfungsi. Simpan buah-buahan untuk Adam makan.
Yang ni meja makan. Simple tapi menarik hati kitorang. Iron disediakan kat sini, tapi gambar rosak, tak dapat nak masuk kat sini. Memang terasa macam rumah sendiri tau. Kalau kat hotel, belum tentu dapat semua ni kan?
TV oldskool tapi jangan khuatir, ada astro tau. Tapi kitorang tak sempat nak layan tv pun walaupun berita. Sibuk berjalan pagi sampai malam. Balik untuk makan, mandi & tidur. Muahahhaha. Mak-mak pun ngikut aje ke mana kitorang bawa. Mujur tak sakit-sakit dan demam kat sana. Kuat berjalan juga depa berdua ni. hihiiii. Opsss sebelum terlupa, atas tv ni ada Al-Quran. Boleh mengaji.
Tempat adam berpaut, nak belajar berjalan. hehehhe. Ruang tamu memang cukup besar. Siap bawak masuk penyidai letak kat ruang tamu, sebab malam takmau sidai kat luar. Sebab masa kitorang kat sana, malam hujan. Sidai luar pun tak guna, pagi nanti tak boleh pakai baju balik.
Penyidai baju, ada banyak ruang yang disediakan. Sekali basuh baju, semua boleh sidai kat sini. No worries.
Pintu masuk rumah :)
Seketul Innova yang kuat minyak tapi serius sangat selesa nak kereta ni. hehehhee. Sesuai untuk orang yang travel dengan keluarga. Bonet cinonet tapi tetap muat untuk seketul buggy Adam yang kitorang bawa daripada KL.
Rumah warna coklat tu, tuan empunya Desa Kemboja Homestay. Syukur sangat dapat guna khidmat beliau. Last day, siap bawa kuih muih bagi kitorang. Terharu sangat jumpa orang baik ni. Sedap betul pau sambal tu. Terliur aku bila teringatkan. hihiiii.
Desa Kemboja Homestay
019-8009646
Lot 1043, Taman Desa Kemboja
MK Bohor, 07000 Langkawi
Walaupun ini percutian keluarga, tapi
9 haribulan tu birthday zaujku. Kira percutian yang bermakna lah buat beliau. Saja aku pilih tarikh hari lahir beliau untuk pergi bercuti. heheheeee, kek takda beli. Hadiah pun tak sempat kasi, yang ada cuma suprised paling bermakna dapat ku berikan. hihiii. Syukur alhamdullilah.