Assalamualaikum....
Dekat sebulan kot beli photobook murah ni. Dah bajet dalam otak nak try buat lepas balik USS.Oh ya, aku beli murah je dekat Pixajoy. Opss salah, murah sangat sebenarnya! Masa nak kena download pixajoy editor tu, invalid link. Heee bengang aku. Mengadu dekat Pixajoy, selang 2-3 hari camtu dapat cd free. Diulangi FREE ya untuk install sendiri kat pc. Pastu bengang kuasa dua, pc baru ni tak support cd. Gila sengal betul lah siapa yang pergi beli pc ni. hmmm. Bersusah payah aku hanya kerana sebuah photobook. Nyaris nak frust nonggeng. Nasib baik ida banyak membantu. Seminggu jugak la aku edit-edit ni padahal simple je kerjanya. Mood nak mengedit tu lambat sampai. Kalau sampai pun, kejap-kejap putus. Dah macam wifi kat ofis lak. wakaka (^__^)
Macam biasa setiap pagi tu check email, godek sana sini. Dapat email daripada Pixajoy, katanya dalam hari rabu ni baru dapat. Tup tup tengahari tu juga dapat parcel. Cam nak buat lompat bintang pun ado, tapi nasib baik pandai behave... hihi. Tapi masa dapat parcel tu aku pelik. Nipis benor photobook ni? Cover kotak warna putih suci takde debu. Eh?
Macam biasa setiap pagi tu check email, godek sana sini. Dapat email daripada Pixajoy, katanya dalam hari rabu ni baru dapat. Tup tup tengahari tu juga dapat parcel. Cam nak buat lompat bintang pun ado, tapi nasib baik pandai behave... hihi. Tapi masa dapat parcel tu aku pelik. Nipis benor photobook ni? Cover kotak warna putih suci takde debu. Eh?
Start fikir bukan-bukan dah time tu. Mungkin dapat selai gambar kot. Slow-slow buka plastik (disebut plestik, huhu)...
Seingat aku selasa lepas submit editor kat depa. Tak sangka secepat ini sampai ke tangan aku. Laju je share teaser dekat facebook. haha poyo sangat rasanya. Kalau tak ida up entri pasal depa ni, sampai bila pun tak beli agaknya. By the way, hari ni 30 April 2013 last promosi harga murah ni. Aku da beli spare 4 photobook! hahahahaha Aku taktahu la nak buat apa, tapi rasanya tunggu jelah plan by plan. Kami laki bini bukan jenis suka plan pun, kalau tiba-tiba rasa nak pergi. Pergi tak tinggal pesan. Gitulah...
ini teaser yang aku buh kat fb, semalam ;p |
Lepas bagi teaser dekat fb, aku bungkus balik. Nak tengok sama-sama dengan suami kat rumah. Lagipun beliau cuti semalam. Biar lah beliau happy sikit bila aku show off photobook ni. Cuma satu je aku dengar complain daripada beliau, muka beliau dalam gambar depan tak nampak sangat. hihi. Merajuk pula. Siap pesan next time biar dia yang edit gambar untuk our next photobook. Redha. Pasrah. Aku dengar gitu ;p
my first photobook :) |
Total cost damage untuk photobook pertama aku daripada Pixajoy hanya RM10 sahaja. Murah gila kan? Postage pun free sebab West Malaysia dia bagi FOC. Nasib baik aku guna alamat ofis. huewhuew!
Nota penting : korang layak beli kuantiti satu photobook (potrait RM10 @ landscape RM15) dengan menggunakan satu ID, satu email, satu no telefon dapat setiap sign up. Sekiranya korang nak beli next purchase, sila sign up yang lain dan buat ID,email,no telefon yang lain ye. Lagipun penaja dah tulis, exclusive for new sign-ups who have never ordered before. hihi. Last date - 30 April 2013 :)