norsheilasalleh.blogspot.com: November 2016

Cara Buat Gluten Free Versi Ovennini

Assalamualaikum...

Sejak umar dah boleh makan, teruja nak asah skill buat biskut. Sekarang dalam proses bereksperimen dengan tepung gluten free. Aku & Adam memang suka makan makanan berasaskan tepung. Lagi yang rangup bergoreng kriuk kriuk sekejap je licin kena bedal.

Tapi masalah lepas tu. Perut cepat kembung macam masuk angin. Nak buang air besar sampai sembelit. Tragis rasa. So aku cuba risik pasal gf ni. Alhamdullilah kurang sangat tragedi sembelit kat rumah ni. Lagi2 penggunaan sourdough. Yang tu cerita lain entri ye.

Gluten free tu faham tak maksudnya? Adunan tepung-tepung seperti pulut, ubi, beras, jagung tanpa gandum. Cari yang organik dan non gmo. Sesuai untuk gantikan gandum yang mungkin ramai ada alahan padanya. Nak lebih spesifik, boleh google ya. Tak larat nak explain hihii ;))

Resepi gluten free ni belajar dari facebook kak Ainini Zainal. Dia memang ada jual macam-macam jenis bahan organik yang dah siap adun macam gluten free ni. Kredit to kak nini, antara sifu gf yang aku kenal. Banyak resepi homemade untuk dapur kita contohnya buat sos cili "yang sihat", remix tepung goreng dan banyak lagi. Apa2 memang kena scroll fb dia selalu.

5 1/2 cawan tepung beras
5 1/2 cawan tepung pulut
5 1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan tepung jagung non gmo/maize flour
11 cawan tepung jagung "corn starch" non gmo
5 sudu besar Chia seed 
5 sudu besar bijan (aku tak guna pun)

Gaul rata dalam besen, simpan dalam tuppperware kedap udara.

Memang memerlukan besen besar sebab senang nak gaul rata semua tepung-tepung tadi. Lebih kurang 3kilogram juga dapat...
Penuh 2 bekas kedap udara. Alhamdullilah. Lepas ni kena rajin-rajin meroti, buat cucur, buat kuih tradisional guna gluten free ni. 

1st trial guna gluten free, cucur labu gluten free tapi letak sourdough unproofted. Hahaaa. 

2nd trial buat churros. Bukan main liat nak masak jadi doh, rasa nak give up juga mula tu. Tapi sebab eksperimen, gagahkan juga buat sambil pantau anak2. Bila nak paiping, jadi penatnya double triple terus pakai tangan je hahaha. Cicah dengan sos cocoa buat sendiri guna pure cocoa powder, fresh milk dengan orcs. Panaskan, kacau sampai likat.

Sedapnya bila dah rasa cucur & churros versi gluten free. Rasa seakan guna tepung gandum. Tak sabar cuba lagi bereksperimen. 

P/s : remix gluten flour ni bukan untuk semua jenis resepi ya. Kalau nak tahu, kena rujuk fb kak nini. Remix gf ni tekstur kenyal (spongy), jadi perlu guna nisbah 1:1 untuk churros, cucur, lempeng, donut dan keria yang lembut. 

(Nisbah penggunaan 1:1 ) maksudnya 1 cawan gf + 1 cawan bawang, ikan bilis, daun bawang, cili untuk adunan cucur. Ini contoh ye. Hehe. Boleh trial and error.

Homemade Mee Kuning Yang Sihat

Assalamualaikum...

Lama tak update sisi hidup seorang surirumah. Ekekee... busy gila duduk rumah mengasuh anak-anak bujang kita. Rindu pula kat blog ni. so kita kasi up la resepi mee kuning yang sihat. Kenapa sihat? Alhamdullilah guna tepung yang tiada peluntur.

Resepi ni belajar daripada yuyu zulaikha. Tapi ni versi sihat cuma tukar unbleached flour, himalayan salt.
Bahan-bahan :
250gram tepung unbleached
1 sudu kecil garam himalayan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
50ml air tapis
1 sudu minyak masak

Caranya :
1) Letak tepung, kunyit, garam. Gaul sebati. Buat satu lubang tengah tepung, tuang telur dan kacau sebati.

2) curah air sedikit demi sedikit sambil gaul rata adunan. Air guna setakat yang kita ada, jangan la susah hati tengok doh macam taknak sebati. Terus uli dalam 15minit minimum, insya Allah. Doh akan kental dan cantik. Gigih la uli, krem tangan den. Tapi puas hati, boleh naik muscle kalau rajin mengguli ni ;p
Baru sebati
Lepas 15 minit, doh jadi kental 

3) potong doh kepada beberapa bahagian. Boleh refer gambar ye.

4) amik 1 keping doh, canai leper.

5) pastu terus guna mesin buat mee. Mula-mula pakai no 1, naik ke no 2, pastu no 3.

6) tukar balik no 1 untuk buat mee.

7) air dalam periuk, didihkan, letak minyak sikit.

8) masukkan mee dalam periuk, dalam 2-3 minit je. Nanti mee akan berubah warna dan cantik kembang. Jangan lebih limit masa, nanti terlalu kembang tak sedap makan.

9) terus tos mee daripada periuk ke dalam bekas besen berisi air sejuk (dari peti sejuk) untuk buang kapur sekiranya ada. Masa ni bolehlah ceraikan mee yang bergumpal ke. Hehehe

10) teruskan step 4 hingga 9 sampai habis semua doh.

Timbang lepas siap semua dapat 800gram. Almost 1 kilo juga hasil tepung 250gram. Jimat dan sihat. Estimated time, 1 jam 30 minit dengan dua askar kecil. Hahaha. Terus panaskan homemade tomato paste, taruk garam himalayan, air tapis & 1 biji telur. Kacau rata. Makan dengan mee kuning. Settle lunch dengan Adam.

Alhamdullilah menjadi resepi daripada yuyu zulaikha. Kredit yuyu. Semalam ada buat percubaan mee kuning sourdough. Tak menjadi. Hahahaha. Simpan hasrat nak buat mee kuning sourdough ni, harap cikgu liza boleh share resepi beliau. Hiewhiew ;)

Halal Mooncake

Assalamualaikum...

Teruja sangat nak share dengan korang semua. Mesti ramai yang teringin nak rasa mooncake kan? Yang ni, confirm halal. Air tangan kak Ain, orang Sungai Buloh. Kedai takde, based at home Lovely Aisy nama dia...
4 hari ku peram mooncake dalam chiller, sebab nak lebih moist sebelum makan..  masa potong tu, terus kecur air liur hahahaa menahan nafsu makan memang betul-betul luar kemampuan ku. Ahahaha ;))

1st time makan dulu masa kerja kat SG, tak ingat perisa apa.. tahun 2012, lama dah. Hahahha sekali nampak kak ain update bisnes homemade mooncake dia kat group fb 47k, terus teruja nak rasa.

Aku beli 2 jenis mooncake, eggyolk & pandan with seed. Pastu cookies sepeket.
Harga not bad la. Mampu beli insya Allah. Sekarang kak ain dah pakai agen dah. Rasanya dah lebih senang nak order mooncake dia. Hihiiii
Nampak gambar tu, yang isi warna hijau tu pandan dengan sesame. Sebelah tu kacang merah dengan eggyolk. Ko nampak aku potong separuh kan? Hakikat untuk bergambar je tu, lepas tu aku potong lagi bagi kecik sikit. Hahahaha tak tergamak nak habiskan terus (^____^')

Makan sikit-sikit, nak rasa nikmat mooncake ni. Dah la halal, sedap pula tu. Lepas ni, bolehlah zauj belanja lagi ekekee ;)

Orang sungai buloh, boleh roger agen kak ain ni :- kak raimi (0182233086). Dia cover paya jaras (kem askar), taman matang jaya, matang pagar, bukit rahman putra, kg melayu sungai buloh, kuang, hospital sungai buloh (dan area berdekatan). 

List flavor mooncake, berat & harga sekali :-
1) eggyolk with red beans 150g rm10
2) red bean with sesame (bijan) 60g rm3
3) red bean with melon seed (kuaci putih) 60g rm3
4) red beans only 60g rm3
5) pandan flavor 60g rm5 &150g rm8
6) pandan with sesame 60g rm6 & 150g rm9
7) pandan with melon seed 60g rm6 & 150g rm9
8) Cookies (macam famous amous) sepeket 25biji rm5

Luar kawasan, postage ikut berat ok ;) tak menyesal beli, puas hati dan anak tekak sekali. Kihkihhh.