Assalamualaikum...
Hampir 3 bulan berlalu, aku isi borang melalui online website. Syukur alhamdullilah, lepas habis raya cina ni dapat berita gembira. Padahal 2 hari lalu, sibuk mencari borang rayuan. Akhirnya berita gembira sampai malam tadi masa tengah sibuk memasak.
Hati risau, sebab sejak kawin ni kan dah duduk rumah baru. Tak berani nak bubuh alamat surat menyurat kat sini sebab posmen akan kumpul semua surat dan letak di peti surat rumah jiran. Pelik gak, even kita letak peti surat kat rumah kita tetap surat masuk peti surat jiran tu. Satu lorong perumahan kitorang camtu. Sebab perumahan ni kampung tau.
Kadang tu ternampak budak-budak panjat kerusi usha surat. Haiyaaa dibuat mainnya surat orang tak ke aniaya jadinya? Nasib baik abang ipar rajin g usha surat untuk aku sekali. Selama ni aku alamatkan kat rumah mak. Mak sentiasa kat rumah. Kadang tu aku pakai alamat office. Senang, tapi reseptionist ni tak sebulu dengan kami semua. Agak payah nak amik barang kita. Usha sendiri baru perasan ada parcel unuk kita. hihi.
Apa apa pun, aku bersyukur dapat rezeki ni. Terima kasih Ya Allah, kerana memberi rezeki yang tidak disangkakan ini. Selasa minggu depan half day la nampaknya. hehehe. Mari menabung untuk masa depan ♥
DICORET OLEH :
18 comments
RM 500 walaupun nilai nya sekarang tidak lah tinggi tapi banyak dapat membantu.
tahniahhhhh ya... mia pun dapat juga
tahniah.. jom singgah sini http://anakincikmokthar.blogspot.com/2013/02/shawl-halfmoon-sakura-long-dress-tribal.html
Alhamdulillah... mcm saya x layak nk apply. huhu.. jeles je tgk adik dpt tp beli hp hehe...
wa.. alhamdulillah.. yela, ikotkan.. sape nak bagi saje2 rm500 kat kite kan... hehe.
syukur dapat duit ni kan , saya pun dapat boleh la simpan dlm bank anak2 ..
alhamdullilah syukur kak Akmar, memang takda siapa nak bagi camni. rezeki daripada Allah kak. harus dimanfaatkan sebaiknya ♥
alhamdullilah syukur, terima kasih kak mia. taniah juga kak mia ye ♥
Wah bestnya.....bley lah shopping kan ;)
terima kasih farhanah. nanti saya singgah blog awak ye :)
syukur alhamdullilah hani. hee. tak layak? lagi bersyukur, rezeki dah besar dan stabil kan :)
alhamdullilah kak maria. hee memang takda siapa nak bagi free gini. syukur, Allah beri rezeki buat kita :)
syukur alhamdullilah kak bee, betul tu. harus menyimpan untuk masa depan. hehe :)
alhamdullilah. hee tak shopping kut. banyak benda nak kena fikirkan. hehehhee :)
rezeki akak kan.. Alhamdulillah.. abah sarah pun dapat, boleh ringankan beban kewangan sikit
alhamdullilah sara. syukur sangat dapat rezeki ni. semoga kita manfaatkannya :)
alhamdulillah rezeki..500 pn bole buat mcm2..;)
alhamdullilah, rezeki hihi. awak da apply ke?