norsheilasalleh.blogspot.com: October 2016

Potty Training Adam Husni

Assalamualaikum...

Kejapnya anak sulung den dah masuk 2 tahun. Dah panggil along pun kat rumah, hihii. Masih tak bercakap dengan bahasa betul. Sikit-sikit tu bolehlah nak faham. Haha ;))

Sebab Adam dah besar, Umar pun dah boleh start puri, so mari proceed potty training. Sebenarnya dekat 1 bulan juga amik masa nak teguhkan hati bila dah pasang niat nak train adam free diaper ni. Asyik delay je, pasal mental tak kuat. Tak ready. Kahkahh dengan kos sara hidup dah meningkat kaw-kaw sejak gst. Syukur la masih jadi surirumah. Terus kuatkan semangat. Chaiyok umi! Chaiyok Adam!

Sebulan sebelum ;  ajar dia kencing setiap kali mandi, nak dia faham, kencing kena buang dalam toilet. So far, sukses la.

Suruh cangkung, cakap kencing ye along. Buat bunyi "sheeeeeeeee" nanti along terus kencing. Macam saiko la juga hahaa.

2 tahun 4 bulan, proceed PT ni dengan penuh saspen. Kena bersabar tahap everest! Aku sendiri banyak kali terbabas marah adam sebabnya masa tu dah kelam kabut umar merengek. Huwaaaaaaa umi tak kuat +_________+'

Day 1 : 15 minit sekali tanya dan bawa pergi bilik air. kalau lambat bawa ke toilet, confirm bocor. Hari paling banyak mop lantai, tukar seluar, lencuh berpeluh. Hahaha

Day 2 : bila tidur pakai pampers, dia rupanya menahan nak kencing sampai kerut-kerut muka. Dah nampak perubahan, dia da boleh terima kencing kena pergi bilik air, hehehe rutin PT start 7 pagi - 1 petang (nap), bangun nap sambung sampai malam sebelum tidur.

1st week : tenaga habis dekat mengemop rumah ahahhaa, adam da mula faham. Mula menahan dari terkencing. Rutin 15 minit sekali ke toilet. 

2nd week : rutin dah naik 20 minit sekali. Sehari akan terbocor 2 kali paling maksimum. Aku da mula tersenyum nampak perubahan ni. Hihiii

3rd week : rutin naik 30 minit sekali. Bocor seminggu 2-3 kali je. Yes. Perubahan semakin maju. 

4th week : Jarang sangat dia terbabas kencing merata, kalau terkucil sikit kat spentot tu ada la. Selalu dia akan buat muka takleh tahan dah sambil cakap buka. Masa tu aku kena saiko sikit cakap tahan ye tahan sambil buka spentot dia. Melulu masuk toilet, hahahaha kelakar.

Tips yang aku buat :

1) beli spender gambar kartun, bila adam pakai, dia suka. Dia excited.

2) beli cadar kalis air, ada jenis queen, king & single. 

3) 1 minggu pertama, kena tanya setiap 15 minit, "nak pergi bilik air tak? Nak kencing tak " dan terus bawa ke bilik air.

4) catat setiap minit yang adam berjaya kencing, terkencing, atau taknak kencing untuk kita kaji dan faham corak anak.

5) bila bagi minum susu atau air masak, pastikan adam kencing selepas setengah jam. Confirm banyak membuang on the spot.

6) jangan marah, merungut, membebel (sebab aku dah buat mula-mula, kesannya adam jadi takut-takut nak bagitau dia nak kencing atau tidak)

7) penting untuk beri kata-kata semangat macam "wahh bagusnya adam pandai kencing dalam bilik air"

8) ajar buka & pakai seluar sendiri bagi memudahkan pergi bilik air.

9) ajar basuh alat sulit selepas membuang. Pastikan ajar anak berdehem supaya tiada baki air kencing yang tertinggal dalam penis supaya besar nanti anak dah terbiasa dengan amalan yang bersih ni, solat pun terpelihara.

10) pastikan ajar pakai seluar atau baju bukan hadapan orang luar atau kanak-kanak. Ajar rasa malu nak dedahkan kemaluan diri.

Dah sebulan lebih PT ni, nampak perkembangan baik. Sejam sekali baru masuk bilik air. Cuma terkincit selalu pasal excited lompat sana sini, menari ikut lagu. Sabar ajelah umi tengok hahaha :p

Nak ajar free diaper masa waktu tidur siang hari. Lepas dah sukses, ajar free diaper waktu tidur malam pula. Then ajar free diaper waktu keluar berjalan. Kenapa banyak step? Sebab umar tengah lincah ni, tak boleh nak fokus pt adam lama-lama. Slow & steady, asalkan adam faham, umi tak penat sangat. Hihi

Dan aku target before adam turns to 3 years old boleh free diaper. insya Allah. Semoga dipermudahkan ;))

Homemade Kimchi

Assalamualaikum...

Lama tak update pasal resepi makanan yang aku suka makan. Hehehe. Kimchi ni makanan korea, yang selalu aku mengidam bila mengandung. Hahahaa.

First time makan masa mengandung adam, beli dengan blogger kak rai. Sebekas kecik tu bukan main sedapnya sayang gila nak habiskan. Amik sikit, hiris halus. Makan dengan nasi panas. Ewahhh terus telan air liur kau baca ni ekekekeee ;))

Bahan-bahan :-
2 biji Kobis -potong ikut gambar rajah
1/2 cawan garam kasar / garam halus
3 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar chili flakes (ikut tahap kepedasan yang disukai)
2 sudu besar sos ikan

(Bahan hiris)
1 biji lobak putih
1 biji lobak merah
Segenggam daun bawang

(Bahan kisar)
1 biji bawang merah
Selabu bawang putih
2 inci halia

(Bahan masak)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar gula
1 cawan air

Caranya :-
1) potong kobis jangan terlalu nipis, nanti mudah hancur. Basuh dan tos. Gaul bersama garam.

2) bahan masak ni, satukan semuanya dalam periuk. Buka api kecik, kacau guna whisk tanpa henti. Kalau berhenti, atau tinggalkan kejap, boleh jadi ketulan. So ada baiknya tumpukan perhatian mengacau sampai likat. Ketepikan untuk disejukkan.

3) bahan kisar, blend dengan sedikit air. Kemudian satukan dengan bahan yang dimasak tadi.

4) kemudian, masukkan 3 sudu besar serbuk lada, 1 sudu besar chili flakes & 2 sudu besar sos ikan. Gaul rata.

5) masukkan bahan yang dihiris halus, gaul sebati. Kemudian masukkan ke dalam kobis, gaul sebati.

6) simpan dalam peti sejuk. Makin lama simpan, makin terasa masam dia.

Homemade ni lagi bagus kalau guna bahan non msg ya. Cari organik lebih sihat. Tak sabar nak makan kimchi dengan nasi panas. Ohmaiii meleleh air liur (^____^)

Planner 2017 by Plannerhut

Assalamualaikum...

Lagi 2 bulan nak masuk tahun 2017. Aku dah siap beli planner 2017, hahaha aku suka sangat design yang kak kina, plannerhut & chintacreative buat planner versi muslimah ;))

Tahun 2015 pernah beli soft copy planner muslimah daripada blogger Kak Kina. Boleh check link My Printable Planner .Gigih gila print out, susun, binding sendiri. 2016 tak sempat beli, tak sempat buat sendiri sebab sarat mengandung anak kedua. Kali ni kak kina keluarkan planner 2017, tiga bulan awal supaya mudah nak restock lagi kalau ada orang nak order. Dengarnya kak kina nak buat 2000 unit untuk planner 2017 sebab tahun 2016 dah berjaya sold 1000 unit. Wooow kagum kan.

Kenapa aku cakap planner muslimah? Ko beli planner kat kedai buku takkan dapat yang macam ni sebab planner ni ada :-

My 2017 goals & wishes - ko boleh tulis segala hajat dan impian yang ko nak capai selama ini.
Ibadah checklist - tulis solat wajib, solat hajat, solat dhuha, zikir-zikir harian, doa-doa terpilih. Pastu tick bila dah laksanakan per day.

Read Al-Quran by Surah - reminder terbaik untuk kita terus istiqomah nak khatam Al-Quran.
Fitness checklist - siapa nak buat diet, nak kurus, nak bmi cun. Harap dapat istiqomah juga buat ni hehehe
Bills to pay - tulis bil yang wajib bayar before due date etc duit rumah, duit kereta, astro, internet, elektrik, air, insurans, dll

52 weeks saving challenge - nak simpan duit cara paling mudah. Mula dari 1st January sampai 31 December. Tabung start per weeks. Minggu pertama, letak rm1. Minggu ke enam letak rm6. Minggu ke dua puluh, letak rm20. Faham tak sistem ni? Hehehe harap istiqomah ye ;))
Public holiday listing - senang la nak beli flight tiket, plan percutian, honeymoon, babymoon. Yeayyyy

2017 calendar - ada notes bawah kalendar ni, boleh tulis yang penting supaya senang ingat
Ramadhan Ibadah checklist - ni paling best, tulis segala ibadah sunat yang kita boleh buat sepanjang 1 bulan Ramadhan etc solat terawih, bersedekah, berbuat kebaikan, masak lauk berbuka, masak lauk bersahur.

Ramadhan Menu Planner - kaum ibu confirm paling pening nak hadap pemikiran nak masak juadah berbuka apa setiap hari. Boleh plan siap kat sini, senang nak shopping bahan mentah setiap minggu ;))
Monthly expenses tracker by monthly - boleh track segala perbelanjaan setiap bulan. Dulu aku pernah buat ni, boleh nampak cash flow banyak pergi mana. Hahahaha so marilah berjimat ya !

Ada 2 space untuk catat apa sahaja :-
18 halaman bergaris
12 halaman kosong


Saiz A5, 190 halaman semuanya berwarna, hard cover depan belakang, hanya rm38 !!! Berpatutan sangat. Sticker dengan penanda buku dapat free yeayyy. Rugi siapa tak beli. Aku join 1st batch dah ;))

Tak sabar rasa nak mula menulis dalam planner 2017 ni. Nak tulis perkembangan anak-anak & momen penting dalam hidup ;))

Kat mana nak order? Whatsapp only 011-20777497 Chinta Creative. Cepat order ye, lambat nanti melepas lah planner muslimah yang cantik molek ni (^___^)